Pendarahan dan senggugut sekitar usia kandungan 5 minggu

 Setelah beberapa hari dilalui dengan senyum dan bayangan indah bersama suami dan insan terdekat, seterusnya saya Di-uji lagi. Pagi td(18/6/2011) bangun dari tidur ader pendaran warna merah gelap, coklat gelap dan cair. Panik. Bersihkan dan pakai pantyliner. Bermulalah rasa sengugut dan sakit perut ditambah membuang air besar berkali-kali. Hati dah gundah. Resah. Bertahan sehingga jam 10am. Darah kering dan sakit hilang kejap jer. Ingatkan nak tunggu malam baru refer DK @Klinik RH & K. Tapi ht minta disegerakan. Banyak klinik tutup hari jumaat. Diskas2 akhirnya decided pegi Pusat Perubatan Intan lps hubby smyg jumaat. Doc scan lagi. Dah tak nampak aper2. Ia kosong sekosong hati saya. Dah x nmpk imej sac tu. Sprptimana masa DK scan 3 mlm lps. Doc cakap tak de tanda mengandung dan juga tak de tanda gugur. Doc pusing2 calendar dia yg mcm roda more jutaria tu. Katanya sepatutnya usia kandungan saya sudah 7w.

Then WHAT?? Adakah 2 strip UPT adalah false positive? Dah banyak saya baca jrg/hampir xde UPT false positive. Even samar2, means mmg ader  kehadiran janin. Adakah imej scan dgn DK mlm itu juga imej yg fake? Macam lah DK x prnh scan org menagndung kan..its OK. Saya masih mampu menahan air mata dan perasaan. Saya tahu hubby boleh membaca airmuka saya. Tp saya pretend. Doc suruh tggu lg semenggu. Saya rasa akan tunggu 1 bulan lg. Kot. Sepatutnya DA nk scan saya rabu nanti(23/6/2011) time dah capai 6w. Sekarang saya dah konfius. Ada atau tiada.80-20. Hubby masih optimis. Dan saya cuba untuk belajar menerima hakikat sekiranya ia pahit melebihi hempedu. Scan: RM39. Ubat demam bonda RM29. Mahal 5iut.

Semuanya di tgn Allah SWT...Seandainya Allah mengizinkan kami terus senyum, EDD anak kami adalah bersamaan dengan birthdate hubby. 14/2. 2012. Adakah Allah izinkan sesuatu yang indah itu berlaku dalam hidup kami...

* Pagi esok saya akan retest urine.

No comments: