#4 My master journey: Fasa tergelincir ke dalam gaung

SV adalah factor paling utama. Jadi, dengan kepatuhan dan ketaatan yang tinggi pada SV, ramai yang berpendapat pasti mudah dalam menjayakan kajian. Namun, ia tak sebegitu. ‘Uncertain things’ sentiasa hadir menduga berkali-kali.

Selepas defend proposal, apa yang aku fikir..walaupun perlu yakin dengan perancangan SV, perlu jugak ambik input dari penilai, sebab penilai-penilai tu adalah kalangan Professor dan mereka yang mempunyai pengalaman pelbagai. Perlu ambil input mana yang perlu. Jika pendapat mereka tak penting dan hanya perlu ikut arahan Sv semata-mata, buat apa adakan presentation penilaian? Kiranya, aku pun catatlah mana komen-komen yang perlu diambil perhatian dengan persetujuan SV. Tak nak la nanti pendapat-pendapat itu against perancangan SV. OK fine. Masalah utama aku selepas presentation tu ialah 1. Tiada expert (yang dapat mengesahkan jantina ikan arowana dari physical appearance!) Dari awal lagi aku telah dimomokkan dengan statement “expert pun tak dapat nak camkan jantina arowana dengan hanya melihat, apatah lagi melihat GAMBAR!”. Tiada expert adalah benda yang serius! Sebab Dr. Shahreza PPSPA pun mengaku dia tak boleh camkan. Dia hanya boleh sahkan melalui ujian protein. Proteomic Analysis.

Aku pujuk diri aku, bukan tak ada expert, Cuma aku belum jumpa.
Oleh kerana masa sem lepas Dr. Aziz dan Prof Ghazali duet yang paling scary tukang komen dan menilai dalam presentation post-graduate proposal and progress, jadi aku bertindak berjumpa untuk mintak pandangan, sokongan diorang berkenaan dengan USAHA MENCARI EXPERT ikan arowana. Diskas punya diskas dengan Dr. Aziz, dia MENOLAK tajuk ini. Dia cadangkan supaya tukar tajuk pengklasifikasian ikan guppy. Alasannya adalah wajib ada expert. Dalam masa tu, Dr. Aziz called En,Masduki minta pandangan tentang expert ikan ni. En Masduki ialah co supervisor pd kawan aku yang buat pasal pengiraan telur ikan berdasarkan saiz perut ikan. Gitu lah lebih kureng kajian dia.

Lepas jumpa Dr. Aziz, aku terus pergi jumpa Prof Ghazali. Dia punya ilmu lagi aku scary kalo dia komen. Diskas punya diskas,dan selepas dia bagi penerangan, Prof Ghazali cakap boleh buat tapi SUSAH! Ada sinar di situ tapi samar-samar. Masa aku nak keluar dari bilik dia, dia sempat cakap, kenapa nak buat yang susah2? Cari yang senang.
Aku pun STUCK! Bila stuck, terus pergi mengadu dekat Jah. Khadijah ialah kawan masa matrix.Dia dah jd lecturer fizik kat kampus ni. Dia pun antara salah sorang yang melalui kisah perit zaman PhD di Australia. So, aku yakin dia dapat bagi ideas and sokongan yang sangat membina. Rupanya lebih dari itu. Jah bagi contact2 expert di U ini siapa yang terlibat dalam bidang kajian penyu, belangkas, udang, dll. Lokais-lokasi kajian haiwan2 marin tu lebih dekat berbanding Arowana.
Lepas tu aku pergi bincangkan dengan SV pasal ni. SV cakap boleh jer nak tukar tajuk tapi kene ada dataset lah. Kalau nak tukar, kene start over, kene all out kejar masa. Kene fikir balik significant tujuan kajian tak boleh simply tukar subject experiment jer.
Hari seterusnya, aku berkejar awal2 pagi pergi jumpa Encik Masduki. Alih-alih dia tak galakkan pun buat pasal ikan guppy. Aku pergi jumpa dia nak tanya kot2 dah ada standard dataset dah. Skali dia cadangkan buat pasal klasifikasi DURIAN! Aduh....Main point nya dia suruh buat pasal isu semasa.
Aku pergi semula office Dr Aziz untuk membuktikan sesuatu. Luckily,Prof Ghazali ada sekali. Tanpa segan silu aku kata nak jumpa dua2 serentak. Diskas punya diskas,explain punya explain, Prof Ghazali tetap dengan pendirian dia sebagai expert Image Processing dan sebagai penilai, dia tak bagi buat tajuk ni.

Lepas tu, aku makin buntu. Petang Rabu aku sempat berjumpa dengan sorang yang involved dengan arowana ni dah 17tahun. Seorang penghobi yang boleh mengecam jantina arowana. Dia antara orang yang aku cari-cari! Dalam pada berbincang di kedai kopi kat kampung lama aku, dia kol sorang kenalan dian iaitu penternak arowana di Bukit Merah, Encik Shah. Dia bagi aku cakap sendiri dengan Encik Shah. Input yang paling mengganggu jiwa aku ialah, data ikan Arowana yang mati 80% berubah ciri jantina! Ila aku cakap pasal kemungkinan untuk bertukar tajuk kajian, Encik Fijan mencadangkan buat pasal Kerapu Hibrid. Sebab ikan ini pun sedang hot dibiakkan.
Tengah malam buta aku berwasap dengan SV. SV cakap..xde ape yang senang dalam research ni.
Masih buntu. Kepala makin berat.
Dalam tak keruan tu, aku plan nak jumpa 2 orang lagi professor yang pakar dalam bidang image processing. Aku berjaya buat temujanji dengan Prof Suzuri walaupun kejar dia kali pertama tak sempat. Kali ke2 dapat mengadap. Prof Suzuri agak special orangnya, sebab..ada chemistry. Pertama, dia adalah SV aku masa FYP. Aku dpt best grade utk projek akhir. Porf Suzuri jugak adalah SV kepada SV aku skrg masa SV aku peringkat Msc. Dan Prof Suzuri jgk adlh SV utk Master dan PhD kpd suami SV aku sekarang. Banyak betul kaitannya. Bincang punya bincang, akhirnya Prof Suzuri menyatakan kerisauan dia tentang dataset aku nanti. Tentang kesusahan aku untuk dapat data ikut spec kajian.
4th opinion juga NO!
I have last opinion. Prof Dr.Mustafa Man. Kajian dia ada bau-bau benda yang aku kene buat ni. Tapi, dia masih belum free untuk ditemui. Tak kira, aku nak jumpa jugak walaupun hati aku dah 80% nekad nak tukar tajuk. Khamis..sempat jumpa Ily. Kawan seperjuangan yang banyak beri dorongan dan share apa saja pengalaman mahupun ilmu. Tapi Ily dah sem 5 PhD dalam bidang database.Pagi sebelum jumpa Prof Suzuri tu kepala aku dah macam bingung macam semacam lah..macam terawang-awang,macam tak boleh nak fikir. Balik jer rumah ptg tu membawak kemalam aku flat terus!

Weekend ni ada convo kat UMT. Sampai Isnin lah bz. So, aku ambik keputusan 4 hari ni nak rehat tak nak buat apa2 pasal research kalau boleh tak nak fikir sangat. Tapi, aku tetap nak tulis kesusahan ni dalam blog. Blog pon macam log book aku jugak.

Plan untuk selasa:
Study. Philosophy of Research.
Blog Dr Othman Talib – tajuk research, problem statement.
1.       RMIC
2.       PPSPA – jumpa Dr.Shahreza, pulangkan buku dan bincang pasal data ikan mati dan hidup.
3.       INOS – jmpa Dr. Uzair bincang pasal isu penyu.
4.       Jumpa Dr.Najiah – pasal ikan koi.
5.       Belangkas.

Will see the inputs nanti.

Aku akan decide tajuk baru yang dah ada dataset dan expert yang mudah untuk jumpa. Maksud aku, dekat.

Rabu:
Siap sedia semua alas an dan bahan jika ada untuk hadap SV untuk tukar TAJUK!


Saya Bukan Doktor. Tapi Kenapa Bila Orang Tidak Sihat Akan Cari Saya?

Tajuk macam tak boleh blah. Maafkan saya tp itu kisah benar. Ramai yang sedang berjuang untuk berjaya dalam bisnes produk lain tapi akan datang kepada saya minta consult tentang shaklee jika mereka tidak sihat atau mahu manfaat kesihatan yang lebih atau tiba tiba tanya tentang manfaat mana mana item dengan saya. Alhamdulillah. Siapa pun anda, andalah keutamaan saya dan saya akan layan dan consult betul2 sehingga mencapai taraf kesihatan yang anda mahukan. Kalau kita nak sihat kena lah yakin dan amalkan dengan cara yang betul dengan panduan yang betul. Terima kasih pada yang percayakan saya dan membeli item shaklee dari saya mahupun yang sign jadi ahli bawah saya. Jika anda ada apa2 pertanyaan boleh drop komen di sini atau whatsapp 0182483650. Kol pon boleh. Produk shaklee untuk baby baru keluar. Excitednya. Kini tak ragu2 lagi untuk kesihatan kulit bayi kita. Jangan lula jugak bulan  FEB tahun dpn. 2018 bakal meletops dengan skincare baru. Saya mmg super heksaited menunggu. Skincare ni namanya YOUTH. Bukan untuk orang muda tau tapi untuk saper yang nak nampak muda remaja. Ewah gitu. Bukan perangai mcm remaja wajah jer tau!
Stamby yer.
0182483650
Ig @shakleeda

#3 My Master Journey: 2nd Semester


Sebaik sahaja mendaftar untuk semester ke2, terus kene defend proposal. Proposal jer pun tapi saya punya slide dah macam progress. Bukan saya cakap tapi orang cakap. Sebulan persediaan entah berapa malam tanpa tidur. Terlalu banyak masa dan effort spend pada bahagian segmentation. Kalau hasil segmentation tak cantik, tak solid kene cari imej lain. Ini semua gara-gara tak dapat data sebenar.
Convert to hue
Thresholding

Background Removal
SIFT Key points
Match Features
Pum pang pung pam present proposal, lepas tu take a deep breath sambil sambung journal writing sementara dapat data. Kali ni dari breeding farm kat Johor. 

Kisah anak´-anak, so far stabil cuma sedikit bz dengan persiapan untuk start schooling serentak dua orang next year. Baby Auf perlu dibekalkan EBM setiap hari ke rumah pengasuh sebab dia reject susu kambing Karihome, susu lembu Lactogen pulak tak sesuai nanti dia jadi berak seminggu sekali which is lambat kot untuk baby usia gitu. Lepas dah tukar susu baru la OK, poo poo 3,4 hari sekali. Tapi nasib baik dia menyusu dari botol tak banyak macam Abg Q dulu2. Baby Auf lagi suka DF.
Ragam anak sulung memang macem2. Nak posing helok2 pon tak nak.

#2 My Master Journey: 1st Semester

Throwback balik saya dapat tahu pregnant 4 bulan sebaik selepas terima tawaran dari Dr. Wan. Saya lahirkan Abdurrahman 11 Februari 2017. Sepatutnya bulan tu jugak saya kene register GRA. Tapi lebih kepada masalah kerenah birokrasi dan permohonan saya tertukar, jadi saya hanya dapat register pada 19 May 2017. Sepatutnya juga saya perlu collect data dari Akuatrop. Sebenanrya data tu perlu didapatkan dari Bukit Merah, Perak. Malangnya belum dapat. Data tu ialah ikan arowana yang mati. Selama dalam pantang saya masih perlu siapkan penulisan untuk artikel jurnal. Tapi hanya sempat siapkan 2 tajuk out of 7. Elok2 selesai berpantang selama 2 bulan, Baby Auf demam, nafas laju. Ting tong ting tong, terus masuk ICU.
Masa dalam ICU
Pediatric High Density Unit

DUk ICU 2 hari kemudian PHDC 2 hari. Dia punya rasa lama seolah  2 minggu tak tengok dunia luar. Akibat daripada tu, hB baby Auf drop. Selepas discharge, kene terus bagi 3jenis ubat selama 6 minggu. Dalam tempoh belum sihat sepenuhnya saya rasa perlu jaga sendiri and struggle apa jua cara terbaik untuk naikkan bacaan hB. Saya nekad saya yang kene makan multivitamin. Pendek cerita, masa umur dia 3 bulan dah register masuk taska semua. Dalam pada tu, baby Auf demam lagi. Hanya 2 minggu duduk di taska. Lepas tu sambung episod sakit demam selang seli dalam tempoh dekat.Ding ding ding dong, stop duk taska. Umur dah nak masuk 6 bulan. Dah start solid food. Cari pengasuh. Hanya bertahan selama 9 hari sebab episod sakit demam silih berganti antara baby Auf dan pengasuh. Akhirnya terpaksa cari pengasuh lain. Lepas tu baru dapat fokus pada tugasan. Gung gang gung gang buat keje-keje master yang macam2 tu, ternyata ia bukan mudah. Bila involve dengan pemprosesan imej, banyak keje terlibat hingga pada analisis pattern selain imej segmentation. Semester 1 berlalu dengan kisah di atas. Itu dia,ibu beranak 3 sambung belajaq.

Apa pun, jiwa kene kuat.
Teruskan hidup.