Musim tengkujuh belum reda. Tapi sesi persekolahan tahun baru 2018 dah bermula. Akhirnya, anak2 kami pun memasuki fasa baru alam pra-persekolahan. Walaupun umur Tsaqiif Ahmad baru 4 tahun, itu pun lahir di hujung tahun, tapi umur sebegini ramai dah mulakan dengan pendidikan formal. Zaman pendidikan sekaran bukan macam zaman kita dulu. Mengikut apa yang saya baca, anak-anak perlu lebih advanced untuk mengejar status KBAT dalam dunia pendidikan. Bagi yang baru masuk sekolah darjah satu perlu tahu awal2 dah asas operasi ke atas nombor. Kalau masih tak tahu apa-apa, mereka akan diklasifikasikan sebagai murid pendidikan khas. AllahuAkhbar..seriau rasa. Tahun ini UPSR pun dah dihapuskan diganti dengan peperiksaan KBAT jika tidak silap saya.
Walaupun Abang dan Adik bersekolah serentak, dah pasti perkembangan mereka tak sama walau membesar bersama. Abang lebih banyak belajar sendiri. Adik perlukan perhatian dan dididik tapi mudah mengikut apa yang di ajar terutama bab agama. Saya masih tertanya dan belum sempat mencari maklumat tentang IQ dan EQ. Adakah budak yang tinggi IQ ni biasanya lemah EQ? Abang sangat sentimental, dan emosi belum bersedia untuk ke school. Tak macam adik, sentiasa bersedia dan cool setiap masa.
Saya ada beberapa langkah untuk menyediakan emosi anak-anak untuk bersedia ke alam persekolahan.
- Sediakan kelengkapan mengikut kemampuan dan keperluan. Dengan niat supaya anak-anak happy dengan dunia baru kelengkapan pakaian baru dan rasa bersemangat.
- Belikan buku-buku cerita yang lebih menjurus ke arah alam persekolahan.
- Saya banyakkan bercerita permasalahan matematik untuk dia fikir dan selesaikan berkait dengan haiwan-haiwan dan barang-barang sekitar yang digunakan seharian. Bercerita dengan cara yang seronok.
- Sentiasa berpesan tentang akhlak di sekolah. Dengan guru, dengan kawan-kawan. Jaga percakapan dan bahasa.
- Saya ajar abang cara menjaga harta sendiri seperti pakaian, kasut. Jangan bagi tertukar dengan ornag lain. Saya tidak tulis nama mereka, sebab mereka belumtahu mengeja. Saya tulis nombor, mengikut pilihan abang. Jadi, abang akan ingatkan adik, yang mana kasut adik punya. Secara tak langsung, boleh improve sifat kepimpinan si abang supaya menjaga kebajikan adik.
Itu pun belum berjaya mengatasi emosi Abang Q...tapi normal lah kan. Tak ada benda yang sempurna. Time will heal everything. Semoga abang cepat2 rasa seronok kat school. Hari ke3 ni saya sengaja pergi ambik awal. Sebab nak tengok gelagat diorang. Abang request dengan cikgu nak tengok cerita T-Rex blue red..Cikgu tak dapat tangkap apa benda abang nak tengok. Abang explain balik buat ayat panjang sikit biar ada Diansaur. Baru lah cikgu paham. Mana lah cikgu tahu nama-nama dinasaur. Budak-budak sekarang kalau benda yang mereka minat..sampai kita sendiri pon terbeli lidah nak menyebutnya.
Sekian dulu, dah sampai masa ambik Baby Auf..
Note: *Pencapaian hari ni mommy sempat belajar guna software ImageJ. Untuk measure saiz ikan based on gambar. Langkah seterusnya, siapkan penulisan jurnal dan extract points. (At least ada progress kan2..)
No comments:
Post a Comment