Keguguran ketika usia kandungan 5 minggu 3 hari

Pg (18/6/2011) saya buat UPT lagi. Ternyata 95% negative. Hati dah bersedia sejak semalam. Bersedia menerima hakikat yang amat pahit.

ADAM: "Adam dah penat dah.."
AIDIL: "DAM..tgk abg..kenapa nak jauh dari Allah? Kenapa salahkan takdir?"
ADAM: "Saya tak sanggup tgk Nur kecewa lagi..."

Airmata adam mengalir bersama air mata saya.


Surah penghibur Nabi Muhammad SAW slps pemergian 2 orang insan tersayang.

Sudahla tunggu lama, gugur pula. Suami saya marah bila ayat ni terkeluar dari hati saya. Saya tau dia lagi frust dari saya. Mungkin.

Bila kita belum pernah disahkan mengandung, banyak telunjuk yang menyalahkan isteri sahaja. Bila keguguran berlaku, kesalahan tetap di pihak isteri kerana mungkin stress atau tidak menjaga kandungan dengan baik. Ketika belum tahu berbadan dua, segala kelasakan saya lakukan tapi UPT tetap positive. Bila dah tahu, bukan main lagi saya dimanjakan suami dan bonda serta keluarga, namun ia tetap bukan milik saya. Tetap pergi jua.

Perasaan saya?
Rasa mahu campak semua supplements. Mahu tidur seminggu. Saya tidak menangis-nangis dedepan semua. Walaupun saya rasa mahu. Saya menangis teresak di dalam hati. Di mana tiada seorang pun nampak. Kadang2 mata saya bergenang air tanpa terlihat oleh sesiapa. Jika bonda saya terlihat saya menangis, pasti lah dia semakin risau anak bongsunya akan meroyan.

Kenapa doctor azizan x bagi asidfolik atau duphaston bila dah confirm saya positif? kenapa doctor k cuma bagi asid falik? Saya pun terlambat untuk dptkan ubat kuatkan rahim dari doktor homeopati. Dia tiba di saat saya sangat perlukannya. Namun, kehendak takdir, dia pergi di saat saya sangat mendambakan kehadirannya...

Saya redha selepas terbaca web Dr Zubaidi. Jangan ditangisi bayi yang keguguran. Kerana dirinya tidak sempurna. Seandainya dia hidup, adakah kita gembira dengan ketidaksempurnaannya?

Esok saya akan gagahkan diri hadir ke office. Pretend like nothing happened. Selepas seminggu baru saya akan menghadap doctor lagi. Dengan harapan dptlah MC seminggu.

5 comments:

Anonymous said...

we've been in the same ship. i pon baru misscariage one week before you.

sabar sayang. tuhan sayang our baby dr kite :). smoga kuat ;)

anonymous

Cericip Pipit said...

Saya sedang pendarahan 5 minggu, cukup mengindikasikan keguguran. Terima kasih atas kisahnya, telah mendukung secara moral saya yang sedang dilanda galau karena tidak bisa mempertahankan.

Unknown said...

anon,
Allah know we r strong.thats y He test us.

vitridm,
either spotting n bleeding is not a good sign for early pregnancy evetho doc said that is normal.many babies could survive,but you have to rest all the time, lay down, dont do anything..pls..stay on bed all day long as u could..

Anonymous said...

assalammualaikum saya pon nk berkongsi cerita saya pon baru keguguran xtahu nk salahkn sape dalam hal nie mulanya darah kuar sikit2 pastu hubby bawak g hospital lepas dah cheak kira2 jam 6pm dah balik umah darah mkin banyak turun dan tepet kul 8pm saya rasa ada benda keluar masa tu hati saya betul2 hancur dah luluh hanya allah jer tahu perasaan saya skrg

Unknown said...

waalakumussalam anon,
keguguran adlh sesuatu dugaan cukup brt bg kita yg sukar untuk mengandung. apatah lg pada waktu2 menjelang bulan puasa seterusnya raya, yg mana phm2 je kan waktu2 camtu..amat perit untuk berhadapan dgn sedara mara, kwn2...redha is the best thing to do. Allah knows best!