Countdown

Nak countdown ke countup? 3 hari je lagi..sampai lah pada tarikh yang dijangka. Edd: Jumaat ni, 2410-2014. Esoknya 25hb awal Muharram 1436 Hijrah. MasyaAllah, indahnya timing jika itu masanya adik Qushayyi tiba dalam keluarga kami. Esok cuti deepavali (insert big YEAY here). Khamis sehari lagi kalau tak de aral kalau aku masih rajin nak menapak tangga office pun. Kawan aku Timah Hussin penat dah jolok emosi aku suh amik mc, amik mc. Aku bukan tak suka mc, tapi aku malu kalo bila aku mintak kat doctor gomen/swasta nanti tak lepas. Susah plak nak mc berselang-selang hari plk ni. Dah tak cuba mana nak tahu lepas ke tak kan? Bab malu ni menggunung-gunung lah. Drive sendiri. So far bagi aku walaupun dah saat genting ni, Allah bagi xde masalah lg, blh tekan minyak n brake lg, cuma suntuk juger lah perut bila nak baiki2 kedudukan pemanduan. Hubby hantar anak and tugasannya at town, sblm maghrib g amik anak kat umah sis area airport, blk umah biasa dkt Isya baru sampai umah. Jalan lain-lain arus. Jauh pulak kalau nak pegi sana sini sama2, pening nanti. In case kalau aku sakit time hubby xde, aku blh minta tolong sesiapa drivekan aku ke hospital, tak payah nak tunggu encik suami datang ambik aku, ape2 hal time is vital, right? Aku tak nak nanti dia kalut berkejar nak ambik aku ke apa nanti, sebab semua beg dah ready siap2 dlm kete yg aku guna. Ape-ape hal semua tak boleh nak jangka.

Mr. SA cuti hari ni. Lawasss seh! Aku masih menunggu tugasan baru jika sempat dihadam sebelum cuti bersalin. Tapi belum dapat. Aku rasa dia pun tak sampai hati nak suh aku siapkan di saat genting ni haha. Ye ker ye ker kalau dia kesiankan aku. 

Hari ni masih melalui routine check up selagi tak branak. Hati sejuk turutkan saja sebab lately yang handle kes aku ialah JM yang super lembut n baik hati n boleh tergelak bila2 masa jer. Ayat dia..selagi tak beranak, awak kene dtg check up yer..saya cakap baik-baik ni..saya tak reti nak marah-marah orang..sebab klinik ni sangat pentingkan patient. Mulai saat tu plan aku nak buat nakal malas g check up terus padam. Check-up2 ni semua bbukan untuk diorg, untuk kebaikan aku dan baby jugak kan..so teruskan saja. Harga yang perlu dibayar ialah, tahan lah telinga dengan nasihat dan soalan yang berulang-ulang-ulang supaya kita tak lupa. Katanya JM roza tu harini, kepala baby dah engaged, dah bawah sangat dah ni..orang kata dah masak (ranum) dah..betul-betul tunggu masa je ni. Aku senyum2 n iya kan saje lah. Lepas tu dia kata, mungkin juga boleh jadi overdue jugak kalau yang 1st dulu overdue/postdate. Berdasarkan pengalaman orang lain, over ke tak overdue, tak boleh nak jangka. Semuanya atas ketetapan Dia. Teringat kata-kata seseorang. Allah menetapkan kita lahir pada tarikh sekian-sekian bukannya sia-sia. Ada lah sesuatu rahsia disebaliknya.

Selepas melepasi tempoh yang sepatutnya musim alahan, aku ada tulis pasal kalau dapat alahan di hujung pregnancy pon xpe jer. Harung sajalah. Bukan benda yang boleh nak elak2. Rupanya betul bila kesihatan aku agak merosot bila 36 weeks ke atas, buat aku risau. Selesema dan batuk yang teruk. Batuk tu batuk lelah. Bukan batuk ringan. Kawan aku cakap tu satu bentuk alahan jugak. I see. So, aku kene usaha supaya sembuh cepat2 sebelum due. Tekanan di situ. Batuk tu terjangkit pada Qushayyi. Tambah cobaan lagi. Q batuk, demam & selesema. Batuk dia pun ala-ala spesen dengan aku jugak lah. Bila dia batuk, minum susu mesti muntah. Bila demam, makan tak lalu. Susu tak jadi darah daging. Ohhh, anakku dah slim! Pipi dah tak chubby. Sedihnya..peha dan betinya pun menyusut sikit, sebelum ni aku suka ramas2 and usap kaki dia sebab rasa dah besar dan pejal. Aku sendiri tak la rasa demam pun, cuma batuk dan selesema tapi suara memang hazab bunyinya lain macam, lama pulak tuh. Ambik ubat homeopati, memang dapat sekali ubat demam. Aku telan je lah. Tapi jadual mkn ubat kelaut. Makan bila terpaksa. Lepas tu, lepas makan apa2 makanan mesti rsa lidah semacam. Rasa x sedap and kne bilas dgn something makanan yg lain bg hlg rasa x sdp tuh.

Gambar Hiasan

Rasanya takat ni saja coretan menjelang hari bersalin. (Kalau ada masa boleh selit entry lagi ). Entah bila pula boleh menulis di ruangan ni lagi. Sebenarnya ader juga entry lain tapi rasa macam dah malas nak mengarang, mood kelaut. #nervous. Sebab masih nak buat revision last minute. ;) Oh! macam tak percaya juga kami bakal berempat jika diizinkan Allah..Rata-rata ramai juga kawan-kawan yang tahu kesukaran aku dulu2 untuk pregnant and terkejut coz now hanya menunggu masa kelahiran kedua.  #cuaksangat! Amanah ke-2 dari Allah yang tidak terjangka secepat ini. Qushayyi bakal berteman. Alhamdulillah atas percaturan & perancangan Allah.

Di kesempatan ini, aku memohon maaf pada semua yang mengenali jika peristiwa2 mengandung & melahirkan ini boleh menyakitkan mata, jiwa raga orang lain, apakan daya aku cuma melalui fasa-fasa kehidupan aku sendiri, jika itu boleh menjadi kesalahan pada kalian, aku tak berdaya berbuat apa cuma mengharapkan Allah berikan yang terbaik buat aku dan kalian juga. Amiin.. #bukansalahibumengandung



Hadiah dari syurga

Alhamdulillah, malam tadi ada saudara bertandang ke rumah untuk order set kesuburan Shaklee. Pasangan ini dah beberapa kali membuat rawatan IUI dan pernah melakukan IVF. Respect sebab memang golongan macam kita tak boleh sesekali berputus asa. Selagi ada ruang, peluang dan kemampuan, usaha mesti diteruskan juga.

Aku bukanlah taksub hanya dengan sesuatu usaha sahaja. Semua usaha yang termampu patut dicuba. Kalau kita suka memandang remeh petua atau saranan orang tentang usaha ini, siapa yang rugi kan..mana tahu usaha yang sekecil-kecil boleh membuahkan hasil yang sangat diharapkan.

Teringat ceramah Ustaz Dr. Mohd Zulkifli Al-Bakri tak lama dulu..kisahnya..ada sorg lelaki yang rajin ke masjid. Dalam satu tempoh, dia tak nampak sahabat itu di masjid untuk beberapa ketika. Pada suati malam, kawan tadi hadir semula ke masjid. Namun, ada sesuatu yang mendorong sahabat ini bertanya pada kawannya. Ada sesuatu kekeruhan dan kerisauan di wajah sahabat dia. Maka sahabat ni pun bertanya akan masalah lelaki ini. Namun, lelaki ini berat untuk menyatakan masalahnya. Tapi dipujuknya oleh sahabat ini kerana jika mampu dia ingin sekali menolong meringankan beban yang ditanggung oleh rakannya itu. Kemudian, lembutlah hati kawannya itu untuk menceritakan masalahnya.

Ceritanya begini..dia dah lebih kurang 10 tahun berumahtangga, namun masih gagal untuk mendapat cahayamata. Mereka baru sahaja pulang dari mendapatkan rawatan di luar negara. Wang bukan menjadi masalah mereka dalam apa saja usaha. Doktor-doktor pakar yang merawat mereka memberi keputusan bahawa, peluang untuk mereka mendapatkan zuriat darah daging sendiri amat tipis. Ini lah yang amat menyedihkan lelaki ini selepas pulang dari rawatan luar negara. Hati manakah yang tak berat untuk meneriman tamparan ini..Kemudian si sahabat menasihati kawannya yang sedang bersusah hati ini..katanya..

Wahai sahabatku..
kenapa kamu terlalu berpegang dengan kata-kata manusia?
Sungguhpun mereka berilmu, mereka pakar dalam bidang mereka, tapi mereka tetap lah manusia bukan? Bukankah kita sepatutnya bergantung paling utama pada kuasa Allah SWT melebihi dari makhluk yang lain?
Lelaki td hanya mengangguk-angguk lemah.

Jadi, apa lagi yang sepatutnya aku usahakan? soalnya menunjukkan walaupun bersedih namun semangatnya sangat kuat dan tidak menyerah kalah dengan situasi.
Maka, sahabat ini menyarankan supaya solatlah malam. Bangun solat malam. Berdoa bersungguh-sungguh meminta hanya pada Allah Yang Maha Berkuasa dengan penuh keyakinan. Semua pemberian hanyalah dari Dia. Soal zuriat ini adalah antara kita dengan Allah, sahabatku..bukan manusia. Jika Dia memperkenankan doa kita, maka Dia akan memakbulkan.

Allahu..kawan yang tadinya tersangat lemah dan susah hati kembali bersinar air mukanya dengan harapan dan tekad untuk bersungguh-sungguh meminta dari Yang Maha Kuasa. Dengan izin Allah jua, akhirnya pasangan ini Dikurniakan zuriat yang diidamkan selama ini setelah menuruti nasihat sahabatnya itu. Alhamdulillah..
Cerita dan bait ayat kisah ini bukan direka-reka oleh aku tapi ia hasil cerita dari Ustaz Dr. Zulkifli sendiri..

Apa pun usaha yang kita giatkan, kita letakkan kebergantungan utama pada Allah SWT..namun jangan pula sesekali menunggu hasil datang bergolek tanpa sebarang usaha dan putus asa...Aku selalu berpesan pada customer-customer aku, kita hanya berikhtiar, Allah jua yang menentukan hasilnya...

Erti kebahagiaan yang sebenarnya ialah bukan pada harta benda atau apa-apa hajat yang kita yang makbul, yang kita dapat, tetapi pada taqwa iaitu kerendahan hati kita untuk bangun solat malam *berbicara dengan Tuhan*. Nasihat Ustaz Zulkifli dalam satu video berasingan..Allahukahbar...



Ending kisah beranak sulung: Post-natal


End up with emLSCS. Allahuakhbar..


OK last, last.
Lepas ni focus nak vbac plk.



Part 3:

 The procedure

Gagahkan diri tengok procedure ni atas dasar terlalu ingin tahu keadaan Q masa tu. Video ni agak terperinci berserta dengan penerangan.

Kalau planned LSCS aku rasa tak la secemas kes-kes emLSCS disebabkan fetal distressed, segalanya perlu dilakukan dengan cepat dan berhati-hati.
Tepat jam 5.49ptg ahad 17 feb 2013, Qushayyi berjaya dikeluarkan dan disambut oleh seorang doktor wanita Islam. Dgn skor APGAR Cuma 3/ 6. Tulisan warna merah pulak tu! 5 minit kemudian baru skor apgar tu dpt catatan normal  iaitu 9/10.

Disebabkan Q lahir sekitar waktu melawat, hospital agak sesak dan suami melalui proses yang mencabar untuk menguruskan apa yang patut sebab baby kemudiannya dihantar ke wad bayi tingkat 6 untuk dipantau secara rapi dan dipasang oksigen selama 24 jam.

18 feb 2013, isnin .. lebih kurang jam 6pg aku dikejutkan oleh staff nurse dengan suara lembut dan sopannya..
"Norlida…Norlida..bangun..kjp lg kene mandi"..Selepas 14 jam aku sedar bila nurse kejutkan. Subhanallah..Alhamdulillah, hidup lagi aku..

Selama waktu hampir bersalin sehingga habis berpantang, aku selalu terfikir, andainya Allah menjemput nyawa kita waktu tu, ia adalah sebuah kematian syahid..MasyaAllah..

Nak kata rasa tidur yang panjang tak juger kot. Entah lah.. Aku diberi penerangan psl mesin ubat PCA. Kalau aku rasa sakit, nurse suruh picit je button kat tgn then ubat thn sakit akan mengalir masuk dlm bdn melalui jarum yg dipasang kat tgn. Nurse pun tunjuk contoh dgn tekan sekali. Tak rsa apa kot. Lepas nurse beredar, aku rehat kejap menenangkan diri hadapi reality..Alhamdulillah aku masih dapat bernafas, buka mata..aku tgk jer alat2 yang dipasang pada aku. Beg urine pun masih terpasang. Lepas tu aku try picit button tu sajer nak test sendiri plk walopon x rasa sakit. Lepas tu aku x tekan2 dah. Kemudian nurse tu dtg lg, eh tak luak pun ubat mesin ni, awak x tekan ke? Tak rsa sakit ke? Saya jawab dalam lemah..skali je tekan. Tak rsa sakit pun..nurse mcm pelik jer. Kemudian dia tanggalkan urine beg yg dipasang, dan tolong aku bangun, turun dr katil, naik wheelchair ditolak ke bilik air dipesan itu ini. OK, baiklah, aku ikut semua arahan.
Part mandi lepas pembedahan ni, aku cover2 jgk la x bg kene tempat operate, terbongkok-bongkok . Berapa cm? Jangan tanye sebab aku x pernah ukur hingga ke hari ini. Cuma rsa x pnjg mana, ajaib jer cmne baby boleh dikeluarkan. (tu pun aku rsa ajaib sedangkan org beranak cara VD lg ajaib dengan kuasa Allah kan..) Seram oiiiih! Dah la tengah lembik xde tenaga, lemah gemalai, slow motion semua dlm keadaan berhati-hati menikmati cuaca sejuk dini hari menjelang subuh sunyi. 

Aku ditukar ke katil posisi tengah sikit, lebih dekat dengan tempat nurse mayb untuk pemantauan. Siang tu, my sis #1 and abg ipar dating melawat. Kebetulan aku dahaga yang amat abang ipar turun balik carikan air mineral. Hari ke2 bff suami and wife dating melawat kat wad. Dlm msa 2 hari ni aku mmg rsa lemah yg teramat suara antra keluar ngan tak bila sembang dgn diorg. Kemudian ader rsa naluri sesuatu yg sangat berlainan, tak mampu nak explain kat sini. Antara diri sendiri dengan Tuhan..dalam lemah2 tu sembang, rupanya aku TERcakap yang…seriknya sakit beranak, tak nak beranak lg.. kwn abg n wife Cuma senyum2 n gelak2 je. Rupanya dalam hati dia cakap..alah..tgk la nnt x lama lg ader pulok! Rupanya masin mulut dia..dia cerita balik masa jumpa raya baru2 ni. Oh! Sangat memalukan aku rsa hahaha, tak sangka la aku blh ckp camtu pd diorg. Ye lah time teringat sakit mana nak ingat kan..
Disebabkan aku emergency LSCS(emLSCS), aku kene full bius memang x sedar pe lah, suami pun tak boleh temankan, aku masih sedar saat dia salam n cium dahi aku sebelum tinggalkan aku dalam operation theathe tingkat 3. Sejak lepas sedar dari operation tu, aku mengalami 1 perasaan yang amat bingung!  Banyak sangat rasanya soalan dalam kepala ni..
Mana anak aku?
Selamat ke anak aku?
Aku dah betul2 jadi ibu ke?
Bingung sangat.
Depan aku aku 1 file perubatan bersama dgn buku pink rekod pregnancy n kelahiran. Aku belek2 file tu, entah apa yang aku baca dlm tu cari info yang aku nak. Kemudian aku belek pulak buku pink dengan teliti muka-muka surat akhir.
·         
Berkali-kali aku tatap tulisan2 kat mukasurat tu. Bersungguh-sungguh. Tapi kebingungan tu masih terasa. Rasa kosong! Rasa tertanya-tanya lagi. Sampai la masa aku dapat jumpa suami. Dia asik cerita pasal anak kami. Sebelum dapat jenguk aku dia sempat 2x pergi jenguk anak kat tgkt 6. Dalam kepala aku … anak? Anak kita? Kita dah ada ank? à bingung lg! muka aku terpinga jer. Kuat betul ubat bius..hua3. lepas tu aku ditukar lg posisi katil. Kali ni makin dekat dgn kwsn nurse, and katil2 pun tak banyak, hujung arah selatan. Kemudian, jiran2 yang dah lepas operate tanya, x g menyusu anak ke? Dah pegi tgk anak? Aku bingung lg. menyusu? Suami sebenarnya tunggu aku dah ready and time2 tu jgk aku ajk jumpa anak.  Suami amik wheelchair and kami trs ke tgkt 6 wad bayi. Bz jgk sbb mmg waktu melawat time tuh.
Perasaan sepanjang perjalanan menuju ke tempat ank…..?
Ya Allah..berdebar-debar…aku teringat kata-kata kwn baik..dia kata..pertama kali tgk anak hati berbunga-bunga macam nak g jumpa kekasih! 

Eh , aku x rsa mcm tu pun. Aku rsa seram sejuk lain macam jer ni. Dengan soalan2 dlm kepala ni.
Mamcamana la ank aku tu yer..cerah ke gelap sangat ker..sihat ke..dari cerita suami, semuanya OK. Nak jumpa baby msg2 kene ikut giliran. Punya la ramai parent yg tujuannya sama mcm kami. Mana satu lah anak aku ni..lepas sorg2 baby aku perati dlm cube dia. Tertunggu-tunggu lg dlm debaran yg tak sudah! Bila dah dpt tu..aku tatap dia..cepat2 kami pergi bilik menyusu. Aku tak sabar untuk ajar dia menyusu dan kenal aku supaya dia tak canggung nanti. Ya Allah..suci murninya bayi ini hadiah dari syurga. Lapar ke dia..pertama kali aku kendong..agak kekok sebab tangan kanan aku masih ade jarum terpasang, begitu juga tangan si anak. Ape pun aku gigih usaha bagi susu badan. Tangan2 kami bersimbung, jarum kat tangan kami berlaga..baby menangis..aku pun hampir!  Itu kali pertama sesi ibu-anak jumpa. Dia belum kenal aku..aku sedih! Nak isap susu pun dia tak pandai lg n refused. Kemudian, kami nak hantar baby semula pd nurse..lepas dah letak blk baby dlm tmpt dia, aku mcm keberatan nak melangkah pergi. Suami aku tanye kenapa..aku kata..eh kang tertukar nanti mcmn.. ..(blh plk aku terbuat lawak mengong gitu dlm blur dlm betul bendul muka ni..) suami aku kata eh mustahil lah .. jgn la bimbang..anak kita ada tanda..(dia pun bls dgn lawak juga tp muka serius..) ya, Qushayyi ada tahi lalat besar tepi dahi kanan. 

Aku blk ke wad dgn hampa x dpt susukan anak. Ok la at least dh dpt jumpa. Its ok, diorg jaga aku pon risau mcmn la nak jaga sndri dgn keadaan diri still lemah lg. malam tu sekitar jam 10mlm..baby sampai kat aku..dlm hati x putus berdoa moga baby tenang n tak menangis..suara dia nangis kuat oih..malu nak..kesian org nk tdo mlm2 huhu..dlm msa yg sama aku slowly tp gigih nk ajar dia latch. So dr mlm tu lg kami berduet berlatih. Aku ikut semua yg ketua nurse ajar. Slowly q cuba. Untuk colostrum keluar akan mkn masa hanya jika baby betul2 sedut dengan kuat dan cara yg betul. aku pon terlupa dpt tdo ke x mlm tu..bila siang..my sis #2 dtg. Dr pg q bnyk kali nangis sebab laporrrr..x dpt susu dgn puas lg..susu pon x bnyk lg..mayb setitik dua kot..tempoh ni agak stress sebab aku mcm give up..minta nurse bg susu tepung..janji ank aku kenyang n senyap..nurse marah n paksa aku susukan ank dgn susu bdn…we yank aku lapar kot..aku sorok2 suh kakok bwk botol n susu fm jenama anmum yg aku dh stamby awl2..agak2 ank nangis kuat je..kami bancuh sorok2..bg baby minum..hahaha..x kira janji ank aku  xlaporrr…
-        
Ade sorang makcik muda yang temankan anak dia katil sebelah tegur aku. Dia kata makcik tgk awak ni gagah je uruskan anak lepas pembedahan. Makcik dulu 2 hari lps bedah tak leh bangun lagi.
Oh ye ker makcik..terkedu saya..aku senyum. (Dah memang 3rd day dah time tu.. )

OK la abis cerita di sini...

*taipnya dah lama, baru rajin nak post.

I want to have VBAC!

 *Saya dinasihatkan tak boleh guna term struggle for vbac. Ia belum cukup positive dalam mind setting.

Masa semakin mendekat..38 weeks by tomorrow.

Mula lah kenangan lama mengusik jiwa..mengacah-acah...menakut-nakutkan..hahaha..Dulu kwn ada tanye sblm dia beranak n dia tak smpt merasa sakit contractions..dia tanya sakit mcmn..sng jwb n dgn kadar nak mengusik...mcm nk mati kottt! itu jwpn kejam namanya.

Cerita pun dalam keadaan xde la feel sangat sblm ni and banyak slot penting yang terlupa.

* Masa duk push2 tu tak tubik2, lps doctor senior rodok2 korek2 nak capai kepala baby..doctor senior tu geleng2..doctors, MA ade diskas nak vacuum/forsep ke? Doktor senior tu jawab saya tak berani then dia cepat2 suh sign untuk czer. For the sake of the 'golden' baby.

* Dalam labour room tu xde pon ayat quran/doa utk memudahkan bersalin sepertimana yg diwar-warkan org..jam dinding bulat jer terbentang, serupo jam dinding kat masjid waktu aku nikah ader la. Sangkaan awal meleset.

* Dalam aku menahan kesakitan tu, sempat lg si hubby tanya doktor..boleh ke nak minta darah tali pusat baby? Doktor jawab..kat hospital ni tak buat..

* Kemain la aku bawak mnyk and air selusuh ke dalam LR, tp tak diberi minum pun. Mungkin prosedur kerajaan tidak membenarkannya. Mungkin. Sangkaan awal meleset.

* Apa yang aku harapkan time dalam keadaan sakit contractions tu..ialah..adanya org2 tersayang yg menemani..gosok2 ker kan wpon tau dh xkan hlg..at least ade moral support n ect..tp selalunya kesakitan aku menggila time2 mlm sunyi sepi..peliknya time siang cam steady je, sakit x serius..

* Beberapa hari lepas deliver via c-set ni kan..ader satu rasa down gitu. Seolah-olah diri telah gagal dalam sebuah perjuangan yang agak dasyat. Seolah diri berada di bawah satu takuk yang orang akan pandang rendah. Kemudian ader satu suara hati yang lain back up..alah whateva janji diri ini dah jadi ibu kan..dua2 selamat..sihat walafiat jer. So what...perlu ke nak ada perasaan double standard tentang cara kelahiran?
 ....................................
Lupakan yang lepas.
Full stop.
Qushayyi pun dah mula pandai nak cakap macam2. Nak bina ayat. Memang tak paham dah.

Jadi, selepas pengalaman lepas, lepas check up O&G dgn Dr.Nasir n dia ckp blh deliver normal, means ada cahaya semangat di situ. Lepas join group ICAN/VBAC, memang banyak ilmu kat situ tapinya..banyak yang against hospital procedures. Kene keringkan hati in case kene marah atau dpt tentangan sesiapa termasuk midwives/doctors/MOs. Bersediakah aku utk only listen to self instinct?

Checklist;
  • squat
  • naik-turun tangga
  • makanan sunnah
  • keep fit
  • work with gravity
  • walk a lot to loosen the pelvis
  • jgn ke hospital terlalu awal
  • lakukan senaman yang perlu
  • make sure tenaga cukup
  • makan cukup, tdo cukup
  • elakkan campurtangan ubatan sampingan mcm induced/drip dll   
  • tekad

WHAT??? 300X? 30 kali pon aku tak sempat buat, Q mintak dukung..  
Let it happen naturally!
May Allah make it ease..amiin.







Hello October 2014!

Fuh!
Alhamdulillah...lega!
Take a brake jap.
Breath deeply...

Sempat habiskan mengajar silibus untuk satu lagi subjek. Kiranya dua-dua subjek dah selesai ajar dan selesai quiz sebelum cuti panjang bermula. Hanya sikit-sikit lagi tugasan hakiki kat pejabat bahagian debuging kene handle. InsyaAllah, on track.

Almost 37 weeks now. Ok, still ade yang pelik tengok saya masih galas bag laptop pastu nak panjat tangga kolej plk walo 2 tgkt sajer. Alhamdulillah, masih sampai ke kelas. Tapi untuk final kelas hari ni tak bawak dah, haha. Tumpang note kat laptop student lah sajer jawabnya. Tak berbaloi nak galas lagi. Outfit hari ni blouse kelabu plain paras peha, seluar hitam straight cut lycra. Dah bosan kot oitfit biasa and lama sgt dah tak pakai seluar. *Note that ramai sangat yang tegur perut kecik jer. OK then. Sampai dah tunggu masa ni pun masih ada yang tak perasan ada isi yang tak lama lagi akan pop out.

Bila nak beli keperluan si adik je, asyik terfikir keperluan si abang..haish la..pening mak! Bedding set untuk baby cot adik pon belum beli lagi. Nasib baik mattress dihadiahkan oleh bff mommy since primary school. Alhamdulillah, rezeki adik. Makan masa jgk nk cari bedding set online yang 7 pieces dengan harga yang tak melampau.

Apa yang kami belikan untuk Q pun based on keperluan dia memandangkan untuk alih perhatian dia dan juga nak ganti balik mainan2 yang rosak yang dia obses mcm balls. Selalunya lepas mommy solat Isya' Q akn menyelit dalam baju solat mommy buat2 ala2 khemag badwi kot. Kadang lama juga kene layan dia duk dlm tu sampai berpeluh-peluh mak n anak, tp dia suka. Konon la nak alih perhatian dia, so mommy belikan baby tent dengan harapan dia x pandang dah segala khemah2 jenis lain.

Walid tanya memang sengaja pilih design mcm khemah BUMBA?
Jawapan: Ini je yg plg murah. Lalalaa..





Rupanya sangkaan kami meleset. Q masih lagi nak masuk2 dalam pakaian solat mommy. Haih, layankan sajer la.. I accidently found bumba video and Q really love the series entah dalam bahasa ape la..magico..magico..mayb if ada rezeki ambik tema BUMBA plk utk 2nd birthday Q, 3 bln stgh dari skrg.  Memandangkan kecenderungan Q macam aku: main hoki...walid pon beli lah set golf untuk dia. Banyak sangat yg Q warisi dari aku termasuk sukan. Kalau pegang raket, nmpk mcm pukul bola ke dinding. Squash ler tuh!

One thing yang kami hanya merancang, perancangan terus berubah seiring dengan masa. Nampak gayanya, kene tunda Q masuk taska hingga tahun baru 2015. Kene molek daftar sama-sama dengan adik! Aaargh tak dapat dibayangkan. Kalau masuk hujung2 tahun memang membazir duit yuran jer. Lagipun mommy dah bercuti panjang dari keje. Hmmm..Biar lah Q homeschooling dulu buat smtra waktu ni...

I have no idea bila Q ni dh reti action2 nak jd cikgu. Siap tunjuk2 flash card kat dinding n ajar cousin dia yg lbh kurg saiz sama dia. Hmmm..
Vocab Q pon dah bertambah. Suka la meng-ajuk/ikut org sebut. Cuma yang kelakar bila aku ajar sebut...

Aku: "Maaaaa-miiii!"
Qushayyi: "Ne-nek!" 

One more thing mcm amazing plk aku blh baca buku yg agak tebal tu..dengan kekangan masa yang teramat..itu pun dah pulun baca x kira mata celik jam berapa..sebab buku pinjam. malas nak pegang lama2. sbnrnya tggl bbrpa mukasurat je lagi x sempat nak baca, kekangmmg aim nk abiskan baca sebelum bersalin. Tajuk buku tu..malu nak tulis..tapi ia berkisar mengenai seorang tokoh. Dan ia ada kene mengena dengan nama anak kam yang bakal lahir nanti InsyaAllah..mungkin jika ada masa terluang aku boleh berkongsi apa intipati dan kesimpulan yang aku dapat dari pembacaan buku2 ala motivasi sebegitu. lepas ni cadang nak beli buku propethic parenting pulak. moga berkesempatan membaca! amiin...

Adios..daaaa!