Anak-anak mulakan alam pre-school

Bismillah..Aku tinggalkan 2017 dengan pelbagai memori pahit dan manis sedih dan gembira penat dan lelah semua bersatu dalam sebuah kenangan. Selamat datang kepada 2018, semoga hari-hari mendatang tahun ini membawa lebih banyak kebaikan buat kita, harap lebih banyak lagi nasib baik dan magik dalam setiap doa kita..Moga keberkatan melimpahi hidup kita semua..

Musim tengkujuh belum reda. Tapi sesi persekolahan tahun baru 2018 dah bermula. Akhirnya, anak2 kami pun memasuki fasa baru alam pra-persekolahan. Walaupun umur Tsaqiif Ahmad baru 4 tahun, itu pun lahir di hujung tahun, tapi umur sebegini ramai dah mulakan dengan pendidikan formal. Zaman pendidikan sekaran bukan macam zaman kita dulu. Mengikut apa yang saya baca, anak-anak perlu lebih advanced untuk mengejar status KBAT dalam dunia pendidikan. Bagi yang baru masuk sekolah darjah satu perlu tahu awal2 dah asas operasi ke atas nombor. Kalau masih tak tahu apa-apa, mereka akan diklasifikasikan sebagai murid pendidikan khas. AllahuAkhbar..seriau rasa. Tahun ini UPSR pun dah dihapuskan diganti dengan peperiksaan KBAT jika tidak silap saya.

Walaupun Abang dan Adik bersekolah serentak, dah pasti perkembangan mereka tak sama walau membesar bersama. Abang lebih banyak belajar sendiri. Adik perlukan perhatian dan dididik tapi mudah mengikut apa yang di ajar terutama bab agama. Saya masih tertanya dan belum sempat mencari maklumat tentang IQ dan EQ. Adakah budak yang tinggi IQ ni biasanya lemah EQ? Abang sangat sentimental, dan emosi belum bersedia untuk ke school. Tak macam adik, sentiasa bersedia dan cool setiap masa.




Saya ada beberapa langkah untuk menyediakan emosi anak-anak untuk bersedia ke alam persekolahan.


  1. Sediakan kelengkapan mengikut kemampuan dan keperluan. Dengan niat supaya anak-anak happy dengan dunia baru kelengkapan pakaian baru dan rasa bersemangat. 
  2. Belikan buku-buku cerita yang lebih menjurus ke arah alam persekolahan.
  3. Saya banyakkan bercerita permasalahan matematik untuk dia fikir dan selesaikan berkait dengan haiwan-haiwan dan barang-barang sekitar yang digunakan seharian. Bercerita dengan cara yang seronok.
  4. Sentiasa berpesan tentang akhlak di sekolah. Dengan guru, dengan kawan-kawan. Jaga percakapan dan bahasa.
  5. Saya ajar abang cara menjaga harta sendiri seperti pakaian, kasut. Jangan bagi tertukar dengan ornag lain. Saya tidak tulis nama mereka, sebab mereka belumtahu mengeja. Saya tulis nombor, mengikut pilihan abang. Jadi, abang akan ingatkan adik, yang mana kasut adik punya. Secara tak langsung, boleh improve sifat kepimpinan si abang supaya menjaga kebajikan adik.
Itu pun belum berjaya mengatasi emosi Abang Q...tapi normal lah kan. Tak ada benda yang sempurna. Time will heal everything. Semoga abang cepat2 rasa seronok kat school. Hari ke3 ni saya sengaja pergi ambik awal. Sebab nak tengok gelagat diorang. Abang request dengan cikgu nak tengok cerita T-Rex blue red..Cikgu tak dapat tangkap apa benda abang nak tengok. Abang explain balik buat ayat panjang sikit biar ada Diansaur. Baru lah cikgu paham. Mana lah cikgu tahu nama-nama dinasaur. Budak-budak sekarang kalau benda yang mereka minat..sampai kita sendiri pon terbeli lidah nak menyebutnya. 

Sekian dulu, dah sampai masa ambik Baby Auf..

Note: *Pencapaian hari ni mommy sempat belajar guna software ImageJ. Untuk measure saiz ikan based on gambar. Langkah seterusnya, siapkan penulisan jurnal dan extract points. (At least ada progress kan2..)

#5 My Master Journey: Hunting New Sample


Aku ada tulis plan aku next dalam entry yang lepas.  Dan dah buat. Cuma tak sampai pada sample ikan koi dan udang sebab aku bakal dapat sample baru! Iaitu seahorse.

Apa yang penting sebenarnya dalam research ni? Aku tak layak sangat nak jawab persoalan ni, boleh belek blog Dr OT. Cuma aku boleh bagitahu berdasarkan pengalaman yang secubit ni.

1. Data
2. Expert
3. SV yang ada chemistry dgn ko
4. dll

So, sebelum buat kajian, sebelum mulakan kajian apa2, kene check apa yang perlu ada mula2. Macam kes aku, sepatutnya sebaik selepas daftar jer, memang aku perlu dapatkan data ikan arowana tu dulu. TAPI, SEBAB location kajian aku tu jauh di Perak sana, aku terpaksa bergantung pada pihak lain. Banyak kekangan dan perkara-perkara yang terkilan berlaku yang malas aku nak ulas dalam ni. Sehingga membawa kepada aku nak tukar sample atau data kajian.

------------------------------------------------------kene tahan 15 jam---------------------------------
Pandang belakang sikit pada minggu sebelumnya. Selepas seminggu berhempas pulas berkejar sana-sini, akhirnya kesihatan aku sedikit terjejas membawa kepada anak3. Dalam masa 2 hari bila Auf selesema dan batuk, tiba2 Sabtu malam tu aku perasan pernafasan babyAuf agak tidak stabil. Dia tidur dalam pukul 11mlm. Lepas tu aku bz lah nak buat kuih ropal sebab perut lapar malam2. Sambil2 jenguk anak2 tidur. Beberapa kali aku bagitahu Walid dia, tentang kerisauan aku. Aku plan nak check kat tempat berurut dulu dalam pukul 6pg, lepas tu baru nak pergi ke doktor. Bila dah pukul 2pg aku rsa lambat lagi nak tunggu 4 jam. Aku kejutkan baby Auf sebab nak check mood dia ok ke tak bila terjaga. Mood dia ok jer, cuba nak main bila dah terjaga sambil2 aku kejutkan walid untuk tengok pernafasan Auf. Hati dah rasa tak sedap so kami terus siap2 kejutkan anak2 dalam pukul 2.30pg keluar pergi KD lepas tu terus ke emergency hospital besar. Terus masuk seksyen kritikal. Paramediks check pernafasan kiraan dlm 60 perminit. Mulalah drama baby Auf melalak sebab kne ambil darah. Percubaan kali pertama gagal nak ambik kat tgn. Kali ke2 berjaya pasang jarum di kaki. Lepas tu terus masuk ubat dan neb. Warded sekitar jam 4.30pg. auf tidur sekitar jam 5pg. Tapi aku takdapat nak lelap pun. Hanya memerhatikan dia tidur. Hinggalah waktu azan subuh. Aku pesan pada nurse sebab aku takut auf terjaga. Aku rsa sempat baca doa satu ayat jer kot, bergegas keluar dari bilik solat, jiran2 di katil dah lambai2 kata auf terjaga. Nasib baik tak sempat melalak. Lepas menyusu, dia tidur semula. Suhu dia sebelum subuh makin meningkat ke 38.2. ubat demam diberi. Jam demi jam syukur sebab suhu semakin turun aku rasa2 mungkin sebab jarum ubat kat kaki dah tercabut. Dipendekkan kisah warded kali ke3 ni, Doktor pakar bagi izin discharge petang tu. Syukur tak terhingga.

Auf agak sensitif dengan bulu kucing, debu dan asap. Walaupun doktor mengesahkan hanya 5% chances dia nak kne asthma, tapi kekerapan tidak sihat dalam setahun agak tinggi. Sebelum auf kne acute kali ni, kami ada peprgi rumah sepupu dia untuk sambut birthday abang aku. Ada la sekor kucing yang beaar giler dan bulu pnjang giler. Dan satu lg Auf alah dengan karpet. Kami pakai sebab cuaca sejuk sangat. Nak pijak kaki kat lantai jubin pon tak sanggup. Dah kne mcm ni terpaksa simpan balik karpet. Krim herbal pun habis stok kat rumah. Terus cepat2 beli.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oh ya. Masa cuti konvo aku ingat nak rilex2 kosongkan pikiran serabut tapi aku curi2 masa dengan hadamkan tulisan2 Dr. OT dlm blognya. MasyaALLah. Rugi x hadamkan awal. Dulu sempat jenguk fb dia jer. Malangnya aku bkn belek fb skmo. Jd termissed. Rugi masa satu sem sebab kurang ilmu tentang pemilihan tajuk research. Aku fikir tidak akan ada masalah bila just follow the advice. Kalau engkorang yang bakal nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi tu,elokla hadamkan semua penulisan Dr Othman Talib dalam blognya. Sebab aku tak sempat nak sisipkan pesanan2 berguna dia dalam blog aku ni. Aku Cuma remark dalam log book aku jer.

Mulanya aku plan nak jumpa Dr Uzair hari rabu. Malangnya dia tak free pula pada masa aku free. Hari selasa aku ‘ambik’ lagi sehari untuk recovery process untuk sihatkan anak3 bawa mereka pergi berurut. Tiba2 lepas zohor hari selasa tu Dr.Uzair free. Apa lagi, kami bergegas ke pusat penyelidikan INOS. Mulanya fikir nak pergi sorang2 jer and hantar Auf pada pengasuh tapi kesian pula sebab dah bagitahu pengasuh Auf awal2 nak cuti lagi sehari. Padahal encik hubby pun tidak sihat. Tapi aku bebankan juga dia. Dalam hati boleh bawa anak2 sekali hirup udara petang di tepi laut sebab INOS betul2 tepi laut. Keluar rumah sekitar jam 3ptg.

Dalam hati rasa macam mahu menangis. Sebab rasa tertekan. Ini dah kali keberapa aku terpaksa kejar seorang demi seorang demi mendapathan sample data mahupun secebis cadangan. Apa nak buat, aku fikir perlu simpan saja airmata keperitan ini untuk sebuah masa depan nanti. Selepas semuanya selesai, aku mahu menangis kesyukuran bukan menangis kepenatan atau sebab tekanan.

Balik rumah malam tu aku terus baca 2 naskhah jurnal yg Dr Uzair bg. Dan sambil2 cari literature lepas. Aku rsa mcm dah banyak yg buat psl photoID utk sea turtle. Aku terjaga jam 2pg and still searching dan fikir pasal gap apa nak isi bab penyu.
BUNTU sampai jam  5pg.
Kebetulan Dr Mus baru blk dr KL. Walaupun dia x sempat nk balas emel aku psl masa mana dia free..aku sempat curi2 cari dia. Dengan izin Allah kami sempat diskas. Last2 dia cadangkan buat pasal sea horse.

Maka bermulalah pencarianku data seahorse....


#4 My master journey: Fasa tergelincir ke dalam gaung

SV adalah factor paling utama. Jadi, dengan kepatuhan dan ketaatan yang tinggi pada SV, ramai yang berpendapat pasti mudah dalam menjayakan kajian. Namun, ia tak sebegitu. ‘Uncertain things’ sentiasa hadir menduga berkali-kali.

Selepas defend proposal, apa yang aku fikir..walaupun perlu yakin dengan perancangan SV, perlu jugak ambik input dari penilai, sebab penilai-penilai tu adalah kalangan Professor dan mereka yang mempunyai pengalaman pelbagai. Perlu ambil input mana yang perlu. Jika pendapat mereka tak penting dan hanya perlu ikut arahan Sv semata-mata, buat apa adakan presentation penilaian? Kiranya, aku pun catatlah mana komen-komen yang perlu diambil perhatian dengan persetujuan SV. Tak nak la nanti pendapat-pendapat itu against perancangan SV. OK fine. Masalah utama aku selepas presentation tu ialah 1. Tiada expert (yang dapat mengesahkan jantina ikan arowana dari physical appearance!) Dari awal lagi aku telah dimomokkan dengan statement “expert pun tak dapat nak camkan jantina arowana dengan hanya melihat, apatah lagi melihat GAMBAR!”. Tiada expert adalah benda yang serius! Sebab Dr. Shahreza PPSPA pun mengaku dia tak boleh camkan. Dia hanya boleh sahkan melalui ujian protein. Proteomic Analysis.

Aku pujuk diri aku, bukan tak ada expert, Cuma aku belum jumpa.
Oleh kerana masa sem lepas Dr. Aziz dan Prof Ghazali duet yang paling scary tukang komen dan menilai dalam presentation post-graduate proposal and progress, jadi aku bertindak berjumpa untuk mintak pandangan, sokongan diorang berkenaan dengan USAHA MENCARI EXPERT ikan arowana. Diskas punya diskas dengan Dr. Aziz, dia MENOLAK tajuk ini. Dia cadangkan supaya tukar tajuk pengklasifikasian ikan guppy. Alasannya adalah wajib ada expert. Dalam masa tu, Dr. Aziz called En,Masduki minta pandangan tentang expert ikan ni. En Masduki ialah co supervisor pd kawan aku yang buat pasal pengiraan telur ikan berdasarkan saiz perut ikan. Gitu lah lebih kureng kajian dia.

Lepas jumpa Dr. Aziz, aku terus pergi jumpa Prof Ghazali. Dia punya ilmu lagi aku scary kalo dia komen. Diskas punya diskas,dan selepas dia bagi penerangan, Prof Ghazali cakap boleh buat tapi SUSAH! Ada sinar di situ tapi samar-samar. Masa aku nak keluar dari bilik dia, dia sempat cakap, kenapa nak buat yang susah2? Cari yang senang.
Aku pun STUCK! Bila stuck, terus pergi mengadu dekat Jah. Khadijah ialah kawan masa matrix.Dia dah jd lecturer fizik kat kampus ni. Dia pun antara salah sorang yang melalui kisah perit zaman PhD di Australia. So, aku yakin dia dapat bagi ideas and sokongan yang sangat membina. Rupanya lebih dari itu. Jah bagi contact2 expert di U ini siapa yang terlibat dalam bidang kajian penyu, belangkas, udang, dll. Lokais-lokasi kajian haiwan2 marin tu lebih dekat berbanding Arowana.
Lepas tu aku pergi bincangkan dengan SV pasal ni. SV cakap boleh jer nak tukar tajuk tapi kene ada dataset lah. Kalau nak tukar, kene start over, kene all out kejar masa. Kene fikir balik significant tujuan kajian tak boleh simply tukar subject experiment jer.
Hari seterusnya, aku berkejar awal2 pagi pergi jumpa Encik Masduki. Alih-alih dia tak galakkan pun buat pasal ikan guppy. Aku pergi jumpa dia nak tanya kot2 dah ada standard dataset dah. Skali dia cadangkan buat pasal klasifikasi DURIAN! Aduh....Main point nya dia suruh buat pasal isu semasa.
Aku pergi semula office Dr Aziz untuk membuktikan sesuatu. Luckily,Prof Ghazali ada sekali. Tanpa segan silu aku kata nak jumpa dua2 serentak. Diskas punya diskas,explain punya explain, Prof Ghazali tetap dengan pendirian dia sebagai expert Image Processing dan sebagai penilai, dia tak bagi buat tajuk ni.

Lepas tu, aku makin buntu. Petang Rabu aku sempat berjumpa dengan sorang yang involved dengan arowana ni dah 17tahun. Seorang penghobi yang boleh mengecam jantina arowana. Dia antara orang yang aku cari-cari! Dalam pada berbincang di kedai kopi kat kampung lama aku, dia kol sorang kenalan dian iaitu penternak arowana di Bukit Merah, Encik Shah. Dia bagi aku cakap sendiri dengan Encik Shah. Input yang paling mengganggu jiwa aku ialah, data ikan Arowana yang mati 80% berubah ciri jantina! Ila aku cakap pasal kemungkinan untuk bertukar tajuk kajian, Encik Fijan mencadangkan buat pasal Kerapu Hibrid. Sebab ikan ini pun sedang hot dibiakkan.
Tengah malam buta aku berwasap dengan SV. SV cakap..xde ape yang senang dalam research ni.
Masih buntu. Kepala makin berat.
Dalam tak keruan tu, aku plan nak jumpa 2 orang lagi professor yang pakar dalam bidang image processing. Aku berjaya buat temujanji dengan Prof Suzuri walaupun kejar dia kali pertama tak sempat. Kali ke2 dapat mengadap. Prof Suzuri agak special orangnya, sebab..ada chemistry. Pertama, dia adalah SV aku masa FYP. Aku dpt best grade utk projek akhir. Porf Suzuri jugak adalah SV kepada SV aku skrg masa SV aku peringkat Msc. Dan Prof Suzuri jgk adlh SV utk Master dan PhD kpd suami SV aku sekarang. Banyak betul kaitannya. Bincang punya bincang, akhirnya Prof Suzuri menyatakan kerisauan dia tentang dataset aku nanti. Tentang kesusahan aku untuk dapat data ikut spec kajian.
4th opinion juga NO!
I have last opinion. Prof Dr.Mustafa Man. Kajian dia ada bau-bau benda yang aku kene buat ni. Tapi, dia masih belum free untuk ditemui. Tak kira, aku nak jumpa jugak walaupun hati aku dah 80% nekad nak tukar tajuk. Khamis..sempat jumpa Ily. Kawan seperjuangan yang banyak beri dorongan dan share apa saja pengalaman mahupun ilmu. Tapi Ily dah sem 5 PhD dalam bidang database.Pagi sebelum jumpa Prof Suzuri tu kepala aku dah macam bingung macam semacam lah..macam terawang-awang,macam tak boleh nak fikir. Balik jer rumah ptg tu membawak kemalam aku flat terus!

Weekend ni ada convo kat UMT. Sampai Isnin lah bz. So, aku ambik keputusan 4 hari ni nak rehat tak nak buat apa2 pasal research kalau boleh tak nak fikir sangat. Tapi, aku tetap nak tulis kesusahan ni dalam blog. Blog pon macam log book aku jugak.

Plan untuk selasa:
Study. Philosophy of Research.
Blog Dr Othman Talib – tajuk research, problem statement.
1.       RMIC
2.       PPSPA – jumpa Dr.Shahreza, pulangkan buku dan bincang pasal data ikan mati dan hidup.
3.       INOS – jmpa Dr. Uzair bincang pasal isu penyu.
4.       Jumpa Dr.Najiah – pasal ikan koi.
5.       Belangkas.

Will see the inputs nanti.

Aku akan decide tajuk baru yang dah ada dataset dan expert yang mudah untuk jumpa. Maksud aku, dekat.

Rabu:
Siap sedia semua alas an dan bahan jika ada untuk hadap SV untuk tukar TAJUK!


Saya Bukan Doktor. Tapi Kenapa Bila Orang Tidak Sihat Akan Cari Saya?

Tajuk macam tak boleh blah. Maafkan saya tp itu kisah benar. Ramai yang sedang berjuang untuk berjaya dalam bisnes produk lain tapi akan datang kepada saya minta consult tentang shaklee jika mereka tidak sihat atau mahu manfaat kesihatan yang lebih atau tiba tiba tanya tentang manfaat mana mana item dengan saya. Alhamdulillah. Siapa pun anda, andalah keutamaan saya dan saya akan layan dan consult betul2 sehingga mencapai taraf kesihatan yang anda mahukan. Kalau kita nak sihat kena lah yakin dan amalkan dengan cara yang betul dengan panduan yang betul. Terima kasih pada yang percayakan saya dan membeli item shaklee dari saya mahupun yang sign jadi ahli bawah saya. Jika anda ada apa2 pertanyaan boleh drop komen di sini atau whatsapp 0182483650. Kol pon boleh. Produk shaklee untuk baby baru keluar. Excitednya. Kini tak ragu2 lagi untuk kesihatan kulit bayi kita. Jangan lula jugak bulan  FEB tahun dpn. 2018 bakal meletops dengan skincare baru. Saya mmg super heksaited menunggu. Skincare ni namanya YOUTH. Bukan untuk orang muda tau tapi untuk saper yang nak nampak muda remaja. Ewah gitu. Bukan perangai mcm remaja wajah jer tau!
Stamby yer.
0182483650
Ig @shakleeda

#3 My Master Journey: 2nd Semester


Sebaik sahaja mendaftar untuk semester ke2, terus kene defend proposal. Proposal jer pun tapi saya punya slide dah macam progress. Bukan saya cakap tapi orang cakap. Sebulan persediaan entah berapa malam tanpa tidur. Terlalu banyak masa dan effort spend pada bahagian segmentation. Kalau hasil segmentation tak cantik, tak solid kene cari imej lain. Ini semua gara-gara tak dapat data sebenar.
Convert to hue
Thresholding

Background Removal
SIFT Key points
Match Features
Pum pang pung pam present proposal, lepas tu take a deep breath sambil sambung journal writing sementara dapat data. Kali ni dari breeding farm kat Johor. 

Kisah anak´-anak, so far stabil cuma sedikit bz dengan persiapan untuk start schooling serentak dua orang next year. Baby Auf perlu dibekalkan EBM setiap hari ke rumah pengasuh sebab dia reject susu kambing Karihome, susu lembu Lactogen pulak tak sesuai nanti dia jadi berak seminggu sekali which is lambat kot untuk baby usia gitu. Lepas dah tukar susu baru la OK, poo poo 3,4 hari sekali. Tapi nasib baik dia menyusu dari botol tak banyak macam Abg Q dulu2. Baby Auf lagi suka DF.
Ragam anak sulung memang macem2. Nak posing helok2 pon tak nak.