#4 My master journey: Fasa tergelincir ke dalam gaung

SV adalah factor paling utama. Jadi, dengan kepatuhan dan ketaatan yang tinggi pada SV, ramai yang berpendapat pasti mudah dalam menjayakan kajian. Namun, ia tak sebegitu. ‘Uncertain things’ sentiasa hadir menduga berkali-kali.

Selepas defend proposal, apa yang aku fikir..walaupun perlu yakin dengan perancangan SV, perlu jugak ambik input dari penilai, sebab penilai-penilai tu adalah kalangan Professor dan mereka yang mempunyai pengalaman pelbagai. Perlu ambil input mana yang perlu. Jika pendapat mereka tak penting dan hanya perlu ikut arahan Sv semata-mata, buat apa adakan presentation penilaian? Kiranya, aku pun catatlah mana komen-komen yang perlu diambil perhatian dengan persetujuan SV. Tak nak la nanti pendapat-pendapat itu against perancangan SV. OK fine. Masalah utama aku selepas presentation tu ialah 1. Tiada expert (yang dapat mengesahkan jantina ikan arowana dari physical appearance!) Dari awal lagi aku telah dimomokkan dengan statement “expert pun tak dapat nak camkan jantina arowana dengan hanya melihat, apatah lagi melihat GAMBAR!”. Tiada expert adalah benda yang serius! Sebab Dr. Shahreza PPSPA pun mengaku dia tak boleh camkan. Dia hanya boleh sahkan melalui ujian protein. Proteomic Analysis.

Aku pujuk diri aku, bukan tak ada expert, Cuma aku belum jumpa.
Oleh kerana masa sem lepas Dr. Aziz dan Prof Ghazali duet yang paling scary tukang komen dan menilai dalam presentation post-graduate proposal and progress, jadi aku bertindak berjumpa untuk mintak pandangan, sokongan diorang berkenaan dengan USAHA MENCARI EXPERT ikan arowana. Diskas punya diskas dengan Dr. Aziz, dia MENOLAK tajuk ini. Dia cadangkan supaya tukar tajuk pengklasifikasian ikan guppy. Alasannya adalah wajib ada expert. Dalam masa tu, Dr. Aziz called En,Masduki minta pandangan tentang expert ikan ni. En Masduki ialah co supervisor pd kawan aku yang buat pasal pengiraan telur ikan berdasarkan saiz perut ikan. Gitu lah lebih kureng kajian dia.

Lepas jumpa Dr. Aziz, aku terus pergi jumpa Prof Ghazali. Dia punya ilmu lagi aku scary kalo dia komen. Diskas punya diskas,dan selepas dia bagi penerangan, Prof Ghazali cakap boleh buat tapi SUSAH! Ada sinar di situ tapi samar-samar. Masa aku nak keluar dari bilik dia, dia sempat cakap, kenapa nak buat yang susah2? Cari yang senang.
Aku pun STUCK! Bila stuck, terus pergi mengadu dekat Jah. Khadijah ialah kawan masa matrix.Dia dah jd lecturer fizik kat kampus ni. Dia pun antara salah sorang yang melalui kisah perit zaman PhD di Australia. So, aku yakin dia dapat bagi ideas and sokongan yang sangat membina. Rupanya lebih dari itu. Jah bagi contact2 expert di U ini siapa yang terlibat dalam bidang kajian penyu, belangkas, udang, dll. Lokais-lokasi kajian haiwan2 marin tu lebih dekat berbanding Arowana.
Lepas tu aku pergi bincangkan dengan SV pasal ni. SV cakap boleh jer nak tukar tajuk tapi kene ada dataset lah. Kalau nak tukar, kene start over, kene all out kejar masa. Kene fikir balik significant tujuan kajian tak boleh simply tukar subject experiment jer.
Hari seterusnya, aku berkejar awal2 pagi pergi jumpa Encik Masduki. Alih-alih dia tak galakkan pun buat pasal ikan guppy. Aku pergi jumpa dia nak tanya kot2 dah ada standard dataset dah. Skali dia cadangkan buat pasal klasifikasi DURIAN! Aduh....Main point nya dia suruh buat pasal isu semasa.
Aku pergi semula office Dr Aziz untuk membuktikan sesuatu. Luckily,Prof Ghazali ada sekali. Tanpa segan silu aku kata nak jumpa dua2 serentak. Diskas punya diskas,explain punya explain, Prof Ghazali tetap dengan pendirian dia sebagai expert Image Processing dan sebagai penilai, dia tak bagi buat tajuk ni.

Lepas tu, aku makin buntu. Petang Rabu aku sempat berjumpa dengan sorang yang involved dengan arowana ni dah 17tahun. Seorang penghobi yang boleh mengecam jantina arowana. Dia antara orang yang aku cari-cari! Dalam pada berbincang di kedai kopi kat kampung lama aku, dia kol sorang kenalan dian iaitu penternak arowana di Bukit Merah, Encik Shah. Dia bagi aku cakap sendiri dengan Encik Shah. Input yang paling mengganggu jiwa aku ialah, data ikan Arowana yang mati 80% berubah ciri jantina! Ila aku cakap pasal kemungkinan untuk bertukar tajuk kajian, Encik Fijan mencadangkan buat pasal Kerapu Hibrid. Sebab ikan ini pun sedang hot dibiakkan.
Tengah malam buta aku berwasap dengan SV. SV cakap..xde ape yang senang dalam research ni.
Masih buntu. Kepala makin berat.
Dalam tak keruan tu, aku plan nak jumpa 2 orang lagi professor yang pakar dalam bidang image processing. Aku berjaya buat temujanji dengan Prof Suzuri walaupun kejar dia kali pertama tak sempat. Kali ke2 dapat mengadap. Prof Suzuri agak special orangnya, sebab..ada chemistry. Pertama, dia adalah SV aku masa FYP. Aku dpt best grade utk projek akhir. Porf Suzuri jugak adalah SV kepada SV aku skrg masa SV aku peringkat Msc. Dan Prof Suzuri jgk adlh SV utk Master dan PhD kpd suami SV aku sekarang. Banyak betul kaitannya. Bincang punya bincang, akhirnya Prof Suzuri menyatakan kerisauan dia tentang dataset aku nanti. Tentang kesusahan aku untuk dapat data ikut spec kajian.
4th opinion juga NO!
I have last opinion. Prof Dr.Mustafa Man. Kajian dia ada bau-bau benda yang aku kene buat ni. Tapi, dia masih belum free untuk ditemui. Tak kira, aku nak jumpa jugak walaupun hati aku dah 80% nekad nak tukar tajuk. Khamis..sempat jumpa Ily. Kawan seperjuangan yang banyak beri dorongan dan share apa saja pengalaman mahupun ilmu. Tapi Ily dah sem 5 PhD dalam bidang database.Pagi sebelum jumpa Prof Suzuri tu kepala aku dah macam bingung macam semacam lah..macam terawang-awang,macam tak boleh nak fikir. Balik jer rumah ptg tu membawak kemalam aku flat terus!

Weekend ni ada convo kat UMT. Sampai Isnin lah bz. So, aku ambik keputusan 4 hari ni nak rehat tak nak buat apa2 pasal research kalau boleh tak nak fikir sangat. Tapi, aku tetap nak tulis kesusahan ni dalam blog. Blog pon macam log book aku jugak.

Plan untuk selasa:
Study. Philosophy of Research.
Blog Dr Othman Talib – tajuk research, problem statement.
1.       RMIC
2.       PPSPA – jumpa Dr.Shahreza, pulangkan buku dan bincang pasal data ikan mati dan hidup.
3.       INOS – jmpa Dr. Uzair bincang pasal isu penyu.
4.       Jumpa Dr.Najiah – pasal ikan koi.
5.       Belangkas.

Will see the inputs nanti.

Aku akan decide tajuk baru yang dah ada dataset dan expert yang mudah untuk jumpa. Maksud aku, dekat.

Rabu:
Siap sedia semua alas an dan bahan jika ada untuk hadap SV untuk tukar TAJUK!


Saya Bukan Doktor. Tapi Kenapa Bila Orang Tidak Sihat Akan Cari Saya?

Tajuk macam tak boleh blah. Maafkan saya tp itu kisah benar. Ramai yang sedang berjuang untuk berjaya dalam bisnes produk lain tapi akan datang kepada saya minta consult tentang shaklee jika mereka tidak sihat atau mahu manfaat kesihatan yang lebih atau tiba tiba tanya tentang manfaat mana mana item dengan saya. Alhamdulillah. Siapa pun anda, andalah keutamaan saya dan saya akan layan dan consult betul2 sehingga mencapai taraf kesihatan yang anda mahukan. Kalau kita nak sihat kena lah yakin dan amalkan dengan cara yang betul dengan panduan yang betul. Terima kasih pada yang percayakan saya dan membeli item shaklee dari saya mahupun yang sign jadi ahli bawah saya. Jika anda ada apa2 pertanyaan boleh drop komen di sini atau whatsapp 0182483650. Kol pon boleh. Produk shaklee untuk baby baru keluar. Excitednya. Kini tak ragu2 lagi untuk kesihatan kulit bayi kita. Jangan lula jugak bulan  FEB tahun dpn. 2018 bakal meletops dengan skincare baru. Saya mmg super heksaited menunggu. Skincare ni namanya YOUTH. Bukan untuk orang muda tau tapi untuk saper yang nak nampak muda remaja. Ewah gitu. Bukan perangai mcm remaja wajah jer tau!
Stamby yer.
0182483650
Ig @shakleeda

#3 My Master Journey: 2nd Semester


Sebaik sahaja mendaftar untuk semester ke2, terus kene defend proposal. Proposal jer pun tapi saya punya slide dah macam progress. Bukan saya cakap tapi orang cakap. Sebulan persediaan entah berapa malam tanpa tidur. Terlalu banyak masa dan effort spend pada bahagian segmentation. Kalau hasil segmentation tak cantik, tak solid kene cari imej lain. Ini semua gara-gara tak dapat data sebenar.
Convert to hue
Thresholding

Background Removal
SIFT Key points
Match Features
Pum pang pung pam present proposal, lepas tu take a deep breath sambil sambung journal writing sementara dapat data. Kali ni dari breeding farm kat Johor. 

Kisah anak´-anak, so far stabil cuma sedikit bz dengan persiapan untuk start schooling serentak dua orang next year. Baby Auf perlu dibekalkan EBM setiap hari ke rumah pengasuh sebab dia reject susu kambing Karihome, susu lembu Lactogen pulak tak sesuai nanti dia jadi berak seminggu sekali which is lambat kot untuk baby usia gitu. Lepas dah tukar susu baru la OK, poo poo 3,4 hari sekali. Tapi nasib baik dia menyusu dari botol tak banyak macam Abg Q dulu2. Baby Auf lagi suka DF.
Ragam anak sulung memang macem2. Nak posing helok2 pon tak nak.

#2 My Master Journey: 1st Semester

Throwback balik saya dapat tahu pregnant 4 bulan sebaik selepas terima tawaran dari Dr. Wan. Saya lahirkan Abdurrahman 11 Februari 2017. Sepatutnya bulan tu jugak saya kene register GRA. Tapi lebih kepada masalah kerenah birokrasi dan permohonan saya tertukar, jadi saya hanya dapat register pada 19 May 2017. Sepatutnya juga saya perlu collect data dari Akuatrop. Sebenanrya data tu perlu didapatkan dari Bukit Merah, Perak. Malangnya belum dapat. Data tu ialah ikan arowana yang mati. Selama dalam pantang saya masih perlu siapkan penulisan untuk artikel jurnal. Tapi hanya sempat siapkan 2 tajuk out of 7. Elok2 selesai berpantang selama 2 bulan, Baby Auf demam, nafas laju. Ting tong ting tong, terus masuk ICU.
Masa dalam ICU
Pediatric High Density Unit

DUk ICU 2 hari kemudian PHDC 2 hari. Dia punya rasa lama seolah  2 minggu tak tengok dunia luar. Akibat daripada tu, hB baby Auf drop. Selepas discharge, kene terus bagi 3jenis ubat selama 6 minggu. Dalam tempoh belum sihat sepenuhnya saya rasa perlu jaga sendiri and struggle apa jua cara terbaik untuk naikkan bacaan hB. Saya nekad saya yang kene makan multivitamin. Pendek cerita, masa umur dia 3 bulan dah register masuk taska semua. Dalam pada tu, baby Auf demam lagi. Hanya 2 minggu duduk di taska. Lepas tu sambung episod sakit demam selang seli dalam tempoh dekat.Ding ding ding dong, stop duk taska. Umur dah nak masuk 6 bulan. Dah start solid food. Cari pengasuh. Hanya bertahan selama 9 hari sebab episod sakit demam silih berganti antara baby Auf dan pengasuh. Akhirnya terpaksa cari pengasuh lain. Lepas tu baru dapat fokus pada tugasan. Gung gang gung gang buat keje-keje master yang macam2 tu, ternyata ia bukan mudah. Bila involve dengan pemprosesan imej, banyak keje terlibat hingga pada analisis pattern selain imej segmentation. Semester 1 berlalu dengan kisah di atas. Itu dia,ibu beranak 3 sambung belajaq.

Apa pun, jiwa kene kuat.
Teruskan hidup.

Macamana nak bunuh virus dan bakteria dengan cara lebih selamat dan berkesan?

Assalaamualaikum..
Bismillahirrohmaanirrohim..

Maaf kepada para peminat sekalian kerana lama tak bersiaran kat sini.. Aku ada peminat ker?? Hehe..rilex..why so serious. Life is short. Takpe..para peminat mommy masih kecil2 belaka lagi.

Sekarang dah tak tau nak bagi tajuk apa sebab nak update semua sekaligus bercampur baur. Blame the IG. Jadi ternyata kewujudan ig memalaskanku dan mungkin orang lain juga untuk update blog..sapa yang mcm tu cepat ngaku..
Masa umur sekitar 4 bulan

Firstly, it was about my tiny setongkol 3rd hero, baby Auf. Hari ini genap umur 7 bulan. Dalam proses belajar merangkak. Esok bawak pergi routine check up. Padahal dalam buku rekod tak perlu pun check up umur 7 dan 8 bulan. Nurse suka jumpa awak lettew..sedapkan hati untuk merajinkan pergi KK. Last check up, Auf's weight was about 8.6kg. Elok2 esok kene gi check up, by noon harini dah tak kedengaran the lelah sound dari dada dia. It was my fault last few days. Masa duk kat homestay, suasana malam tu sangat panas. Normal lah kalau rumah tepi laut. Sangat hampir. Jadi bila tersangat rimas, kami tertidur kat ruang tamu dengan baby Auf hanya pakai diaper dan tutup badan dengan towel. Abang2 dia dah selamat ketiduran kat bilik aircond dengan my sis yang sulung. Tak muat nak selit dah. Then bila balik sini, the day after..baby Auf starting cough, runny nose..plus ada bunyi kahak dalam dada. That night dia terjaga jam 2am dan meragam till 5am sebab tidur terganggu.

We tried to cure with some sort of natural remedies and super food especially VCO. VCO sangat poweful dalam usaha memerangi bakteria dan virus dalam badan. Sebab ia antara yang cheap yet powerful and proven, it was the best option. Brand yang kami guna sekarang ada 2. satu yang titis untuk anak-anak dan satu yang kapsul for me n husband. Yang titis tu jenama D'Aura. Lepas dah beli baru tau VCO jenama ni rupanya sudah dibaca dengan ayat-ayat syifa.


Let me highlight what best in vco:

Perasan tak, setiap kali anak-anak atau kita selesema,suhu badan akan naik sikit. Kalau sebelum ni, bila anak seleseme jer, lepas tu demam akan menyusul. Jadi, macam phobia pulak bila anak-anak mula selesema. Tapi, once dah amal vco ni, dengan izin Allah..suhu badan turun ke paras normal dan demam tak datang. Sama jugak kes demam dewasa macam kita. Pengalaman aku, bila demam datang atau simptom2 kurang sihat melanda, cepat-cepat telan vco, 3x sehari..sekali 2 biji. Demam cepat sangat boleh kebah dan tenaga pulih semula. Di samping vco, aku minum ESP Shaklee jugak. Bukan ke protein bagi tenaga lebih.

Cerita vco bukan setakat ini saja, tapi sejak aku berjaya VBAC kan Tsaqiif lagi. Dengan kehendak Allah ia sebuah kelahiran yang sangat mudah walaupun ia pertama kali bersalin normal sebab proses berlaku sangat pantas. Semasa pregnantkan Tsaqiif aku amal telan vco kapsul sampai dah nak bersalin. Masa pregnantkan Auf pulak, aku amalkan Olive Oil pulak. Syukur Alhamdulillah proses kelahiran keduanya hampir sama jalan cerita dan juga waktu/tempoh.

If you are interested to get this brand of VCO and SHAKLEE item, do whatsapp this number: 018-2483650

Syukur Alhamdulillah anak-anak boleh terima bila vco campur dalam susu botol diorang. Time diorg tak sihat tu, titik lebih sikit. Time diorang sihat, jadikan sebagai amalan. Tak bagi tiap hari pun tak per, bagi selang sehari atau selang 2 hari. Kita usaha dan tawakkal. Since baby Auf dah cecah 6 bulan bulan lepas and dah start solid food, aku dah start bagi. Semoga baby Auf lebih kebal as he growing up.

History baby Auf tidak sihat(pneumonia) starting umur genap 2 bulan. Sebelum sempat vaksin untuk 2 bulan, dia start demam dan mengerang. We went straight to emergency section HSNZ. After initial check up, terus dihantar masuk ICU. Mungkin akan update lain kali kisah hospitalized baby Auf.

Yap, it was tough to make sure everything was in good healthy condition whenever we have more children. Bila sorang sakit, semua akan jangkit. Selagi abang-abang tak sembuh, macam susah pulak si adik nak sembuh dulu because he is the youngest and antobodi baru nak develop.

Setakat ini dulu update. Coz mommy ada kerja-kerja research nak buat. Malam buta main dengan coding sharelatex pulak. Tak terlalu complicated tapi masih perlukan tumpuan teliti untuk selesaikan penulisan jurnal paper dengan hasil yang lebih baik.


Demam Urat, Demam Tonsil & Demam Virus

Ada yang dapat bezakan tak genre demam2 ni macamana..bila dah maai musim demam ni, mcm2 jenis lah pulak.

Aku tak tahu lah orang lain sebut demam apa..yang pasti..kalau aku guna kudrat lebih dari yang aku mampu..yang akan dpt, demam urat lah jawabnya. Last demam sebelum ni ialah masa pregnant 6 bulan baby Auf. Beberapa kali keje balik malam..nah..rasakan. Memang tak terbangun seharian, dengan suhu panasnya. Kalau refer spital konpem kene tahan punya. Tapi sebab tak terbangun kan, kita redho jer tahan ujian yang sedikit itu.

Kali ni, sakit tekak, sakit kepala dan paling haru sakit segala urat badan rasanya..kalau bangun sembahyang tu, rasa masa sekujur tengkorak yang tinggal tulang tu tengah berdiri tunaikan solat. 3 minggu yang sangat mencabar kudrat dan emosi segala. Mommy bertahan dengan minum vco. Dan ESP. Perlukan tenaga untuk cover balik. ALhamdulillah,walaupun tak sihat mcm biasa tapi boleh go on dengan rutin, bila Walid balik lambat sikit mcm nak pengsan. TAk larat nak dukung baby Auf.Nek Chek yang ambik alih bagi tidur.
010-4161161 to order

Hospital-klinik-hospital-klinik. Kali ke2 baby Auf seleseme and demam, tak sangka plak kene tahan wad. Duduk lah 3 hari plk dalam wad biasa. Masuk sabtu ptg isnin discharge. Demam tak tinggi sekita 38 darjah celcius masa daftar dah turun ke 36 tp sebab blocking nose. Asik kene neb nak cairkan segala kahak hingus. And tak diberi ubat pun selama kat hospital. Alhamdulillah. Cuma tak boleh pakaikan baju langsung. Kalau tak suhu tak turun walau dah jerlum. So, keluar Isnin,selasa terus hantar ke taska. Ye lah, mami kne g campus kan sayang,,,

Lepas tuTsaqiif demam 1 malam 1 hari. Tak sempat bagi ubat pun. Sempat bagi vco letak dalam susu. Syukur kejap jer.then few days tu ok jer, alih2 hari Khamis bermula drama ..Auf menangis sangat tak ank tidur tak nak susu. Berkejar tenghari mami g tengokand bawak balik. Lepas tu OK jer. Kemudian, masuk je hari Sabtu, badan Auf kembali suam2..Aiseh. mainan apekah main suam2 gini. Kali ni mami tak refer hospital pon sebab baru jer discharge kan. Sebabnya jangkit selesema dari Tsaqiif. Batuk plak dari Qushayyi. Tsaqiif kepala tak blh kene panas nanti hidung berair. Q jangkit dari ibu dia. Ayyo..pakej. Berhempas pulas rawat kat rumah jer lah. Macam2 ramuan mcm2 ubat dari moden, organik ..superfood semua ada okeh. BFkan Auf pon berkoyan koyan..ater bila nak sembuh elok..tengok2 makan masa 5 hari duk suam sejuk suam sejuk gitu. Bila dah suhu OK, dia buat menangis pulak tak tahu ke sebab. Macam tak biasa jer nangis gitu. Ia membawa kami pergi berubat kat Darusyifa. Lepas tu Alhamdulillah OK dengan izin Allah.

Selesai bab Auf. Tsaqiif pulok sekali lagi naik suhu. Pengsan mommy kalau mcm ni. Pagi tu aku bawak pergi kecemasan kat KK tp ada kes. Cari klinik 1M hampeh tutup.

Hari JUmaat.menggagau cari klinik dekat2 yg bukak. Last2 Klinik Rafa 24 jam setiap hari bukak..so beli ubat demam yg insert tu jer..dan termometer baru. Tengok2 suhu makin maju jer, tak boleh jd ni sebab dia tak nak makan minum. Sebelum ni kalau demam pon minum jgk susu..lps tu OK atau minum air cap badak.


Walid pon bawak pergi kecemasan kat Hospital bsr. Mommy kerisauan tak keruan kat rumah handle mana yang ada. Lepas solat zohor Walid wasap cakap suhu tinggi sampai 40. Dush! Mommy rasa mcm kne hempap batu ats kepala. Bacaan nadi tinggi. Kepala mommy rasa berpinar..Jantung pun tinggi. Allahuakhbar..dugaan pakah ini..tak ada masa nak meraung atau apa..Allah tempatku bergantung..tolonglah..mommy terus arahkan semua siap2 nak rempit gi hospital. Tsaqiif siap cakap mommy tak sayang dia. Sebab bila demam dia jd clingy dengan mommy tapi mommy bz handle baby..sedih...sedih sangat2 tak tertahan. Susah senang mommy, Abg Q n Adik Auf dan Nenek Chek kne jumpa Tsaqiif time tu sebab nak peluk nak coolkan dia..mesti lah dia takut nak hadapi situasi tu buat bacaan jantung tinggi..Sampai jer hospital terbaca wasap Walid kata boleh balik. Suhu dah turun 38.8. Wad kanak2 penuh. Kawal kat rumah jer. In case naik lg bawak semula ke hospital. Subhanallah..rasa 3 biji batu tadi tiba2 xde..syukur sangat. Kami terus terkam Tsaqiif kat bahagian tunggu ubat..nampak dia happy tengok abg n adik n mommy. Lepas tu kami fikir kene bawak dia ambil angin. Bagi mood happy..and the most important thing is....cari AISKRIM! sebab Tsaqiif demam tonsil. Maka kami lepak kat area A&W. pekena float. MasyaAllah mommy yang over sebab suka. Lepaskan anak2 main kat situ.Mula2 T mcm tak larat jer lari. Tengok abg berlari lari..dia gagahkah jugak.
 Penddekkan kisah...semoga semua anak-anakku sembuh cepat dan makin kuat antibodi...tak sabar nak beli MEALSHAKE sebab baby Auf dah boleh minum sekali.
reward lagi naik kereta kuda berhias

Ya Allah, peiharakanlah anak-anak kami di bawah lindunganMU. Jauhilah mereka dari segala bahaya. Membesarlah mereka dengan sihat untuk beribadat kepadaMu, dan berdakwah di jalanMu..

Taska Phobia

Akibat mengantuk baca and nak hadam journal ke3,4 jadi kene buat sesuatu untuk segarkan minda elak tertidur mcm petang semalam. Huhu.

Masih segar peristiwa pahit 2 tahun lepas pasal anak sulung di taska hanya bertahan selama 9 hari sebab Walid decided untuk stopkan terus. OK, letgo cerita lepas.

Selepas penat fikir pro n cons, akhirnya baby Abdurrahman yang selected untuk dihantar ke taska. Baby mesti kuat okey. Antara sebab2 kenapa baby yang kene masuk taska bukan Adik Tsaqiif dan juga bukan Abang Firas..Selama 2 bulan mommy beberapa kali beli puting macam2 tapi masih tak berjaya.
  • senang ajar untuk biasakan dengan dengan orang lain sejak baby, kalau dah besar sikit nanti tak nak langsung dah masuk taska sebab tak biasa dengan orang luar mcm abang2nya.
  • kategori baby tak ramai yang boleh bergilir jaga kalangan keluarga jadi susah untuk tinggal pada sesiapa
  • baby Auf memang berbadan sado jadi kalau hanya seorang yang jaga, lenguh haih nak dodoikan, mandikan dll, baik kat taska jer diorg boleh bergilir jaga lagipun dah memang expertise diorang dah.
  • selama 2 bulan melatih baby Auf minum susu guna botol, semua percubaangagal. Jadi tak boleh la hantar pada pengasuh kalangan jiran2 sebab jauh nak g menyusu. kalau taska dekat2 tmpt keje,belajar mommy blh pergi menyusu 2 jam sekali.
  • kat taska baby Auf boleh tidur dengan tenang. kalau kat rumah selagi abang2 tak tidur..faham2 lah..histeria rasanya..
Doa kami semoga Allah pelihara, dan lindungi anakku dan juga semua baby dan kanak2 di taska dari apa2 yang tidak sepatutnya. Kami percaya taska kali ini adalah lebih baik dan mereka buat yang terbaik. Selebihnya kita minta dari Allah.

Baru masuk bab hari pertama semalam baby Auf di taska. Diorg duk geram sebab baby Auf montell. selepas sejam setengah, mommy pergi la jenguk dengan tujuan nak bfkan sekali. ye lah baby sabo menyusu pun acap. Tapi baby baru tidur. Kata penjaga taska lagi baby Auf dah minum susu dari botol. What??? Terkejut saya. Syukur tak tahu nak cakap..teramat bersyukur pada Allah. Allah permudahkan segalanya yang aku duk risau sangat. Risau dia melalak cari mommy nak nenen. Sebab selama hantar pada kakak jaga, memang baby Auf melalak kesedihan. Kesian. Berjuraian air mata..Ok, kemudian mommy pergi lunch area taska. Kemudian balik kampus. Petangnya, pergi ambik baby Auf..excitednya..tak sabar nak jumpa..rindu. Baby tengah mandi dan disiapkan untuk balik. DIorg lapor lagi..baby Auf dah minum 2x ganda guna botol iaitu 4oz susu..siap pandai pegang sendiri. Allahuakbar..anakku sayang..Mommy yang panic dah siap order botol susu lain iaitu tommee tippee dan yoomi. katanya lagi..tak susah la jaga baby Auf..Alhamdulillah. aku sangat syukur..harap2 juga baby Ok dengan susu lactogen sebab mommy belum sempat mengepam stok ebm lain. InsyaAllah demi anak amanah Allah mommy akan cuba sediakan stok susu badan untuk dibawa ke taska.
Menung apa xtau

Bila lepas panggil untuk snap pic

Untuk hari kedua hantar baby Auf ke taska, abang firas melalak lalak tak bagi. Dia rela suruh hantar adik Tsaqiif lagi..adoi la anak2 ku..

Semoga Allah permudahkan perjalananku sebagai GRA dan percepatkan mommy anak 3 ini dapat genggam master scroll pulak..Amiin..

OK. dah hilang mengantuk. sambung kerja lepas tu hunting for lunch.

Kenapa saya kembali kepada produk shaklee.. Ceritanya di sini

Lama nak menulis tapi kekangan kesibukan memandangkan tanggungjawab semakin bertambah. Nangis bucu dapur kalau tak sempat kejar semua benda kene settle.

Untuk kandungan sulung saya pernah consume set untuk hamil.

Untuk kandungan kedua pula saya consume set mengandung.

Kandungan ketiga..konon nak natural jer tanpa bantuan vitamin organik.

Tapi Ya Allah..mencabarnya bila sakit situ sini segala. Dengan cabaran nak handle 2 orang hero ni lagi. Serius saya cakap mencabar sangat.

Sakit situ sini satu hal. Part sakit situ sini saya selalu stamby dengan OSTEMATRIX.
Harga Ahli: RM51.94
Harga Biasa: RM64.66
Bila mengandung, sakit pinggang masyaAllah..tak tertanggung. Macam nak putus pun ada rasanya.

Satu hal lagi ialah kulit muka sangat KUSAM
Tanpa ragu-ragu saya order semula NUTRIWHITE cleanser. Saper yang pernah cuba, saya jamin tak akan bertukar pada yang lain dah. Kulit kita kan kalau pun tak cerah sangat tapi boleh kelihatan sangat bersih tau dengan NUTRIWHITE. Buktinya kakak saya selalu ditegur oleh rakan gurunya. Kata dia muka nampak bersih jer. Tu baru cuci sahaja. Bayangkan jika pakai full set. Mesti lagi menawan kesannya kan?

FULL SET

Harga Ahli: RM960.50
Harga Biasa: RM1227.48
Harga Ahli: RM100.70
Harga Biasa: RM126.14

Kalau nak kesan lebih cepat, masa kita cuci muka tu,biarkan sekejap muka agak-agak ia kering sikit baru basuh. Macam amalan yang biasa saya buat, saya gosokkan pencuci pada muka then buat keje lain sekejap. Lepas tu baru pegi bilas. 




Saiz tiub agak besar dan tahan lama, sangat berbaloi dengan harga.

Saya jamin keberkesannya anda pasti akan ditegur oleh seseorang atau beberapa orang yang tengok wajah anda lepas tempoh waktu tertentu guna ni. Saya pernah ditegur kakak, dia tanya kenapa wajah saya nampak bersinar jer? Macam over je kan ayat gitu..
Selain tu, jerawat tak naik dah.
Mesti anda selfie banyak-banyak lepas tu kan kan.. 

0104161161
Banyak lagi sebab kenapa SHAKLEE the best. Tengok SINI.


Kisah kelahiran cahayamata ke3 yang.....

Cerita Peristiwa kelahiran Abdurrahman Al-Auf yang agak dramatik

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah(Ar-Rahman) Lagi Maha Penyayang(Ar-Rohim).

21 hari. Berat baby dah naik jadi 3.4kg.

D3 plus 1 post SVD in OT

Straight to the point:
11 Febuary 2017 bersamaan 14 Jamadil Awal 1438
Mula terasa mild contraction jam 4.30am. Lebih kurang sama waktu masa nak lahirkan T.
Genap 39 minggu pregnancy.
Timing surge datang sejam sekali. Dah tak boleh tidur sebab rasa nak pastikan semua dalam keadaan teratur dan bersedia. Mulakan petua2 tertentu seperti berendam dalam air suam.
Ya! Sangat-sangat membantu terutamanya membuatkan rasa sakit tu tidak terasa. Bila keluar jer dari air suam tu, terus terasa lagi acah-acah contraction tu.
Asalnya nak buat air milo+marjerin. Tapi marjerin dah habis la kakak aku sapu semua buat karipap! So aku ganti dengan vco selusuh. Tuang dalam air milo panas.
Hari semakin cerah sekitar jam 7pagi aku cuma makan sebiji choco dates. Dari awal aku doa semoga waktu sakit dan perlu pergi serah diri di hospital biarlah waktu anak-anak sedang nyenyak tidur supaya tidak ada drama-drama syahdu sebelum aku pergi berjuang separuh nyawa.
Dah siap-siap semua dengan risau jika anak-anak terjaga, aku rasa surge makin kerap datang sekitar 15-20 minit sekali. Dan untuk kelahiran kali ketiga ni aku tak nak perjudikan keadaan sepertimana no2 dulu.huhu. Maknanya aku tak nak la pergi terlalu lambat sangat bimbang tak mampu nak berjalan sendiri - mcm dulu dah x mampu nak tegak dan pucat lesi. 
Tapi kali ni, sakit semakin kerap tapi bearable. Tidak ada serangan yang ganaz, hanya sakit-sakit manja. Hingga confused nak terus pergi ke masih play the time. aku decided to killing the time di hospital saja kerana ni first time nak bersalin di bangunan bersalin yang baru. Risau jika prosedurnya berubah tambahan pula hari tu sabtu. Sekitar jam 8.30pagi aku ajak husband gerak ke hospital lepas cium anak yang tengah sedap tidur. Dia drive laju macam panik nak speed tapi aku sakit slow2 jer walaupun semakin kerap sekitar 10 minit sekali sebelum sampai ke hospital. So, takde la kalut nak cari parking atau apa. Sesampai saja di hospital, syukur teramat sebab ada parking kosong dekat dengan entrance. Sampai jer rasa nak terkucil sangat. so terus terkam toilet dan buat apa-apa yang patut dilakukan sebelum proses kelahiran berlaku. sebelum beranak konpem doktor tanye dah membuang ke belum dan akan berlaku proses mengeluarkan urine. so baik la kita buat sendiri apa yang patut. keluar jer dari toilet...
rasa nak teran sangat akhirnya aku bersalinkan anak ketiga dalam bilik bersalin tingkat bawah bahagian pendaftaran! Tanpa rasa sakit. Hanya rasa macam sembelit sikit.
~ Sekian ~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak sakit???? Tipu.
Tu version mitos.
Haha.
Saper kata beranak tak sakit meh sini aku nak temuramah.
Betul ada jer orang yang beranak mengakui tak sakit sangat tapi nisbah terlalu kecil dan aku harap aku tergolong dalam kalangan ini satu masa nanti. InsyaAllah, amiin.
Kat mana tadi...?
Keluar jer dari toilet..segala sakit dah hilang!



Aku n husband just duduk depan bilik penilaian pesakit stamby kot tetiba sakit datang bertubi-tubi. Tapi tak. Berkali-kali husband tanya nak masuk daftar ke ..aku kata belum masanya.  Aku nak isi masa dengan berjalan-jalan kat tingkat bawah hingga sakit kuat. Tapi sakit tu tak kuat sangat rasanya, boleh tahan lagi.
Mulanya husband nak stay tunggu aku layan surge tapi aku paksa dia pergi breakfast sebab aku takut nanti terberanak kat cafe plk memandangkan gap contraction makin rapat makin kuat. Kol my bonda bgtahu keadaan dan mintak maaf mintak doa semua mintak. *Crying*. Dgn mentua dah mintak maaf dan doa malam sblm tu lagi. Sambil berlegar-legar di tingkat bawah, aku berwhatsapp dengan kwn2 rapat. Hingga akhirnya aku decided nak masuk daftar. Oleh kerana hari tu hari minggu, leceh lah sikit, kaunter bawah tutup.
Kan....? see..husband perlu pergi settlekan prosedur daftar ke bangunan lama plk..ke sana sini.. Aku pun masuk ke dewan penilaian pesakit semula. The contractions tend to be stronger. Bila sakit makin menghentam rahim tu, aku bangun cuba-cuba berjalan lagi. Kemudian, diarahkan buat ve. 2 org MO buat ve baru 2cm. Aku tak kecewa pun at least dah ada opening dan kali ni aku tak kisah jika kene warded pun sebab aku yakinkan diri semoga bersalin hari tu jugak. So, bolehlah nak merasa berehat dalam wad bangunan baru. Dalam pada tunggu husband selesai proses daftar tu, aku makin tak keruan. Nurse2 bahagian daftar dah mention-mention aku dan minta berjaga-jaga sebab nampak macam dah sakit sangat.
Kemudian, aku di bawa ke tingkat 3 untuk buat CTG sebelum masuk wad. Aku malas nak jalan sendiri so naik wheelchair jer la nurse tolak. Bermulalah proses berCTG yang agak menyeksakan dan tak disukai ramai ni. CTG dibuat antara pukul 11am-11.40am. Masa buat CTG ni la bermulanya drama..contraction makin menggila. Pendek cerita, result CTG aku tak cantik! which is bila contraction datang, levelnya agak tinggi dan waktu contraction tengah menggila, degupan jantung baby drop!
aku sendiri cuak dengar betapa dropnya bunyi degupan jantung baby. Kalu ikut term medical diorg sebut suspicious...
Sela masa contraction stop aku curi pandang bacaan ctg. Ada part yang garisan mendatar sekejap. Oh no. Itula bacaan ketika jantung baby berhenti seketika. ada dalam 40 minit kot buat ctg nurse dan doktor dah tak keruan. Desus-desas juga mengatakan yang kemungkinan bayi terbelit tali pusat. Dari awal tadi opening diorg dpt cuma 1cm. dalam masa 40 minit lps siap ctg yang tak cantik tu, ve lagi sekali, 4cm-5cm. Akhirnya aku diputuskan untuk dibawa ke labour room. OK, lega tak payah masuk wad pun tak pe lah. Tukar baju untuk prosedur dlm labour room. dalam mereka buat prosedur yang patut termasuk memecahkan air ketuban, akhirnya didapati baby dah berak kat dalam...oh no! meconium dah warna hijau. Sedangkan opening aku baru separuh. Persetujuan dicapai untuk CZER!
Aku ni dengan sakit menggila redho jer lah! Janji nak sakit ni hilang cepat.
3 tempat kne turunkan autograf. dengan risiko kene czer kali ke2 adalah sangat menyeramkan, ok.
serius.
Entah berapa kali kene tukar strecher which is the worst thing aku memang tak suka nak kene buat. Akhirnya aku ditolak ke tingkat berapa tah dewan bedah bersalin errr aku dah lost.
prosedur untuk pembedahan dilakukan. Sambil-sambil aku menahan the terrible labour pain.
*momen2 beginilah rasa serik untuk beranak okeyh. Rasa nak mintak husband rasa macamana hazabnya sakit ni rasanya. Means nak share sakit ni dgn dia boleh Tak??**
sebelum dibius separuh, tangan aku keduanya ditarik supaya berada dalam keadaan duduk untuk cucuk bius kat belakang. Serentak dengan itu tetiba aku rasa baby nak terkeluar sangat dah!
Tetiba aku menjerit: Saya rasa nak teran!!!!!
Dr. Nadia and team kelam kabut terus minta badan aku dibaringkan semula..once bdn aku dibaringkan semula aku nmpk muka dr nadia terkejut tgk kepala baby dah keluar dan team medic dlm dewan bedah bg support pd aku. pernafasan dan cara aku push semua dah kelaut sebab rasa mcm baby mmg terkeluar sendiri aku rasa seketul baby lalu highway dalam masa few seconds jer.
Terus diorg laung waktu kelahiran 1.08minit (petang).
Subhanallah.
Allahuakhbar.
Hilang segala derita sakit serik yang tadi tuh.

Suasana yg kelam kabut tadi bertukar jd hening cuma tangisan baby kedengaran. Lps dh siap cord clamping, doctor tunjuk gender baby dan aku asyik perhatikan baby di bawa ke tepi bahagian untuk bersihkan ..timbang..dan pemerhatian untuk skor APGAR. Lebat rambutnya. Kemudian, diorg tetiba letak baby atas dada aku pipi baby terus bersatu dengan hidung aku, Subhanallah bau dari syurga. Gebu lembut kecil pipinya.
2.61kg

Dua abangnya 3.17kg n 3.15kg.
Suami lantas terus dimaklumkan yang semuanya dah selamat.
Dia pun naik hairan kenapa sekejap sangat proses bedah. Ikut pengalaman pertama plg cepat pun makan masa 45 minit. Kat sini dewan bedah tak mesra suami. Suami kene tunggu luar dewan dalam zon yang dah ditetapkan.

Syukur sebab 1st degree tear saja dan proses jahit rasa kejap jer dan paling penting tak sakit. Gigeh tau kita buat urutan perineum. Cita2 paling tinggi xnak kne gunting dah or xnak koyak..tp Alhamdulillah kira pencapaian terbaik daripada 3rd degree tear kepada 1st degree tear. Untuk tidak koyak langsung maybe next kot. Ops! saper yang kata serik nak beranak tadi mari sini! 
Doaku juga inginkan gentle birth kali ni.

Aku pun tak sure berapa tahap gentle kali ni.
 A spontaneous vaginal delivery (SVD) occurs when a pregnant female goes into labor without the use of drugs or techniques to induce labor, and delivers her baby in the normal manner, without forceps, vacuum extraction, or a cesarean section.
Dalam pukul 2 ke atas dah dihantar ke wad.

Doctor Nadia n the team cakap nasib baik awak ni..sekejap sangat.
Mana tak harunya, aku ditolak ke dewan bedah dengan laporan opening cuma 4cm, tetiba terrrberanak normal tak sempat bedah. Nurse2 sembang kencang cakap mana mungkin 4cm..mesti dah 8cm.
Apa pun, semuanya ketentuan Allah Yang Maha Kuasa.
Kes sebegini yang aku pernah dengar, patient jenis kuat semangat untuk berusaha supaya bersalin secara normal dan delay the operation, seperkara yang aku sedar, semangat aku tidak sekuat mereka. Aku langsung tak fight untuk itu, sebab tahap redho aku sangat tinggi akibat tak kuat nak menahan sakit tak terperi ni lama-lama. Ni pun estimation time contraction lebih kurang 3 jam saja. Tu pun nak serik! 



Cukup seminggu nama diberi ialah: ABDURRAHMAN AL-AUF sempena nama khulafak ar-rasyidin iaitu orang-orang yang Allah beri khabar gembira balasan syurga. Kali ni nama 100% nama pilihan aku, dipersetujui husband.
(Hamba Allah Yang Pemurah Yang Kuat Berusaha dan Tidak Menyerah Kepada Nasib)


ALHAMDULILLAH
Sambung baca journal please....

Weaning off challeges (for 2nd baby)

The first experience of weaning is very easy. No drama at all. However, the second time experience is different. It is a bit difficult but just take a two-day period of drama.More difficult because it takes myself gather strength. I'm not sure whether the bonding factor influencing the feeding period. Target or planning from the start this time I wanted to complete the feeding period for 2 years.

So, I started asking friends that experiencing feeding both babies at the same time and find as much information regarding breastfeeding during pregnancy. Some doctors of alternative medicine (homeopathy) not encouraging. However, after I read the article Dr.Zabidi, I decided to continue breastfeeding as planned. This is because breast-feeding should be discontinued during pregnant is based on certain factors such as miscarriage or unborn baby was not growing well. My 1st misscarriaged was not related to this situation. Once confident with the terms should stop breast-feeding is not related to me, so I make bold ear to meet the needs of both children until enough period. Not because never tried but it must happen slowly.Each time I attended baby ultrasound scan process on schedule, I have to make sure the baby weight estimation is based on developmentally appropriate. When Tsaqiif almost 2 years old, my third pregnancy has reached 6 months. I know Tsaqiif was not ready to stop.

A variety of methods that people use for this purpose but I prefer natural ingredients that are not harmful to the baby if included in the mouth. So, I use either olive oil or virgin coconut oil.I also reduce bonding with T. Walid took over to give more attention to him and have to provide the needs of including milk there while sleeping at night. Whenever awake for nursing, Walid will wake up brew.The first time to try weaning off, success is only for 2 days. This is because T chose to tantrum if mommy reluctant to feed him. Thus, efforts have failed. I tried again as gestational age of the fetus has entered a period of maturity. So, the new edition of milk should be produce for new comer in family.

This entry was written up, the success of weaning reached within a week, and T has reached the age of 2 years and 2 months. He was not asked again. Each time he want milk, he will specify want milk in a bottle.
Alhamdulillah.Hopefully Abang Tsaqiif successful weaning off and hopefully his younger brother was born in good health ..Amiin .. 
The next challenge is to stop diapers..Still in training gradually. Each day training was conducted for half a day without a diaper.
And me and baby...reaching 36weeks!

Rebah/Jatuh semasa mengandung

Bismillah...

Good bye 2016 and Assalamualaikum 2017.
We wish only good things will come to us in this new year.
 
Time now shows 1.30am but the kids are still awake.  
 Mommy is not willing to let them both without supervision so had to be awake while writing this blog. If they did not mind, then this blog entry will be written.
 Today is Saturday. The boys quite a variety of temperament to be treated.This two-day mommy's mood was pretty swing.

My 3rd pregnancy was nearly 35 weeks.

First, Tsaqiif go to the bathroom to wash urine.Mommy follow from behind.Then, brother also went into the same bathroom to pee.After that mommy went into the next bathroom for a while.At the same time of mommy disappearance,
brother began to spray water and wet the floor and mommy did not notice the slippery floor conditions. Then, T cry because angry with his brother.

 He began to ask for support. Mommy continue to support him and suddenly fell on my left knee supporting weight of the my heavy belly. 
 MasyaAllah. My knee was so hurts.

Remembering the story of Mak Da - Walid's aunt who fell during the six months of pregnancy.Even she fell slightly and not hurt. 2 days later, she had a bad feeling then went to check up but God has already taken the baby.

Said the doctor, if you come to the hospital immediately after the fall, maybe your daughter can still be saved. 3 months later, Mak Da was pregnant again and now just waiting for the time of delivery. I think she was in 39 weeks now.
 Hubby was on his way back asking me either I want to go to clinic for check up or not. I decided to monitor the baby movement tonight and let see whats going on tomorrow.

Learn from the Mak Da's case, suddenly I feel like not to delay to wait for tomorrow. 
So, tonight I went to private clinic to check the condition of baby. 
In addition, I want to make sure gender of this unborn baby because it was easier for me to do preparations.
  Thank God the situation was all OK..InsyaAllah.
Above all, I pray that perfectly healthy baby will be born soon no matter what the gender is.
 
So, you all either pregnant or not should be more careful because there is danger everywhere.
Do not take for granted if it falls during pregnancy because we do not know what was happened inside.

Marathon siapkan proposal master

Bismillah...

Malam ni aku buat marathon nak siapkan proposal. Tapi, apakan daya, ada sikit lagi macam dah tak larat nak sudahkan. Masa berbaki 6 hari lagi. Sangat sukar aku nak dapat masa macam ni. Anak-anak tidur awal sekitar jam 9.30 mlm. Jadi, bolehla siapkan mana yang patut. Jika Allah izinkan, aku perlukan beberapa hari lagi yang berkualiti untuk siapkan semuanya.

Database Lab
Akhirnya selesai kerja sampingan kerana student bakal menghadapi final exam. Ya, aku akui terhanyut dengan tugasan2 tersebut. Terfeeling-feeling jadi lecturer bila kuliah demi kuliah kene gantikan timbalan dekan untuk handle kelas. Ingatkan sampai di situ saja, rupanya kene lagi jadi panel penilai untuk mini project diorg. So, sebenarnya aku dah hilang fokus dengan tugasan aku untuk further study which is banyak benda lagi aku kene hadam. Oooo Ya Allah, peritnya.
Komitmen untuk keluarga terutamanya anak-anak lebih menduga. Tiap petang rushing balik rumah ingatkan anak-anak. Just to make sure they are seriously OK.

Sambung writing after few weeks! Dah masuk another chapter - 2017!

2-3 weeks back, anak-anak demam plus naik rashes tapi lepas dan sembuh tu, condition Q agak kurang meyakinkan akibat suhu badan dia turun naik on off. Kejap OK kejap suam. Siang OK, malam suam. Kadang hari ni OK esok suam. Suhu kdg 38.5 dan kurang dari tu. Considered demam ringan. (Patut demam ringan tak perlukan ubat). Dah makan ubat itu ini, tak berapa nak puas hati. Then, beralih ke madu dan minyak zaitun taruk dalam susu botol dia. The result was still the same. Actually, ada kurang sikit tapi not fully recovered. Tengok pola pemakanan dan penyahtinjaan Ok tapi kurang nampak aktif dan nampak letih dan tidur lama. Hati mana yang tidak keruan banyak kali terfikir nak bawa pergi check darah tapi memandangkan Q sangat anti dengan hospital, kami cuba kaedah lain dulu. Alternatif. Tak lama lepas tu, masalah berak tak lawas pulak. A.k.a sembelit. Tapi takde pula drama sakit perut atau menangis. Makan masa 4-5 days jgk nak settlekan masalah berak dia. Akibat penat fikir solution, then aku terfikir untuk gugel pasal kelebihan VCO again and again. Try VCO plk taruk dalam susu botol dia dan juga roti keping yang dia makan. Alhamdulillah. Akhirnya, tamatlah kisah kerisauan tentang demam Q yang on off tu selama lbh kurg 2 weeks kot. Pergi klinik homeopati cek doc kata demam virus kalau suhu naik trn naik trn gitu. So salah satu khasiat VCO ialah menghapuskan bakteria dan virus dalam badan yang menyebabkan penyakit. VCO juga boleh mengatasi masalah usus dan penghadaman. InsyaAllah kita ikhtiar dan Allah Maha Menyembuhkan.

Alhamdulillah.
Subhanallah.
Allahuakhbar.

Lepas 2-3 hari amalkan VCO keadaan Q kembali kepada sihat walafiat dan kembali aktif malah semakin kuat makan. Tapi badan still halus and keding.

Siap.
After so many obstacles, cobaan dugaan tekanan bagai akhirnya siap juga proposal mak budak ni. Hopefully, tak banyak la kene baiki. Allahuma yasir wala tu'assir. Sebenarnya belum boleh lega betul-betul sebab perlu hadam 2 bahagian algoritma lagi. Which is the toughest part for me. Semoga ada jalan yang agak-agak boleh meringankan bebanan jiwa and otak i ni..huhu