Air rebusan kulit buah delima

Smlm bff saya, saudari ayuti alias bgtahu petua air rebusan buah delima. Opah yang bgtahu dia. Dia tgk dr rancangan Tanyalah ustaz. Kebetulan ada setengah biji lagi buah delima, saya terus lah rebus. Agak scary jugak nak minum air2 rebusan ni.

Saya pon tanye lah prof google. Ini hasilnya;

Buah Delima (Pomegranate)
Hilangkan Masalah Cacing - Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan. 
Sumber

3 comments:

LINDAHERY said...

blogwalking here... ;) thanks kongsi artikel ini... TTC ye?? sama juga saya... :)

Leeda said...

thanx linda sudi singgah..ye masih ttc..

aineen said...

sye juge ttc..da 10 thn...thx 4 the info..