#6 mymasterjourney: bernafas kembali

Syukur Alhamdulillah baru lepas submit dan SV semak draft pertama scorpus journal(setengah bulan yang lalu). Keje yang siap tu satu kesyukuran yang besar sebab banyak cabaran dan komitmen utk siapkan. Menjelang minggu akhir untuk submit, sampai tercirittt mak..bukan takat tu jer, ia bermula dengan sakit perut yang amat sangat menjelang waktu Subuh. Saya syak tersalah makan atau minum. Pagi tu pulak dalam perut yang kurang sihat saya bantai makan nasi kerabu idaman qolbu, meang menempah la jawabnya. Nyaris suami mahu hantar saya ke kecemasan
.
Entry ni sepatutnya dah lama ditulis tapi oleh kerana kesibukan melampau, baru dapat post sekarang. Last entry saya tuliskan mengenai mencari bahan baru untuk kajian, sebolehnya menggunakan method yang sama. SV izinkan dengan berat hati dan sedia semua maklum bahawa saya still kne mula balik dari zero sebab, walaupun method perlu diubah sedikit endingnya tapi kesan kepada keseluruhan isi kajian agak memberi impak buruk pada masa dan effort. Tidak senang untuk menggunakan tajuk yang sama kepada bahan kajian yang berbeza. Bagi sv saya, kenapa kita nak kaji benda yang mudah untuk diketahui atau dikenalpasti? Dan semua kerja-kajian itu tiada yang mudah.
.
Bare in mind tiada yang mudah bagi kami. Mungkin berbeza bagi pengalaman orang lain yang ada stratergy  untuk menyelesaikan master dengan cepat. Dengan kata kunci tiada apa yang mudah ini juga, saya teringat kali pertama melihat presentation PG2 bidang image processing, AI. Dah la most of the tajuk saya tak faham pun pasal apa. Tajuknya pula panjang berjela. Ampun, agak2 tuan punya badan sendiri hapal tak tajuk dia? Kalau orang tanya saya mau kene tulis kat kertas lipat simpan dlm kocek. Bilik (bidang kajian) kami agak mencabar dari bilik2 presentation yang lain. Mana tidaknya, Pakar2 IP hanya separuh dari panel, tapi mereka gandingan serasi untuk mengomen itu ini. Bottom line, komen2 mereka semuanya secara baik dan berhemah dan bukan jenis menjatuhkan langsung malah lebih kepada ingin menolong. Tapi, hakikatnya sukar untuk memenuhi keperluan kajian sejak peringkat awal adalah perkara agak serius bagi saya. Most of the PG dalam bilik tu juga adalah foreigner. Lagi lah pening telinga saya untuk memahami pelbagai slang dari macam2 negara. Ada antara mereka sebenarnya Nampak bijak untuk provekan sesuatu dari kajian itu, namun itu juga bukan jaminan untuk kepuasan hati para panel.


No comments: