1st time Q demam @8 months +

Ni waktu pagi lps sampai rumah sista.
Ibu saya tak bagi pergi keje. Saya tak kata apa sangat. Saya kata tengok dulu keadaannya macamana. Anak pertama, anak sulung, anak jantan.. kene kuat.. Becoz your mom have to work. Saya tunggu dia terjaga dari tidur. Nak tengok keadaannya meragam ke idok.
  • start dgn selesema..sbb walid mandikan lama sket sbb nk bg dia main2 air 
  • then batuk..
  • pegi ambik ubt homopati - kering sket selesema
  • Esoknya, bila saya balik dari kerja, ttba Q dmm, selesema kembali meriah..+ batuk pakej dgn lelah..complete set.
Panic tone was ON. Oooo mcm ni rupanya anakku demam. Jakun sebab sebelum ni tertanya-tanya mcmn lah kalo anak demam. Lps sooth kan anak, trs sms hubby. Kbtln la plk dia blk keje lwt hrtu. Tak lama kemudian hubby sampai. 

Masa awal2 Qu demam tu, dia nak menyelit n duk diam je celah ketiak saya. alahai..time tu my sis ckp kesiannya tengok. Afiq terus pegi belikan cool fever. Dlm 15 mnt ke x sampai..trs Q merangkak n 'kemas' tmpt brg hadiah dia..Ayyo anak! Dah sht ke???

Malam tu decided to bring him to the clinic. Tp doktor khuzaini xde, mlm tu doktor raja yg duty. DR tanya dpt dr sapa ni, belah hubby xde. saya diam jer. Sbb saya x sure saya lelah atau resdung.
DR tanya nak sedut? Banyak kali dia tanya hubby dgn confident dan tanpa soal saya setuju. Saya diam tak terkata 1000 bahasa. Banyak fikir. Doktor kata kalau sedut, baru dia blh tidur lena. Saya pandang hubby and hubby bgtahu doc nak sedut. DR pon buat sket preparation and masukkan ubt kat alat.

Kami pegang anak. Kuat2. Erat2.

Proses sedut berlaku.
Anak meraung.
Saya hampir menitis air mata.
Nak meraung jugak rasanya.
Mahu tanya doktor apa rasanya.
Doktor kata bukan sakit cuma dia mrh sbb kene pegang.
2X Q tepis corong sampai trjatuh.
Cess ingt kjp je proses tu lama jgk sampai keluar lendir.
Lendir putih, pekat.
Tak banyak.
Balik, Q tdo lena.
Alhamdulillah.
Moga cepat sembuh sayang.

Muslim woman in Islam


See how beautiful of Allah's creation.

Like mother like son

OK2..rupa paras anakanda copy paste ayahanda. Tapi bab peel perangai mostly like bonda..okey..puas hati hehe..katanya si my kakak penjaga Q, Q suka sangat posing/bergambo sejibik mcm maminya. Oh yer?




Mengharingi perjalanan jauh ke rumah ibu-abah..mula lah momi ajk ank 'buat hal'. Mula2 Q buat dek jer..then baru lyn..
Drpd buat muka boring anakanda pon layankan je lah habit mami..

Mommyhood life

Kehidupan yang agak mencabar dari segi masa dan tenaga....energy booster pls come here!

Kembara FaQ 8 bulan 1 minggu 3 hari di dunia fana

Bismillah...
Saat coretan ni ditulis saya tengah blur.
Blur akan datang tiapkali si anak teruna kecil mula tidur.
Bila dia tak tidur kepala saya ligat dan stressed fikirkan keje yang sedang menunggu, tapi once dia dah tidur, terkapai-kapai saya termangu macam orang dungu, beku. Itulah perasaan ajaib yang perlu diatasi sebagai 1st time mommy. Wuhuuuu...Jangan isau keje2 penting saya dah settlekan tadi sambil2. Ye, sambil2 pening lintang pukang buat apa yang patut.

Tajuk ni macam butuh huraian yang panjang pulak yer. Tengoklah mood dan idea saya yang baru  lepas lipat kain baju Qushayyi. Cerita baru yang menarik lately ialah Q sudah tumbuh gigi. 2 batang gigi bawah. Bila mommy teropong lagi, ada bayang2 satu gigi atas kanan akan memunculkan dirinya tak lama lagi. Huu..

* pic

Yabedabeduuu..beda bedu lah sangat, nanti kene gigit saper yang meraung? Opkosh la mami jugaaaa. Gambar yang polite n proper takde yer sebab dia jenis susah nak bagi kelebet dia punya mulut. Lagi orang nak tengok lagi dia naik hot. So, kne tunggu mood dia ok baru dia bagi tu pun few seconds je kot.

Anak baru tumbuh gigi, si omak dah x sabar nak tunggu anak pandai bercakap. Hui..sabor...Nanti bila dah bercakap mesti tak terjawab soklan2 professor kiut ni.

Bila nak susu dah pandai sebut "Bak..bak...bak...sambil merengek".

Toys.
Apa yang buat kami pening as first time being a parent ialah toys aper yang boleh stimulate otak anak bagi kasi learning skill dia bagus yet toys tu tak bahaya. Jantinanya boboy tentulah alat2 macho je yang dia suka.
  • kabel2/wayar
  • plug extension
  • tayar coz pusing2
  • remote control
  • engsel pintu
  • selak pintu
Paling mencabar ialah memastikan keselamatan dia. Sangat2 mencabar. Kalau tak menagis sebab kene control, mesti menangis sebab buleh sakit.

Hingga jumpa lagi..

Tentang Cinta & Perkahwinan

Perkongsian menarik tentang perkahwinan;
Indahnya isi dan bahasa kedua-duanya. Jom hayatinya..

Dr. Halina blog;
Marriage is a school where you get the certificate before you start. 
 
A school where you will never graduate. 
 
A school without a break or a free period. 
 
A school where no one is allowed to drop out. 
 
A school which you will have to attend every day of your life. 
 
A school where there is no sick leave or holidays. 
 
A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love, 
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance, 
4. The windows made of understanding. 
5. The furniture made of blessings. 
6. The roof made of faith. 
 
Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.
 
Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.
 
Remember this school is the safest place to be. 
 
Never go to sleep before completing your assignments for the day. 
 
Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.
 
If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together. 
 
Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school). 
 
Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
 
Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.
 
When tempted to quit find the courage and continue. 
 
Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear. 
 
Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day. 
 
Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject. 
 
After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it. 
 
To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all. 
 
Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn’t involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class,   or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam. 
 
It is you who should attend and it is you who will pass. 
 
Its your choice today:” build it or break it”. 


Translated by Szakif;
Rumahtangga adalah sekolah yang mengurniakan ijazah sebelum persekolahan bermula.
Di sekolah ini, pengajian kamu tidak akan pernah tamat.
Di sekolah ini, tiada waktu rehat mahupun waktu senggang.
Di sekolah ini, tiada seorang pun dibenarkan tercicir.
Di sekolah ini, tiada satu hari pun kamu boleh ponteng.
Di sekolah ini, tiada cuti sakit mahupun cuti sekolah.
Sekolah ini asasnya Yang Maha Besar
Cerucuknya cinta,
Dindingnya percaya,
Pintunya menerima,
Tingkapnya timbang rasa
Perabotnya rahmat daripada-Nya
Atapnya yakin kepada-Nya
Sebelum kamu terlupa, kamu hanya pelajar di sekolah itu, Yang Maha Esa-lah pengetuanya.
Ketika ribut petir melanda, usah hilang akal dan melangkah keluar.
Ingatlah, di sekolah itulah tempat yang paling selamat.
Usah sesekali masuk tidur sebelum siap semua tugasan sekolah bagi hari itu.
Usah sesekali alpa untuk berhubung, terus berhubung dan terus-terus berhubung dengan rakan sekelasmu dan dengan Pengetuamu.
Jika kamu dapati rakan sekelasmu tidak memahami, ingatlah yang dia juga sedang belajar, dia belum lagi tamat belajar. Yang Maha Besar sedang mengujinya, maka jadikanlah ia sebagai ujian buatmu juga, dan sama-samalah harunginya.
Usah lupa untuk mengaji, terus mengaji, dan tidak henti mengaji Buku Suci (buku teks utama di sekolah ini).
Mulakan harimu dengan bersolat jemaah, begitulah juga dengan akhiran harimu.
Kadang kala kamu terasa seperti tidak mahu ke kelas, namun mahu tidak mahu kamu perlu hadir tanpa culas.
Jika terdetik untuk menamatkan persekolahan, carilah kekuatan dan teruslah bersekolah.
Ada ujian dan peperiksaan yang sukar, namun ingatlah yang Pengetua tahu akan kemampuanmu.
Hakikatnya, itulah antara sekolah terbaik di muka bumi; rasa gembira, tenang, dan suka mengiringi setiap hari.
Bermacam-macam subjek ditawarkan, namun Cinta-lah subjek utamanya.
Setelah sekian lama sekadar memahami teori, kini masa untuk amali.
Dicintai adalah rasa yang indah, namun mencintai adalah anugerah terindah.
Rumahtangga sekolah cinta, maka cintailah rakan sekelasmu itu. Dan ingatlah: “Kelas ini tidak perlukan sesiapa yang tiada kaitan!” Jika kamu menjemput ibu atau bapamu, atau sesiapapun yang tidak perlu ke dalam kelas itu, kamu akan gagal dalam ujian.
Kamu yang sepatutnya hadir kerana kamu yang akan ambil ujian dan lulus ujian itu.
Pilihan kini di tangan kamu: “bina atau rebah”
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Catatan Peribadi:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
  • Perkahwinan terjadi atas kehendak Allah sama ada ia berlandaskan cinta atau keterpaksaan.
  • Pilihan terletak di tangan kita tetapi perlu berasaskan petunjuk dariNya.
  • Perkahwinan tidak boleh disorokkan supaya ia tidak menimbulkan fitnah.
  • It takes 2 to tango

Hobi yang on off

Lama dok 'bbuat'.
'Bbuat' ape? Tak...tak..bukan meroyan okay.

Saya dengan my bff(Ayuti) guna word ni special for touch-up matter or make up or what ever lah something like that.

Sebab ia dibahasakan sebegitu rupa?
Sebab dlm hidup kitorg, ber make up ni adalah bermusim. Ikut mood.
Time gilos tu datang, habis serba mak nenek barang n product make up kitorg gi cari n beli. Kalau pergi shopping berdua lagi tak masuk akal. Skali angkat barang 2 ketul, one for her and one for me. Kalau si me pon takmoh amik, her akan belikan jugok utk me. Nak sama2. Kekanak tak?

Sejak lepas mengandung (which is xde hati nak bersiap muka), lepas beranak, masa agak mendengki gituh. Nah ayat kasar nampak. Dengan nak hantar anak jauh dengan bs, so asal sempat pakai bedak tu dah kira mujur. Kalau tak, si walid lah pikul tugas tukor diaper Q tetiap hari. Mommy bz nak bersolek (read: bersiap).

Hobi ke make up ni?
Hobi itu kegemaran.
Kegemaran itu minat.
Whatever lah kan.

Since kulit dah tak berapa nak kusam macam dulu,
so saya bebas memilih color lipstic.

Verangan dari laaaaaama dulu nak pakai color nude. Semalam baru dapat beli hokeh.
~ Silkygirl Naked Truth ~
Entah kenapa nak kata ada kontrak dengan silkygirl, tak jugak. (Bluwerk)
Tapi masih terattach dengan produk ni. Ada chemistry kot.
Price hagak2 mampu jer lar... Janji dapat color idaman. (Berbaloi kalu duk pilih lipstik dalam masa setengah jam?)

Sebelum ni puas duk cari Revlon - Pink in the morning. Yillek. Takde masa mak nak ronda lagi. Sebat jer mana yang lalu depan mata. (Padahal sebab dah bosan beberapa orang duk berserabai depan rak lipstik yang saya tengah nak pilih..huuuu)

Asalnya nak cari rona2 orange gituh. Tapi xde yang sesuai, tu yang tukar tajuk. Balik rumah bind dengan coror lain, menjadi jugok lah. Bolleh lah!

Ada orang kenyit2 mata buatku terpikat

Malam tadi si anakanda main kenyit2 mata lah pullok. Dia tak mboh makan puri buoh yang mami susoh2(susoh ker??) buat.

Dia menyibuk dengan nasi yang Walid makan. Walid suap lah nasik penyet dan ikan. Tiap kali lepas Walid suap, dia kunya then dia pusing kat mami n jerit sambil kenyit mata kiri!

Hai anak... ada2 je bende baru dia buat...