Kasih Yang Suci

Selalu teringat lagu Tuk Ti.

"Cintaku bukan kerana harta, cintaku bukan kerna paras rupa..."
Tapi yang mendendangkannya dan yang mengakui hakikat ini ramai yang sudah mempunyai wang berjuta. Jika cinta kamu bukan kerana harta pasti kamu tidak teragak-agak untuk berkongsi hidup dengan hamba Allah yang tidak punyai apa-apa kan?

Lately tengah hangat dengan drama Nora Elena. Garapan asal dari novel Kasih Yang Suci. Bila sahabat saya bagi link novel tu, saya baca laju2 sbb dh lwt mlm. Lgpon sbb e-novel sudah pasti ade hidden page sana sini. Cerita pun tergantung dan tersambung tak ikut order.

Letak pula Aaron Aziz casting as hero, mestilah menggamit angan-angan indah sang puteri and isteri2 menonton. Dan Siti Saleha yang berwajah pan asian sebagai heroin. Wahla!

Siapa yang tidak mengimpikan seorang teman jiwa sehidup semati ibarat Seth Tan? Sudahlah kaya, romantik pula in fact penuh dengan kejutan selain bersabar semoga cintanya diterima oleh si isteri yang hatinya dimiliki oleh insan lain. (Namun kenyataan ST sebagai seorang perogol NE banyak mencalar titlenya sebagai SUAMI IDAMAN MALAYA, dan saya tahu itu cuma jalan penyedap cerita.)

Wang hantaran RM50k tak jalan, Rm1k tiap bulan autodebit tak jalan. Akhirnya hati batu Nora Elena cair tatkala makanan siap dihantar ke bilik dan disuap suami dengan penuh kasih-sayang. Ditambah dengan hadiah bunga segar kesukaan si isteri.

Ehem, Sebenarnya saya lebih feeling cirita ni masa NE dengan Eid. Lepas Eid membawa hati ke Dubai, saya dah rasa scene2 seterusnya akan jadi stereotaip. Mana-mana lelaki/suami yang nak tambat hati wanita/isteri akan membuat perkara yang sama bergantung kemampuan dan method masing-masing.

Ada yang bagi selori bunga dengan pembesar suara ditangan melaungkan cintanya di depan khalayak. Dan pelbagai lagi.

Hari ni(Isnin), boleh sambung tengok cerita ni versi TV. Kawan saya cakap rasanya versi novel lagi feel. Siapa yang pernah baca novel dan tengok cerita ni kat TV mungkin akan tahu kenapa. Tambahan lagi status pelakon yang perlu menjaga batas-batas sebagai orang Islam dan punyai kelurga perlu diletak paling atas. Dalam novel, penulis boleh mereka apa sahaja.

Penat dan bisa-bisa badan masih terasa hari ni. Melangkah ke tempat kerja dengan lemah. 3 hari cuti dimanfaatkan dengan kerja-kerja kebun. Kali ini saya cuma menanam 5 anak pokok pisang, dan 5 batang pokok ubi kayu. Dan memasang banner 2 keping di kiri dan kanan bangsal usang tempat berteduh. Kepenatan tu tidak sehebat sewaktu menanam banyak anak pokok pisang pada fasa sebelumnya.

Selain menjadi chef yang boleh concour dapur kakak no.1(yang baru selesai menjalani pembedahan buang rahim), agak meriah bila dapat menjamu beramai-ramai hasil air tangan saya. Suami menolong pada sela masa tertentu.

Balik je dari berkebun semalam dlm pukul 11am lbh.saya bergegas menjadi pemandu peribadi kakak dan anak ke kenduri yang jauhnya kira2 x sampai 20 mnt kot. Abg ipar kerja. Disebabkan jalan lengang, jadi saya bawa 100km sejam. Sebenarnya mengejar masa kerana janji dengan suami mahu pulang ke KT lebih awal. Selesai kenduri 10 minit sblm pukul 2pm. Kami terus bergegas ke Peringkat 2 rumah kakak no.1 selepas packing semua baju.

Saya tanye suami, dia dah rehat ke?(Selepas mengerah tenaga di kebun) Katanya belum lagi. Saya tidak mahu soal banyak cuma diam dan pelik kenapa dia belum rehat sbb sepatutnya dia dah tidur melepaskan penat sebelum memandu pulang ke destinasi lebih jauh.

Rupa-rupanya kakak n0.1 saya bagitahu suami saya yang masak utk tengahari tu. Terkejut pun ada. Rasa terharu ini tidak dapat dibendung lagi. Dipendam semakin dalam dan akhirnya timbul juga. Terima kasih suamiku. Semoga Allah membalas semua jasa baikmu.

Percutian kali ini kurasakan sangat bermanfaat dan penuh terisi dengan keluarga di samping mengisi masa dengan kakak yang sakit.

No comments: