2nd time BFP!

3rd cycle of my BBT;

* Mungkin entry ini hanya akan ke udara apabila Allah SWT izinkan kandungan saya yang ke2 ini melepasi trimester pertama. Dan mungkin juga apabila mencecah 5 bulan. Depends..

Alkisah ...

Pertengahan tahun 2012 - jalan2 ke utara. 27/5/2012 - 31/5/2012. Tak adalah banyak sangat jalan2nya tu. Makan je lebey sampai ceret beret! Harussslah tak dapat nak jalan2 lagi secara beria-ia. Dalam pada coti-coti meleysia tu, sentiasa berjaga-jaga akan kemungkinan2 yang akan berlaku selepas ini..Saya tidak mahu makan ubat ceriberi walopon berkali disaran oleh kakak. Sudahnya, saya paksa diri untuk menelan bergelas-gelas teh o pekat. Pekat ya ampun!

Kami sempat berlegar-legar dalam pasaraya Sunshine di Penang dengan niat untuk beli sesuatu untuk MIL. Pusing punya pusing, DH cakap, jom kita pusing-pusing kwsn ni(kawasan barangan baby). Oh M G! Suamiku mimpi ke haper ni? Layankan saja lah. Tiba-tiba dia kata, best jugok pusing tgk brg baby. Then, mulalah dialog2 berangan menerjah sesama sendiri.

Me:  Abg, kawan Ida beli sandal untuk anak dia sebelum dia pregnant lagi. Bila umor anak dia masuk 2 thn, baru boleh pakai.

DH: Kalu gitu, jomlah kita beli jugok.

(Biar betik laki haku ni. Pilihlah, abang bayor. Betik ini memang benar!)

Me: Kita nk beli mende? Comel sungguh kasut2 ni. Geram. Tapi kita dok tahu nanti kita dapat gegirl or boboy.

DH: Pilih yang mana2 blh pakai.

Entah kenapa saya tekad untuk buat HPT sebaik sahaja balik je hometown. Walaupun masih gap dengan due date period lbh krg 1week.

Malam ni sampai dari Penang, subuh esoknya 1/6/2012 terus buat test, guna hpt yang paling murah, rm-singgit-smbilanplohsen sebatang. 2nd line antra nmpk n tdk jer. But deep in my heart said: 'the test line is there!'

Kenapa saya nekad untuk test? Walaupun masih jauh dengan due?

Sebab pertama, sejak bermain dengan Body basal Chart, saya semakin faham pregnancy boleh dikesan seawal 8,9DPO. Dengan kadar period saya yang sudah stabil masuk bulan ke3, saya rasa berbesar hati untuk buat test lebih awal. Lagipun stok tester murah banyak lagi, order online.

Kedua, saya mengalami beberapa hari yang ketiduran di siang hari. Tidur yang lama. Simptom ini juga berlaku tahun lepas semasa pertama kali pregnant. Ia sungguh sebuah pengajaran dari Tuhan.

1 June 2012. Saya test di pagi hari time bangun solat Subuh. Lepas solat, saya tunjuk pada DH, adakah dia nampak apa yang saya nampak? Dia pun tak berapa nampak, tapi bila saya tunjuk the area, baru dia perasan. Its OK. Tak puas hati dengan mata kepala sendiri, saya repeat test tghri tu jugak. Mood tak menyempat aka kureng kesabaran. Kali ni guna hpt yang berege 7 hengget meleysia. Nah! Allah dah tunjuk jelas 2 line. Line kedua bukanlah sama terang pun dengan control line tapi bila jauhkan dari mata pun, ia masih kelihatan. Kegembiraan terpancar di hati dan wajah suami-isteri ini yang hampir 3 tahun setengah menunggu rezeki ini. Saya sujud syukur. Allah Maha Kaya. Akhirnya dia mendengar doa kami.

*3w3d

p/s: Genap setahun lalu, mr.husband ambil masa beberapa hari untuk percaya yang saya benar-benar pregnant. Berkali-kali dia tanya...Bila dia betul2 teruja dan percaya, saya keguguran pula...

No comments: