Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Fuh!!!
Setelah bermenggu berhempas pulas..akhirnya terasa lega. Bahana MQA lah kan apa lagi. Semuanya memerlukan persiapan supaya berada pada tahap excel.

Nak tulis entry pasal MQA pon terasa mcm kne buat assigment pulok.

Ia agak memenatkan sebab aku mengajar 4 subjek. 2 subjek dari course digital anmasi dan 2 subjek lagi dari course software development. 

Malam penilaian course aku..hanya sejam aku dapat tidur. Kul 5 pg till kul 6..tu pon tidur2 ayam coz Taqiif Ahmad semakin kerap menyusu. Nasib baik siang tu geng aku buat kopi kampung pekat giler..haaa..gagah la aku berjaga review ape yg perlu.

Aku dilantik menjadi pemangku penyelaras program aku...tapi semua dokumen penting yg kne review n semak n lengkapkan hanya dilepaskan setengah hari sebelum hari penilaian MQA. Itu pon dah pukul 1ptg.Bayangkan ler..
Aku bukan xnak tolong tp sebaiknya serahkan tugas at least seminggu sebelum. Bila bg beban last minute mcm ni, paham2 la cabarannya. Aku pon ada anak-anak kecik yang perlukan perhatian. Sampai masa ken balik rumah aku kene balik. Tapi, tak ramai yang paham benda ni. Kecuali orang2 yang yang bekerja bersama-sama aku.

Dulu aku cuma lecturer part time. Apa yang aku tahu cuma pasal keje aku dan subjek aku saje. Bila tiba2 kene pangku tugas orang lain macam2 benda yang aku kene catch up dalam masa yang terlalu singkat. Apa pun cabarannya aku terlalu berterima kasih kepada rakan-rakan kerja yang banyak menolong dan back up aku dari belakang. Moral of the story, tak payah lah buat keje sorang2 sebab kita hidup berkumpulan. Kerja kita biarlah ada orang lain yang tahu dan aware, sampai masa apa2 jadi pada kita orang, ada rakan yang tahu dan boleh back up.

18 & 19 Mac 2015 MQA utk DDA. Aku kne stamby untuk dipanggil interview tentang subjek2 yang diajar.
Waktu ni aku dah letih berdebar. Ni waktu tunggu luar bilik meeting. Tunggu untuk dipanggil masuk. Tak lama lepas tu, berkat doa kitorg he he..jadual jadi berubah-ubah dan kitorg tak yah masuk mngadap sorg2. Yiiiiha!!
Kitorg pon bergumbira lah dalam office nun di hujung sana. Then KE masuk and sebut2 nama aku psl nama aku naik dlm sesi panel3 DDA dgn student. Apehal ek? Terpinga-pinga. Rupe2nye subjek2 web yang aku ajar menjadi antara subjek faveret pelajar. Lagi lah aku terpinga and pelik. Abaikan lah. Kemudian ada 2 org student perempuan dtg kat aku yg tgh tadah air. Dia cerita psl tu jugak. Aku pelik n tak tau nak ckp apa melainkan terima kasih.
Then kebetulan hari tu aku ade kelas yang kene ajar. Macam biasa lah aku ajar. Takde lakonan pon. Haha. Entah macamana tetiba diorg melawat bilik kuliah aku ... OK la redho...Aku diberitahu Prof tercari-cari profile aku, harusss lah xde dlm rekod DDA sebab aku under DSD.

Waktu makan tengahri..tiba2 Prof cari lg yg mana satu aku..pastu suruh makan n duduk dekat dia. Langsung kne interview haha..aku wat joke n ckp..eh saya x jd nak makan! haha..Prof ckp jgn la mcm tu..ni positive interview jer.. Aku amik nasik n lauk sket je la..mmg konpom seriau n entah aku kunyah xde rentak. Lembut je Prof tu tudung labuh suka senyum. Sebelum diorg balik...sempat lg bergambar dengan pengiring diorg iaitu Puan Mini Othman. Klate mari. Harussss lah cantik.





22 & 23 Mac 2015 Hari penilaian course aku pulak. DSD.

Lebih menakutkan Kalau sebut je SLT, jam kredit konpem otak aku terus block. haha. Tak pe la.belum tau lagi soalan2 cepumas Prof Wan Azizun. Redho je la jika kelu or gagap. Aku kan cuma bidan terjun. Tu je alasan yang tak blh blah.

Seasonnya gambo!