Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Hadiah dari syurga

Alhamdulillah, malam tadi ada saudara bertandang ke rumah untuk order set kesuburan Shaklee. Pasangan ini dah beberapa kali membuat rawatan IUI dan pernah melakukan IVF. Respect sebab memang golongan macam kita tak boleh sesekali berputus asa. Selagi ada ruang, peluang dan kemampuan, usaha mesti diteruskan juga.

Aku bukanlah taksub hanya dengan sesuatu usaha sahaja. Semua usaha yang termampu patut dicuba. Kalau kita suka memandang remeh petua atau saranan orang tentang usaha ini, siapa yang rugi kan..mana tahu usaha yang sekecil-kecil boleh membuahkan hasil yang sangat diharapkan.

Teringat ceramah Ustaz Dr. Mohd Zulkifli Al-Bakri tak lama dulu..kisahnya..ada sorg lelaki yang rajin ke masjid. Dalam satu tempoh, dia tak nampak sahabat itu di masjid untuk beberapa ketika. Pada suati malam, kawan tadi hadir semula ke masjid. Namun, ada sesuatu yang mendorong sahabat ini bertanya pada kawannya. Ada sesuatu kekeruhan dan kerisauan di wajah sahabat dia. Maka sahabat ni pun bertanya akan masalah lelaki ini. Namun, lelaki ini berat untuk menyatakan masalahnya. Tapi dipujuknya oleh sahabat ini kerana jika mampu dia ingin sekali menolong meringankan beban yang ditanggung oleh rakannya itu. Kemudian, lembutlah hati kawannya itu untuk menceritakan masalahnya.

Ceritanya begini..dia dah lebih kurang 10 tahun berumahtangga, namun masih gagal untuk mendapat cahayamata. Mereka baru sahaja pulang dari mendapatkan rawatan di luar negara. Wang bukan menjadi masalah mereka dalam apa saja usaha. Doktor-doktor pakar yang merawat mereka memberi keputusan bahawa, peluang untuk mereka mendapatkan zuriat darah daging sendiri amat tipis. Ini lah yang amat menyedihkan lelaki ini selepas pulang dari rawatan luar negara. Hati manakah yang tak berat untuk meneriman tamparan ini..Kemudian si sahabat menasihati kawannya yang sedang bersusah hati ini..katanya..

Wahai sahabatku..
kenapa kamu terlalu berpegang dengan kata-kata manusia?
Sungguhpun mereka berilmu, mereka pakar dalam bidang mereka, tapi mereka tetap lah manusia bukan? Bukankah kita sepatutnya bergantung paling utama pada kuasa Allah SWT melebihi dari makhluk yang lain?
Lelaki td hanya mengangguk-angguk lemah.

Jadi, apa lagi yang sepatutnya aku usahakan? soalnya menunjukkan walaupun bersedih namun semangatnya sangat kuat dan tidak menyerah kalah dengan situasi.
Maka, sahabat ini menyarankan supaya solatlah malam. Bangun solat malam. Berdoa bersungguh-sungguh meminta hanya pada Allah Yang Maha Berkuasa dengan penuh keyakinan. Semua pemberian hanyalah dari Dia. Soal zuriat ini adalah antara kita dengan Allah, sahabatku..bukan manusia. Jika Dia memperkenankan doa kita, maka Dia akan memakbulkan.

Allahu..kawan yang tadinya tersangat lemah dan susah hati kembali bersinar air mukanya dengan harapan dan tekad untuk bersungguh-sungguh meminta dari Yang Maha Kuasa. Dengan izin Allah jua, akhirnya pasangan ini Dikurniakan zuriat yang diidamkan selama ini setelah menuruti nasihat sahabatnya itu. Alhamdulillah..
Cerita dan bait ayat kisah ini bukan direka-reka oleh aku tapi ia hasil cerita dari Ustaz Dr. Zulkifli sendiri..

Apa pun usaha yang kita giatkan, kita letakkan kebergantungan utama pada Allah SWT..namun jangan pula sesekali menunggu hasil datang bergolek tanpa sebarang usaha dan putus asa...Aku selalu berpesan pada customer-customer aku, kita hanya berikhtiar, Allah jua yang menentukan hasilnya...

Erti kebahagiaan yang sebenarnya ialah bukan pada harta benda atau apa-apa hajat yang kita yang makbul, yang kita dapat, tetapi pada taqwa iaitu kerendahan hati kita untuk bangun solat malam *berbicara dengan Tuhan*. Nasihat Ustaz Zulkifli dalam satu video berasingan..Allahukahbar...



Redho jer laa..

Aku semakin pening dengan politik tanahair. So, malas dah nak follow. Bersibuk-sibuk dengan urusan sendiri lebih baikkk dari fikirkan hal orang lain yang tak bersangkutan langsung dengan kita.
Dengan kepelikan hal politik kita, aku lebih pelik dengan orang yang hegeh-hegeh mintak mahap dengan kita, tapi still nak ungkit, nampak sangat tak ikhlas and hati masih....errr cedera tak pulih2. Baik la bersihkan hati dulu baru mintak mahap seikhlas mungkin. Kesian sgt dengan orang lagu ni. Otak and hati diorg tak pernah free dari perasaan yang tak best. Tak pe lah. Abaikan jer. Baik fikirkan macamana nak membuatkan hati sendiri lebih best yang xde sangkut paut dengan orang.

Redho jer laaa..

"EVERYONE YOU MEET HAS SOMETHING TO TEACH YOU"

Dengan siapa kita jumpa dalam hidup ni ditentukan oleh Allah. Untuk memberi pengalaman dan pengajaran kepada kita. Perlu ke nak persoalkan ketetapan Dia? Kesian pulak kalau asyik nak persoalkan apa yang Allah dah rancangkan dan tentukan. Susahkan nak redho berbanding sabar? Ikhlas pun susah. Setiap kesusahan itu adalah hikmah dan jalan untuk meraih pahala bagi yang bersabar & redho.
Untuk petua ketenangan & kebahagiaan hati sendiri, stop comparing our self with others. Senjatanya adalah doa. Itu je. Tak susah sangat pun nak buat.

Redho jer laa...

Semakphone kita masuk air. Entoh biler anok kita jirus/rendam sbb dia bangun awal, kita dalam mamai2 tgk phone dah lencun! Bese org akn kata ha tu la bg lg ank main dgn phone. Eh eh..no no. Aku dah jarang bg dia phone(utk coolkan dia), tp x sedo biler masa dia ambik pg tu. Walopon 9to jer tp cukup berjasa and sgt satisfied dgn performancenya, kualiti gmbrnya ..yep semestinya lah bnyk gmbo berharga dlm tu. Aku dh uninstall dropbox, sajer. Marah? Nope at all. Takde rasa marah pd anak sebab apepun benda dh nak jadi. Ader la hikmahnya tuh. Banyak benda lain lagi kene lyn selain semakphone tu kenn.  Tunggu lg 2 minggu kene repair. Hopefully masih ade harapan untuk dia trskan idup. Sbrnya plg bguna sbb duk berwhatssup dgn 2 bff's yg status surirumah. Best berkongsi tips and pengalaman msg2 facing this life. The best thing is..haaa ni nak story.. Diorg ni x pernah la semakin nk down kan aku (jika aku tgh down.) dgn nk compare apebende ntah yg berbeza. Bila aku rasa jatuh, diorg ni la akn bangkitkan aku semula. Sebab fasa hidup kami berlawanan. Setiap sesuatu tu dah pasti ade pro n cons. Dua2 ade kelebihan dan semuanya ada cabaran. So, perlu ke nak persoalkan? Buang masa kot. Dua2 org ni tak suka main fb haha. Kitorg just sharing ape2 kat insta n whatsapp.

Redho jer laaa..

Selamat Beramal







Merungut kerana fitrah dan ketentuan?

Why i'm writing this?
Sebab selama hidup ni tak pernah lagi puasa enam. Terasa semangat nak join sama insan-insan terdekat yang mula puasa enam. Rasa nak join. Sebab Ramadhan tahun depan belum tentu lagi. Bila sembang dengan officemate, dia kata tengah sarat ni boleh ke? Utamakan kandungan. Saya jadi konpius.
So, sekarang baru terdetik nak puasa enam?
Masa perut x boyot tak terasa pulak kan? Cepuk dahi sendiri.
Sebenarnya minggu lepas baru saya start rasa gagah sikit, nak masak & pergi mengajar kat kolej rsa mcm ok la x lembik mcm  biasa. Walaupun skarang tengah mengantuk! Mengantuk sejak pukul 11pg td lagi, tp tahan jer dulu. Now dah 1.18 noon.

Selama *kami ber TTC, masing-masing selalu pujuk diri dan hati masing2 bahawa Allah bagi masa dah banyak untuk focus dengan tenang kepada perkara-perkara ibadah dan sampingan. Tak yaah la nak sebut satu2 kat sini ibadah ape kan, semua paham2 sendiri, the list goes on.
*kami merujuk kepada me n my bff(Ayue).
Bila dah ada anak, tak payah nak gatal2 merungut, tak sempat nak semayang lama2, doa pon tak sempat, tak boleh nak pegi terawih, tak larat nak puasa sunat, tak boleh nak layan suami kat meja makan, bla3 the list goes on. Tak payah, OK. Pandai-pandai lah kita nak hidup, life is learning stage. Berdoa tak semestinya atas tikar sejadah, sambil buat bende lain boleh doa, tak semestinya juga kene duduk tepi kubur.

Jika sibuk dengan anak, bila banyak kes cerai, ader jer statement dari lelaki atau dari pak ustaz cakap banyak punca dari isteri yang tak teman suami makan di meja makan.! Wow! wat the heck. Sebab tu je boleh kene cerai? Rapuhnya iman lelaki sekarang ni. Kalau kamu wahai kaum lelaki x cukup bertanggungjawab dan banyak menyusahkan isteri dan tidak seimbang dalam tanggungjawab dll, dan isteri masib bersabar dengan kamu2 orang dan dan sebagainya sebab kuasa cerai xde kat tangan isteri, ada tak kamu fikir?

Hari ni kami bawak Qushayyi pergi cucuk *Dtap 18 bulan kat KD. Ada satu pasangan, yang sejibik sejibon macam kami. Anak 1st sama baya, si wife tengah boyot. Bila sampai masa nak timbang dan ukur tinggi anak, hanya wife je terkontang kanting buat sendiri, bukak baju seluar diaper anak dukung letak ats timbang, dukung lagi letak dalam baby cot utk ukur tinggi, sementara si bapak budak cuma duduk kat kerusi menunggu sambil layan smartphone. Wat the heck! Itu pemandangan yang paling saya benci. Alhamdulillah bapak budak Qushayyi tak buat macam tu. Sebelum ni saya suka tengok keluarga Cina tu suami sama naik tolong apa yang patut masa check up anak, tak duduk jauh dia.

Hero manja dah kene tinggal gi keje.

Ramadhan 2014 & Dugaannya

"Daaa..letihnya..dok tau nok kabo guaner..Baru saya tau n faham sebab pe Allah lambat beri saya zuriat..."

"Yuuu..mcm yg kita prnh bincang dulu..(sblm msg2 dpt zuriat).. Kan ke kita selalu doa supaya Allah beri bila kita dh bersedia..So, skrg kita kene kuat. Anak pertama adlh pelajaran bagi kita. Ida sdri pun masih terkial-kial dlm time mgmt. Mmg jauh lg dgn gelaran supermommy. Tp masa sdg mengajar..Risau dh skrg fikirkan bila dh ank 2 nnt. Maunya terkejor-kejor lbh dr ni.."

Yu...kelelahan & pengorbanan kita bukan untuk dibalas manusia. Bukan untuk dihargai sesiapa. Bukan untuk dibalas oleh anak2 pun. Semuanya LillahiTaala..semua akan diberi ganjaran olehNya as long as kita ikhlas menggalas cabaran ni.

Kita buat yang terbaik.
Kita didik anak2 kita dengan Quran & hadis.
Supaya jd generasi ummati.
Macam arwah Ahmad Ammar.
InsyaAllah Yu.
Kita usaha sama2.

Ramadhan 2014 saya diberi sedikit kekuatan untuk mengejar si permata sulong yang tengah aktif. Dengan perut menghampiri 7 bulan. Kali ni Allah beri perut tak berapa besar macam sebelum ni. So takde lah kelihatan sgt seperti big momma mengejar anaknya dalam shopping complex, haha. Sementara walid tengah memilih kurtanya. Walid agak cerewet. Tu sebab saya biarkan dia take his time to choose. Penat saya jeling2 kerepek yang pelbagai jenis tu hehe tapi tak sempat nak beli sebab asyik kejar anak. Dia tak mau dipegang. Dia nak bebas sebebas bebasnya. Dia berlari. Bukan tahap berjalan dah. Saya pun berlari sama. Kesian adik kat dalam pun sure kene berlari sama. Sebab tu kami pilih waktu malam untuk amik masa sekejap beli keperluan asas untuk raya. Kalau siang, maunya pengsan! Saya berpeluh. Walid pun sama. Lawak. Kami usahakan balik cepat2. Haha. Nak sangat selami suasana raya setahun sekali membeli belah mencuci mata kat jualan raya kan kan...kan dah exercise.


Harga sebuah ikhlas lebih tinggi dari keindahan dan kesempurnaan

if i have no chance to tell my kids some day, i wrote here...

and somebody who read this will spread.

"cerita seorang guru agama bernama ustaz Abdul Samad (Allahu yarhamuhu). Beliau menceritakan kepada saya, seorang sahabat pernah membangkitkan azan yang dilaungkan oleh saidina Bilal kepada Rasulullah s.a.w. Katanya, azan saidina Bilal tidaklah fasih dan suaranya pun tidaklah merdu.

Justeru, Rasulullah s.a.w. memberitahu Bilal supaya tidak melaungkan azan waktu subuh nanti. Kerana, si pulan akan melaungkannya. Saidina Bilal tanpa soal terus patuh kepada pesanan Rasulullah itu.

Apabila matahari terbit setelah subuh si pulan itu azan, malaikat Jibril turun bertanya Rasulullah, kenapa manusia di bumi tidak azan pada subuh tadi. Jawab Rasulullah, kami telah azan. Jawab Jibril, kami para malaikat dan penduduk langit tidak mendengarnya pun.

Maka, Rasulullah menyuruh si pulan itu supaya tidak melaungkan azan dan meyerahkannya semula kepada Bilal, hinggalah baginda wafat.

Demikianlah harga ikhlas saidina Bilal. Laungannya yang tidak fasih dan tidak merdu, tapi dapat didengari hingga ke alam malaikat. SubhanALLAH Syed Omar Syed Ismail"


MasyaAllah..
MasyaAllah..

tears!!!

Mengapa doa tidak makbul

Ada 10 sebab utama kenapa doa kita tidak makbul;

Salah satunya ialah kita sibuk meneliti aib atau cacat teman-teman kita tetapi tidak pernah melihat aib sendiri.

Antara sebab-sebab kecil pula ialah kita kurang berdoa, kurang kusyu' dalam berdoa dan barangkali berdoa dengan cara yang kurang betul dan tidak istiqomah/berdoa dlm keadaan tergesa-gesa (- saya lettew!.).huwaaa anak dah melalak nk dukung sambil mulut bising "Allah Bak...Allah Bak".

Doa yang lebih berkesan adalah diawali dengan urusan taubat.
Bertaubat dengan dosa-dosa lama dan meminta apa yang kita perlukan dari Allah.

Sama-sama perbaiki diri okay.

3 syarat JANGAN yang saya ingatkan diri sendiri dan kalian juga;

# Jangan hanya sibuk mengira dosa-dosa orang lain saja. Itu urusan dia dengan Allah jika tiada kaitan dengan kalian.

# Jangan menegur orang tanpa berasa diri sendiri pun pernah/sering melakukan dosa yang sama. Itu amat memalukan. Ibarat meludah kelangit.

# Jangan sibuk membandingkan harta/urusan dunia dengan orang lain kerana yang akhirat itu lebih utama dan yang dunia tiada yang milik kita, semua Allah yang punya.

Jomlah berdoa untuk akhirat masing-masing.

Ayat-ayat cinta

Filem yang cukup memberi kesan kepada jiwa lelaki dan wanita, suami dan isteri;
Juga sangat bagus untuk memberi pengajaran oleh orang yang bongkak dan perasan baik.

Scene dalam penjara:

“Kamu tahu Fahri, apa yang sedang terjadi pada dirimu saat ini?”
“Aku difitnah…!”
“Tidak…! Tapi, ketahuilah, bahwa sesungguhnya, saat ini Allah sedang berbicara kepadamu. Dia berbicara kepadamu lewat penderitaanmu. Dia sedang mengajarimu arti sebuah kesombongan”
“Apa yang aku sombongkan? Aku tidak punya apa-apa. Aku bantu perempuan itu, karena aku menghormati perempuan. Tapi lihat, apa balasannya kepadaku? Dia memfitnahku!”
“Itulah kesombonganmu..! Kamu merasa paling benar! Merasa paling suci! Ingat, ketika Nabi Yusuf dipenjara karena difitnah oleh Zulaikha? Beliau lebih memilih dipenjara. Dalam doanya, beliau berkata: “Ya Allah, jika penjara lebih baik bagiku daripada di alam bebas, maka aku ikhlas menerimanya”. Lihat Fahri, Nabi Yusuf lebih memilih berada di penjara, asal bisa tetap dekat dengan Allah, daripada di alam bebas, tapi berkumpul dengan orang-orang yang penuh dusta!”
“Lantas, aku harus bagaimana?”
“Kamu harus sabar dan ikhlas Fahri, karena itulah inti Islam. Saat ini, kesabaran dan keikhlasanmu atas hidupmu sedang diuji. Jangan pernah putus asa. Jadi ingat, SABAR DAN IKHLAS, ITULAH ISLAM!”

Rujukan: sini

Indah Di Mata

Entah mengapa diriku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni tak bererti
Itu bait-bait lagu Aisyah.

Dulu saya selalu menegaskan pada diri sendiri bahawa perjalanan hidup setiap insan adalah berbeza walaupun adik beradik, mahupun kembar sekalipun. Setiap kali kita melihat keberuntungan seseorang, contoh: Kulit muka dia lebih cantik dari kulit muka kita, Dia dapat anak lebih cepat dari kita, Dia kawen lebih awal dari kita, Dia dapat kerja gomen berbanding kita swasta je, kontrak pula. Itu hanya apa yang kita (dan orang lain nampak). But once kita berpeluang mengenali mereka dengan lebih dekat, time tu baru kita tersedar, Ya Allah, aku sebenarnya bersyukur padaMu, kerana aku adalah aku, bukan mereka.

Allah SWT Maha Adil, dia turunkan nikmat bersama-sama dugaan. Terpulang lah pada kita macamana mahu blend 2 perkara tersebut demi menjalani hidup masing-masing. Allah bagi orang tu kelebihan/kegembiraan part lain, tapi dia beri tekanan(supaya kita bersabar) di bahagian sudut hidup yang lain pula.

* Ader seseorang pernah kata, atau saya pernah terbaca entah di mana bahawa;
Jika seseorang tu mengalami kesukaran semasa mengandung(alahan yang tersangat teruk). maka InsyaAllah dia akan Diberikan kemudahan bersalin. Mungkin sakitnya tidak lama. Dan sebaliknya.

Merakyatkan?

Mereka suka tengok aksi rakyat macam peminta sedekah. Berkumpul beramai-ramai bersesak-sesak untuk mendapakan wang percuma. Fikirkanlah jika yang bersesak sesak itu warga emas. Rakyat yang malas berusaha amat nantikan peluang sebegini. Cukup teruja mereka tanpa fikirkan aib malu. Kalau ikhlas nak bantu, JANGAN lah aibkan mereka. Bukan pinta mereka untuk hidup susah. Cuma ramai yang seronot dibantu. Malas berfikir dan cari jalan. Setiap bantuan yang diluar keikhlasan terkandung kekejian di disebaliknya.

Tak boleh ke mereka berfikir cara yang lebih bijak untuk membantu? Tulih je la dalam borang tu nombor akaun. Adoi lah. Memang tak cerdik ke atau memang suka tengok rakyat mengemis di tanah air sendiri?

Cubalah berfikir di luar kotak. Tak ada orang nak bagi sesuatu secara percuma. Tapi, ramai rakyat yang tak nak bersakit-sakit dahulu untuk mendapat rezeki yang halal. Ramai yang nak goyang kaki, duit masuk.

* Jalan yang lurus itu lebih sukar untuk dilalui.

Petua Untuk Menggembirakan Hati Sengsara

Sumber: ENSIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tetapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.

Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur.  Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin juga  anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti 'Keras'.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Ada orang kata, hati mesti kering! Kebal dengan dugaan. Dah lali dah. 

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.