Blog therapy

Ehem..salam..kepada sesiapa yang tersinggah secara sengaja/tanpa sengaja..
Seme tau mostly kita2 ni ader personal blog. (Erm, takut juga andainya blog ini bakal mengheretku ke neraka..Nauzubillah)

Blog yang banyak tujuan..yang baik2..utk berkongsi apa sajer..love,happiness,joy,pain,stressed..ikut la..masing2 kan..no wonderlah kita pakai prinsip..'sukatikupenaktuliskatblogkukalotaksukabolehblah'..

Tapi jika ada yang fungsikan blog sebagai lapangan untuk sound orang lain kes bende2 kecik je pon..erm alahai..ada saluran sms untuk berbincang..guna ajerlah kalau benci sangat nak dengar suara tak best..atau email cara kuno..tak kesahlah kan, janji mesej sampai..

Ini, kalau dah orang yang nak ditujukan tu tak tau tapi tersebar pula pada orang2 yang tak ada kene mengena..yang tak tahu pun jadi tahu aib orang itu ini..erm..alahai..Ada pula yang nak pekenekan seseorang menggunakan blog kawan kepada si orang yang malang itu..herm..menarik tuh! Kreatif dan inovatif..

Mari sama-sama mencari kebaikan dalam penulisan. Sama-sama ingt-memperingati jika tersasar..selalunya kesedihan,kebengkekan,kesakithatian...lebih baik diperam dalam2,atau diluahkan secara offrecords..mengelakkan dari terasa dan tersilap-sangka..

Mari hubungkan ukhuwah, bukan memusnahkan..Kita usaha tutupkan yang aib,sebarkan yang indah nilai murni..

Jom...heboh2!

* Kecewa dengan seseorang yang condemned biz saya secara maya. Syukur, saya mampu untuk redha dan ambil yang jernih untuk membaiki serbis biz sebaik mungkin. Malah, saya bersyukur atas hikmah Allah krn hal ini, rezeki biz saya semakin mencurah-curah walaupun selepas dicondemn.

Saya sedar kesabaran untuk bertenang dan berlembut adalah asas yang baik untuk berjaya dalam apa jua keadaan. Customers is always right. I hv no rightsa t all to mad at you/them. Say wat u pleases..I have Him(Allah SWT) to whisper with.

Rumah yang didatangi malaikat

  • Ahli rumah yang bersolat
  • Rumah yang bersih
  • Ahli yang jujur, amanah
  • Menyambungkan silaturrahim
  • Mempunyai makanan yang halal
  • Ahlinya baik terhadap ibubapa
  • Ada tilawah Al-Quran
  • Mempunyai para penuntut ilmu
  • Isteri yang solehah
  • Tiada barang haram
  • Ahli yang rendah hati, sabar dan tawakal

Gigi bongsu (Wisdom tooth)

  • Badan suam2 
  • Sakit gg
  • Bengkak gusi
  • Belah kiri
  • Ujung sekali
  • Sakit pipi
  • Susah makan, main sedut je
  • Susah bercakap
  • Tak tau nk park kat mn rahang atas
  • Nak tutup mulut rasa x kene
  • Muka rasa cam herot je 
  • Dan yg plg top, lenguh rahang
  • Dan amik sejibik pil Hurix
  • Maka hlg la kejap sakitnya
  • Sudah kumur dengan air suam bergaram
  • Sudah kumur dengan Colgate Plax
  • Sudah kumur dengan Procare Mouthwash
  • Belum hisap lagi ketulan air batu..esok kne buat nih
  • Akan jumpa dentist bila keadaan sangat darurat 
Bilamana dikatakan manusia ini kejadian Tuhan, makanya tidak boleh dipersoalkan akan kelogikan akal manusia bersandarkan kepada perkara biasa terjadi. Bila kehendakNya, perkara luarbiasa pun akan terjadi. Mengikut kajian prof tnth bersumberkan alam maya blog bagai nih, plg berusia, ialah manusia berumur 34 tahun pon masih mengalami ketumbuhan gigi bongsu. Ya ketumbuhan gg bongsu ye kawan2, lain2 tu minta dijauhkan..InsyaAllah..

Sumber kajian:
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/GIGI/GigiBongsu.php
http://gadisberbajubiru.blogspot.com/2010/04/impaksi-molar-ke-3.html

Febuari dan Mac

Jika digoogle tentang personaliti seseorang yang lahir pada bulan Mac, mesti ader tertulis tentang sikap kreatif dan cenderung dalam bidang seni. Itu hanya kajian. Dan tidak ader kene mengena dengan saya.
Jadi, saya tidak ader kemahiran dalam penulisan. Cuma angan-angan. Hanya suka membaca tulisan orang lain. Tambahan pula tidak tertapis perkara yang perlu dikongsi. Dan kebanyakannya sudah terlupa.
Buat masa sekarang, saya sempat dan akan kemaskini dari semasa ke semasa amalan dan doa-doa yang boleh sama-sama amalkan.


Sementara terlintas dalam minda, saya semakin kerap menjengah perkembagan pokok-pokok sayur yang saya tanam. Setelah lama menanti, benih peria dan lada yang saya beli di cameron highlands baru-baru ni tumbuh juga. Bersyukur dan semoga dapat mengeluarkan hasil. Belum ada kerajinan untuk snap gambar tumbesaran pokok-pokok di kebun kecil depan rumah.

Oh, akhirnya hari ni saya terima surat lantikan jawatan untuk tahun baru. Debaran sudah berakhir. Makanya, 2011 menuntut usaha yang lebih gigih. Dan mungkin juga cabaran yang baru dengan projek yang baru. Apapun, mestilah bersyukur sebab masih mempunyai pekerjaan di tanah air sendiri.

14/2 hari lahir suami. Walaupun dah bagi hadiah dan sambut awal2(takut terlupa bila tiba masa), tapi penyakit lupa datang juga pada pagi hari tersebut. Yang saya ingat pun jika tuan punya badan sendiri yang catat dalam calendar handphone saya. Dan yang seMac dengan saya ataupun yang lahir dengan kehadiran saya di hospital seperti anak-anak saudara yang hari lahirnya jatuh pada hari kematian Micheal Jackson dan yang lahir pada hari cuti pekerja. Dan vdate bukanlah tarikh yang asing sebab 1 dunia sudah maklum. Oleh kerana hati dan kepala masih semak dengan fikirkan tugasan pejabat, jadi urusan2 lain terketepi(alasan).

2 malam ini, ada liputan mengenai kenangan arwah Sudirman. Terpaut dengan kenyataan kenalan yang memuji sikap baik dan humble arwah. Hingga hari ini pun saya tidak dapat menyanyi-nyanyi untuk telinga sendiri lagu Salam Terakhir tanpa ada rasa batu dalam tengkuk(sebak). Hairan dengn Tuk Ti yang dapat mengalunkan dengan baik walaupun dia sebak.

Sekian merapu merapik sambil layan buletin utama.

Penyelesaian kepada tangki minyak kereta yang tersumbat@kurang lancar apabila mengisi minyak

= ini. Selama ni, keretaku ader masalah ketika mengisi minyak, mesti tertendang pemetik nozzle tu. Konon2 minyak dah penuh la..sebenarnya ada masalah dengan saluran tangki minyak tu. Hanya pump attendance tertentu je yang pandai handle masalah ni and kadang ikut nasib jugak. Tapi sjk beli 2 botol besar(beli 1 percuma 1) nanotech fuel enhancer, masalah saluran tersumbat dah xde. Minyak dah masuk dengan lancarnya. Sambil minyak dapat dijimatkan sebanyak 20%. Amazing nara sungguh dengan produk ni. Alhamdulillah..produk yg bagus..

detox foot patch

Masih tercari-cari detox foot patch? atau foot detox patch? atau jun gong foot detox patch? Jangan segan-segan, sila ke http://ayuleeda.wordpress.com/

Tiada duka yang abadi


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Sumber:

Dendangan: Opick. Sejak layan cerita Hani. Setiap episod mengalir airmata.
Oh sangatlah menangkap jiwa raga lagu ni. Insap2..

Kopi dan cawan

Salam,
Lanjutan daripada ini, masih menjurus pada hal2 kehidupan, kerja dan tekanan..terjumpa akan saya dengan entry yang agak best buat panduan. Asasnya entry ni berkenaan dengan hubungan persahabatan..tapi suka saya memetik beberapa rangkap yang boleh dijadikan panduan dan perlu difikirkan;

Dalam meniti hari-hari yang mendatang, adakalanya tekanan melanda diri. Lantaran beban kerja yang menimbun dan masalah yang bertali arus datang dan pergi. Tika ini sahabat diperlukan untuk mencurahkan isi hati yang terpendam. Bersama renungkan analogi ini. Sekumpulan alumni yang mempunyai kerjaya yang mantap mengadakan pertemuan di rumah seorang profesor. Masing-masing menceritakan kehidupan dan tekanan kerja dan keluarga yang dihadapi. Mendengar luahan hati mereka, profesor tadi segera bangun menuju ke dapur. Kembali dengan membawa teko besar berisi air kopi dan pelbagai jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porselin, plastik, kaca dan kristal.
Profesor tadi menyuruh menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua bekas pelajarnya mengambil kopi masing-masing, profesor itu berkata : “ Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Ini adalah keadaan yang biasa di mana anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda, tetapi itulah punca kepada masalah dan ‘stress’ yang anda semua hadapi.

Apa yang sebenarnya diperlukan hanyalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk lagi anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain. Kehidupan diibaratkan seperti kopi. Kerjaya, wang dan masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan sekadar alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah dan hanya alat yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang dipegang sehingga gagal untuk menikmati kopi tersebut.

Bagaimana penulis ingin mengaitkan dalam apa situasi sekalipun kita memerlukan seseorang untuk mendengar dan memberikan sokongan di kala diri lemah. Bagaimana pelajar-pelajar tadi saling memerlukan antara mereka. Sebagai penasihat dan pembimbing tika diri sedang leka dibuai mimpi indah. Oleh itu, janganlah mengabaikan atau memutuskan ukhwah yang terjalin kerana kesibukan duniawi. Hargailah sahabat yang berada di sekeliling kita.
 Sumber

Apa makna wang berjuta jika tidak dapat dikongsi bersama insan-insan tersayang?

Terpaku dengan kata-kata tokey Suria Records(SRC).

Masa muda kita bertungkus-lumus mencari rezeki dengan harapan mengunpul kekayaan sehingga mengabaikan orang tua kita dan keluarga. Dan apabila wang ringgit sudah berbukit-bukit, mereka sudah tiada lagi di dunia ni. Jadi, ada maknakah lagi rezeki itu semua? Jika tidak dapat dikongsi bersama insan-insan tersayang?

>> Merenung tuntutan kehidupan dalam-dalam <<

Resepi steamboat





Steamboat dlm erti kata lain Yong Tau Fu.

Bahan A:
Sup ayam. Rebus rangka ayam/ketulan ayam yg dipotng kecik2. Letak garam/perasa sket.
Kalau nak sedap, buatlah sup tu sptrmana anda buat utk makan dgn nasi ayam.

Bahan B:(Kuah/sos)
  1. Cili besar 8/10 biji(terpulang kepada hidangan) 
  2. 2 ulas bawang putih 
  3. Cuka  1/4 gelas kecik
  4. Gula halus 1/4 gelas kecik
  5. Air masak 1/2 gelas kecik
  6. Sos tiram 6 sudu besar teh
  7. Sos tomato 2 sudu
  8. Sos cili thai 2 sudu 
  9. Sos sotong(jika suka, tapi saya tak suka ;( ) 
  10. Kacang tanah - yang telah digoreng dan ditumbuk kasar (untuk ditabur atas sos) 
Bahan 1-7 diblend hingga sebati dan pekat. Masak sekejap atas api yang perlahan.

Bahan C:
  • Fishball, meatball, lobster ball dan segala jenis ball yg anda mau
  • Fishcake 
  • Udang
  • Sotong
  • Wan tan
  • Fucuk
  • Sosej
  • Kangkung
  • Tauhu keping
  • Cendawan
  • Sawi madu 
Cara2:
  1. Masak kuah sup dahulu dalam periuk biasa. Reneh dalam dalam periuk elektrik besar@periuk khas utk steamboat. Tutup suis jika ia mendidih.
  2.  Masukkan bahan C beberapa minit. 
  3. Angkat untuk dimakan bersama bahan B iaitu sosnya.
  4. Selamat mencuba!
*Requested by sista #2 & Ayu.

Makan besar malam Chinese New Year

Sambutan ulangtahun ke-2 perkahwinan MJ+TN.

Plan A: Steamboat + Cupcakes/SR cake @ WNK.
Plan B: Steamboat + Cupcakes/Cake @ BCB
Plan C: Steamboat + Chocholate Cake + Nasi Goreng @ BR.

Plan C was successfully done!

Percobaan kali ke-tama bikin steamboat. Boooooleh la. Resepi disedut dari pak gugel yaitu resepi restoran pak amir. Tapi macam bese, bukan 100% cilok..mesti kasi renovate sana sini.

Terima kaseh pada yang hadir memeriahkan suasana. Betul2 meriah dengan tayangan Hantu Mak Limah.
"Ce citer......ce citer......". - skrip pecah perut.

Picture..'belum cuci'.

Alhamdulillah selamat.

* Tetap merindui Anis Syuhada, Faiq Mursyadi, Asyraf Salihin, Yusuf Aqil, Afif Muqri, Amna Izzah dll...