Feeling still empty on hari raya aidilfitri 2011

Semalam = Hari Raya pertama 2011. Sepatutnya saya dah 4 bulan on 1st pregnancy.
Sepatutnya dah boleh nampak kan?
Banyaknya sepatutnya...
;(
Allah merancang yang lebih baik.

Obsession

Saya percaya kalau kita meluangkan lebih banyak masa dengan sesuatu, kita akan menjadi semakin obses dengan sesuatu tersebut. Kalau kita jenis suka menyanyi (walaupun toilet vers), pasti berangan untuk berduet dengan Maher Zain, Siti Nurhaliza mahupun Najwa Latif. Kalau kita banyak mendengar pantun, tiba-tiba kita rasa eh seronok pula dengan pantun yang macam-macam tu. Jika kita selalu berkebun, kita akan jatuh cinta dengan pokok. Jika kita rajin bermekap, sesempit mana pun masa, pasti diri kita terhias juga.  Sama juga dengan persoalan hati. Semakin lama kita spend masa dengan seseorang, selalunya kita akan terpaut hati dengan si dia. (Statement ni boleh pakai ke? ;) depends on orang lah kan sebenarnya) Jika kita rajin membaca, bukulah(bahan bacaan yang baik) akan menjadi rakan karib, guru dan sumber buat kita mengangkat diri yang lebih baik. Nescaya kita akan mengidamkan sebuah bangunan yang penuh dengan buku dan bahan bacaan yang bagus-bagus.

Adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui?


Firman Allah s.w.t : " Allah akan meninggikan darjat orang2 yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat .Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan . " ( Al-Mujadalah : 11 )

Ibn Abbas ra mengulas ayat diatas dengan mengatakan : Tingkatan para ulama dibanding orang mukmin biasa adlah lebih tinggi sebanyak 700 darjat , di antara satu darjat ke darjat setelahnya adalah sama dengan jarak 500 tahun perjalanan.



Sumber

Shyyyy..kalian percaya tak jika saya cakap, saya tidak kasihan kepada orang miskin. (Lambat laun pasti ada yang membantu meringankan beban, jika tak banyak pun sedikit. Boooleh la..)

Tapi, tatkala wujud di depan saya seseorang itu ketara TIDAK MENGETAHUI @ tersilap tentang sesuatu yang saya percaya seolah-olah semua orang tahu akan perkara tersebut.........Dush! Seolah-olah wajah saya tersimbah sesuatu. Darah saya seolah mengalir laju tanpa haluan. Bukan tersirap. Saya berasa sangat-sangat..(tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata) .. berasa sangat2...looser. Mungkin.

Bila saya buat operasi mengemas rumah, saya selalu pening bila tengok buku dan majalah yang banyak. Buku lagi banyak sebab sejak kecil saya dan adik beradik tidak digalakkan untuk membeli majalah. Memang ada almari buku di rumah(kakak saya beli dah lama dulu), tapi tidak cukup untuk menampung semua buku yang ada. Rumah saya pun bukan sebesar perpustakaan.

Saya akui zaman kanak-kanak saya sangat gemilang sebab saya berkasih dengan buku. Saya pun tidak percayakan diri sendiri bila dapat menceritakan semula di depan kelas depan kawan-kawan secara spontan selepas membaca sebuah buku di perpustakaan sedangkan rakan sekelas lain gagal  untuk berbuat demikian. Maksud saya apabila kita buka minda dan hati untuk membaca, InsyaAllah apa yang kita baca akan lekat di dada dan dapat meluahkannya semula secara lisan tanpa ragu-ragu. Tapi ramai yang tidak tahu(pada masa kejadian saya bercerita di depan kelas) bahwa apa yang saya cerita semula bukannya 100% betul dari buku cerita tersebut. Sebahagiannya saya telah 'goreng' untuk melancarkan jalan cerita dan menutup kelemahan saya terlupa sesetengah episod cerita tersebut. Kecik-kecik lagi dah reti goreng depan audience? (Goreng cerita kanak-kanak sajer, bukan hal lain). Masa tu seingat saya Darjah 2. Tapi bila meningkat dewasa, saya bukanlah 'penggoreng'. Tak kira lah dalam meeting ke apa. Dan....dan...saya memang anti dengan sesiapa sahaja yang suka meng`goreng` dalam hal penting sepert meeting. Saya cukup telus untuk berkata benar. kadang-kadang kebenaran itu melukakan. Saya berpegang kepada sabda Rasul kita: "Berkata benarlah walaupun pahit". Saya tidak perlu untuk menipu demi untuk menjaga hati. Tapi saya belajar untuk berterus terang dalam keadaan yang lebih baik supaya ia tidak melukakan sesiapa.

OK, im writing about books. Saya ingin jatuh cinta sekali lagi dengan mereka. Allah beri saya suami yang suka dengan buku selain suka dengan foods ;) . Dia tetap akan beli buku walaupun ketika pokai. Dan saya mulalah berfikir untuk menjual buku-buku yang saya ada apabila saya pokai. Dan dia nasihatkan saya buku adalah aset penting. Bukan sekali saya meminta pendapat/keizinan untuk let go buku-buku yang saya ada. Tapi banyak kali. Akhirnya dia cerita satu kisah. Saya pun tak pasti akan kebenaran cerita ni sebab saya belum mencari kesahihannya but hence saya tetap jadikan panduan. Ceritanya begini;

Pada satu masa dulu..(intro tak leh blah, dengar2 ala citer dongeng), berlakulah perangJerman-Rusia. Sebenarnya saya terlupa perang antara siapa. Jadi, saya tangguhkan cerita ini sehingga saya bertemu perkaitannya tentang entri saya. ;)

Yang pasti keduanya adalah kuasa besar dalam teknologi sejak dari dulu sampai lah sekarang. Back to my mission, saya mahu buka hati dan minda saya untuk lebih mencintai buku. Saya akui, banyak juga buku yang saya beli tapi saya selalu gagal untuk menghabiskan bacaan sedangkan buku itu cukup bagus bagi saya sebab tu saya beli. Kadang-kadang, saya akan borong banyak buku apabila ketika terasa berduit sedikit. Mana-mana buku saya yang terlepas ke tangan orang lain tanpa dapat kembali pada saya semula saya ingat sampai sekarang even itu hanyalah sebuah novel. Tapi saya bukanlah peminat novel. Semalam saya teringat buku rujukan saya yang agak penting; Buku CCNA. Ia dipinjam oleh kawan saya; Farina masa kami sama-sama melangkah ke alam pekerjaan dulu, dia masih mengikut arus bidang networking dan saya akhirnya kembali ke pangkal jalan iaitu bidang programming. Tapi buku itu dipinjam Farina untuk kawan sekerja dia. Saya berniat mahu mendapatkan semula buku itu. Tapi pasti masih berpeluangkah..Buku itu sangat tebal walaupun saya tidak gunakan se sen pun untuk dapatkan buku itu. Ia percuma dari Bontonweb Academy. Farina mesti terlupa untuk pulangkan semula. Dia sangat baik dan naif. Super cute.

Zaman teknologi maklumat. Ada yang sudah lupa dan memandang enteng pada bahan bercetak. Termasuk saya. Ada yang perasan moden dan high-tech bila hanya mendapatkan maklumat secara maya. Iyelah, semua maklumat di hujung jari masing-masing. Minta ambil perhatian, setiap buku yang diterbitkan PERLU mempunyai sumber rujukan. Kebanyakan sumber info di internet tidak sedemikian, dan kebanyakannya adalah copy-paste tanpa mencatat reference. Lihat juga entri berkenaan Harta Intelek. Semua orang tidak perlu menunjuk bijak dengan menciplak aset minda orang lain.

Back to story, demi untk mengembalikan cinta saya tu, saya mahu abadikan isi buku-buku yang saya ada di sini. Blog saya. Dan semoga ia memberi kebaikan untuk orang lain dan saya juga.

p/s: Setiap perkara baik yang kita atau orang lain lakukan saya percaya bukanlah untuk riak atau menunjuk-nunjuk tetapi untuk berkongsi kebaikan. Janganlah kita mudah untuk melabel seseorang itu riak sebab itu urusan hati dia personally dengan Tuhan. Kerana saya sentiasa percaya bahawa jika kita berkongsi sesuatu kebaikan, walaupun kita hanya berkongsi sedangkan kita gagal untuk mengamalkannya, InsyaAllah akan ada orang lain yang akan mengamalkannya dan secara tidak langsung kita juga akan mendapat tempias pahala kerana itu. Tapi, silalah kecewa dan sedih jika seseorang itu terutamanya muslim BANGGA dengan KEJAHATAN.

Tolong doakan saya mampu untuk mempunyai sebuah public library

Changes

Ramadhan kian pergi meninggalkan kita..Bertuahlah bagi sesiapa yang memanfaatkannya..Sesi tazkirah ramadhan dan tadarus @my co sudah berakhir 2 hari sebelum cuti raya. Saya pun terselamatlah daripada deliver tajuk Pendekatan Sekatan Untuk Anak-Anak. Agak lemah sikit bila berkait dengan isu pendidikan anak or whateva yang bersangkut paut dengan hal anak kerana saya tidak suka untuk berbicara mengenai sesuatu yang tidak saya memiliki dan tidak suka 'menunjuk pandai' tentang sesuatu pengalaman yang belum saya harungi. Saya pun ketiadaan idea untuk menyampaikan tajuk berkenaan. Orang lain saya tidak pasti.

Tahun 2011 ini juga beberapa perubahan berlaku untuk sesi berkenaan. I like CHANGES! Saya jenis cepat merasa bosan dengan perkara or event yang sama. Perubahan bagi sesi tazkirah ialah cuma dari segi masa dan bilangan penyampai. Namun perubahan yang saya perhatikan di pihak pimpinan syarikat ialah, big boss tidak ade komen atau penjelasan langsung mengenai tajuk-tajuk yan disampaikan. Saya sebenarnya suka juga mendengar apa yang diperkatakan oleh beliau. Benar atau salah saya akn check semula selepas itu jika diragui.

Apa yang saya lebih suka ialah perubahan cara bertadarus. Membaca perlahan-lahan dan memahami makna adalah lebih baik daripada khatam banyak kali tanpa mngetahui isi Al-Quran. Tadabbur. Berdasarkan pengalaman cara tadarus sebegini, saya agak terasa 'lain' bila mengaji dan membincangkan mengenai surah yang dibaca tersebut. Terasa lain seperti mengajak saya berfikir dan merenung setiap terjemahan dalam Al-Quran dan relatekan dengan setiap yang berlaku dalam kehidupan saya sendiri. Apa kelebihan  membaca dengan lancar dan tajwd yang betul tanpa memahami apa yang dibaca. Sama juga seperti kita menelaah sesebuah buku/kitab namun tidak memahami apa-apa.

Kita mahu lahirkan anak-anak acuan Al-Quran tetapi adakah diri sendiri sudah teracu sebati dengan Al-Quran dengan memahami segala isi maknanya? Betullah bahawa kita tidak akan feel setiap doa yang diaminkan selagi tidak memahami maksudnya.

Apabila saya berasakan diri saya tidak gembira, tidak bertuah sebagaimana saya melihat hidup orang lain, saya tergerak hati untuk berfikir secara positif. Saya gali ayat-ayat Al-Quran untuk menyejukkan hati dan jiwa saya yang terkilan. Saya pahatkan dalam hati kemas-kemas dengan ayat : "Laa yukallifullahu nafsan illa wus aha". Kerana saya tahu saya mesti fahamkan kenapa Allah berikan saya dugaan tersebut. Tidak ader kesusahan melainkan Allah mahu beri kita ganjaran jika kita bersabar. Tidak ade kesakitan melainkan Allah mahu menghapus dosa walaupun sakit kerana tercucuk duri. Dalam surah yusuf juga ada menyebut bahawa orang beriman akan tetap sabar selama mana tidak diberikan kesenangan oleh Allah. Hati terusik. Patutlah orang-orang beriman tidak berputus asa. Bukan seperti saya yang mudah mengalah.

Isu semasa.
Ramai artis yang bertuah kerana dianugerahkan hidayah oleh Allah untuk berubah ke jalan hidup yang lebih baik. Jauh di sudut hati saya sangat cemburu. Sangat cemburu. Masih teringat peristiwa kemalangan ngeri Catriona Ross pada 2007. Saya pernah terfikir, adakah dia akan berhijrah memakai tudung apabila diuji hebat sedemikian. Akhirnya apa yang saya fikirkan tiba jua pada 2011. Dia sangat bertuah. Saya terpaut dengan kata-katanya:

The more you accept, the less you complaint.
Kisah penghijrahan Sham Kamikaze lebih menyentuh jiwa. Nur terpancar bersinar-sinar. Subhanallah. Wardina juga. Syabas TV9 kerana rancangan-rancangan hebat termasuklah Halaqah Qalbu. Da BEST.

Insan-insan yang mendapat hidayah hatinya menjadi tekad. Mudah untuk melakukan kebaikan.

Surah An-Nur ayat 31:
Terjemahan:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Jangan label wanita sebagai insan yang lemah


Mlm semalam, tanggal 22 Ogos 2011 bersamaa 22 Ramadhan 1432H kembalilah bapa mertua kakak saya no.4 ke rahmatullah..Al-Fatihah. Kenapa saya menulis tentang ini? Sebab saya mengenali kesemua mentua adik beradik saya dengan baik. Makna kata, ada antara mereka yang saya sudah anggap seperti ibu saya sendiri. Sayangnya, ramai yang sudah pergi dan saya belum puas mengenali mereka.

Pagi semalam saya mendapat pelepasan untuk pergi melawat si mati di Kg.Bukit Agu, Tepuh sebelum masuk kerja. Kami pergi berempat termasuk bonda saya. Saya dapat melihat hanya ketenangan yang nyata menghiasi wajah isteri kepada si mati iaitu ibu kepada 13 orang anak di mana salah seorang anaknya adlh seorang wakil rakyat. Apatah lagi si mati sudah diduga dengan pelbagai penyakit di hujung2 usianya. Sudah pasti si isteri lebih senang mahu 'melepaskan' suami pergi daripada terseksa di dunia.

Kakak saya bertuah merasai kasih sayang seorang ayah(mertua) sedangkan saya tidak kerana saya dan suami sama-sama berstatus anak yatim. Dan arwah juga cukup sayang dengan kakak.
my #4 ssis with her stroke father i law
Saat ini dada kami kerap berdebar tatkala bunyi mesin berlainan dari nada biasa. 
my bonda n farah
Few months back, si isteri pernah dimasukkan ke hospital akibat patah tulang peha kerana terjatuh di rumah. Di kesempatan kami melawat beliau, saya memerhatikan pasangan itu. Si arwah semasa ingin beredar pulang telah menitiskan airmata kesedihan. Kepiluan di hatinya tatkala mahu pulang melihatkan isteri yang terlantar dengan tulang kaki disangga dengan sebiji bata  sebagai pemberat oleh besi yg menahan.

Usia si isteri dan suami lebih kurang sebaya dengan bonda saya membuatkan saya sangat2 tersentuh dengan situasi itu. Kasih sayang terpancar jelas di wajah suami(arwah) walaupun di lewat usia.

Bagi saya, wanita dianugerahkan dengan perasaan yang lebih kental walaupun dilabel lebih BEREMOSI dan bukan keterlaluan jika saya nyatakan wanita itu lebih kuat. Ini yang saya beritahu suami tatkala kami berbicara tentang ramadhan ya karim. Ya, wanita lebih kuat dan disebabkan itu keupayaan untuk mengandung dan melahirkan diserahkan oleh Pencipta kita kepada wanita. Dan itu jugalah jalan penghapus dosa bagi kaum hawa. Wanita juga berupaya menggalas pelbagai cabaran kehidupan tanpa kehadiran lelaki di sisi lebih2 lagi pada zaman sekarang. Oh, saya bukan ingin merendah-rendahkan kaum adam tetapi maksud saya wanita bukan insan yang lemah.

p/s: bertuahlah bagi sesiapa yang membuat persediaan menghadapi saat kematian..

Duit raya: 2011

Tinggal 8 hari saja lagi bulan ibadat. Dan masa untuk melengkapkan puasa sebagai muslim muslimah. Semoga saya dapat memenuhinya walaupun tertinggal sehari akibat keadaan kesihatan yg mengganggu. Semalam saya rsa kian sihat walafiat. Namun hari ni kesihatan saya tiba-tiba sajer merosot. No big deal, sebab adalah alasan nanti saya tak perlu beraya ke sana sini. Tahun ni tahun ke3 beraya sebagai isteri. Maknanya dah berstatus pengantin lama lah. Jemputan berbuka pun sudah suam2 kuku. Tak seperti tahun2 sebelumnya. Jadi, tak perlu lah beraya sakan ke rumah sedara mara lebih2 lg belah mentua sebab rasanya dah kenal dan jumpa semuanya. Alasan tak?

Keperitan perasaan beraya tanpa cahayamata tahun lepas menjadi trauma semacam je tahun ini. Ikut kehendak hati saya mahu nayatakan hasrat pada suami bhwa saya enggan kemana-mana hari raya especially rumah sedara. Tapi tidak sampai hati pula. Saya cuba menjadi lebih positif. Sekurang-kurangnya skrip tahun ini sudah berlainan. Namun, impaknya tetap serupa. Malah lebih lagi.

2 hari lps saya melawat ibu saudara yang kurang sihat. Isteri bapa saudara saya lah tu. Salah sorg anaknya menunggu masa melahirkan anak pertama. Due 9/9/2011. Sebaik saja lps raya. Beliau kahwin pun selepas saya. Bila ditebak soalan psl saya & rezeki, saya biasa2 saja menjawab dengan baik. Boleh senyum2 lagi. Namun, pengakiran skrip dari mereka membuat hati saya sayu dan terharu dengan pujukan2 dan keyakinan mereka. Kata-kata mereka sangat menyedapkan hati & telinga. Terima kasih wahai saudara maraku. Saya bertuah ada relatives seperti kalian.

Mood raya? Belum sangat lagi rasa feelingnya. Mayb sebab, saya tak berapa nak layan lagu2 raya. Belum ditukar ape yg perlu ditukar. Belum dapat baju raya. Belum dapat angpau raya. One thing done dah tukau duit raya! Mcm biasa anak buah sentiasa bertambah. Dan yang dah bekerja pon makin bertambah. Thank God, seimbang lah tu. ;). Annually routine counting;

  1. Ashraf Solihin
  2. Anis Syuhada
  3. Faiq Mursyaidi
  4. Afif Muqri
  5. Yusuf Aqil
  6. Amna Izzah
  7. Iyyas Nasuha
  8. Iyyas Tasnim
  9. Iyyas Safiyah
  10. *Irfan Hadi(New born)
  11. Irdina
  12. Aqilah
  13. *Maryam(New born)
  14. Badrun Irsyad
  15. Najwa
  16. Faris Zikri
  17. Yani
  18. Ina
  19. Amir
  20. Mimi
  21. Lisa
  22. Izman
Total: 22. Budjet:. (InsyaAllah tambah bajet. Kasi up sket thn ni).

Debugging medical claim problem

Talking about task & works. 
Debugging matters.
Claim Application Module.

Problem; 
Jumlah tuntutan perubatan gagal disimpan ke dlm db. RM0.00.
Status Had utk Bulan Ogos: RM102.00
Both create & update failed.

Flow: Apply claim -> medical claim monthly limit checking -> sufficient? Yes, THE amount requested. No, THE limited amount as per stated.

Status;
In local, OK.
User admin: OK
User Tnth: OK

Checking... 


2011 WIC Break fasting; Iftar

Looks like sepinggan ikan bakar untuk seorang tukang makan. Heaven. Alhamdulillah..
Usik2 Adib
Terima kaseh Adib atas senyuman anda ;)
"Tak bawak anak ker?"
"Anak?"
"Tinggal kat rumah ker"
"Ops! Belum ada anak lagi.."
"Eh, sorry salah org kot.."
Soalan itu bersesuaian dengan 2,3 orang staf lain.
Its ok..no heart feeling.

Saya juga tak terasa hati bila sesiapa bertanyakan psl rezeki anak..
"Belum ade isi ke?"
"Bila lagi nak ader 'adik'?"
Kami boleh jawab elok2 sambil senyum2 lagi.
Tapi bukan dalam bulan raya. Maaf.
Non-sense lah bagi yang bertanya tak bawak anak ker(time beraya). Oooo lom dpt ank ker?? Wey, kalo ade sure lah aku bawak kan..? Org budus je x bwk ank pegi beraya.


Taoi sangat terasa jika kata-kata diluahkan oleh seseorang yang kita memang tahu isi hatinya semacam je dengan kita. Ataupun seseorang tu ayat memang tak pernah nak tapis/fikir dulu.
Contohnya: "Bila lagi? Cepat2lah.."
Cepat nak gi mana yer? Ok, mayb saya orang yang rugi sebab tak dpt anak secepat kamu. Tapi kamu bukan pakar kewangan utk menentukan untung rugi hidup saya.
You'r talking about what u have while i don't.
Ape kata kamu ingatkan kekurangan diri kamu yang ketara sebelum menonjolkan kekurangan kami?


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(QS. Al Baqarah 2:216)



Mak sedara saya pernah cadang jika nak ambil anak angkat. Sepupu saya kuis2 mak dia tanda jgn cakap macam tu. Saya tak rasa irritated pun. Bukan senang nak ambil sesuatu keputusan mcm tu. Kene kaji hukum hakamnya. Isu auratnya. Dan mcm2 risiko masa depan. Suami saya pon tak galakkan. Apatah lagi kami disahkan tidak mandul. Sedangkan orang yang mandul mampu pregnant jika Allah tetap mahu bagi dia rezeki.


On the way back home lps berbuka, we r talking to each other about other's kids, including my niece and nephew yg nakal dan menghiburkan.
"Abg, saya rasa nak anak juger....(mcm mereka)"
And the script goes on..

Unless I have one

The very straight forward title & the hidden message


Ref: Here

Agak straight forward dan really membosankan tajuk tazkirah ramadhan yg saya dapat ni. Dan tajuk2 lain juga very...errrrgh...
Ditambah pula dengan sifat saya yang bencikan public speaking. Tambah2 beban lagi nk kene fikirkan apa yg mahu diperkatakan, mengganggu hidup saya 2 hari 2 mlm.

Mula2 dah reka ayat2/bahan utk diperkatakan tp bila fikir2 semula macam menyampah pula baca artikel yg direka sendiri. ;) Dan fikir punya fikir, saya teringat pada encik 'KM'. Jd, saya rujuk artikel beliau untuk   relatekan dengan apa yg saya sampaikan.
 Ditambah lagi orang lain gunakan majlis sebegini untuk attack back staff. So, i learnt to follow n play da game in a preferred manner.

KERJA ADALAH KOMBINASI MINAT DAN KESUNGGUHAN

Mungkin kita prnh dgr ceramah ustaz yg mengatakan bhwa bhwa betapa beruntungnya kita menjadi Ummat kepada Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW.

“Ini adalah kerana kita ni adalah sebaik-baik Ummat, the Best Ummat, yang mana bila kita mati, kita akan masuk syurga lebih awal dari seluruh ummat Nabi lain.”
Kita pun rsa cam best semacam jer dengar statement ni ork..tp bila fikir2 blk, setiap sudut kehidupan kita, layak ker kita berada dlm golongan terbaik tu?
Ummat terbaik ni bila mati masuk shurga awal dari semua ummat lain, boleh potong ‘que’, tapi terfikir dok : Apa yang bestnya ummat ni sampai mendapat layanan istemewa dari Allah?

Pada hari akhirat di padang mahshar kelak, Allah akan menyusun semua umat manusia dari zaman nabi Adam hingga ke zaman nabi Muhammad s.a .w mengikut saf2 dan ALLAH telah memilih umat nabi Muhammad s.a .w untuk berbaris di saf yang PLG HADAPAN walaupun umat nabi Adam yang merupakan umat pertama dijadikan oleh ALLAH s.w. t. . (http://www.lailahaillallah.com)

Kalu nk  ikutkan hidup kita ala2 je; mcm biasa, pagi-pagi pergi kerja, makan, blk keje,  tidur, lepak2, tengok TV, lyn family, bersukan,  main game, kdg2 pergi surau, kdg2 dengar ceramah, kdg2 wak nde lagho..xdok faedoh,  jadi kat mana kehidupan yang menggambarkan kita ni ummat terbaik?(ats msg2, saya sebut scra umum je)
Sedangkan umat lain ada hok beribadat beratus tahun, ada yang boleh jalan atas air, ada yang boleh terbang, ada yang sujud sehingga batu melekuk, ada yang makanan keluar dari celah jari sebab lama berzikir, tapi sbbpe mereka masuk syurga lambat?

Jd, citer dia gini:
Tersebutlah kisoh seorang Raja yang masuk ke dalam istana barunya, lalu mendongak di ruang balai mengadap, maka terlihatlah di atas kepalanya, tergantung kipas syiling dan lampu-lampu..

Sebagai seorang Raja, beliau patut murka kepada benda yang dimuliakan begitu tinggi, sehingga lebih tinggi dari batu jemala baginda, tapi Raja dok marah..

Kenapa Raja dok maroh kepada lampu dan kipas yang berada lebih tinggi dari kepala jemala seorang Raja?

Jawapannya: Kerana kipas dan lampu itu membuat ‘kerja’ masing-masing, iaitu kipas ‘bekerja’ (iaitu berputar) spya Raja rasa nyaman, dan lampu ‘bekerja’ (bercahaya) spya Raja blh melihat di malam hari…

Tapi cuba bayangkan, jika kipas dan lampu itu dok berfungsi, ‘on’ suis banyak kali, kipas tak berpusing jugak, lampu pun dok nyala, maka bukan Raja sahaja yang murka, kita pun akan mrh pada lampu dan kipas hok kita letak tinggi tinggi tapi tak buat ‘kerja’(tak beroperasi).

Jd, mesti la kita akan turunkan kipas/lampu tu utk tuko yg baru.

Moralnya, kipas dan lampu atau apa sahaja, adalah tidak layak berada di atas jemala kita, sebaik sahaja kipas tu tak berfungsi sebagai kipas. Tak dok org pun yg nk smpn kipas/lampu punoh lama2 lam umoh.

Dan kipas yang terbaik, bukannya kipas yang cantik di kedai kipas, atau mahal, atau antik, tapi kipas yang terbaik adalah kipas yang blh digunakan oleh orang ramai, yg thn lama, sehingga orang ramai mendapat manfaat dari bilah- bilahnya.

Sekarang faham dok gi hubungan antara kipas/lampu terbaik dan ummat terbaik?
Dipendekkan cerita; Kita bukanlah dikatakan terbaik dengan hanya menggengam kelulusan yg tinggi selagi kita tidak dpt menggunakan ilmu tersebut untuk memberikan khidmat terbaik kepada orang ramai.
Allah sebut dh dlm quran yg bermaksud:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah SEBAIK-BAIK UMAT yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH serta kamu pula beriman kepada Allah. "

(Surah Aali Imran, Ayat 110)
Jadi, kita  menjadi umat yang terbaik bukanlah di atas dasar kerana kita adlh umat Nabi Muhammad semata-mata, tapi kita menjadi sebaik baik ummat bilaman kita membuat kerja yang memberi faedah kepada manusia didunia dan akhirat, iaitu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah.
Kesimpulannya, kita sbnrnya bkn kerja cari duit utk diri sndiri, keluarga dan bkn hanya utk kesenangan generasi kita sajer in fact tanggungjwb kita adlh utk semua org.
Jika kita tau hakikat tersebut utk jd ummat yg terbaik di sisi Allah, InsyaAllah dgn sendirinya kita ada kesungguhan dlm bekerja. Lbh ramai org dpt manfaat dr pekerjaan yg kita buat tu, lg tggi lah darjat kita di sisi Allah..Allah taala jua Maha Menilai..


Wallahualam….


On the final day ramadhan @office, giliran saya lg. Untuk topic yg more irritated.
'PENDEKATAN SEKATAN UNTUK ANAK-ANAK'
Tak suka lah aper2 topik psl anak. Unless I have one.
Really no idea.
But, fine. I used to take the challenge.
Will speak of what I pleases.....

Siapakah aku di sisi Khalik...

Share dr blog Noor Hafiza Saharuddin.


Tanda seorang Muhib

Janganlah engkau tertipu
Seorang kekasih punya tanda
Punya hadiah untuk Kekasihnya
Pahit bala-Nya dirasa nikmat
Diterima gembira apa pun yang Dia perbuat
Tidak diberi pun tidak mengapa
Kefakiran dianggap penghormatan saja
Kau lihat keinginannya
Hanyalah mentaati Kekasihnya
Kau lihat mukanya berseri
Hanya si Dia yang ada di hati
Dia taat segala ucapan-Nya.

Siapakah aku di sisi Khalik? Dustakah aku? Ya Rabb, matikan seleraku kepada kelazatan. Ya Tuhanku, bangunkanlah aku di sisi-Mu rumah di Syurga.

~~Terbaekkk

Cerita ramadhan

Masa kerja dlm bln ramadhan dirasakan sangat pendek. Dipenuhi pula dengan majlis2 pengisian rohani. Bukan setakat menghadiri, in fact kene buat preparation pula. Pagi2 dtg kerja, bila mahu mula buat coding tetiba hati risau bimbang terkena giliran jd ustazah. Tgk2 giliran dah esok lusa. Mahu tdk mahu kene tgglkan dulu kerja yang asas, kene sediakan bahan tazkiroh awal2.

Waktu rehat pun penuh. Sehingga malas nak buat urusan luar. Dengan cuacanya. Nak beli keperluan pun pk bnyk kali. Tgk2 jam dah pkl 4pm. Sambung kerja, tgk2 dah waktu balik. Dulu2 time kecemasan kene push(besenya lps meeting), sampai je kat umh jam 6lbh..sempat lg bukak kerja n cari solution dlm coding..kdg sampai maghhrib. Itu cerita org yg blm ader anak. Ada mak, cuma boleh tadah telinga kosong je la.

Jd, bln2 puasa ni pon jln sma je jem nya..semua pkt nk blk, nk terjah juadah kat bazar ramadhan kesukaan. Asar belum sembahyang. Jd pilih ala2 kadar saja, utk jimat masa. Itu pun jika parking x jauh. Kalau jauh, sakit kaki juga menapak. Campur dengan ikut suami mahu jelajah sepanjang gerai yang ada. Ikut saya tak perlu lah semua.. Blh simpan masa utk rehat di rumah. Blk2 je solat asar, tgk2 apa yg belum dibuat lagi. Itu pun syukur Allah bagi anugerah seorg bonda yang suka masak. Kalau nak harapkan anak yg kerja ni, lauk tunjuk je lah jwbnya. Malangnya lauk2 tunjuk ni si ibu susah nk makan. Tak pasti tahap kebersihan katanya. Tersilap pilih, alamak berlenjalah air liur seharian.

Mundar-mandir mundar mandir dah masuk waktu berbuka. Makan pun bukannya banyak. Sekali sekala sajer bila dtg selera. Kalau mkn dgn menghayati, sedar2 dah jam 8pm. Bergegas solat maghrib. Bergegas lagi mahu ke surau. Ikutkan tubuh yang letih dan macam2 perkara nk dibuat memang tak bertarawih di surau/masjidlah jawabnya.

Balik2 dlm jam 10pm. Rehat2 kjp mkn2, dah masuk jam 11 tanpa disedari. Bimbang esok terbabas tidur, baju perlu digosok malam itu juga. Tapi, akibat tubuh yang letih, ditangguhkan lepas sahur saja.
Kadang2 buat itu buat ini mundar sana sini, ouch! dah jam 12mlm. Waktu yg salah utk tidur. Konpem esok suami yang bangkit dulu walaupun dia pon tdo lambat.
seandainya lah dapat lelapkan mata seawal jam 11pm, pasti esoknya dpt banun sahur dengan gumbira. Makan2, kemas2 sampai lah pada waktu imsak.

Berbahagialah para wanita/isteri2/ibu2 yang pahala puasanya 2X ganda melebihi lelaki.
Masa untuk solat subuh dan iron baju. Biasanya disambung dengan kerja2 part time kat rmh yg selalunya delay ikut suka. Tup2 dah sampai masa untuk berbegas ke tmpt kerja. Selalunya sampai ngam2 saja. Punchkad selalu color biru ala2 selamat je. Rasanya banyak juga warna merah. Rasa keluar bknlah lwt mn tp keadaan lalau lintas yang membuatkan sampai lbh lmbt.

Kesimpulannya, saya akan tertekan bila ditekan oleh semua orang untuk siapkan ini dan itu dengan cepat. Jika mood saya baik, saya blh deliver sblm masanya. Jika saya lost, susah sikitlah nak focus.
Terima kasih pada bos yang memahami. Benci dengan bos/staf yang tidak pernah memahami. Atau sengaja mahu memberi tekanan.

Saya rasa sudah OK. Walaupun belum sihat sepenuhnya. Yang lebih penting ialah kesihatan emosi.
Dan yang lebih penting lagi, persiapan raya saya hampir 100%.

Ups and downs

Malam ni rsa mcm lost gitu. Se-lost bila tengok rancangan psl Japan tsunami. Kat hati aku pun tengah tsunami. Dah makin matang yo..tsunami2 pon aku blh lg eh pandang sana pndg sini gelak situ gelak sini..Buat2 tak semenggah cenggitu la blh 'melupakan' sekejap tentang perasaan tension tuh. Susah aku nak buat muka masam tak tgk muka you ols semata-mata nak nunjuk mogok ke haper kan..kecuali la perihal tu maha serius contoh macam nyawa bakal anak aku diambil Tuhan.(dah ader nyawa ker? perasan yo!)

Takpe la kan..lost2 haku pon, masih ada jiwa lg nak bukak kheje malam2 buto ni..kheje pon ibadah jugek kaan..Bln2 poser ni kan, naik trn tgga lam humah pon tensionnnn hokey..kalo tau leh tughun lima nam kilo pasrah je la naik turun acap2 kannn..lg bab tensen ialah aku rsa sakit sangat tp dpt mc cuma sehari. biasa sakit2 mcm ni mesti dpt mc lebih..aku nak cuti, had cuti tggl sehari je utk bln ni. aku batuk disertai muntah biasanya tanpa delay2..jd bln2 poser ni, de majlis tazkirah, tadarus dan semayang jemaah...jd aku kne hadiri semua dengan kontrol2 tkot muntah depan ramai...pastuh kan, light case hok tokok tmboh jd tensen ni ialah beberapa buah kehilangan...keciciran simkad baru yg number cantekk tp muroh..pastuh hilang sepasang baju kurung merah yg baru lps siap upah..mayb missplaced, tp carik2 tak jumpa..lagi...hilang pe ek..hilang pertimbangan..sbnrnya hlg perasaan utk lebih telus.

Hari ini, saya mengingatkan diri saya semula bahawa;
  • sila simpan kemas2 perasaan terasa ditindas
  • sila buat2 bodoh dan ikut semua arahan tanpa berfikir
  • sila relakan diri dikhianati

"Laa Yukallifullahunafsan illaa wus aha" = Allah tidak membebankan kamu dengan sesuatu yang kamu tdk mampu tanggung..

Aku tahu dugaan ini bukanlah berat sangat berbanding dugaan2 yang telah aku lalui berbanding ramadhan2 lalu, tapi oleh kerana penat dan sudah lama bersabar..itu yang terlepas juga, didiamkan salah, dikhabarkan pun lagi salah...

Hasbunallahuwanikmal wakil...nikmal maula wanikmannasir...


p/s:*Aku(versi marah n down)

Tekanan mengganggu kesuburan?


Hmm, lately asyik cerita psl products jer, all in 1 go! nk cerita psl brg2 nnt mcm menunjuk pula kaan..

  • cocoa collagen shake
  • catalyst vco
  • air manjakani
Pastu tetiba emo bab keje..dah lama simpan..lumrah manusia, kalo berterusan kene tindas, kekadang malatop jua...Adakah kesabaran yang jitu itu sehingga membiarkan orang berterusan menindas kita, bagaikan kita tiada maruah yang berlandaskan ilmu. Ingatlah, ilmu itu maruah seseorang. Mulianya kamu kerana kamu berilmu..Ingatlah..
Tension set ring - nice!

Orang kata termasukla doktor, x-ketua unit(KU) saya pernah ckp..tekanan akan mengganggu kesuburan..Siyes?? Tp, ramai je yg tertekan dengan mcm2 mslh..okay je beranak...kalo Allah nk bg tu, dia bg juga kan...abes tu yg peknen luar nikah, bdk2 skolah yg beranak senyap2..tak ke tekanan namanya...?

Lupakan itu semua..dalam bulan poser ni banyak kurma kan..jd penyet, penyet, penyet....gaul dengan fresh milk..minum dengan Bismillah dan doa..semoga Allah permudahkan..amin...prune essence blm beli lg..

Alhamdulillah sekarang dah nk ramadhan 8..keadaan kesihatan yg kurang baik membataskan utk meneruskan ibadat di masjid..di manapun kita..berTuhankan satu..place doesn't matter rite..?

* all pics from google

Ketaatan berkait dengan orang yang tanggung dosa kita...

Saya pernah bawak isu tanggungjawab ini dalam tazkirah ramadhan di company pada tahun 2009. Akhirnya saya dibidas oleh seseorang yang(ramai akan dengar semua pendapatnya). Katanya mana ader konsep org lain tanggung dosa orang lain. Dan kebetulan teks saya time tu tak ada nas yang memperkukuhkan. Itu la saya prepare teks last minite, hamik ubat..Tapi saya tetap yakin dengan apa yang saya belajar dan suka mencari kebenaran. Maknanya dia x percaya dia menanggung dosa isterinya. Wallahualam..

Copy-paste

from://today-joke.blogspot.com

Mcm best jer dapat copy paste boys..I'm not eagerly wants to have twin bcoz satu pon blm dpt, so not qualified to dream this high..rite? IBack to Allah's will. Saya pernah tanye pada kawan pada sorang officemate sebab dia dapat anak kembar..dia bitau makanlah [isang kembar. Huh! Sounds like joke kan tapi dia ckp ade kwn dia buat menjadi you..kalau ader la pisang kembar kat umah, my bonda akan kidnap dulu n trs mkn..sebab dia x suka jika dapat cucu kembar..mungki dia x sanggup tanggung risiko..agaknya la..Kalo x twin pon, saya suka je the 1st two baby rapat..lbh krg mcm twin jgk tuh.. ;)

Dugaan dalam ramadhan

5 Ramadan@5 Ogos 2011

Alhamdulillah, tiba pada 5 Ramadhan. Entah berjumpa lagi dengan ramadhan akan datang belum la lagi diketahui.

Tajuk semanis kurma mlm td pasangan menodai ramadhan, tapi aku tetap menunggu ketibaan generasi baru setiap ramadhan. Belum kunjung tiba. Dan belum kesampaian. Allah jua Maha Mengetahui.

Tapi bulan ramadhan juga yang menggoncang iman career saya. Dalam hati sudah senak dengan tekanan. Hingga  kadang-kadang kurang kusyu' tarawih teringatkan tekanan dilalui.

Banyak rasanya mahu mencoret tapi sms dari ptptn sudah memotong mood baikku untuk menyelesaikan beberapa perkara malam ni.

Kali ini sambut ramadhan dengan kurang sihat..bukan mengeluh tapi syukur sebab rasanya sudah lama saya tak demam biasa atau demam teruk. Kali ini pun bukanlah demam cuma sakit tekak, batuk2 manja dan tetiba sakit mata, mungkin terjangkit dari rakan sekerja. Sekejap sangat, hari ni dah baik. Saya harap sakit mata ni lama lagi sebab tak perlu lah saya masuk bekerja seminggu. Saya keguguran pun tak dapat cuti langsung. Apa gunanya gugur? Kan ke best tu namanya kalo dpt cuti 2 minggu. Sebab saya dah benci sangat dengan apa yang dilalui semenjak dua ni.

Kenapa mesti gembira bila Allah duga dengan sakit,
1. untuk kurangkan dosa
2.tak perlu masuk office

12.05 am.

Lps solat subuh hari saya sambung tidur. Boleh dibilang dengan jari berapa kali saya tidur semula lps subuh, saya tidak amalkan. Tapi lepas sahur td saya telan ubat batuk suami sebanyak 1 tudung botol. Lps tu setiap kali batuk saya muntah banyak kali. Saya teruskan puasa. Tapi saya terus tertidur sehingga jam 12.45 tghri. Hampir2 waktu suami pergi solat jumaat. Saya tak dapat nak bangun. Saya tahu saya akan jd mcm tu bila saya makan LEMANG.

Semalam, saya rasa macam tak nak puasa bila tekak terlalu sakit, tp bila fikir semula, saya malas nak ganti puasa di bulan tak puasa.

Ok. mlm dh lewat..hrp esok dpt bersahur seperti biasa.

Tawaran Ujrah PTPTN hanya ....

Dpt sms ni:

Tawaran pertukaran kepada pembiayaan Ujrah (1% tuan telah terbatal kerana tamat tempoh tawaran. Abaikan jika dokumen tawaran telah dikembalikan kepada PTPTN. - PTPTN.INFO


uh! whateva

How to import large sql file using command line

Bagaimana untuk import fail sql besar menggunakan command line.

C:\Documents and Settings\Administrator>cd c:\wamp

 Pastikan versi database anda. (*5.1.36: sila masukkan versi mysql anda sendiri)
C:\wamp>cd C:\wamp\bin\mysql\mysql5.1.36\bin      
C:\wamp\bin\mysql\mysql5.1.36\bin>mysql -u root -p
Enter password:
Welcome to the MySQL monitor.  Commands end with ; or \g.
Your MySQL connection id is 1
Server version: 5.1.36-nt
Type 'help;' or '\h' for help. Type '\c' to clear the buffer.


mysql> show databases;
+-----------------------+
| Database              |
+-----------------------+
| information_schema    |
| test                  |
| transport_requisition |
+-----------------------+
23 rows in set (1.16 sec)

db anda belum wujud.

mysql> create ehr;
mysql> use ehr;
(Pastikan lokasi fail anda)
mysql> source C:/ehr.sql;   
 Tekan Enter.
Untuk memastikan database anda dan tables di dalamnya telah berjaya diwujudkan, simply type;

show tables;


 Database berjaya diimport ke local pc anda!