#1 My Master Journey: Preparation Semester


Alhamdulillah. Selesai segala bengkel yang penting perlu dihadiri untuk cedok seberapa banyak input dan menjadi panduan bagi persediaan aku. MasyaAllah, sangat bersyukur berpeluang menimba ilmu dalam waktu-waktu begini, in the first crucial 6 months period.
Nak share kat sini pun rasa bersepah dah dalam blogs orang lain..mommy tak rajin nak menulis bab tu. Sebab kene refer balik buku catatan.
Journey of research adalah bergantung kepada rezeki masing-masing. 
Ada yang bersungguh-sungguh sangat pun, Allah hadirkan ujian rejection dan kene buat balik. Ada yang pandai mengejar masa, Allah bagi rezeki viva awal dan dapat pelbagai award.
Pendek kata, dalam research journey ni kita akan berhadapan dengan uncertain things.
Bukan aku kata tapi orang-orang yang dah berpengalaman bagitahu.
So, just move forward with our own speed and momentum berbekalkan nasihat dan panduan berguna.
InsyaAllah moga Allah sediakan kejayaan terbaik di hari kemudian.
Amiin.
Aku masuk dunia ni pun tanpa ada banyak info tentang uni life dan seangkatan uruan dalamnya.
Sebab tu the first 2 months, aku banyak spend masa untuk gali pelbagai benda yang kene tahu dan sedia. Kebetulan pulak ada minggu bengkel penyelidikan. Alhamdulillah. Harap tak sesat la. 
Rupanya setiap postgraduate ditugaskan untuk membantu pensyarah mengajar di lab dan sebagainya dengan gelaran demostrator. Bagi kes aku, hari lab jalan dulu dan esoknya baru kuliah. Seolahnya macam aku yang kene ajar diorg terlebih dulu sebelum lecturer diorang bagi kuliah. 
Dengan izinNya juga, seolah dia memakbulkan impian aku yang telah lama tersekat untuk mengajar subjek database, di sini impian aku termakbul. Syukur sangat. Aku pernah tercakap minat dengan database dan dapat mengajar database bawah Dr. Maizura, mesti Dr. Wan Nural rekemenkan.
Hal ni related pulak dengan ketentuan Ilahi menetapkan aku kembali ke kampus selepas 12 tahun. Selepas penat hidup dalam dunia industri. Rupanya segala pengalaman bekerja dapat aku kongsikan dengan pelajar-pelajar universiti awam kali ini.
Persoalannya, rugi tak kembali ke kampus selepas lebih 10 tahun dalam industri? Of course not. Malah ia lebih memudahkan, dan sebagai satu advantage buat kita. 
Tak ada lah kita nak terkial-kial buat preparation membantu pelajar memahami topik. Semuanya benda yang kita pernah kene hadap setiap hari masa bekerja dulu.
Tentang plan untuk menjadi pensyarah universiti awam pula, ada banyak cara dan beberapa grade, as long as kita selamat gapai benda bawah ni.

OK. Sambung hari ke2 menulis. Sepatutnya aku writing literature tp kenapakah aku tulis blog??? Waha!
Sbnrnya aku nak cakap kat sini...aku dah merasai banyak fasa kerja dari segi fulltime dan keelastikan/keanjalan masa, Alhamdulillah, boleh rasa bezanya. Aku buat macam tu pun oleh kerana fasa kehidupan yang membutuhkan aku untuk adapt semua tu. Ada masa anak-anak perlu perhatian lebih. Komitmen memang menduga.

Hmm..baru nak post? Dah jd sisa organik sebab lama sangat peram.