Kisah Bersalin Anak Pertama (Part 1)

Alhamdulillah. Subhanallah Allahuakbar..
I just can't believe that I'm now a mother. After 4 years struggled in TTC life. Here it is. Macam mimpi!

Untuk bercerita mengenai kelahiran 'anak emas' ni, fuh! kesat peluh dulu. Segalanya mencabar. Hari ni suami saya cakap, betulla, anak ini anak emas, sebab nak boleh ke pregnant(sehingga berjaya) susah, nak melahirkan pun sangat susah. Eh! Macam dia yang menanggung pula..hehe..

Alkisah sebuah rentetan permulaan..

12-Feb-2013
Malam. Masak-masak kue tiaw sup dengan husband. 9.30pm, enak2 duk raikan santapan malam. Then, pergi toilet. Alamat terkejut. Ade bloody show. Walau x banyak. But its there! Then pakai pantyliner. Sambung makan. Then ada rasa sakit2 pinggang yang menangkap belah kiri. Sebenarnya dalam 2-3 malam kebelakangan tu dah rasa ala-ala senggugut. Tapi rasa tu hadir masa tidur. Tu yang malas nak layan sebab masih boleh melayan tidur dalam terasa sakit2 begitu.
Main fesbuk.
Chat dengan biras.
Chat dengan Kak Ipar.
Diorg semua buat gempak. Semua 'halau' suh pergi sepital.
Bagitau the show/signal pada Bonda. Lagi lah  kene halau pegi sepital.

13-Feb-2013
1.15am: Bertolak ke sepital..

To be continue..

Tomorrow

save the date. 11 feb. But only God knows when our son will be deliver. Mungkin esok, lusa? tulat? atau bila. Kami tetap menunggu dan menunggu saat itu tiba. Tak lama lagi. Paling terharu ialah my old fren, since primary school, tg.fatimahayati. tetiap hari kot duk sms tanya, dah sampai masa ke belum. hopefully dapat jumpa dia cuti CNY ni.

fear factor.
nampaknya saya sangat terkesan dengan kata/pengalaman sorang kawan. size ibu menentukan cara kelahiran  anak sama ada normal atau czer. mempunyai bentuk badan yang lebar atau pinggul yang lebar belum cukup menjamin cara kelahiran anak yang normal. Oh! means, sesiapa yang bertubuh lebih tinggi lebih bertuah? itu lah yang sentiasa menghantui saya.

lempang pp sendiri kiri kanan. come on la Ida. Bukak mata luas2. Lihat sekeliling.
your best buddy;

  1. dr.azura bertubuh kecil dari saya tapi anak dah 3, tiga2 lahir normal.
  2. wifey nya si tengku halim, tubuh kecil juga dari saya, anak dah 4 semua lahir normal umo baru tua setahun dari saya.

Saya dah genap 40 minggu. Baby masih selesa di dalam uterus mommy. ( M*mmy Pulak?) Apa yang ditakuti sangat? Adakah baby still continue to grow?

Huwaaa...malas nak menulis. 

Scan @39 weeks

Hasil rutin check up untuk 39 weeks, berat 2X tak naik. Statik on 81kg. Harus lah kene mengadap doktor. Esoknya terus appointment jumpa doktor. Nak boleh ke masuk bilik doktor tu, ader la dalam pat lima kali terlelap! Asyik terbayang bantal je time tu. Sajer pilih seat menunggu yang belakang2. Kepala sandar ke tingkap. Mana taknya, pagi tu layan nasi lemak. Pemangkin untuk tidur.

Bila berat x naik, doktor akan scan untuk periksa air ketuban. Dibimbangi leaking tanpa sedar. Alhamdulillah air ketuban mencukupi. Saya pun dah x paham dah imej dlm scanner tu. Baby dah memenuhi ruang uterus. Tambah2 lagi scanner kat atas kepala. Seksanya nak dongak. Ntah pape yg doktor ukur. Bila jumpa jantung, doktor minta saya tengok. Subhanallah jelas degupannya. Last doktor scan kepala. Yang tu memang jelas. Dah masuk laluan. Lepas siap scan saya tanya anggaran berat baby. Doktor kata x blh nak depends pada imbasan. Saya degil tetap nak tau anggaran. Dalam 3.4kg. Ayyo..pepepun hrp baby sihat n kuar dengan mudah. Orang cakap berat sebenar baby x berbeza jauh dr anggaran imbasan.

Antara kerja dan keluarga

Selalu juga atau kadang-kadang kita berada di persimpangan. Biasanya orang akan cakap, family 1st! As for me saya tak nak la korbankan terus salah satu. Kene ada timbang tara juga. Ada orang terpaksa fokus salah satu hingga menyebabkan perkara yang satu lagi banyak terjejas. Contoh kerjaya doktor. Selalunya perlu fokus dan komitmen yang tinggi sehingga masa keemasan keluarga terjejas teruk.

Alhamdulillah kerjaya saya membolehkan saya berkerja dari rumah jika tidak ke pejabat. As long as ada talian internet untuk upload/menghantar tugasan. Jika tidak adapun, masih boleh siapkan secara offline di locallhost.

Sebenarnya, saya sangat risau jika tanda2 pasti untuk bersalin datang semasa waktu kerja. Tak mahu kawan-kawan kerja turut panik sebab saya. Lebih2 lagi tak nak menyusahkan diorang. Walaupun suami cuma bekerja kat office sebelah, tapi beg2 hospital masih lagi di rumah. Malasnya nak letak dalam bonet ke hulur ke hilir. Teruknya..huhuhu..Kalau sakit, InsyaAllah masih sempat balik ambil dan terus ke hospital.

Oleh kerana bonda saya mahu stay kat rumah, saya serba salah nak tinggalkan dia sengsorang kalau saya g kerja. Kesian dia nak masak, nak mandi dengan sebelah tangan bersimen. Tak sampai hati pula nak paksa dia tinggal rumah kakak saya lagi. Alasan sebenar dia tak nak tinggalkan saya. Mungkin bonda saya nak dia ada time saya sakit-sakit. Tu la pengorbanan ibu kita kan. Wlaau macamana susah pun, dia tetap fikirkan anak dia. Dia kata tak boleh tenang asyik fikirkan keadaan saya kalau dia tinggal kat rumah kakak. Kesian lagi kalau dia tak boleh tidur.

Hari kerja saya masih berbaki 2 hari menjelang cuti Tahun Baru Cina. Terasa sayang juga cuti. Kalau tak, memang saya kene EL. Tapi saya mesti sayang lagi bonda saya. Apa lah sangat EL(rekod cuti) tu kan. Kalau bonda saya boleh berkorban untuk anak dia, kenapa tidak saya? Mestilah berganda-ganda lagi boleh. Yang penting saya masih boleh bagi komitmen kerja walaupun di rumah. Harap2 tak ada hal yang membataskan saya bekerja di rumah. Jangan la ada gangguan lain. Masih ada bugs2 yang kene saya selesaikan. Kesian kat teammates nanti.

Prinsip saya mudah. Yang dikejar mesti dapat, yang dikendong jangan berciciran pula. Punya lah tamak kan. Semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga saya dapat berbakti untuk orang sekeliling. Semoga saya tidak menyusahkan orang lain ke tahap maksima.

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak itu menambahkan lagi kasih-kayangku terhadap ibuku, kau jadi lah aku seorang ibu..amiin"