Lawatan Mengejut KPT

Banyak juga persiapan yang dibuat untuk penilaian dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi pula. Selepas MQA. Aku disebabkan tidak terlibat dengan urusan persiapan, so aku lebih fokus dengan urusan mengajar. Lawatan yang dijadualkan ialah hari Selasa bulan lepas 9hb. Dalam keghairahan membuat persiapan..rupanya kami telah diterjah sehari sebelum. Ouch!

Hari tu aku pakai jubah mekah hitam beading di sepanjang lengan dengan tudung syria chiffon merah. So, takde lah selekeh ok haha. So, kelas aku berjalan sepertia biasa saja. Berbanding debaran waktu penilaian MQA dulu, kali ni rasa lebih cool sikit walaupun lawatan penilaian KPT pun sangat penting sebab jika ada kesalahan di mana-mana kami akan didenda. Auwwww seriau semua..

Kami golongan pensyarah yang ada kelas kene mengajar hari tu bermula jam 11pagi semuanya bersiap sedia dengan bahan masing-masing..krip masing2 or whateva yang terbaik untuk dperhati oleh pihak penilai KPT. Grrrrr takut juga sebenarnya. Macam biasa KE akan aware lecturer mana yang ada kelas hari tu.
Bagi pihak aku, aku jarang juga nak mengangkut sendiri lcd atau nak suruh student amik..aku lebih suka mengajar sambil menulis/menconteng whiteboard. Sebab cara begitu lebih thrill kot haha dengan skill melukis aku yang failed so boleh killing the time dengan main-main lukis ahaks. As i told all my students, whateva yang aku tulis/lukis/ajar kat whiteboard, semua tu fenting nan! Bukan senang aku nak lukis2 ni kan..Tapi disebabkan masa lawatan KPT ni dah x jauh dengan exam mid-sem, jadi aku cuma perlu bilas semua ...recap balik semua yang ku ajaor dari awal sampai terbaru. Subjek hari tu yang terkena ialah Computer Interface Design. Nah! Content tak banyak sangat pun sebenarnya.
So, sejam kelas berlalu xde pun orang KPT masuk bilik kuliah. Tapi..ada la dalam 4 kali kot entah siapa duk buka pintu and jenguk yang salah sorg ialah our KE. Masuk jam kedua pun yang ditunggu tidak tiba. SO, kami assume mayb diorg tak jenguk kot kelas aku. Maknanya kelas2 lecturer lain kot yang diperhati. keh Keh Keh! Sekali..tup2! masa aku tengah duduk sambil mengajar..tetiba masuk pegawai2 KPT...ops..terkejut aku sambil bangun dan jemput diorg masuk. So aku teruskan pengajaran. Yang aku perasan aku nak sebut benda lain tapi gi sebut perkataan lain. Hopefully ia tak obvious sangat haha.
Lepas diorg keluar maka lega lah kami..Then teruskan pelajarana sampai habis..masa ayat terakhir aku mengajar tu..tup2! Eh masuk lagi sorang pegawai untuk snap picture. Allamak! Kelas dah abis sebenarnya ni..gawat. Sebab nak cover and nak berlakon masuk dalam gambo dia, aku duk ulang balik ayat2 terakhir mengajor hari tu. Adoih..Malu mak! Mak tak cantik nak untuk masuk gambo KPT. Mak redho..
Lepas dah kelas tu...kecoh la lecturer2 lain yang xde pun pegawai2 KPT masuk menilai and perhati kelas diorang. Eh! Begitu?

Makanya tahu lah aku bahawa KE point kat pegawai2 tu ke kelas aku jer. Nayer! Tak pe lah apa nak buat..hanya mengajar jer lah core tugas aku berbanding staf2 lain yang beban kerja diorg lebih bercapah bukan setakat mengajor saja.
Masalahnya takutnya aku andai aku tersilap di mana-mana tak de lecturer lain yang dapat cover.
Hopefully takde lah yer.

Load Balancing

1 Oktober 2015 - makanya bermulalah semula ruang masa sebulan untuk menyeimbangkan antara tugasan di pejabat/kolej dengan urusan rumah/anak-anak/emak-kakak/family. Permohonan kerja masa fleksibel mommy dah lulus on da spot time apply seminggu yang lepas. Anak-anak sedang grow up dengan pantas. Family first right?Perhatian lebih dari insan-insan penting amat diperlukan masa ini. And aku tak nak rasa terkilan muncul. Atau bila anak dah melalui fasa tersebut aku tak nak ada rasa tak puas..Or at least aku dah buat yang terbaik, dah korbankan yang mana perlu untuk grab masa-masa penting sama ada dengan urusan kerja dan keluarga.

Hari ni hari terakhir mid-semester break. So, next week dah masuk fasa intermediate dalam pembelajaran. Aku dah sediakan lesson plan untuk subjek aku. Semakan kertas jawapan exam dah selesai. Cuma perlu tunggu re-exam untuk pelajarku yang kemalangan. Due date submittion semua markah exam pon lambat lagi. So, sekarang perlu kejar buat silibus baru untuk struktur program yang baru. Oh ya! Kami dah dianugerahkan akreditasi penuh untuk 2 program. Kedua-dua program yang aku terlibat untuk mengajar. Alhamdulillah sangat2. Selepas berbulan bertungkus-lumus dengan semua tenaga kerja kolej sebelum lawatan penilaian MQA..akhirnya kami berjaya dapat kelulusan penuh. *Remember that day I have to bring along si Tsaqiif Ahmad to Kolej? Sebagai pemangku penyelaras program, hari tu skedul aku penuh sampai aku tak tahu dari saper kepada saper Tsaqiif di passing2..haha. As long as i didn't heard the crying tone, thats mean everything is OK. Part yang paling errrrghh ialah sewaktu panel-panel melawat bilik pensyarah sebelah bilik aku, Tsaqiif Ahmad berada dalam tu! Kawan pensyarahku bidang solar yang sedang dukung and entertained dia..Aku yang berdiri belakang semua panel2 tu rasa macam...Duh! tepuk dahi. Ape panel tu cakap?.."Eh! Baby!..Tak pe..takpe...Teringat kat anak saya" . Fuh! We are human. Keadaan rare sebegitu bukanlah satu kesalahan. Even itu adalah hari penilaian BESAR bagi kolej. Terima kasih buat semua panel MQA.#throwback mula meleret.

OK-Daaaa..