Percutian Ke Utara Semenanjung

Assalamualaikum kpd readers yang sudi membuat lawatan suka-suka kat sini. Datanglah lagi..datang lah.. ;)

Lama bebeno saya tidak mencorat coret rasanya. MALAS.

Walaupun banyak perubahan berlaku tapi tak nyempatlah nak abadikan semua tu kat sini. Cumanya sekarang saya sudah selamat berpindah lokasi pejabat baru. Semoga tempat baru menghadirkan semangat baru. Ops! Sebenarnya workstation saya belum final lagi. Kemungkinan besar saya perlu move sekali lagi dr Lot D6 ke D3. Oh! Lagi? Berapakah keratkah kaum f yang akan berlokasi sama saya nanti? Oh! Sungguh tidak terbayang betapa macam tak adanya. Alhamdulillah proses pemindahan berjalan lancar sebab diorg semuanya rajin-rajin, hu3. Cuma talian internet belum dapat dipasang, jadinya saya mengambil kesempatan daripada keadaan itu untuk bercuti lebih panjang dari biasa iaitu 1week memandangkan baki cuti masih banyak lagi. Dan kebetulannya lagi kakak #2 ajak teman ke utara hantar anaknya masuk matrik arau. Dengan kadar kebaikan bos-bos saya yang menggunung, cuti saya lulus! Enjoice!!! - Alar..lex ar, skali skala bercuti. Setahun sekali mahu la jugaks bercuti jauh sikits. Itu pun atas dasar menumpang program keluarga kakak.

Perjalanan ke Perlis memakan masa hampir 14 jam. Woi! 'Korang' gi Songkla ke haper lama sangat nak sampai. Dengan kadar keyakinan yang tinggi kami tak survey la jalan awal-awal dengan percaya bahawa abang ipar aku lalu jalan yang betul. Rupanya sedikit melencong. Sepatutnya lalu ikut Sik, bukan Kulim hokey.

2 malam di Perlis, 2 malam di Penang. Sempat lah bertemu muka dengan kawan baik DH, and kawan baikku time U. Okeylah walaupun sikijap daripada tak jumpaq langsung. Itupun gagal menjumpai 2 orang lagi sekutuku. Mayb next time jika ada rezeki pertemuan.

Gambar-gambar akan diupload nanti. ;)

No comments: