Aku bukanlah taksub hanya dengan sesuatu usaha sahaja. Semua usaha yang termampu patut dicuba. Kalau kita suka memandang remeh petua atau saranan orang tentang usaha ini, siapa yang rugi kan..mana tahu usaha yang sekecil-kecil boleh membuahkan hasil yang sangat diharapkan.
Teringat ceramah Ustaz Dr. Mohd Zulkifli Al-Bakri tak lama dulu..kisahnya..ada sorg lelaki yang rajin ke masjid. Dalam satu tempoh, dia tak nampak sahabat itu di masjid untuk beberapa ketika. Pada suati malam, kawan tadi hadir semula ke masjid. Namun, ada sesuatu yang mendorong sahabat ini bertanya pada kawannya. Ada sesuatu kekeruhan dan kerisauan di wajah sahabat dia. Maka sahabat ni pun bertanya akan masalah lelaki ini. Namun, lelaki ini berat untuk menyatakan masalahnya. Tapi dipujuknya oleh sahabat ini kerana jika mampu dia ingin sekali menolong meringankan beban yang ditanggung oleh rakannya itu. Kemudian, lembutlah hati kawannya itu untuk menceritakan masalahnya.
Ceritanya begini..dia dah lebih kurang 10 tahun berumahtangga, namun masih gagal untuk mendapat cahayamata. Mereka baru sahaja pulang dari mendapatkan rawatan di luar negara. Wang bukan menjadi masalah mereka dalam apa saja usaha. Doktor-doktor pakar yang merawat mereka memberi keputusan bahawa, peluang untuk mereka mendapatkan zuriat darah daging sendiri amat tipis. Ini lah yang amat menyedihkan lelaki ini selepas pulang dari rawatan luar negara. Hati manakah yang tak berat untuk meneriman tamparan ini..Kemudian si sahabat menasihati kawannya yang sedang bersusah hati ini..katanya..
Wahai sahabatku..
kenapa kamu terlalu berpegang dengan kata-kata manusia?
Sungguhpun mereka berilmu, mereka pakar dalam bidang mereka, tapi mereka tetap lah manusia bukan? Bukankah kita sepatutnya bergantung paling utama pada kuasa Allah SWT melebihi dari makhluk yang lain?
Lelaki td hanya mengangguk-angguk lemah.
Jadi, apa lagi yang sepatutnya aku usahakan? soalnya menunjukkan walaupun bersedih namun semangatnya sangat kuat dan tidak menyerah kalah dengan situasi.
Maka, sahabat ini menyarankan supaya solatlah malam. Bangun solat malam. Berdoa bersungguh-sungguh meminta hanya pada Allah Yang Maha Berkuasa dengan penuh keyakinan. Semua pemberian hanyalah dari Dia. Soal zuriat ini adalah antara kita dengan Allah, sahabatku..bukan manusia. Jika Dia memperkenankan doa kita, maka Dia akan memakbulkan.
Allahu..kawan yang tadinya tersangat lemah dan susah hati kembali bersinar air mukanya dengan harapan dan tekad untuk bersungguh-sungguh meminta dari Yang Maha Kuasa. Dengan izin Allah jua, akhirnya pasangan ini Dikurniakan zuriat yang diidamkan selama ini setelah menuruti nasihat sahabatnya itu. Alhamdulillah..
Cerita dan bait ayat kisah ini bukan direka-reka oleh aku tapi ia hasil cerita dari Ustaz Dr. Zulkifli sendiri..
Apa pun usaha yang kita giatkan, kita letakkan kebergantungan utama pada Allah SWT..namun jangan pula sesekali menunggu hasil datang bergolek tanpa sebarang usaha dan putus asa...Aku selalu berpesan pada customer-customer aku, kita hanya berikhtiar, Allah jua yang menentukan hasilnya...
Erti kebahagiaan yang sebenarnya ialah bukan pada harta benda atau apa-apa hajat yang kita yang makbul, yang kita dapat, tetapi pada taqwa iaitu kerendahan hati kita untuk bangun solat malam *berbicara dengan Tuhan*. Nasihat Ustaz Zulkifli dalam satu video berasingan..Allahukahbar...
No comments:
Post a Comment