Meroyan

Naik bulu roma - seram bila baca tulisan pakar perbidanan pasal meroyan. Dulu pernah nak share pengalaman pasal ni tapi tak cukup yakin dan berani. Cumanya masa tu saya nak kita semua ambil langkah berjaga-jaga dan jangan terlalu yakin kita semua sihat mental and emosi..eh! ayat semacam jer.

Time tu saya baru keguguran kandungan pertama. Saper tak sedih kan. 2 thn setengah usaha. Tapi saya malu nak bersedih bagai nak rak. Sebab lepas jer kejadian keluarga abang pertama terus datang jenguk. OK, malu nak menangis. Buat-buat tabah je la. Menangis air mata darah pun, benda dah nak jadi. Hanya menaruh harapan Allah akan bagi peluang dan rezeki di masa akan datang.

Dalam sela waktu yang lebih kurang tu, my sis #6 bru melahirkan baby no3. Saya yang keguguran, tapi dia yang terkena bahana ni. Saya sedih la sebab saya berpantang tanpa baby, dia ada. Allah bagi hikmah, lepas saya sihat(keadaan keguguran saya macam period & senggugut biasa. Saya berpantang tak lama pun. ) Jadi, Allah tentukan keadan begitu supaya saya dapat menjaga selama dia dalam keadaan tidak sedar. Dalam tempoh tu hanya yang tahu betapa menduga untuk menjaga dalam masa sama cuba 'bawak' dia kembali sedar. Suami dia keje di laut. Buat masa sekarang saya tidak berniat untuk cerita secara details. Bimbang mengaibkan. Cukup saya katakan Allah beri kami ihsan sebab perkara itu berlaku hanya sekejap lebih kurang dalam 2 minggu. Saya ada ambil beberapa hari unpaid leave time tu. Pastu my sis bayar balik, HAHA. Sebab utama - jauh dari keluarga semasa berpantang. Dalam waktu tu, terkena pula rengat. Saya nak kongsi dulu pun sebab saya rasa ia sangat serius, pengalaman yang sangat memberi kesan dalam diri dan keluarga.

Kalau kita perasan,
Patut pun kalau ader bende tak kene sket, terus orang tuduh sebagai meroyan.
Eh apesal dia tu suka marah2 orang jer? meroyan betul..
Dia tu cengeng sangat apesal, sket2 nak nangis, bende kecik jer pun. Meroyan ke aper..
Apesal dia tu asik suka cerita hal buruk orang je. ..meroyan kot.

Fuh! seram.
Ya! Aper saja situasi yang tidak sepatutnya berlaku berulang-ulang, dan diluar kebiasaan(nampak perkara biasa tapi dikategorikan sebagai tidak patut), sebenarnya dikategorikan sebagai meroyan. Nauzubillah!

Meroyan berasal dari tekanan. Tekanan bertambah-tambah. Bila masuk level serius, akan disertai oleh jin/syaitan.

Hari ni baca2 lagi..baru tahu..
Bila penyakit ini semakin ketara, seseorang individu akan mula rasa putus asa yang amat. Mula terlupa..terabaikan perkara-perkara yang sangat penting untuk dilakukan, diuruskan.

Saya juga terkejut, malas yang teramat sangat, adalah salah 1 sifat meroyan! kalao sekali sekala tu normal lah kan. Kalau tak pernah malas aku rasa macam alien la pulok. heks! konon perfect?! Hal ini juga banyak berlaku pada wanita berpangkat! jangan terkejut.

Keluarga kene hati2 and support mana2 ahli keluarga yang sedang berpantang. Bantu sedaya yang mungkin. Jangan buat apa yang mereka tidak suka. Utamakan keselesaan mereka yang sedang berpantang. Alah bukannya lama pun. 2 bulan jer.

Bagi sesiapa yang sengaja memberi tekanan atau tidak menghiraukan keperluan sokongan moral terhadap orang berpantang ni, ingat2lah..mungkin Allah akan tunjuk pada anda, betapa seramnya kes meroyan.

Semoga Allah menjauhkan kita dari perkara yang tidak diingini..amiin.

No comments: