Hari Ibu? Halal ke Haram?

Saban tahun mesti ade perbezaan pendapat tentang hukum sambutan hari ibu. Tiap-tiap tahun jadi isu. Kalau hari valentines tu ye lah ramai orang yang paham..aku jugak yg x paham2. Sambut jugak. Memanglah, sebab tu harijadi lakiku. Hueh3! Dah tua2 ni takde la nak sambut sangat pun, cuma bagi hadiah je.
Balik ke pangkal jalan nak cerita pasal hari ibu. Sudahnya orang tak paham2 jugak hukum sambutan hari ibu yang sebenarnya. Termasuklah aku! Tak paham jugak hokey. Dalam tak paham2 tu aku tak sambut pun. Reason? Aku tak tau pun tarikh hari ibu tu bila. Wahkaka. Siyes.

Seorang hamba Allah nak ucap hari ibu hari ahad. Dia dengar ustaz cakap ucap/sambut hari ibu = haram. Dia tangguhkan nak wish pd hari selasa. Isnin mak dia koma, selasa mak dia dijemput Allah SWT. Dia agak terkilan dan sangat marah dengan ustaz tersebut.

Persoalan...kenapa nak tunggu date hari ibu tu baru nak call/wish kat mak? Kenapa tak hari2 sebelum tu? Apatah lagi bila mak sakit. Aku rasa andainya kita selalu call ibu tanya khabar, skali seminggu ke, 2X seminggu ke, 3x seminggu ke atau tiap2 hari ke atau 2minggu sekali ke. Tak kisahlah janji kita selalu tanya khabar ibu,bapa sendiri. Kalau kita buat macam tu mungkin....mungkin kadar keterkilanan tu kurang terasa.

Saya menulis bukan atas dasar saya masih tinggal dengan ibu. Bukan sebab itu. Saya memahami keluhan rakan2 yang berkerluarga dan tinggal berjauhan dari ibu bapa. Saya pernah juga berjauhan. Seawal umur 13 tahun saya sudah berpisah. Masuk sekolah asrama di negeri berlainan. Hampir setiap kali bila bas akan bergerak tinggalkan mak dan negeri tumpah darahku, saya menangis. Perasaan bagai disiat-siat saat melambai mak. Maka menangislah saya seiring dengan bas bergerak. Kat asrama, selalunya public phone memang selalu ada penggayut. Kalau tak ada orang tu maknanya phone tu tak boleh gunalah tu. Wehu! Bila ada peluang, saya akan call mak.

Tiba2 teringat pasal kawan asrama. Malam tu dia kol mak dia. Dia ckp wiken tu rasa nak balik. Kuantan-Jengka tak jauh mana. Tapi, mak dia nasihat, tak yah la balik. Dia taat. Dia tak balik. Pg esoknya, saya cari dia kat dorm dia, dia takde. Ahli2 dorm dia bgtau dia balik kg. Mak dia meninggal sebelum subuh hari tu. Ya Allah!! Ada yang bagitahu masa kawan saya ni dapat panggilan dr ahli keluarga, kawan saya menangis kuat sangat dengar sampai atas. Sedih tak terkata. Sangat2 sedih tak dapat nak tahan.

Lepas abis skolah menengah, saya matrik pulak di negeri lain. Melaka. Jauhnya dari Terengganu. Oho! Demi pelajaran saya okay saja. Saya redah. Matrik tak lama. Setahun lebih2 sikit je. Dekat2 nak habis matrik, maka isilah oleh kami borang-borang UPU. Saya terdetik untuk memilih kampus di tanahair sendiri untuk sambung pengajian. Orang ikut minat, saya ikut tempat. Wehu! Maka pilihan pertama saya adalah course software engineering kampus by the sea. Kenapa software eng? Kenapakah? Ingat senangkah? Saya tahu ia satu cabaran sebab saya sudah belajar asas programming semasa di matrik. Sebab itu saya yakin untuk teruskan juga walaupun saya juga ader minat dalam bidang2 lain tapi pada masa tu saya tak nampak peluang. Dengan izin Allah pilhan pertama saya sangkut. Alhamdulillah, dekat dengan mak. (Sebenarnya jarang balik rumah sebab bz konon dengan course.) Kampus hanya beberapa minit dr rumah sista #2. Jd, cuma sering muncul di rumah kakak je, buat aktiviti haru biru kat situ macam main bakar2 ayam..bbq.

Selepas berakhir 3 tahun pengajian, saya cuba2an bekerja dengan kompeni oil n gas kepunyaan kwn baik abang ipar di kemaman. Bermula kembali episod berjauhan dari mak. Maka tinggallah saya dengan sista #3, selama 8 bulan. Saya dah bosan hidup di Kemaman, saya mula mengorak langkah ke kota metropolitan. Saya nekad untuk kejar cita2. Bukan company sekarang menyekat cita-cita saya tapi saya tak dapat 'feel' kerja yang saya nak.

Hiduplah saya di Kajang. Tak jauh dari rumah abang #5. Pun tak ada feeling sebab sunyi hidup di Kajang. Tak best. Bila dah bosan, saya nk break bekerja dan sambung belajar. Nah, hiduplah saya di tengah2 kota kuala lumpur. Beberapa minit jalan kaki dari KLCC. Menyewa bilik sama dengan kawan Terengganu, yang sama2 matrik di Melaka dulu.

Lps tu dapat praktikal di Shah Alam. Nah kau, makin jauh. Tapi dekat dengan rumah abang #9. Tinggal dengan dia.Habis praktikal dapat kerja di bangunan yayasan selangor, tak jauh dari HKL. Walaupun tinggal dengan family abang, saya semakin merindui mak, rumah, negeri sendiri. Apatah lagi mak saya hidup sendirian bila kakak-kakak semua bertemu jodoh. Saya sebagai anak bongsu mula panas punggung memikirkan semua ini. Saya mula merisik-risik kerja di tanahair dari kenalan2 lama. Dalam seminggu, ader la dalam 3X saya akan call mak. Saya akan cerita atau cakap apa saja. Saya tak kisah atau berkira berapa banyak duit untuk kredit, yang penting saya dengar suara mak.

Oh! sungguh dan serius director dan manager enggan lepaskan saya pulang bekerja di tanahair. Ah! Tak kira, saya terpaksa, Rezeki dah datang, saya kene pulang ke pangkuan mak. Bila dah hidup dengan mak, tak kiralah hari apa pun, kalau saya nak bagi hadiah, saya tak tunggu harijadi mak,  atau hari ibu. Bagi saja bila2 pun. Sebulan skali bila dapat gaji. Apa yang saya amalkan ialah saya cuba penuhi apa yang mak saya harapkan. Ala, bukan benda2 bsr pun..

Tahun ke2 saya bekerja di negeri sendiri, pd satu pagi saya dpt sms dr kwn baik sejak sekolah rendah.

"Ida, mok aku ninggal doh..".

Mata saya terbeliak baca sms tu. Terngiang-ngiang suara mak dia time kitorg lepak2 rumah dia masa abis waktu sekolah. Saya terus kol kwn ni. Saya ajak sorg kawan ofc pergi melawat jenazah. Sampai2, muka kwn saya sembab, bengkak, mata merah, dia tengah mengandung 7 bulan anak pertama..

"Ida, dok dang mok aku nk tgk ank aku..."

Oh! Azura...(sesungguhnya kesedihan ini tak mampu buat aku berkata-kata lagi.). Saya hanya mampu menggosok-gosok belakang bdn dia. Kami masuk baca Yasin. Dia pun baca lagi sama2 saya dan kawan office. Time saya baca, saya tak dapat nak tahan sedih. Menangis dalam diam, takkan saya nak menambahkan airmata kawan baik sendiri. Sebelum kami berpisah untuk kembali ke pejabat, tiada kata-kata yang mampu saya ucapkan. Waktu bersalam, saya hanya memandang matanya dalam2, sayu, redup. Perkataan sabar bukan lagi terbaik dan tidak cukup untuk saya ungkapkan. Saya peluk dan gosok2 lagi belakang dia.

Sesungguhnya kawan2 baik saya sungguh kuat dan tabah. Sebab itu Allah uji dengan ujian berat. Dan Allah menggantikan dengan nikmat yang lain pula.

Berbalik ke topik asal. Jadi haram ke tak sebenarnya sambutan hari ibu ni? Entah.

Pada pendapat saya yang hina dina tak pandai agama sangat ni, sebelum sambut hari apa2 pun, kita kene tahu sejarah dulu. Kalau date tersebut takde sangkut paut dengan agama bukan Islam, its OK. Else, janganlah tebeng. Takot tersasar akidah. Jangan kerana nak menghargai ibu sampai akidah terpesng. Ingat, niat tidak menghalalkan cara. Dan tak ade darurat pun yang menyebabkan kita kene jugak hargai hari ibu ON THAT DATE kan. Banyak lagi hari2 lain kalau nak ambik bulan yang sama pun. Saya malas nak research pasal date hari ibu tu. Keluarga saya sambut juga kebetulannya bukan pada date tersebut, tapi asalkan ibu kami berkunjung ke daerah anak2 anak tinggal. Jd, mereka ambik kesempatan utk raikan. Sambut hari ibu tu tak ada salahnya bagi saya namun membesar2kan tarikh itu mungkin jadi masalah akidah SEANDAINYA tarikh itu berkenaan sejarah yang jauh dari agama kita.

Jump to conclusion, tak perlu nak tunggu date hari ibu (yang dicipta/ditentukan oleh org bukan Islam) tu, pilihl a hari lain mana2 hari yang kita suka, kene dengan masa lapang kita dan kita sepakat dengan ahli keluarga, adik beradik untuk meraikan mak kita. Kaaaan?




Reschedule Pengambilan Shaklee Vits

Stil writing about shaklee products. Oleh kerana saya sudah menambah GLA complex dlm skedul, mula lah rasa macam argh..pening nk telan mana 1 sebab lecithin pon kene mkn 3X sehari as well as GLA.


  • Lecithin 2biji: 7am (b4 breakfast)
  • Vit B comp: 9am(after breakfast)
  • GLA comp: 10.30am(tea break)
-------------------------------------------------------------
  • Lecithin 2biji: 12noon(b4 lunch)
  • GLA comp:  (after lunch)
  • Vit C: 2pm(after lunch)
-------------------------------------------------------------
  • Lecithin 3: 5pm(b4 dinner) - dinner noramlly @6.30pm
  • Vit E: 9pm(after dinner) - replace GLA coz x leh amik together
Rules: 2L air masak/kosong at least!.oh oh oh..

To be added soon: ESP...oh oh oh..once again i'm trying to put on hope on protein powder. 2X percubaan hanyalah membawa kepada pembaziran semata-mata.

Ini hanya skedul percubaan. Sedangkan org lain blh trn brt bdn makan lecithin slps mkn brt, xpe saya cuba ambik sblm mkn brt nak tgk menjadi ke tak.

Skedul Pemakanan Vitamin Shaklee Set D

Saya sudah start terlupa to temping. 2 hari sudah terlepas. Rasa hanya mahu temping around O and 2nd weeks of DPO. Nah! Suka2 hati je menculaskan diri dalam 3rd cycle ni.

Tak kesah la masa ni suhu berapa pun, yang pasti today, Im trying to reschedule pengambilan vits shaklee. Here u goes;

  • Lecithin 1: 7am (b4 breakfast)
  • Vit B comp: 9am(after breakfast)

  • Lecithin 2: 12noon(b4 lunch)
  • Vit C: 2pm(after lunch)

  • Lecithin 3: 5pm(b4 dinner)
  • Vit E: 9pm(after dinner)
To be added: GLA complex. Huwargh..bila pulok mahu sumbat dalam table? Aiyomma..

*Bonus:
12midnight: Vitex 

Warkah pertama buat anak

Salam Sayang,
Hari ni(bukan hari ni je) mama tak boleh nk fokus kerja. Walaupun esok mama kene train internal users untuk guna system. Mama dah prepare pun awal2 silibus. Otak mama rasa serabut sebab tak sabar nak pindah office lagi, segala urusan kerja mama akan buat secara simple. Tapi, lately semakin berkecamuk fikiran dan emosi ni. Mama cuba minimizekan perkara2 yang mama perlu lupakan sementara waktu/let it go. Bila mama rasa tenang dan bersemangat, segala permasalahan kerja yang susah mama berjaya selesaikan sendirian dengan izin Allah of course. Dalam keadaan sekarang, mama blur tak tahu nak repair yang mana 1 terlebih dulu. Banyak lagi part-part yang susah mama kene betulkan mengikut keperluan syarikat yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Bila sistem ini sentiasa mengalami perubahan, ia sukar diistihar sebagai sebuah sistem yang matang dan tidak layak untuk dijual kerana dikhuatiri system spec semakin berbeza dengan keperluan standard organisasi.

Sayang,
Pg td mama pergi klinik. Mama sampai office awal dari biasa. Walaupon cuaca sangat gelap, mama berdoa semoga Allah lancarkan urusan yang mama rancang. Walaopon hujan lebat sekalipun, mama akan pergi juga. Alhamdulillah, Allah izinkan. Staf klinik beritahu, kbtln hrni doctor akan sampai lewat. Mama tak aim pun klinik lain yang mama tak biasa. Jadi, I decided to wait until 10am. Luckily, doc arrived @9.30am. Mama syukur. Mama jd patient yang pertama pagi ni. So, tak sempatla mama nak baca pamplet berkenaan blood test yang mama ambil kat kaunter ubat.

Mengikut penerangan staf kat kaunter tadi, darah bukan diambil dari jari, tapi dari urat sama ada dekat nadi atau urat lengan tempat biasa ambik derma darah. Jumlah darah yang diambil ialah 3 botol kecil. Banyak juga,  terkejut mama. Walaupun mama dah biasa derma darah tapi sedikit ketakutan tu tetap ada.

Mama plan untuk buat blood test hari ini. Setelah consult dgn doctor, doctor sarankan mama terus refer hospital. Diskas punya diskas, doctor bg mama last chance untuk ambil clomid (dengan pertambahan dos). Now, mama akan amik 10mg per day. Mama dah tekad sayang, apa2 jadi pun pd kesihatan mama, mama redha. Yang penting, mama sentiasa berusaha untuk 'mencari' dirimu dalam hidup mama & abah. Doc yang biasa mama pergi tak jauh dr rumah tu tak berani untuk tambah dos pada mama. Dia risau ovari mama bengkak. Sebelum sambung clomid sblm ni pun, kene scan dulu.

Sayangku,
Abah tidak pernah mendesak mama, cuma mama yang sentiasa mendesak diri sendiri. Setiap kesedihan abah, dia suka pendamkan sendiri. Dan mama juga sentiasa belajar untuk telan semua kesedihan tanpa menunjukkan kelemahan mama terutamanya di depan insan-insan yang mama sayang. Mama perlu kuat sekuat abah, secekal idola-idola mama.

Sayang,
Daripada mama bernukilan sendirian entah siapa yang membaca coretan mama, lebih mudah jika warkah ini ditujukan khas buatmu. Tak kisahla orang yang ingin tertawakan setiap kelemahan mama baca coretan mama, itu urusan dia dengan Allah. Apa yang mama pendamkan selama ini bagaikan menjadi mudah dengan membayangkan anak@anak2 mama akan membacanya kelak. Walaupun hakikatnya mama tak pasti adakah Allah SWT akan izinkan kita berjumpa. Mama tetap akan menulis di sini. Supaya kamu lebih mengenali siapakah diri mama, abah dan semuanya yang mama pernah coret di sini.

Sayang,
Ini adalah template yang paling mama like! Fresh dengan buahan. Mama tak suka makan buah. Tapi sangat sukakan jus. Terutamanya Juslira. Ha3. Mama suka jus buah, jus sayur. Mama suka blend campur2. Lepas mama tahu jus carrot+epal hijau boleh mengurangkan brt bdn. Time kelapangan, mama selalu blend carrot, epal hijau, tomato dan apa2 saja yang mama fikirkan menyihatkan. Nek chek dan abah pun suka minum jus yang mama buat. Bagusnya kalau dapat minum setiap hari. Mama dah belikan epal hijau lagi 2 hari lepas. Tapi belum blend lagi. Mama bz blend lada kering sajer. Nanti, pedas pulak jus epal hijau mama. Hehe. Itu yang mama rendam blender lama sikir dengan air sabun tu.

Sayang,
Mama mahu kamu tahu..mama tidak pernah berhenti dari terus 'mencari'mu. Jauh atau dekat. Cepat atau lambat. Kamu datang pada mama yer?

BBT 2nd Round Game

With;
Vitex
EPO
4X Jogging
Lumiglow

Explanation temp after O;
Peningkatan agk kurang mendadak compare to 1st game.
But this is still not beauty temp.
Beauty temp will rise slowly n steadily..(fandai la sangat??!! Huwa3)
The constant temp in a week really driving me nuts! Its not good at all.
Better than 1st: Bold red line. No more rocky. More days of ewcm during f window attempt O.

*Check out next! Different effort targeted different outcome.

Tomorrow will be an important day for me.
Will story later(andaiku mahu...).
Tata!

Agak-agak bila kita buleh kapel??

Tajuk tak bleh blah. Cuma memetik dari lawak Zizan. 5-5. Save the date of declaration the 1st stage of special relationship. ;B Pada waktu kejadian, si dia sedang mengajar kelas malam. He called me masa break. Sempat lg tuh! Time tu antara degupan jantung paling kuat i guess. Selain degupan jantung kecil-kecilan semasa tempoh perkenalan. Huwa3. tmi! Engaged on 8-8. Plan nak kawen on 12-12 tp memandangkan officemate ader yang nikah on that date, jadi kami tangguhkan ke CNY. Belasah je la time cuti panjang sikit. Apalah sangat kan, tarikh omputih je. Tak de maknanya.

BBT 1st round game

Baru sebulan setengah main game BBT. The 1st cycle memang amat mengujakan dan stressed! + sleep deprived. Boleh tu terjaga 2,3X dalam 1 mlm. Next cycle which is the current cycle, lebih tenang dan disiplin.



Buat ulasan sendiri tentang kelemahan dan kekuatan dalam 1st game ni;
  • Sangat berombak. 
  • Tidak ader raising patern yang meyakinkan.
  • Seolah-olah ID pada 7dpo. (ID mught be happen between 7-10dpo)
  • Gangguan tidur dan mimpi yang ketara.
  • CD normal
  • LP normal

2nd game chart will be release very2 soon!




Anak: Bahagia atau derita?

Ketepikan dulu bab resepi. Itu cuma tuntutan nafsu makan perut sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan pilihan. Pilihan untuk mempercayai berita-berita atau momokan2 fitnah di zaman kerosakan iman umat zaman kini. Semakin maju dunia, semakin rosak akhlak dan keimanan manusia. Terbaru, remaja 15 tahun menikam bapa sendiri sehingga terkorban dengan 2 bilah pisau. 2 bilah kawan2!!!! Bukan 1. Ini manusia yang bernama anak atau apa??Saya tak tahu label apa lagi anak sebegini. Jangan gembira dan bangga sangat dengan adanya anak. Kelak belum tentu lagi mereka akan jadi apa. Dan jangan kecewa sangat hidup tanpa anak. Ibu bapa berkorban segalanya untuk anak. Tapi, hari ini anak telah mengorbankan bapa sendiri. Yang mencederakan ibu sendiri lebih banyak lagi. Nauzubillahiminzalik!