Q approaching month tenth

Assalamualaikum wbt!

Semakin malas nak update yo..Bukan malas tapi bz. Alasan yg mmg cliche. Bz dgn tugas hakiki. Bz dgn ngepam. Bz dgn part time biz. Dan lain2.

Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi memberiku nafas hingga saat ini..
Akan kupenuhi dengan kerja-kerja yang sebaiknya InsyaAllah sepertimana yang tertulis dalam amanah..
Walau otak penat tenaga diguna secara optimum ulang alik hantar-ambik anak jauh, namun rinduku dan semuanya terubat saat ini..


video

Masa berlalu terlalu pantas seakan singkat untuk kurakam kesemuanya...

Q juga blh pronounce dengan jelas "Allah..Akhbar"
Mula2 kami ajar dia angkat tangan untuk takbir..Time tu, qiam tangan kat tubuh belum pandai..
Kemudian dah pandai qiam tgn kat tubuh lepas takbir.
Kemudian hasil pemerhatian setiap hari, dah tiru perbuatan ruku' dan sujud.
Sambil-sambil tu kami dah ajar how to Du'a.
Just tadah tangan baca Bismilliah..kemudian amiin..raup tgn ke muka..
Dah ajor itu sajer, mmg dia buat laju2 la..haha..semua dalam 1 masa..
One more thing during mo observation, kalau buku bacaan biasa, dia hanya belek2 sambil mulut bebel2 action membaca..
Tapi bila dia ambil buku Yasin..dia bukak..konon membaca kemudian dia raup buku tu kat muka..
Allahurobbi, ada yang kami ajar, ada yang dia tiru berdasarkan pemerhatian.
Bila dia dengar Walid baca ayat-ayat suci Al-Quran dia mcm tau2 jer..then tadah tangan mcm doa..
Setiap kali lepas solat, time doa, Walid akan letak dia atas riba/pangkuan then tadah tangan doa sama2..


Kami berjanji sesama sendiri dan juga kepada Ilahi..akan membesarkan mendidik zuriat kami dengan cara Islam sebaik mungkin.. Memupuk kecintaan dia kepada buku2 dan ilmu.. Semoga memberi manfaat dalam hidupnya kelak..


No comments: