Perjuangan TTC yang membuahkan double line


Selama ber TTC, kita takkan penat mencari maklumat dengan kata kunci: "Teknik mudah hamil"@ "Panduan mudah hamil" dan sewaktu dengannya. Kita mula berkawan dengan rakan-rakan alam maya yang senasib. Berkongsi cerita suka-duka usaha. Bila antara mereka berjaya BFP, yang lain-lain pasti akan bertanya usaha-usaha yang menyebabkan kejayaan tersebut. Saya pernah sentap di mana bila kita emel tanye seseorang yang baru berjaya mengandung, jawapannya ialah; silalah baca/go tru rentetan cerita dalam blognya. (Dengan bermaksud dia penat untuk mengulang jawab pada orang yang sering bertanya.)

Wat the heck! Sombong seyh....Sejak itu saya tekad. Takkan tanya lagi sesiapa yang baru berjaya mengandung. Ala, Allah dah bagi rahmat sedikit, dah berlagak. Apa salahnya..sekurang-kurangnya bagi lah link entry karangan mereka berkenaan usaha terakhir yang membuahkan kejayaan tersebut. Sungguh saya menjadi benci untuk bertanya. Saya meminta dari Allah SWT, bukan dari kamu. Dan masalah kita tidak semestinya sama.

Saya juga tahu akan dihujani soalan dari rakan TTC yang menyedari kejayaan dari perjuangan ttc. Mungkin mereka menjenguk carta BBT saya. Saya pun dah mengeluarkan diri dari group BBT yang saya akui terdapat ahlinya yang mulut tak ada insurans, ahli2nya yang berlagak sentiasa +ve thinking 24 jam. Saya tak refer diorg pun saya masih boleh belajar dan berBBT sendiri. Ilmu Allah sangat luas.

Di kesempatan ini saya turut mahu berkongsi kisah dan usaha saya berTTC selama 3 tahun setengah. Awal bulan lepas (selepas kegagaln 2 cycle clomid 75mg), saya ade jumpa doktor ummi untuk membuat ujian darah. Tapi dia sarankan saya refer pada hospital. Malangnya DH kurang bersetuju dan lebih sarankan cara lain. Oh! entry lepas sudah cerita.

Antara ikhtiar yang saya lakukan ialah(mungkin boleh membantu rakan-rakan ttc saya yang lain biarpun masalah tidak semestinya sama).

Saya amalkan;
·         Sebahagian besar doa untuk mendapat zuriat(mungkin ada lagi doa memohon zuriat yang saya tidak tahu): Yang selalu bermain di bibir ialah 2 ayat terakhir surah Yasin.
·         Solat sunat dhuha:
      Bila saya tahu solat sunat dhuha mesti dipelihara kerana ia sangat penting, saya usaha untuk rajinkan diri mengerjakannya.
·         Solat sunat tahajjud:
      Saya tidak set jam untuk qiam. Biasanya bila saya terjaga, saya akan terfikir, ini adalah waktu terbaik untuk bertahajjud. Tapi beberapa minit kemudian, saya akan sambung tidur. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya. Tapi, last cycle lps period, bila terjaga saya kuatkan jiwa untuk bangun solat malam. Permulaannya memang agak sukar, tapi percayalah, kali ke2 dan seterusnya ialah lebih mudah. Bila saya set jam untuk bangun qiam, saya tidak akan terjaga. Jadi, bila saya terjaga sendiri, saya anggap ia adalah mesej dari Allah SWT dan saya mesti mengambil peluang keemasan ini(terjaga sekitar 3.30am).
·         Solat sunat taubat: Ia sangat penting bagi setiap insan, begitu juga bagi kita yg sedang TTC. Mungkin ada dosa2 kita yang menyekat doa/usaha kita untuk mengandung.
·         Sunat qobliah dan ba’diah: Ade seseorang hamba Allah(ustaz rasanya) yang share jadual jaga hubungan dengan Allah. Bila ade jadual tersebut, semangat untuk beribadat(sunat) datang dengan sendirinya. Kita boleh muhasabah diri, menghitung amalan wajib dan sunat melalui jadual tersebut. Sangat menarik!
·         Al-waqiah
·         Al-Mulk: Saya takut mati. Saya nak jadikan surah ini penjaga saya bila di kubur nanti.
·         Baca doa-doa penting dan tiup ke dalam air untuk minum
·         Clomid 3rd cycle 10mg(1st & 2nd 75mg jer)
·         BBT 3 cycle: 36.6 darjah celcius buka lah suhu yang baik dalam tempoh counting DPO. Jadi, bila suhu saya melebihi 36.6 di hujung TWW(two week wait) period, saya berasa yakin untuk membuat HPT.
·         Using OPK
·         Jogging 5x, stop bila menjelang fertile windows: Saya suka berkongsi bahawa mengeluarkan peluh dan excercise sangat bagus untuk dilakukan, lebih-lebih lagi saya yang sudah 3 tahun tak beriadah. Part ni saya jogging bermati-matian sampai kua peluh jantan sumer..xde main-main dah.terus teringat zaman berlatih hoki. fuh!
·         EPO
·         SHAKLEE set kesuburan/kulit (suami-isteri) - kami sangat disiplin habiskan ;) 1 bln je pdhl..(contact saya jika berminat. blh consult skali): GLA Shaklee untuk baiki sistem pembiakan wanita dan stabilkan period. Vit B comlex, vit C untuk baiki sel-sel dalam badan, ESP tambah kesuburan, tenaga & brt bdn ideal.
·         Asid folik & Vitex (sempat abis stgh botol jer, tp skrg dah ada keluaran baru untuk PCOSer): dapatkan di sini
·         Lumiglow(good for PCOS, kuatkan rahim) - stabilkan period

JANGAN PUTUS ASA..Nanti Allah benci..

Saya tidak akan penat untuk menjawab soalan rakan TTC yang bertanya usaha saya. Paling tidak pun, saya akan bagi link tulisan saya ini. Siapalah kita untuk sombong dan riak dengan anugerah Allah SWT. Janganlah sesekali riak dengan kenikmatan yg Allah beri kerana semuanya ihsan Allah yang mahu menguji kita semua.
Dapatkan mana2 set shaklee dari saya, ada hadiah yang akan saya bagi. 010.4161161. Bagi yang nak set subur dan panduan pengambilan berkesan cept2 contact saya okey..

7 comments:

Nia said...

Aha...saya dah terjumpa usaha leeda ni...akhirnya usaha leeda membuathkan hasil. takpe la...kadang2 memang diorang pun lemah juga, tapi kena ada yg kuat bantu yang lemah ye tak...saya selalu juga ada perasaan negatif tu, sampai husband marah sebab selalu negatif.Sebenarnya dah tak larat lagi nak berttc, letih je rasa...called ibu pun kalau dah masuk bab2 ni nangis je...aiyooo...

Nak tanya, leeda ada tak terasa down/negatif masa cycle yang last tu? atau confiden macam ade harapan preggy? Ye la, takut aura negatif dlm minda yang menyebabkan susah nak preggy.

Nia said...

Aha...saya dah terjumpa usaha leeda ni...akhirnya usaha leeda membuathkan hasil. takpe la...kadang2 memang diorang pun lemah juga, tapi kena ada yg kuat bantu yang lemah ye tak...saya selalu juga ada perasaan negatif tu, sampai husband marah sebab selalu negatif.Sebenarnya dah tak larat lagi nak berttc, letih je rasa...called ibu pun kalau dah masuk bab2 ni nangis je...aiyooo...

Nak tanya, leeda ada tak terasa down/negatif masa cycle yang last tu? atau confiden macam ade harapan preggy? Ye la, takut aura negatif dlm minda yang menyebabkan susah nak preggy.

btw, saya dah penah guna lumiglow, tapi period langsung tak keluar2...rasanya badan saya tak respon dengan produk ni kut...ye la, badan org lain-lain kan...anyway thanks sebab share tips...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nia,
Lps 1st cycle - 'frust menonggeng'.
Lps 2nd cycle - 'frust thp cipan'.

Cycle ke-3 - stop clomid. Utk fikir masak2 wat to do. Tu yg decide nk g wat test HCG. Doc bg last chance utk amik clomid - tmbh dos.

Time ni sbnrnya rasa blur dan terlalu stressed, buntu. Tp dgn 'hrpn akhir clomid ni', saya kuatkan semangat. BBT diteruskan krna period dah stabil. Saya kuatkan ht ada hrpn sbb period dh stabil stlh sekian lama.

Cycle last tu mmg all out dlm menaruh hrpn..tp bersama suami cuma target waktu puncak subur je based on BBT. Selebihnya saya berserah pd Yg Maha Kuasa sbb saya dah bermandi airmata kronik dlm usaha last tu dpn suami (sy x prnh rasa selemah ini dpn dia).

Tak sampai sebulan lps tu(hjg bln) kami bercuti ke utara, amik cuti seminggu. --> Petua utk mudahkan conceived. Time ni ank buah dh tanye, mksu mengandung ke? dia nmpk bdn saya berisi sket. dia jns pandai cam org yg bru start peknen.

Time tu mmg xnak pk ape dah bab peknen. Nak happy je jln2. Dlm masa yg sama saya jga makan/minum dan x mkn ubtan lain sembarangan walo terkene cirit birit. Sy ingtkan diri bhwa sy dah took clomid dlm dos lbh tggi, setinggi hrpn saya time tu.

Entah kenapa saya tekad nk buat HPT sebaik sajer blk dr jln2 tu walaupun period belum delay lg. How gelojoh i am.

Alhamdulillah..sujud syukur.

~ maaf kalo x menjawab soalan dgn tepat..

Unknown said...

tahniah sahabat maya..lambat pulak dpt info hukhukhuk i'm so happy for you..doakan tina plak mengikut lepas ni ye :)

Unknown said...

thanx a lot tina. Alhamdulillah Allah bg chance.

InsyaAllah Tina x lama lg tu..keep on praying n cool bebeh!

zool said...

UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
(cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
SMS/WASSUP 0148004302