Recap 2013

Assalamualaikum..Maassalamah..Dah bunyi mcm 'laptop' Qushayyi dah entry blog mommy.
Diam tak diam dah di hujung 2013.

Dalam kelam kabut kehidupan juga 2013 menyaksikan kelahiran 2 permata hati yang ditunggu.
1. Muhammad Firas Al-Qushayyi - Feb 2013
2. Aimy Nurdeeni - Dec 2013

* tepek pic here

Gurauan saya pada bff Ayue akhirnya jadi kenyataan. Due dia hujung2 bln December. Bajet2 mungkin boleh sambut org baru bila tahun baru. Saya minta moga2 dia bersalin sama tahun dgn Q.

PRU 13 - Q at 3m-o

Nah tu dia kopipes trs dr ehr sistem
*Sorted by descending order
Ngessut hingga penghujung 2013, peruntukan cuti yang saya terpaksa gunakan. Betul2 dijimatkan untuk perkara-perkara penting. 2013 mencatatkan beberapa perkara besar dalam hidup saya. Ada kelahiran-kelahiran dan ada kematian-kematian saudara terdekat. Walaupun dalam senarai di atas hanya tercatat pemergian sepupu, namun 10 hari selepas tu, ia menyusul pula *pemergian ibu arwah sepupu tu. Isteri bapa saudaraku. Semua cuti digunakan untuk yang betul-betul perlu saja terutamanya untuk hal anak dan kesihatan/kemaslahatan ibu/keluarga.

Selamat Pergi 2013 ~ we'll miss u always..Ada kelahiran-kelahiran.Ada kematian-kematian.Ada penilaian-penilaian.Ada dugaan-dugaan.Ada kesibukan-kesibukan luarbiasa.Serba lengkap.
Selamat Datang 2014.Merangka masa depan.Masa depan berteraskan ummati dalam jiwa insan-insan baru.Jika usia kami tidak panjang, moga ada yang menjadi penyambung perjuangan.
2014, Kami sambut dengan taubat, kesyukuran, doa & pengharapan.

Perancangan Majlis Aqiqah+1st Birthday Party Firas Al-Qushayyi

Assalamualaikum loyal readers..cewah! ader kerw?

Tetiba datang mood teruja. Super teruja. Tak de duper.

Asalnya majlis aqiqah Q nak dibuat semasa dalam pantang hubby ajak buat, tapi memandangkan ada beberapa kekangan, terpaksa lah ditanggungkan ke tarikh yang bersesuaian.
1. Saya bersalin czer. 
2. Commited dengan urusan berpantang
3. Keadaan bonda yang baru kepatahan pergelangan tangan.


To be fair & square, tunggu semua orang bersedia dari segi fizikal & mental.

Masuk umur Q setengah tahun, phuuuu bz x hengat dunia, lebih2 lagi dalam menyediakan stok EBM. Vovoy kan isap banyak..oyeah! Dalam pada itu juga peralihan fasa Q perlu diberi makanan..Vaaavavah..tambah kelibut si saya mengejar masa yang berlalu terlalu fantas.
Haaaa alang2 dah genap setahun, mari compile majlis sekaligus. Jimat tu..
Plan nak buat of course lah hari weekend. Dan semestinya Jumaat supaya Sabtu blh berehat n kemas2.
Kebetulan jumaat tu pulak jatuh pada tanggal hari Lahir Ya Habibi My Hubby.
Senyum mmewek lah si dia...Macam kene top up kek dgn cuppy cake jer ni..
Nak juga tempek nama si Walid Q ye dok..

Okey, jgn memvevel x tentu arah, mari tengok perancangan apakah...

Mula2 cerita pasal tema.



Theme: Silver Blue
Pakaian anakanda Q, ingat nak yang casual jer..seluar silver, baju biru..tapi Walid nak jubah n kopiah..huuuu..dah 2X raya Q berjubah n berkopiah. Susah plk tu nak dpt size jubah Q. Yang dua2 tu pon TokMa beli kat  tanah suci.Whateva baju pon untuk Q nanti, mesti kain yang selesa n tak panas..Nanti punah mood dia..hhu

1. Kambing ~ Done janji 
Sista #1 will take responsibility.
Makanan lain ~ surprised lah..

2. Kek Birthday ~ Done tempah. 

Kek doraemon koot. Weh kenapa bukan Upin & Ipin. Sebab U&I 2 org..mesti mahal nak cipta budok 2 org tu berbanding Doraemon seekor. Eh! Seorang ..Eh orang ke ape...

3. Goodies
Kene ker..kene lah kot..saper bwk hadiah baru dpt goodies..haaa kedekut mak! Acah jer..goodies utk bebudak je kot. Dah tua bangka tak payah..hehehu
Mister suami ckp tayah ler gift2 seme tuh, tahlil je kot.
Sentap. Angan2 mati kat situ terosss. haha..
Tapi x pe la..namanya pun merancang..tgk nnt cemaner..

Goodies kene ade paper bag lah senang dan murah. Haaa murah tu fenting.


Dalam beg ni isi lah kalam roba ke..marsmallow ke..haaa..tuk bebudak kan..ikut nasib lah yer dapat apa2..

4. Air mineral
Untuk memeriahkan lagi ruang, susunlah air mineral, nak cari yang comel2 kecik2 jer lah tp gemuk..Ingat! Harga bajet..heeehe

5. Ballons
Haaaaa..mcm fenting jer..mcm kene ader jer...
Fenting untuk naikkan mood dengan serta merta.
Lebih2 lg mood bebudak under age...kalau upper age pun rasa nak meloncat, itu sudah lebey..haha

6. Deco-deco
Terpulang pada bajet, masa dan keadaan...





















Yani..buat cawan gitu jugok jom!!












Ader satu bende yg super duper favourite;
.
.
.
.
.
..
.
.
Dah tu, saper yg nak bertanggungjawab ni?


Q approaching month tenth

Assalamualaikum wbt!

Semakin malas nak update yo..Bukan malas tapi bz. Alasan yg mmg cliche. Bz dgn tugas hakiki. Bz dgn ngepam. Bz dgn part time biz. Dan lain2.

Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi memberiku nafas hingga saat ini..
Akan kupenuhi dengan kerja-kerja yang sebaiknya InsyaAllah sepertimana yang tertulis dalam amanah..
Walau otak penat tenaga diguna secara optimum ulang alik hantar-ambik anak jauh, namun rinduku dan semuanya terubat saat ini..



Masa berlalu terlalu pantas seakan singkat untuk kurakam kesemuanya...

Q juga blh pronounce dengan jelas "Allah..Akhbar"
Mula2 kami ajar dia angkat tangan untuk takbir..Time tu, qiam tangan kat tubuh belum pandai..
Kemudian dah pandai qiam tgn kat tubuh lepas takbir.
Kemudian hasil pemerhatian setiap hari, dah tiru perbuatan ruku' dan sujud.
Sambil-sambil tu kami dah ajar how to Du'a.
Just tadah tangan baca Bismilliah..kemudian amiin..raup tgn ke muka..
Dah ajor itu sajer, mmg dia buat laju2 la..haha..semua dalam 1 masa..
One more thing during mo observation, kalau buku bacaan biasa, dia hanya belek2 sambil mulut bebel2 action membaca..
Tapi bila dia ambil buku Yasin..dia bukak..konon membaca kemudian dia raup buku tu kat muka..
Allahurobbi, ada yang kami ajar, ada yang dia tiru berdasarkan pemerhatian.
Bila dia dengar Walid baca ayat-ayat suci Al-Quran dia mcm tau2 jer..then tadah tangan mcm doa..
Setiap kali lepas solat, time doa, Walid akan letak dia atas riba/pangkuan then tadah tangan doa sama2..


Kami berjanji sesama sendiri dan juga kepada Ilahi..akan membesarkan mendidik zuriat kami dengan cara Islam sebaik mungkin.. Memupuk kecintaan dia kepada buku2 dan ilmu.. Semoga memberi manfaat dalam hidupnya kelak..


Perniagaan

Sometimes, perniagaan bukan hanya untuk mengaut keuntungan di atas harga beli, tetapi menjurus kepada keperluan kewangan pada masa tertentu.

#mungkin-hanya-aku-yang-faham