Long time no update

Wow. Bersawang teruk blog ni. Rasanya sejak Instagram muncul, dunia blogging makin sendu.

Padahal aku yang sendu sejak bertukar kerjaya, bertukor bidang. Jauh sangat larinya. Whatever pun rezeki itu percaturan Allah. Sibuk dia lain macem sangat. Siang malam tak kira weekdays dan weekend.

Malangnya lelemak aku tak hancur dengan jayanya. Nak ambik fat burner pun kne tunggu sehingga Auf bercerai susubadan dulu. Mungkin ambil masa beberapa bulan lagi.

Genap setengah tahun kerja di daerah baru.

Genap setengah tahun juga Auf Dijauhkan dari athsma.

Semoga Allah pelihara kesihatan ni. Khasnya buat anak-anak-anakku semua.
Aku rela berbuat apa sahaja asalkan mereka happy dan dapat growing up healthily.

Sebenarnya sejak anak-anak bertukar sekolah TADIKA, abang mcm biasa lah. Drama King. Dia susah sket utk terima perubahan.

Kadang-kadang wang dapat membeli ketenangan.

Daripada melepaskan tanggujawab menjaga anak-anak pada orang lain yang musykil keikhlasannya, lebih baik kita handle sendiri. Susah senang sendiri dengan anak-anak. Begitu lebih happy.

Sekolah diorang pun tak jauh dari workplace aku. Lebih cepat nak g fetch diorang then hantar ke taska kat Auf pulak. Senang letak setempat sekaligus. Otak aku kurang bercabang sikit. Abang pun suka membebel kalau mami ambik lambat.

Kerja macam biasa sentiasa tingkatkan momentum untuk mendapat hasil yang lebih baik.

No comments: