Recap 2013

Assalamualaikum..Maassalamah..Dah bunyi mcm 'laptop' Qushayyi dah entry blog mommy.
Diam tak diam dah di hujung 2013.

Dalam kelam kabut kehidupan juga 2013 menyaksikan kelahiran 2 permata hati yang ditunggu.
1. Muhammad Firas Al-Qushayyi - Feb 2013
2. Aimy Nurdeeni - Dec 2013

* tepek pic here

Gurauan saya pada bff Ayue akhirnya jadi kenyataan. Due dia hujung2 bln December. Bajet2 mungkin boleh sambut org baru bila tahun baru. Saya minta moga2 dia bersalin sama tahun dgn Q.

PRU 13 - Q at 3m-o

Nah tu dia kopipes trs dr ehr sistem
*Sorted by descending order
Ngessut hingga penghujung 2013, peruntukan cuti yang saya terpaksa gunakan. Betul2 dijimatkan untuk perkara-perkara penting. 2013 mencatatkan beberapa perkara besar dalam hidup saya. Ada kelahiran-kelahiran dan ada kematian-kematian saudara terdekat. Walaupun dalam senarai di atas hanya tercatat pemergian sepupu, namun 10 hari selepas tu, ia menyusul pula *pemergian ibu arwah sepupu tu. Isteri bapa saudaraku. Semua cuti digunakan untuk yang betul-betul perlu saja terutamanya untuk hal anak dan kesihatan/kemaslahatan ibu/keluarga.

Selamat Pergi 2013 ~ we'll miss u always..Ada kelahiran-kelahiran.Ada kematian-kematian.Ada penilaian-penilaian.Ada dugaan-dugaan.Ada kesibukan-kesibukan luarbiasa.Serba lengkap.
Selamat Datang 2014.Merangka masa depan.Masa depan berteraskan ummati dalam jiwa insan-insan baru.Jika usia kami tidak panjang, moga ada yang menjadi penyambung perjuangan.
2014, Kami sambut dengan taubat, kesyukuran, doa & pengharapan.

Perancangan Majlis Aqiqah+1st Birthday Party Firas Al-Qushayyi

Assalamualaikum loyal readers..cewah! ader kerw?

Tetiba datang mood teruja. Super teruja. Tak de duper.

Asalnya majlis aqiqah Q nak dibuat semasa dalam pantang hubby ajak buat, tapi memandangkan ada beberapa kekangan, terpaksa lah ditanggungkan ke tarikh yang bersesuaian.
1. Saya bersalin czer. 
2. Commited dengan urusan berpantang
3. Keadaan bonda yang baru kepatahan pergelangan tangan.


To be fair & square, tunggu semua orang bersedia dari segi fizikal & mental.

Masuk umur Q setengah tahun, phuuuu bz x hengat dunia, lebih2 lagi dalam menyediakan stok EBM. Vovoy kan isap banyak..oyeah! Dalam pada itu juga peralihan fasa Q perlu diberi makanan..Vaaavavah..tambah kelibut si saya mengejar masa yang berlalu terlalu fantas.
Haaaa alang2 dah genap setahun, mari compile majlis sekaligus. Jimat tu..
Plan nak buat of course lah hari weekend. Dan semestinya Jumaat supaya Sabtu blh berehat n kemas2.
Kebetulan jumaat tu pulak jatuh pada tanggal hari Lahir Ya Habibi My Hubby.
Senyum mmewek lah si dia...Macam kene top up kek dgn cuppy cake jer ni..
Nak juga tempek nama si Walid Q ye dok..

Okey, jgn memvevel x tentu arah, mari tengok perancangan apakah...

Mula2 cerita pasal tema.



Theme: Silver Blue
Pakaian anakanda Q, ingat nak yang casual jer..seluar silver, baju biru..tapi Walid nak jubah n kopiah..huuuu..dah 2X raya Q berjubah n berkopiah. Susah plk tu nak dpt size jubah Q. Yang dua2 tu pon TokMa beli kat  tanah suci.Whateva baju pon untuk Q nanti, mesti kain yang selesa n tak panas..Nanti punah mood dia..hhu

1. Kambing ~ Done janji 
Sista #1 will take responsibility.
Makanan lain ~ surprised lah..

2. Kek Birthday ~ Done tempah. 

Kek doraemon koot. Weh kenapa bukan Upin & Ipin. Sebab U&I 2 org..mesti mahal nak cipta budok 2 org tu berbanding Doraemon seekor. Eh! Seorang ..Eh orang ke ape...

3. Goodies
Kene ker..kene lah kot..saper bwk hadiah baru dpt goodies..haaa kedekut mak! Acah jer..goodies utk bebudak je kot. Dah tua bangka tak payah..hehehu
Mister suami ckp tayah ler gift2 seme tuh, tahlil je kot.
Sentap. Angan2 mati kat situ terosss. haha..
Tapi x pe la..namanya pun merancang..tgk nnt cemaner..

Goodies kene ade paper bag lah senang dan murah. Haaa murah tu fenting.


Dalam beg ni isi lah kalam roba ke..marsmallow ke..haaa..tuk bebudak kan..ikut nasib lah yer dapat apa2..

4. Air mineral
Untuk memeriahkan lagi ruang, susunlah air mineral, nak cari yang comel2 kecik2 jer lah tp gemuk..Ingat! Harga bajet..heeehe

5. Ballons
Haaaaa..mcm fenting jer..mcm kene ader jer...
Fenting untuk naikkan mood dengan serta merta.
Lebih2 lg mood bebudak under age...kalau upper age pun rasa nak meloncat, itu sudah lebey..haha

6. Deco-deco
Terpulang pada bajet, masa dan keadaan...





















Yani..buat cawan gitu jugok jom!!












Ader satu bende yg super duper favourite;
.
.
.
.
.
..
.
.
Dah tu, saper yg nak bertanggungjawab ni?


Q approaching month tenth

Assalamualaikum wbt!

Semakin malas nak update yo..Bukan malas tapi bz. Alasan yg mmg cliche. Bz dgn tugas hakiki. Bz dgn ngepam. Bz dgn part time biz. Dan lain2.

Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi memberiku nafas hingga saat ini..
Akan kupenuhi dengan kerja-kerja yang sebaiknya InsyaAllah sepertimana yang tertulis dalam amanah..
Walau otak penat tenaga diguna secara optimum ulang alik hantar-ambik anak jauh, namun rinduku dan semuanya terubat saat ini..



Masa berlalu terlalu pantas seakan singkat untuk kurakam kesemuanya...

Q juga blh pronounce dengan jelas "Allah..Akhbar"
Mula2 kami ajar dia angkat tangan untuk takbir..Time tu, qiam tangan kat tubuh belum pandai..
Kemudian dah pandai qiam tgn kat tubuh lepas takbir.
Kemudian hasil pemerhatian setiap hari, dah tiru perbuatan ruku' dan sujud.
Sambil-sambil tu kami dah ajar how to Du'a.
Just tadah tangan baca Bismilliah..kemudian amiin..raup tgn ke muka..
Dah ajor itu sajer, mmg dia buat laju2 la..haha..semua dalam 1 masa..
One more thing during mo observation, kalau buku bacaan biasa, dia hanya belek2 sambil mulut bebel2 action membaca..
Tapi bila dia ambil buku Yasin..dia bukak..konon membaca kemudian dia raup buku tu kat muka..
Allahurobbi, ada yang kami ajar, ada yang dia tiru berdasarkan pemerhatian.
Bila dia dengar Walid baca ayat-ayat suci Al-Quran dia mcm tau2 jer..then tadah tangan mcm doa..
Setiap kali lepas solat, time doa, Walid akan letak dia atas riba/pangkuan then tadah tangan doa sama2..


Kami berjanji sesama sendiri dan juga kepada Ilahi..akan membesarkan mendidik zuriat kami dengan cara Islam sebaik mungkin.. Memupuk kecintaan dia kepada buku2 dan ilmu.. Semoga memberi manfaat dalam hidupnya kelak..


Perniagaan

Sometimes, perniagaan bukan hanya untuk mengaut keuntungan di atas harga beli, tetapi menjurus kepada keperluan kewangan pada masa tertentu.

#mungkin-hanya-aku-yang-faham

Kepentingan dropbox


Makin canggih teknologi semakin lah bermacam application yang diwujudkan dan menjadi 'must have' application. Kalau pakai henpun cap hayam, memang akan ketinggalan ketapi peluru jawabnya. Skrg pun kalau tak mampu nak beli so-called telefon bijak yg mahal, blh beli yang dalam kemampuan, bersepah dah yg dijual pd harga bajet sbb persaingan production gadjet2 mcm ni sangats sengit. Boleh juga kalu nak beli secara rebet. Rebet ni bukan sahaja untuk yang berumur 30 tahun ke bawah, malah ade kedai yang offer rebet ni untuk yang berumur 18 tahun dan ke atas. - apesal ayat mcm artikel? redho jer lah ye wahai pembaca. Bila kita berkecimpung dalam bidang IT, tak ade pilihan melainkan kene update dengan peredaran zaman tekno. Kenapa saya berkata demikian? Selain dari untuk menjaga maruah aka saham graduate dlm bdg IT, bende2 mcm ni akan ditanye dalam soalan2 ujian penilaian mana2 exam yang berkaitan dengan kerjaya kita.

Salah satu must have application ialah dropbox. Tak de lagi keluhan aaaa x cukup space la .. hmm saya lah tu..nk delete gmbo anak mmg sayang..Secara teknikal nya penggunaan dropbox ni melambak dah orang bgtau kat blog memasing. Konsep basicnya..kita install dropbox kat kitanya smartphone dan laptop. Pastu register guna email yg sama di kedua-dua device. Then bila kita snap gmbar guna smartphone, automatically data gmbr tu akan disalin ke dlm dropbox laptop kita jugak.

Dropbox ni ialah pusat penyimpanan data secara atas talian. Data tersebut boleh dikongsi, tp hati2 lah yer. Bila masa kita nak guna, senang je nak capai walau di mana anda berada as long as ade talian internet. ;)
Kalau tak faham tanya prof wikipedia pulak.

Majalah Pa&Ma

1st attemp
Saya mula melanggan majalah Pa&Ma sejak awal mengandung. September 2012. Since saya agak bz, tak sempat nak baca dengan puas hati. Tapi dah hujung2 langganan baru la nak enterprame. Malangnya tempoh langganan dah abis. September 2013. Dah diberitahu oleh saudari intan jasmina yang penyertaan saya akan keluar pada November 2013 sebab dia terdelete gambar dalam emel, saya pulak bz nak resend. Dah warning kat suami supaya dapatkan majalah ni in Nov.

Tengok2 jiran kakak, kakak saya yang jaga Qushayyi dah beli dulu dan perasan muka kami..mcm kenal jer...mcm moksu jer.hahaha.. Terus lah encik suami pergi dapatkan edisi nov 2013. Tepek gambo raya aidilfitri. Q masa tu umur 6 bulan.

Dalam hati teringin nak masuk mana2 pertandingan, tapi tunggu lah dulu. Serabut kepala otak mommy ni. Tunggu punya tunggu, Qushayyi semakin grow up dengan pantas, mcm2 feel dah sekarang ni. Siap dengan tantrum sebab kehendaknya disekat. Maka perlulah plot graf tekanan darah walid n mami, haha.

Life is simple but complicated

Pernah terbaca sesuatu kata-kata mutiara kat fb kenalan.

Saya tak hafal lah.

Cuma intipati yang penting ialah;

Kalau tak suka, cakap baik-baik.
Kalau suka, nyatakan.

Haaa 2 bari tu je ingat pun. Ceh! Malas nak ulas panjang2 kata-kata pujangga dari hati orang lain.

Tapi sepertimana yang saya bincangkan dengan bonda saya, JUST GO WITH THE FLOW.
Tak payah nak high expectation sangat.
Tapi usaha tetap usaha secara istiqomah.
Cuma jangan kecewa jika tak tercapai dan gantikan dengan bersyukur sebab still boleh makan dan tidur sampai hari ini.

Tak perlu nak hidup menjaga saham sangat. Just jujur dan bersifat terbuka sebab semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walau kau minum air 7X tapis ke, jangan dilupa orang yang cuma hidup dengan air telaga. Mungkin air telaga tu lagi baik dari air penapis yang tertapis semua nutrien kaaaan.

Terlalu normal bukan paranormal.
Jika ada yang tidak suka kita. Sedangkan Rasulullah pun terlalu ramai haters. Ya itu kekasih Allah. Ambik lah contoh2 lain yang kita idol sangat tu.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا سَبَّكَ رَجُلٌ بِمَا يَعْلَمُ مِنْكَ فَلَا تَسُبَّهُ بِمَا تَعْلَمُ مِنْهُ فَيَكُونَ أَجْرُ ذَلِكَ لَكَ وَوَبَالُهُ عَلَيْهِ


Maksudnya: “Apabila seseorang mencerca/mengaibkan kamu dengan sesuatu keburukanmu yang diketahuinya, maka janganlah kamu membalas dengan mencerca/mengaibkannya juga. Nanti kamu akan memperolehi pahala dari cercaan tersebut. Dan balasan yang buruk (di dunia dan akhirat) akan dikenakan ke atas orang tersebut.” (Hadis dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bil: 594)

Yang penting kita sentiasa ingat, Allah membalas semua kejahatan walau sebesar zarah dan semua manusia biasa tak terlepas dari dosa yang tidak disengajakan.

Konsep hidup yang lebih lanjut.. boleh baca blog ni;

http://soaljawabsyurgadidunia.blogspot.com/2013/11/mengapa-tuhan-uji-kita-menjawab.html

Cuti Raya lagi..

Sometime I wish im free from office routine and be at home with family but most of the time I hope more days to finish up my task at office.

Last 2 weeks I always  back home late. I went out from office around 6pm. Delay 45mnts as ussual as office timetable.

Yes, thats me. Career mom. As system developer. Packed with task.

Actually we had planned so-called big project on Sunday. But it not smooth as we want it happened.

Allah menentukan, but its OK because we have another time. InsyaAllah. Dengan izinNya.

So, petang tu Mimi yang baru back from PJ memrengek ajk jenjalan at pantai.




1st time Q demam @8 months +

Ni waktu pagi lps sampai rumah sista.
Ibu saya tak bagi pergi keje. Saya tak kata apa sangat. Saya kata tengok dulu keadaannya macamana. Anak pertama, anak sulung, anak jantan.. kene kuat.. Becoz your mom have to work. Saya tunggu dia terjaga dari tidur. Nak tengok keadaannya meragam ke idok.
  • start dgn selesema..sbb walid mandikan lama sket sbb nk bg dia main2 air 
  • then batuk..
  • pegi ambik ubt homopati - kering sket selesema
  • Esoknya, bila saya balik dari kerja, ttba Q dmm, selesema kembali meriah..+ batuk pakej dgn lelah..complete set.
Panic tone was ON. Oooo mcm ni rupanya anakku demam. Jakun sebab sebelum ni tertanya-tanya mcmn lah kalo anak demam. Lps sooth kan anak, trs sms hubby. Kbtln la plk dia blk keje lwt hrtu. Tak lama kemudian hubby sampai. 

Masa awal2 Qu demam tu, dia nak menyelit n duk diam je celah ketiak saya. alahai..time tu my sis ckp kesiannya tengok. Afiq terus pegi belikan cool fever. Dlm 15 mnt ke x sampai..trs Q merangkak n 'kemas' tmpt brg hadiah dia..Ayyo anak! Dah sht ke???

Malam tu decided to bring him to the clinic. Tp doktor khuzaini xde, mlm tu doktor raja yg duty. DR tanya dpt dr sapa ni, belah hubby xde. saya diam jer. Sbb saya x sure saya lelah atau resdung.
DR tanya nak sedut? Banyak kali dia tanya hubby dgn confident dan tanpa soal saya setuju. Saya diam tak terkata 1000 bahasa. Banyak fikir. Doktor kata kalau sedut, baru dia blh tidur lena. Saya pandang hubby and hubby bgtahu doc nak sedut. DR pon buat sket preparation and masukkan ubt kat alat.

Kami pegang anak. Kuat2. Erat2.

Proses sedut berlaku.
Anak meraung.
Saya hampir menitis air mata.
Nak meraung jugak rasanya.
Mahu tanya doktor apa rasanya.
Doktor kata bukan sakit cuma dia mrh sbb kene pegang.
2X Q tepis corong sampai trjatuh.
Cess ingt kjp je proses tu lama jgk sampai keluar lendir.
Lendir putih, pekat.
Tak banyak.
Balik, Q tdo lena.
Alhamdulillah.
Moga cepat sembuh sayang.

Muslim woman in Islam


See how beautiful of Allah's creation.

Like mother like son

OK2..rupa paras anakanda copy paste ayahanda. Tapi bab peel perangai mostly like bonda..okey..puas hati hehe..katanya si my kakak penjaga Q, Q suka sangat posing/bergambo sejibik mcm maminya. Oh yer?




Mengharingi perjalanan jauh ke rumah ibu-abah..mula lah momi ajk ank 'buat hal'. Mula2 Q buat dek jer..then baru lyn..
Drpd buat muka boring anakanda pon layankan je lah habit mami..

Mommyhood life

Kehidupan yang agak mencabar dari segi masa dan tenaga....energy booster pls come here!

Kembara FaQ 8 bulan 1 minggu 3 hari di dunia fana

Bismillah...
Saat coretan ni ditulis saya tengah blur.
Blur akan datang tiapkali si anak teruna kecil mula tidur.
Bila dia tak tidur kepala saya ligat dan stressed fikirkan keje yang sedang menunggu, tapi once dia dah tidur, terkapai-kapai saya termangu macam orang dungu, beku. Itulah perasaan ajaib yang perlu diatasi sebagai 1st time mommy. Wuhuuuu...Jangan isau keje2 penting saya dah settlekan tadi sambil2. Ye, sambil2 pening lintang pukang buat apa yang patut.

Tajuk ni macam butuh huraian yang panjang pulak yer. Tengoklah mood dan idea saya yang baru  lepas lipat kain baju Qushayyi. Cerita baru yang menarik lately ialah Q sudah tumbuh gigi. 2 batang gigi bawah. Bila mommy teropong lagi, ada bayang2 satu gigi atas kanan akan memunculkan dirinya tak lama lagi. Huu..

* pic

Yabedabeduuu..beda bedu lah sangat, nanti kene gigit saper yang meraung? Opkosh la mami jugaaaa. Gambar yang polite n proper takde yer sebab dia jenis susah nak bagi kelebet dia punya mulut. Lagi orang nak tengok lagi dia naik hot. So, kne tunggu mood dia ok baru dia bagi tu pun few seconds je kot.

Anak baru tumbuh gigi, si omak dah x sabar nak tunggu anak pandai bercakap. Hui..sabor...Nanti bila dah bercakap mesti tak terjawab soklan2 professor kiut ni.

Bila nak susu dah pandai sebut "Bak..bak...bak...sambil merengek".

Toys.
Apa yang buat kami pening as first time being a parent ialah toys aper yang boleh stimulate otak anak bagi kasi learning skill dia bagus yet toys tu tak bahaya. Jantinanya boboy tentulah alat2 macho je yang dia suka.
  • kabel2/wayar
  • plug extension
  • tayar coz pusing2
  • remote control
  • engsel pintu
  • selak pintu
Paling mencabar ialah memastikan keselamatan dia. Sangat2 mencabar. Kalau tak menagis sebab kene control, mesti menangis sebab buleh sakit.

Hingga jumpa lagi..

Tentang Cinta & Perkahwinan

Perkongsian menarik tentang perkahwinan;
Indahnya isi dan bahasa kedua-duanya. Jom hayatinya..

Dr. Halina blog;
Marriage is a school where you get the certificate before you start. 
 
A school where you will never graduate. 
 
A school without a break or a free period. 
 
A school where no one is allowed to drop out. 
 
A school which you will have to attend every day of your life. 
 
A school where there is no sick leave or holidays. 
 
A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love, 
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance, 
4. The windows made of understanding. 
5. The furniture made of blessings. 
6. The roof made of faith. 
 
Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.
 
Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.
 
Remember this school is the safest place to be. 
 
Never go to sleep before completing your assignments for the day. 
 
Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.
 
If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together. 
 
Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school). 
 
Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
 
Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.
 
When tempted to quit find the courage and continue. 
 
Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear. 
 
Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day. 
 
Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject. 
 
After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it. 
 
To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all. 
 
Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn’t involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class,   or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam. 
 
It is you who should attend and it is you who will pass. 
 
Its your choice today:” build it or break it”. 


Translated by Szakif;
Rumahtangga adalah sekolah yang mengurniakan ijazah sebelum persekolahan bermula.
Di sekolah ini, pengajian kamu tidak akan pernah tamat.
Di sekolah ini, tiada waktu rehat mahupun waktu senggang.
Di sekolah ini, tiada seorang pun dibenarkan tercicir.
Di sekolah ini, tiada satu hari pun kamu boleh ponteng.
Di sekolah ini, tiada cuti sakit mahupun cuti sekolah.
Sekolah ini asasnya Yang Maha Besar
Cerucuknya cinta,
Dindingnya percaya,
Pintunya menerima,
Tingkapnya timbang rasa
Perabotnya rahmat daripada-Nya
Atapnya yakin kepada-Nya
Sebelum kamu terlupa, kamu hanya pelajar di sekolah itu, Yang Maha Esa-lah pengetuanya.
Ketika ribut petir melanda, usah hilang akal dan melangkah keluar.
Ingatlah, di sekolah itulah tempat yang paling selamat.
Usah sesekali masuk tidur sebelum siap semua tugasan sekolah bagi hari itu.
Usah sesekali alpa untuk berhubung, terus berhubung dan terus-terus berhubung dengan rakan sekelasmu dan dengan Pengetuamu.
Jika kamu dapati rakan sekelasmu tidak memahami, ingatlah yang dia juga sedang belajar, dia belum lagi tamat belajar. Yang Maha Besar sedang mengujinya, maka jadikanlah ia sebagai ujian buatmu juga, dan sama-samalah harunginya.
Usah lupa untuk mengaji, terus mengaji, dan tidak henti mengaji Buku Suci (buku teks utama di sekolah ini).
Mulakan harimu dengan bersolat jemaah, begitulah juga dengan akhiran harimu.
Kadang kala kamu terasa seperti tidak mahu ke kelas, namun mahu tidak mahu kamu perlu hadir tanpa culas.
Jika terdetik untuk menamatkan persekolahan, carilah kekuatan dan teruslah bersekolah.
Ada ujian dan peperiksaan yang sukar, namun ingatlah yang Pengetua tahu akan kemampuanmu.
Hakikatnya, itulah antara sekolah terbaik di muka bumi; rasa gembira, tenang, dan suka mengiringi setiap hari.
Bermacam-macam subjek ditawarkan, namun Cinta-lah subjek utamanya.
Setelah sekian lama sekadar memahami teori, kini masa untuk amali.
Dicintai adalah rasa yang indah, namun mencintai adalah anugerah terindah.
Rumahtangga sekolah cinta, maka cintailah rakan sekelasmu itu. Dan ingatlah: “Kelas ini tidak perlukan sesiapa yang tiada kaitan!” Jika kamu menjemput ibu atau bapamu, atau sesiapapun yang tidak perlu ke dalam kelas itu, kamu akan gagal dalam ujian.
Kamu yang sepatutnya hadir kerana kamu yang akan ambil ujian dan lulus ujian itu.
Pilihan kini di tangan kamu: “bina atau rebah”
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Catatan Peribadi:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
  • Perkahwinan terjadi atas kehendak Allah sama ada ia berlandaskan cinta atau keterpaksaan.
  • Pilihan terletak di tangan kita tetapi perlu berasaskan petunjuk dariNya.
  • Perkahwinan tidak boleh disorokkan supaya ia tidak menimbulkan fitnah.
  • It takes 2 to tango