Dah beranak ker?

Dalam kesibukan harian bekerja saya curi masa untuk pergi klinik dekat2 ofc. Malam2 mls nk keluor cari doktor. Regarding on my bottom lip yg kne infected. Rasanya by lipstick. Ambik nak sangat berlipstik bagai. Rasakan lah penyakit baru. Lipstik murah bring me trouble. Mana tak nya, lusa dah kne present system.

Duduk2 je lps bg doctor jwb salam doktor tanye lps tgk kad sejarah rwtn saya. "Dah beranak ke?"
Dah doctor. Tak cukup minggu. Ha3. Jawapan tipu tu. Ini bukan medan gurauan. Sebab saya boleh rasa airmuka saya macam nak menangis setiap kali perlu menjawab soalan2 seumppama ini. Ini doktor yang sahkan kemengandungan saya yang dulu. Dia masih ulang ayat, ooo ingatkan dah beranak dah..erm, ye lah doktor..kalo tak memang dah beranak pon bulan ni. Tak pe la, xde rezeki lg doktor memujuk.

Semakin semak kepala dengan kerja, effort + tekanan dari pelbagai sudut + macam2 perasaan bercampur baur. Semoga indah hari kemudian selepas berhempas pulas. Allah, tolong lah beri hasil yang saya harap2kan. Amin.

Air rebusan kulit buah delima

Smlm bff saya, saudari ayuti alias bgtahu petua air rebusan buah delima. Opah yang bgtahu dia. Dia tgk dr rancangan Tanyalah ustaz. Kebetulan ada setengah biji lagi buah delima, saya terus lah rebus. Agak scary jugak nak minum air2 rebusan ni.

Saya pon tanye lah prof google. Ini hasilnya;

Buah Delima (Pomegranate)
Hilangkan Masalah Cacing - Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan. 
Sumber

Abang nak...

Annual Meeting.
Entah kenapa. Macam tak ada seri. Tak ada semangat. Tak ada acara bergambar. Mungkin hati sedang berkabung disebabkan restucture co.

Masa di akhir ucapan MD, dia sempat ucapkan tahniah pada pasangan yang baru berkahwin, yang mendapat cahayamata. Bos cakap pada mereka; Tahniah! You r 'proven'. Terbukti anda lelaki sejati. Kata-kata bos disambut hilai tawa staf. Saya hampir menitiskan airmata. Sentap.

On the way back saya tanya en.habibi. Abang nak hadiah birtday ape?(14 Februari)
Ida beli jaket nk? Dia geleng-geleng kepala. So, abang nak menda?

"Abang nak anak..."

;(

*14 Februari ini juga adalah due date kandungan pertama yang gugur.

Merakyatkan?

Mereka suka tengok aksi rakyat macam peminta sedekah. Berkumpul beramai-ramai bersesak-sesak untuk mendapakan wang percuma. Fikirkanlah jika yang bersesak sesak itu warga emas. Rakyat yang malas berusaha amat nantikan peluang sebegini. Cukup teruja mereka tanpa fikirkan aib malu. Kalau ikhlas nak bantu, JANGAN lah aibkan mereka. Bukan pinta mereka untuk hidup susah. Cuma ramai yang seronot dibantu. Malas berfikir dan cari jalan. Setiap bantuan yang diluar keikhlasan terkandung kekejian di disebaliknya.

Tak boleh ke mereka berfikir cara yang lebih bijak untuk membantu? Tulih je la dalam borang tu nombor akaun. Adoi lah. Memang tak cerdik ke atau memang suka tengok rakyat mengemis di tanah air sendiri?

Cubalah berfikir di luar kotak. Tak ada orang nak bagi sesuatu secara percuma. Tapi, ramai rakyat yang tak nak bersakit-sakit dahulu untuk mendapat rezeki yang halal. Ramai yang nak goyang kaki, duit masuk.

* Jalan yang lurus itu lebih sukar untuk dilalui.

K-Drama: Wild Romance


Nakal tak hengat.
Boleh gelak guling-guling.
Reccomended utk hilangkan segala tension.

Machine

Malam tadi, i feel like to scream!! Big scream. Super tension. Selama saya bekerja, bila laptop/komputer rosak/ada masalah, saya boleh pulak bersabar. Walaupun cabarannya cukup besar bila ia melibatkan kerja-kerja yang agak penting. But, when it comes to sewing machine, saya hilang semua kesabaran tu.

Saya bukan expert bab computer hardware. But i did work in software peacefully. Saya bukan ada ilmu tentang mesin jahit. Tapi bila dan entah kenapa jahitan ada masalah, i feeel like the world end!

Mungkin akan panggil tukang baiki ke rumah. Takkan cabut lagi kepala tu pergi kedai. Mungkin akan panggil jiran penjahit minta tolong tengokkan.

Oh! Siyesly, saya tidak sabar untuk menjahit kain litup pinkish saya. Oleh kerana kerja-kerja menjahit gagal, saya layan kdrama part kelakar habis untuk mengubat hati yang hyper tension.

Saya berazam untuk menghabiskan bayaran kereta kecilku dalam masa 2 bulan ini. So that, boleh la berangan untuk dapatkan mesin jahit baru pula.

We can be everything

Saya dapat benda ni dr fb senior - seorang cikgu.

Kakak saya 3 orang keje cikgu, sedikit sebanyak saya amat memahami kepenatan mereka.
Kakak #3 cikgu tadika, tp bznya MasyaAllah mcm pengapit YB jer agaknya. Time anak-anak didik dia kene buat persembahan ape2, dia lah yang kene lukis n color bahan2 backdrop dan sebagainya.
Ops, sebenarnya dia telah melampiaskan keje tu pada anak sulungnya yang ade bakat seni sejak kecil. Alhadulillah, sekarang jadi arkitek muda.

Kakak #6 cikgu sekolah agama swasta di NS. Dengan anak-anak kecil seramai 3 org, keje suami yang sentiasa offshore, sangat kesian dengan bebanan kerja di sekolah.
Baru-baru ini dia kata sekolahnya nak bina bangunan baru. Boleh derma untuk dapat pahala yang berterusan insyaallah.
Maknanya kalau bangunan dah bertambah tu, murid makin ramai lah. Maknanya sekolah agama tu agak maju.
Katanya result periksa sekolah tu meningkat walaupun sekolah-sekolah lain menurun. Apa-apa hal pun, semoga dia blh carry on dengan tugasan kerja dan rumahtangga.

Kakak #8 anak asyik bertambah. Tak pernah dengar dia mengeluh tentang kerja/tugasan di sekolah. Cuma cerita gelagat anak-anaknya. Oh i miss them so much!

Itu sedikit pasal cikgu punya tugas. Kadang-kadang i wonder why, KERANI sekolah buat ape? Kat sekolah tak de ke pakcik driver van sekolah? Oh mungkin hanya sekolah SBP je yang ader. Apa-apa hal pon, semoga cikgu/guru-guru tabah, cekal dan bekerja kerana keikhlasan hati untuk melahirkan anak bangsa yang cerdik akal dan sihat rohani & akhlak dan bukan semata-mata kerja untuk duit. Yang penting MINAT.

Saya sebagai seorang system programmer/developer, sedikit sebanyak boleh menjadi apa saja. Bukan nak menyaingi cikgu tapi realiti bidang kerja. 

Bagaimana?
~~~~
Biasanya sesiapa yang terlibat dalam pembangunan sesebuah sistem, mereka perlu tahu keseluruhan proses dalam sistem tersebut. Let say, untuk buat sistem hotel, system analyst perlu tahu dari A to Z mengenai perlaksanaan aktiviti hotel untuk diterjemahkan ke dalam sistem. Biasanya tugas SA termasuk lah membuat rekabentuk pangkalan data. Jika diikutkan sepatutnya, rekabentuk pangkalan data dilakukan oleh DBA/ database administrator. Bagi sesebuat kompeni yang tidak gah, kerja-kerja analisis/rekabentuk pengkalan data akan dilakukan sendiri oleh system/application developer. 

Walaupun programmer/system developer hanya membuat coding untuk proses-proses dalam system, namun tugas mereka masih kritikal kerana mereka perlu faham/tahu bagaimana untuk menggunakan joining table atau bagaimana sesbuah jadual dalam pangkalan data yang berkaitan dalam sesuatu proses. Pendek kata, apa yang programmer boleh fikir sebaiknya selari/sealiran dengan corak pemikiran DBA yang telah merekabentuk pangkalan data tersebut.

Contoh diagram bagi sistem tempahan bilik hotel



*Sistem hotel agak besar. Contoh di atas hanya untuk tempahan sahaja. 
Nah, sekarang programmer/sa/dba dah jadi seorang yang tahu segala yang berkaitan dengan hotel. 

Bila system developer terlibat pula dengan pembinaan system lain seperti accounting system, mereka juga perlu research dan memahami segalanya tentang accounting dengan kadar yang cepat bagi melancarkan proses-proses/fasa pembangunan sistem. 

Jadi, system developer juga dah jd 'mcm akauntan'. 
Jika lebih banyak lagi sistem-sistem dapat dibangunkan, semakin meluaslah pengetahuan seseorang yang terlibat dalam pembangunan sistem.

Bagi sesebuah sistem yang besar, pembahagian tugas perlu dilaksanakan. ~~~ matilah kalau seorang jer nak buat semua. LOL. ;B. Mungkin mereka mampu tapi makan masa bertahun-tahun lah jawabnya.

Back to myself. Thats Y i love develop system. Sebab saya tidak membuat kerja yang sama setiap hari. Possibility untuk membangunkan sistem yang saya adalah 0.00001%. 

Mungkin tahun ini projek yang masuk ialah sistem kolej, next time mungkin rezeki projek sistem gaji pula atau sistem-sistem lain. Walaupun sedikit sebanyak perkara basically saya seperti;
  • create form
  • listing
  • reporting
  • charting
  • processing
atau sebagainya, namun item2nya adalah berbeza.

Whatever your work, your task, have fun!

Teringat pesanan/kata-kata bos previous company.
He is my manager. A good and full of knowledge. Full of smile too.
Dia kata pada saya: "Buat coding ni memang sakit kepala. Tapi, once dah dapat solution tu, rasa SANGAT BEST!"
Yep. Saya faham perasaan itu walaupun entah bila boleh capai setahap otai dia.

Perasan itu macam sama macam org beranak juga. Bila dah nampak muka anak tu, lupa/hilang semua rasa sakit.
;) itu kata oranglah. Saya belum rasainya lagi.

Mesin jahit dah siap baiki

Semakin malas nak menulis. Bajet macam hectic sangat. Top of all, mesin jahitku sudah siap dibaiki, hooray! Service + repair for only RM41. 

Checked!

Tiada lagi malam yang termenung sana sini.

Misi menyambung progress jahit;
  • Sarung bantal (again)
  • kain litup pink saya
Adios!