Short update Q achievement

30 Ogos 2013. Merdeka! Eh..esok lah. Sabtu merdeka. Forward cuti ke ahad. Yeay!
Dah cerita pasal raya 2013 belum?
Yennadey..takde kesempatan langsung.
Makin banyak berhutang entry event2 penting. Cewah.
Ni duk plan satu lg event penting.

Apa2 hal pun..nak update pencapaian Qushayyi setakat ni..6 bln setengah.

  • Dah confident merangkak.
  • Dalam usaha nak bangun bila ada medium untuk bergantung.
  • Bila dah boleh bangun tu dengan pemantauan and bantuan kecemasan dr mommy or walid, sebelah lututnya dah nnnnaik atas meja kecik. 


Trademark senyum nganga okey..@chikenriceshopgiantkt

Cukup sampai sini ya. Nak transfer gambo pon mcm mls la. Cerita basi. Idea lari. Baca mag PaMa pon sampai kul 2am. Tu pun baca cpt2. Hmmm...
Biz Shaklee mommy? Alhamdulillah semakin mendapat sambutan. Bonus pertama pon dah dapat. Alhamdulillah.

Turning Point at 6 months

Hari ni maka genaplah usia si jantung hati kami 6 bulan. Bulan ke6 yg merupakan turning point penting bg kami. Q mula mkn solid food. Sebenarnya dah mengelat, dah coba2 mkn lebih awal. Stgh bulan lbh awl. Nama pun cuba2 so x kerap sgt la mkn tu. Kepada yg nak ckp eh naper tak tunggu 6 bulan?
Depends la kepada masing2 punya pendirian kan.

Since Q dah x sabar nak makan, demand pun tinggi tgk bdn perkembangan tubuh bdn dia yg ber kg kg tu.. Dia pon dah x sbr sgt nak mkn. Pantang tgk org mkn n minum dia mesti meronta nak. Mommy pon tak dpt nak maafkan diri sendiri jgk sebab x sempat nak prepare mind n fizikal utk mulakan solid food terbaik untuk Q. Terbaik tu boleh dikatakan yang homemade. Buat sendiri kat rumah. So belikan Q nestum instant je. Mula2 belikan perisan veges. Q suka. Tinggal kat rumah BS. Pastu untuk rumah punya kat kedai cuma ada beras+susu jer. Sekali je Q mkn. Lepas2 tu reject terus.

Pastu since cuti raya smggu, amik yang kat rumah bs, mkn kat rumah, Q suka la mkn. Biasa bg 2x je sehari wpon blh mkn 3 kali. Slow2 man. Pastu kami belikan perisa buahan pulak. Hari ni baru terai mkn. Mommy rasa sikit, sdp juger, mesti si anak suka. Yes dia mmg suka. Mommy buat mcm tekak sendiri kan, suka3 hati je nak tuko2 cpt2. Pastu lps ni nak combine yg perisa2 tu. huhu. Sabor je la kan. Hrp Q suka.

Turning point untuk mommy plk, 6 bulan ni..dah blh angkat brg2 berat. Yeay!
Means??? Dah boleh melasak kot. Blh angkat bakul kain. Boleh main lari-lari sambil dukung Q.
Boleh main bowling??? Ops...

Pencapaian baru sehingga 6 bulan;
  • Q dah belajar merangkak. Dah boleh selangkah dua.
  • Dah boleh duduk walopon senget lagi..;) 
  • Respon senyum tp nganga2 
  • Bila nyanyi lagu Alif Baa Taa..dia nganga2 nak2 bila start dgn Alif dan abis dgn Ya..mulut nganga mcm sebut "Yaaa"
  • [ Updated ] Malam tadi dah pandai lambai tgn tanda 'tata' bila Cekda & Ayahde nak blk
  • [ Updated ] Gelak kuat2 bila main kejar2 sama Walid
Senyum jenis nganga mulut bila happy buat kami semua makin jatuh cinta sama dia

Percubaan duduk yang masih senget
Terai baju baru hadiah dr bff mommy tp hubby bff mommy yg plh kan