Harga sebuah ikhlas lebih tinggi dari keindahan dan kesempurnaan

if i have no chance to tell my kids some day, i wrote here...

and somebody who read this will spread.

"cerita seorang guru agama bernama ustaz Abdul Samad (Allahu yarhamuhu). Beliau menceritakan kepada saya, seorang sahabat pernah membangkitkan azan yang dilaungkan oleh saidina Bilal kepada Rasulullah s.a.w. Katanya, azan saidina Bilal tidaklah fasih dan suaranya pun tidaklah merdu.

Justeru, Rasulullah s.a.w. memberitahu Bilal supaya tidak melaungkan azan waktu subuh nanti. Kerana, si pulan akan melaungkannya. Saidina Bilal tanpa soal terus patuh kepada pesanan Rasulullah itu.

Apabila matahari terbit setelah subuh si pulan itu azan, malaikat Jibril turun bertanya Rasulullah, kenapa manusia di bumi tidak azan pada subuh tadi. Jawab Rasulullah, kami telah azan. Jawab Jibril, kami para malaikat dan penduduk langit tidak mendengarnya pun.

Maka, Rasulullah menyuruh si pulan itu supaya tidak melaungkan azan dan meyerahkannya semula kepada Bilal, hinggalah baginda wafat.

Demikianlah harga ikhlas saidina Bilal. Laungannya yang tidak fasih dan tidak merdu, tapi dapat didengari hingga ke alam malaikat. SubhanALLAH Syed Omar Syed Ismail"


MasyaAllah..
MasyaAllah..

tears!!!

Meroyan

Naik bulu roma - seram bila baca tulisan pakar perbidanan pasal meroyan. Dulu pernah nak share pengalaman pasal ni tapi tak cukup yakin dan berani. Cumanya masa tu saya nak kita semua ambil langkah berjaga-jaga dan jangan terlalu yakin kita semua sihat mental and emosi..eh! ayat semacam jer.

Time tu saya baru keguguran kandungan pertama. Saper tak sedih kan. 2 thn setengah usaha. Tapi saya malu nak bersedih bagai nak rak. Sebab lepas jer kejadian keluarga abang pertama terus datang jenguk. OK, malu nak menangis. Buat-buat tabah je la. Menangis air mata darah pun, benda dah nak jadi. Hanya menaruh harapan Allah akan bagi peluang dan rezeki di masa akan datang.

Dalam sela waktu yang lebih kurang tu, my sis #6 bru melahirkan baby no3. Saya yang keguguran, tapi dia yang terkena bahana ni. Saya sedih la sebab saya berpantang tanpa baby, dia ada. Allah bagi hikmah, lepas saya sihat(keadaan keguguran saya macam period & senggugut biasa. Saya berpantang tak lama pun. ) Jadi, Allah tentukan keadan begitu supaya saya dapat menjaga selama dia dalam keadaan tidak sedar. Dalam tempoh tu hanya yang tahu betapa menduga untuk menjaga dalam masa sama cuba 'bawak' dia kembali sedar. Suami dia keje di laut. Buat masa sekarang saya tidak berniat untuk cerita secara details. Bimbang mengaibkan. Cukup saya katakan Allah beri kami ihsan sebab perkara itu berlaku hanya sekejap lebih kurang dalam 2 minggu. Saya ada ambil beberapa hari unpaid leave time tu. Pastu my sis bayar balik, HAHA. Sebab utama - jauh dari keluarga semasa berpantang. Dalam waktu tu, terkena pula rengat. Saya nak kongsi dulu pun sebab saya rasa ia sangat serius, pengalaman yang sangat memberi kesan dalam diri dan keluarga.

Kalau kita perasan,
Patut pun kalau ader bende tak kene sket, terus orang tuduh sebagai meroyan.
Eh apesal dia tu suka marah2 orang jer? meroyan betul..
Dia tu cengeng sangat apesal, sket2 nak nangis, bende kecik jer pun. Meroyan ke aper..
Apesal dia tu asik suka cerita hal buruk orang je. ..meroyan kot.

Fuh! seram.
Ya! Aper saja situasi yang tidak sepatutnya berlaku berulang-ulang, dan diluar kebiasaan(nampak perkara biasa tapi dikategorikan sebagai tidak patut), sebenarnya dikategorikan sebagai meroyan. Nauzubillah!

Meroyan berasal dari tekanan. Tekanan bertambah-tambah. Bila masuk level serius, akan disertai oleh jin/syaitan.

Hari ni baca2 lagi..baru tahu..
Bila penyakit ini semakin ketara, seseorang individu akan mula rasa putus asa yang amat. Mula terlupa..terabaikan perkara-perkara yang sangat penting untuk dilakukan, diuruskan.

Saya juga terkejut, malas yang teramat sangat, adalah salah 1 sifat meroyan! kalao sekali sekala tu normal lah kan. Kalau tak pernah malas aku rasa macam alien la pulok. heks! konon perfect?! Hal ini juga banyak berlaku pada wanita berpangkat! jangan terkejut.

Keluarga kene hati2 and support mana2 ahli keluarga yang sedang berpantang. Bantu sedaya yang mungkin. Jangan buat apa yang mereka tidak suka. Utamakan keselesaan mereka yang sedang berpantang. Alah bukannya lama pun. 2 bulan jer.

Bagi sesiapa yang sengaja memberi tekanan atau tidak menghiraukan keperluan sokongan moral terhadap orang berpantang ni, ingat2lah..mungkin Allah akan tunjuk pada anda, betapa seramnya kes meroyan.

Semoga Allah menjauhkan kita dari perkara yang tidak diingini..amiin.

Catatan Kemajuan Qushayyi: Hijrah

Saya dan my bff ader berpakat untuk buat catatan peribadi tentang perkembangan anak. Sesuatu yang saya dah lama plan. Dan biasa saya tulis dalam blog supaya tak mudah hilang. Ada juga tulis dalam buku kecik. Buku kecik - almaklumlah. Takut lesap. Buku note kulit tebal pula nanti memberatkan handbag. Alasan.

23 Jun 2014

Hijrah.
Biasa la budak2 baya Iyash bila dah puas makan akan sepah2kan pulak. Sampai tempat tu jadi kucar lanar. Mana-mana parents yang nak pretend rumah sentiasa dalam keadaan kemas tu terpulang lah kan. Seme bergantung pada ketahanan kita n kepantasan untuk atasi seme tu. Kita pegang mop dia nak juga. Pegang penyapu nak juga. Amik penyapu lain, dia nak dua2. OK. Sabtu baru2 ni, mommy suap nasi pada Iyash. Ade skali tu dia tertepis tangan mommy yang nak suap dia, then tumpah la sikit. Terus dia pegi dapur amikkan penyapu. Datang balik tempat tadi dan maka dia sapu sendiri. Hmmm macam tu lah anak mommy, ok..pandai makan pandai la kemas. Hehe..xpe, baby step. At least dia tau apa yang patut buat.

Pagi ni, macam biasa lepas Walid dah siap2kan dia, mommy bagi susu, kami siap2 untuk berangkat ke rumah ibu abah. Masuk jer dalam kereta, Qushayyi tadah tangan untuk berdoa. Sesuatu yang dia tak pernah buat sebelum ni. Lepas tu baru dia lambai - tata pada Nek Chek. Sejuk perut bonda saya tengok gelagat dia. Saya pun terkejut. OK, anak kecil ini ingatkan kami supaya berdoa - sama2. Biasa walid baca doa naik kereta sorg2. Subhanallah,

Ya Allah jadikan anak kecil ini mengingatkan kami pada agamaMu..amiin

Catatan kemajuan Qushayyi: Ya Hanana..

22 Jun 2014

Gambar Hiasan ;B

Berweekend 2 hari ni banyak gelagat baru si Iyash kami. *Iyash adalah panggilan dr k.mimi pada Qushayyi.
Walid prefer bukak channel Al-Hijrah better than tv9 untuk Iyash tonton.
Rupanya dia dah boleh ikut zikir Ya Hanana..
bunyinya.. "Nananana...Allah!" part jerit ALLAH tu jelas je bunyi, kurang dh pelatnya.

Selain tu kami alihkan video2 kegemaran dia kepada yang lebih Islamic.
Lagu Bismillah. Bila tiba part syaitan berkot keluar nak hasut anak cucu nabi Adam, Iyash akan lari jauh sket. Bila syaitan dah lenyap lepas lafaz Ta'awuz, Iyash akan datang dekat balik. 'berani' betul ank mommy neh. Mayb sebab suara syaitan tu mengerikan. Dengan tertontonnya video ni banyak kali, Iyash dah boleh sebut Bismillah...walaupun tidak la jelas tapi kita boleh faham.

Petang semalam makcikku yang bongsu ada datang dr Banting. Mula2 memang Iyash takot sebab bad mood bangun dr tdo dekat magbrib. Bila mood dia dah ok, tak berenti dia joget depan TokSu, De n Kak Long Nani. Adoi la, malu nak.

Pagi ni, saya berseorangan hantar Iyash ke rumah Abah Ibu di eport. Walid ada urusan. Macam biasa kami akan selitkan botol susu tepi peha kanan dia dlm carseat. Bila nak minum jer dia mintak sebab mcm susah nak ambik sendiri. Terkejutnya lepas dia xmo isap dah, dia letak balik tempat sama. TQ anak. Dia dh x baling ke bawah seat macam biasa. LOL.

*Ceri-beri Iyash dah reda selepas amik ubat homeopati. Dengan izin Allah jua.
-air kelapa pure x jalan.
-yakult x jalan.
-selit2 dengan teh o pekat semalam dlm 3-4 tegur, lepas tu dia buat muka kelat, haha.


Fokus dengan amanah yang ditanggung


Makin panjang umur kita, makin banyak lah soalan yang akan ditanya di sana nanti.
Kerana semakin banyak tanggungjawab yang diamanahkan untuk di galas semasa hayat.
Tatkala kita rasa hopeless: Pejamkan lah mata dan katalah dalam hati: Ya Allah, aku serahkan semuanya pada ketentuanMu kerana aku hanya hamba yang tidak berdaya, hina lagi dina...berikan aku kebaikan hari esok dan seterusnya...

eh.. nak selit!
selamat hari bapa kepada Walid Al-Qushayyi & adik Q.
Jom kita galas amanah2 kita sama-sama.
<3

4 purnama

Purnama mengambang cuma berteman.
Bintang berkelipan dan juga awan. Siapa tahu…
Rindu yang mencengkam di hatiku.
Rindu dgn early movements. Sentiasa ternanti-nanti.
3 hari lg dah 5 purnama. Baru nak post. See..bzbee mommy..
Adik bilang mommy sayang abang jer. Asyik story pasal kemajuan abang jerk an. Eh! Mommy sayang dua2 lah. Dua-dua kan anak mommy and walid. Abang kan anak sulung yang mommy doa dan mommy bentukkan supaya dapat galas tugas2 mommy & walid untuk jaga adik and adik2 jika Allah nak bagi lagi nanti. Apa yang mommy and walid ajar pada Abang, mommy nak Abang akan ajar Adik pula nanti jika mommy tak sempat. Abang ada mommy and walid untuk belajar dar awal, tapi Adik lagi bertuah sebab Adik ada Abang juga, kan? Gap umur Adik tak jauh dari Abang so that mommy nak Adik jadi best friend dan cermin juga pada Abang. Apa yang mommy angankan sejak dulu lagi Allah Taala makbulkan iaitu Adik hadir cepat untuk bersama-sama dengan Abang temani hidup mommy and walid. Mommy nak Abang & Adik macam kembar dan sehati sejiwa, setidaknya menguatkan antara satu sama lain Jadilah perisai yang utuh untuk keluarga kita. (See..adik baru separuh jalan dalam rahim mommy, mommy dah pesan berjela. )
1st pregnancy, cukup 5 bln bru dpt rasa btl2 mcmn baby beraktiviti kat dalam. Awal-awal tu mommy agak bz nak kene study database juga untuk sistem baru. Tiap kali mommy bukak database, tiapkali tu la Abang gerak2 kat dalam. Abang minat database macam mommy la tu…
As per my last year reading, next pregnancy kita akn dapat rasa lbh awal..yep it’s true.
Masuk 16 weeks mommy dah start rasa macam angin bergerak dalam perut. Kalau pegang dengan tangan belum rasa lagi time tu. Makin lama semakin obvious dan now 18 weeks dan boleh rasa dengan tangan.
hB even ok then up then maintain then down but it still in good state, over 11. Masa scan baru-baru ni, mommy agak terkejut sebab Adik sangat aktif kat dalam sampai susah doctor nak buat ukuran. Doktor kata susah nak ukur sebab baby duk tendang2. Mommy senyum sebab teringatkan Abang dulu elok jer duk diam-diam masa doctor ukur. Dalam hati terdetik masa tu, ni adik terpengaruh sebab asyik kne tendang dengan Abang.

Sian Adik tapi Adik kene kuat sebab Abang tengah aktif. Masa Abang dulu boleh la mommy manjakan dia dalam perut sebab semua orang risau and nak Abang selamat datang ke dunia, lagipun Abang kan Abang..xde rakan sebaya nak tendang-tendang lagi. So, mommy tau Adik lagi kuat and may Allah bagi Adik survive dengan sihat hendakNya..amiin..

Keletah abang Q dah macam2 sangat. Tak sempat la mommy nak tulih semua dalam report book dia. Jawab mana yang nurse tanya jer. Ok, mommy off to work!