Rutin check up 20w

Alhamdulillah,
Allah bagi keizinan fetus mama Leeda dah cecah 5 bulan. Subhanallah. Saya follow jadual check up macam biasa. Kebetulan hubby on leave, so hubby hantar and tunggu. Kebetulan pulak hari Ahad ramai jugak. Tapi tempoh menunggu macam biasa, kurang lebih 1 jam.

Saat paling gementar. Timbang berat! 3X jugak nurse tu suh saya naik. Mayb tak percaya dengan penigkatan berat badan saya. Dan keputusannya ialah berat bdn saya naik 0.5kg! sahaja. Okeyh! Cun. Tak ngeri mcm bln lps kan2. ;B

Kesimpulannya, jadual pemakanan saya sudah berkesan. Terutamanya on weekdays. Pagi sebelum msk kerja beli kuey mueh kegemaran. Makan sedikit-sedikit setiap 1 jam sekali atau apabila lapar. Hingga la balik keje. Sampai rumah baru makan nasi berlauk secara sederhana. Malam makan simple2 dan buahan.

Lbh krg 3 hari sebelum cecah 20w, Subhanallah dah boleh rasa gerakan baby. Bila buat check up kali ni, kene cucuk vaksin elak kancing gigi. next and last cucuk vaksin ni lg skali bln dpn.

Next, check up bab dental pulak. Malangnya gigi kanan atas sangat sakit, tak boleh guna untuk makan. Adakah selamat cabut gigi masa mengandung?

Check up pantau BP & Urine

Makanya hari ini Khamis, 20/9/2012 berakhirlah jadual saya ke klinik selang sehari kne check urine & BP disebabkan berat naik mendadak. Oleh kerana hari ni last day dlm jadual seminggu tu, kene la mengadap doktor. Doktor yg sangat baik je pun. Dr. Farhanaa la sapa lagi, yang lembut lagi solehah gitu.

Kat kaunter daftar dah cek BP. 100/70. Lepas check urine, masuk bilik doktor, check BP lg skali: dah jd 110/70. So far BP ok kata dr.farhanaa based on jadual seminggu tu. Doktor tanya dah rasa baby gerak ke? Dah rasa dah kan? .. Saya jawab rasa macam ada angin gerak2. Doktor kata rasa denyut2 gitu lar.. Dalam hati saya, ye lar tu kot baby gerak. Punya lar naif manusia ni kan. Doktor cek perut pula. Katanya saiz perut sesuai dengan usia kandungan, cuma berat bdn awk je lar naik cepat. Alhamdulillah walaupun perut saya xde la kelihatan besar sangat. Yang saya rasa saya kelihatan lebih 'TEMUK'! Its ok, lepas habis pantang berazam mahu jaga badan secara serius.

(Saya start rasa baby kicking dalam sehari dua ni baru. Rasa yang saya rasa agak pasti. Dan sejurus sebelum saya tulis entry ni, sambil-sambil blogwalking, baru rasa kicking tu makin jelas, dan perasaan saya macam..1 kegembiraan yang baru..i'm developing bonding feel with our own baby.. Subhanallah...Rasa dan perasaan yang saya tunggu-tunggu. Hubby banyak kali cuba untuk rasai baby, saya akan bagi dia rasa bila baby semakin kerap menendang..)

This coming Sunday, kene ke KD pulak untuk check up biasa. Entah berapa lar berat saya naik kali ni kan. Semoga tak terlajak la.

Next minum air gula, pada usia kandungan 28w.

Resepi Lontong Mabeles

Since i tried so hard avoid nasi, my hubby seems no life without the makanan ruji once in a day. Whatever happens, i need to cook something that i craving during last Ramadhan. I delay make it happen coz my hubby seems didnt interested to eat the so called home made lontong.

As always, i will try cook by myself any of my fav food. The super maveles lontong i ever ate was made by my 2nd sister. So that bersifu lah saya dengan dia. Nah! lama tak post resepi kat sini. Bukan apa, kedekut buzy + malas sikit.

Sebelum ni masa raya belajar buat gulai nasi dagang dari sifu segala sifu saya, bonda saya la, sapaer lg..

Kat sini mahu post resepi lontong saja lah, sebab too simple. (Bunyi malas betul nih).

Bahan2;

*Untuk tumis:
a.Udang kering
b. Lengkuas
c. Kunyit hidup
(a-c Tumbuk/blend halus)
Bawang besar - potong bulat2 saja

Santan
Kubis
Lobak merah
Kacang panjang
Fucuk keping
Suhun
#Tauhu
#Tempe

# Tauhu dan tempe potong cube dan goreng dulu hingga kuning.

Cara2;
Tumis bahan2 yang telah ditanda, then masukkan santan. Kacau2 hingga pecah minyak, naik bau, masukkan sayur2 yang telah dipotong, masukkan tauhu dan tempe yg tlh digoreng td, taruk ler sekeping asam keping, sedikit gula dan garam..Bila dah hampir masak, baru masukkan fucuk dan suhun.

Siap.

Sedia dimakan bersama nasi himpit dan sambal bilis.

Gambar akan dimasukkan kemudian jika terajin. ;)


Merubah pola pemakanan

Sejak bergelumang dengan tugasan yang bersusun, tak sempat sangat saya nak update diari kehamilan dari semasa ke semasa. Rutin check up the latest, yang mana masih berada dalam bulan raya, yang mana masih ada jemputan jamuan raya, kenduri bersusun, berat saya naik mendadak! 3kg per month! Sebaik sahaja melepasi tempoh alahan, itupun sudah memasuki bulan ke-4, saya masih naif dalam menguruskan perasaan lapar. Asal lapar jer, sebat apa yang terlintas. Kalau tak de makanan, pegi cari. Maklumlah bila musim bekerja, makan pun berjadual. Nasi biasanya 3X sehari. Kalau beli nasi berlauk tengahari, minta nasi separuh pun dapat macam 3 paruh. Last sekali mkn nasi tengahari waktu pejabat, saya hilang selera. Mungkin ada beberapa sebab yang kurang jelas. Semenjak berat naik mendadak ni, saya terus tukar pola pemakanan. Dari pagi hingga petang dalam waktu kerja, saya beli kuey mueh yang serba-serbi untuk makan sedikit-sedikit tapi kerap. Biasanya, sandwich sardin dan sandwich telur, roti sosej, laksam, dll yang faveret termasuk kuey mueh percuma seperti lempeng inti ikan dan karipap. Jika kehabisan stok, ada pakcik yang menjual kueh mueh jam 3pm setiap hari. So, tiada lg kerisauan keputusan bekalan makanan.

Walaupun berat naik banyak, alhamdulillah hB juga naik mendadak. Saya tak pasti adakah kerana saya kembali consume vitamin shaklee. Berikut adalah catatan perubahan hB saya selama beberapa bulan awal ni;

14.5
12.2
12.6
13.2

Daaaaaan, bila berat naik banyak bermula lah semula episod kene ambik darah lagi. Daaaaan lagi, kene 'melawat nurse' @KD Binjai Rendah selang sehari selama seminggu. Minggu ke-28 nanti kene minum air gula lagi. Saya akan cuba mengelat sebaik mungkin. Oiiii..air gula pekat likat sapa mau telan dengan senang..

Balik dari kerja, baru saya makan nasi sedikit. Malam saya makan simple2 dan kadang2 minum air je.
Semalam ader 1 jemputan kenduri jiran rumah(saya tak ikut), ada 1 kenduri belah suami, ada 1 jemputan jamuan raya kakak saya no2. Hari ni ada lagi 1 jemputan kenduri belah saudara saya.

Hopefully, bulan2 selepas ini berat badan terkawal. Tapi entah kenapa tekanan darah saya agak rendah berbanding biasa dalam minggu ni. Adakah kerana saya berjaga malam siapkan coding? Entah lah..harapnya masih normal.

Kisah cendol & nasi kunyit


Dah dkt tengahri baru makan roti sosej 2 keping, sedap, kenyang hingga waktu lunch. Jadi, solat zohor awal, baru keluar cari kedai nak tapau makanan. Bila dah stress dgn keje, mula la nk keluar pun malas. Tp bila ade symptom takut lapar sbnrnya takot baby lapar..keluar juga.

Nak elakkan nasi, beli kuey tiaw tom yam putih dan semestinya air faveret ice blended mocha. Jumlah rm8.50. lepas tu, lajak lagi nak cari cendol untuk bonda. 2 kedai taka da pon jual. Ni dah hari ke5 bonda puasa 6, saya rasa nak menangis sebab tak dapat jumpa cendol. Bonda saya sangat lah suka, nak2 bila puasa. Jadi, semestinya kene cari sampai jumpa. Oh air mata sempat bergenang waktu balik ke ofc semula tanpa cendol. Sebab pukul 3pm ader discussion project - penting.

Balik keje, dengan harapan tinggi singgah kedai yang tak jauh dari rumah. Alhamdulillah, ada juga. Jumpa cendol macam jumpa emas yg hilang jer. Balik dengan gembira. Sampai rumah Nampak nasi kunyit yang bonda baru siap buat. Gembira berganda. Allah Maha Mendengar, saya cuba kabulkan hasrat bonda nak makan cendol, dan dalam diam bonda buatkan nasi kunyit yang mana saya rancang nak buat sebagai tanda kesyukuran bila kandungan melepasi 4 bulan. Tengok-tengok bonda dah buatkan. Maunya bulan jatuh ke riba. Ibu saya buat juga bukan kerana saja-saja. Sebab dia sendiri pun ada hajat. Tapi dirahsiakan. Saya dengan prasantan nya hajat dia sama dengan hajat saya. Masa tu saya sempat beritahu hajat saya tu pada dia.Walaupun sangat stressed di office, hari ni balik rumah dengan hati riang. Alhamdulillah.
OK. Daaaa…


Middle pregnancy scan


Setiapkali membayangkan imej yang akan doctor tunjuk dalam paparan skrin, setiapkali itulah airmata saya hampir saja mahu menitis. Perasaan berbaur teruja, takut, gembira, bersyukur semua ada. Saya sampai di klinik besar bukit payong sekitar 8.30pg. Masa tu orang dah ramai.


Pendek cerita, 4 jam lebih saya menunggu. Saya tak tahu adakah kene tahan air kencing sebelum di scan. Oleh kerana kesilapan nurse yang jaga kaunter, terpaksa lah saya ke hulu ke hilir kerana tersalah bilik doctor. Perasaan masa tu, risau sebab lambat ke office dan rasa teruja dan segala perasaan tadi semua dah hilang. Sedikit nasib baik, saya bawak buku latihan IQ untuk isi masa menunggu. 2 kali masuk tandas.
Daripada orang ramai, tinggal sikit, pastu ramai balik, pastu tinggal sikit, baru lah giliran saya tiba. Masa tu dah jam 1 tengahari. Sebelum tu saya sempat tanya nurse di bilik rawatan 1, kenapa no giliran saya x dipanggil lagi, saya risau nombor giliran saya tercicir atau apa. Dia suruh tunggu lagi. Hubby sms suruh EL je sebab dah makan masa setengah hari.

Bila dah masuk bilik doctor, doctor tanya dah rasa ke belum pergerakan baby? Saya jawab belum. Apa yang saya rasa yang terbaru ni suma sengal2 sebelah kiri. Biasanya sebelah kanan. Tapi saya tak bagitau doctor rasa sengal tu. Malas.

Nurse suruh baring. Then Dr.Rasanubari ukur perut saya. Pergh, ganas juga doctor ni, sakit perut saya. Dia minta maaf. Orangnya sangat comel, bertubuh kecil. Dia mula scan. Untuk pertama kali dalam hidup, saya Nampak imej kepala baby. Doktor berusaha untuk dapatkan angel terbaik untuk ukur diameter. Saya memang berdebar-debar bila Nampak imej dan cuba memahamkan sendiri apa yang saya lihat. Kemudian dr.rasanubari menunjukkan kedudukan jantung dia yang sedang berdegup. Subhanallah, MasyaAllah..tatkala melihat ciptaan Tuhan, saya terus lupa perkara lain. Lupa semua apa yang saya nak tanye doctor. Terutamanya pasal jantina baby. Saya berserah je doctor nak bagitahu apa benda. Kemudian, doktor cari angle untuk capture gambar tulang belakang pula. Dalam pada tu saya boleh nampak baby macam tendang-tendang. 1st time mommy yang lain mungkin boleh elaborate perasaan masa tu dengan lebih baik lagi. Frankly speaking, saya rasa macam mimpi bila tengok video/imej zuriat sendiri. Allah Maha Pengasih.

p.s: baru baca blog orang psl perancangan untuk tukar pengasuh bila anak lebam, memikirkan jika anak sendiri air mata saya sudah bergenang. Kenapa kau Ida? Over imagine.