#1 My Master Journey: Preparation Semester


Alhamdulillah. Selesai segala bengkel yang penting perlu dihadiri untuk cedok seberapa banyak input dan menjadi panduan bagi persediaan aku. MasyaAllah, sangat bersyukur berpeluang menimba ilmu dalam waktu-waktu begini, in the first crucial 6 months period.
Nak share kat sini pun rasa bersepah dah dalam blogs orang lain..mommy tak rajin nak menulis bab tu. Sebab kene refer balik buku catatan.
Journey of research adalah bergantung kepada rezeki masing-masing. 
Ada yang bersungguh-sungguh sangat pun, Allah hadirkan ujian rejection dan kene buat balik. Ada yang pandai mengejar masa, Allah bagi rezeki viva awal dan dapat pelbagai award.
Pendek kata, dalam research journey ni kita akan berhadapan dengan uncertain things.
Bukan aku kata tapi orang-orang yang dah berpengalaman bagitahu.
So, just move forward with our own speed and momentum berbekalkan nasihat dan panduan berguna.
InsyaAllah moga Allah sediakan kejayaan terbaik di hari kemudian.
Amiin.
Aku masuk dunia ni pun tanpa ada banyak info tentang uni life dan seangkatan uruan dalamnya.
Sebab tu the first 2 months, aku banyak spend masa untuk gali pelbagai benda yang kene tahu dan sedia. Kebetulan pulak ada minggu bengkel penyelidikan. Alhamdulillah. Harap tak sesat la. 
Rupanya setiap postgraduate ditugaskan untuk membantu pensyarah mengajar di lab dan sebagainya dengan gelaran demostrator. Bagi kes aku, hari lab jalan dulu dan esoknya baru kuliah. Seolahnya macam aku yang kene ajar diorg terlebih dulu sebelum lecturer diorang bagi kuliah. 
Dengan izinNya juga, seolah dia memakbulkan impian aku yang telah lama tersekat untuk mengajar subjek database, di sini impian aku termakbul. Syukur sangat. Aku pernah tercakap minat dengan database dan dapat mengajar database bawah Dr. Maizura, mesti Dr. Wan Nural rekemenkan.
Hal ni related pulak dengan ketentuan Ilahi menetapkan aku kembali ke kampus selepas 12 tahun. Selepas penat hidup dalam dunia industri. Rupanya segala pengalaman bekerja dapat aku kongsikan dengan pelajar-pelajar universiti awam kali ini.
Persoalannya, rugi tak kembali ke kampus selepas lebih 10 tahun dalam industri? Of course not. Malah ia lebih memudahkan, dan sebagai satu advantage buat kita. 
Tak ada lah kita nak terkial-kial buat preparation membantu pelajar memahami topik. Semuanya benda yang kita pernah kene hadap setiap hari masa bekerja dulu.
Tentang plan untuk menjadi pensyarah universiti awam pula, ada banyak cara dan beberapa grade, as long as kita selamat gapai benda bawah ni.

OK. Sambung hari ke2 menulis. Sepatutnya aku writing literature tp kenapakah aku tulis blog??? Waha!
Sbnrnya aku nak cakap kat sini...aku dah merasai banyak fasa kerja dari segi fulltime dan keelastikan/keanjalan masa, Alhamdulillah, boleh rasa bezanya. Aku buat macam tu pun oleh kerana fasa kehidupan yang membutuhkan aku untuk adapt semua tu. Ada masa anak-anak perlu perhatian lebih. Komitmen memang menduga.

Hmm..baru nak post? Dah jd sisa organik sebab lama sangat peram.




Sunday Blues random Rumbling

Literature letak tepi dulu sebab ada benda lain kene prepare. Moga 2nd half dapat hadam another journals. Jadi curi-curi masa untuk baca ilmu lain juga..
Since aku rasa pregnancy kali ini lain sikit dari pregnantkan T, so aku dah kene buat persediaan awal dari segi birth plan.

Kekurangan dari previous experienced akan diusahakan untuk diatasi kali yang ini.
1st 6+bulan pregnant kali ni saiznya dah mcm 8bulan yg dulu. Terkedepan dan kebelakang majunya. Ke tepi xde. So pandangan depan boleh nampak masih slim(yang fake).

Akibat berat naik mendadak which is akan mendatangkan masalah kepada jadual aku dan x helok utk pregnancy jd aku kne uahakan utk amalkan diet yang betul. Rasa berat yang ketara sangat. Terkedeks jgk ke sana ke mari naik bangunan amat slow n mengah. Chaiyok..lebihkan vegetables n juices. InsyaAllah. Plus pemakanan sunnah.

Sejak Tsaqiif Ahmad masuk umur 2 tahun ni..ewah makin lebat dia bercakap. Dan dia punya caring tu agak lebih sikit. Nak bercakap punya pasal. Masa zaman Q belajar nak cakap..Walid yang banyak encourage as mommy x suka ckp banyak haha. Yang mommy sebukkan hanya bab penyediaan pemakanan anak. Tp skrg ni as kids growing n akan bertambah, Walid lbh cargas handle semua. Mak buyong kan slow terlebih. Betul la bila dah masuk 2 tahun T lebih mengerti akan sambutan hari lahirnya. Awal-awal lagi dia dah stamby dengan sabarnya untuk potong kek.

28-October-2016
Selamat Hari Lahir anakku sayang Al Fatih.
Mommy & Walid yakin kamu akan jadi adik dan abang yang terbaik.
Kamu lebih banyak consider dan redho dalam banyak kekalutan.
Seisi family mendoakan semoga kalian sihat sentiasa dan bakal memberi syafaat buat kami kelak. Amiin.
Tumpang posing dengan kek abah kejap. Sebab fire truck antara favourite toys anak-anak mommy dan sangat related dengan abah.
Hajat mommy nak pakai baju nikah tercapai masa hari nikah Along. Anak saudara pertama. Even masa ni dah lbh kurang 3 bulan mommy pregnantkan adik baby tp tak sedar lagi. Yang pasti berat dah naik sikit berbanding masa fitting baju ni semula 2 mggu sblm.
Along Madi & K Long Mimie di hari bahagia.
Moga bahagia hingga akhirnya.
Love u all.
August 2016 Throwback. 

Mental preparation

Tips/nasihat dari orang yang berpengalaman;

Ringkasannya, pelajar gagal bukan kerana mereka tak pandai. Biasanya, yang gagal ni ialah jenis yang terlajak pandai. Dah jadi pandai sangat, jadi angkuh pula. Untuk dapat PhD, kita tak perlu thesis yang sempurna. Kesempurnaan hanya milik tuhan. Untuk dapat PhD dan Master, apa yang penting ialah thesis yang memenuhi syarat MINIMA untuk lulus.

Syaratnya tak banyak sangat pun. Kena ada sumbangan yang original. Tak perlu sumbangan besar pun, janji ada. Pendek kata, bila pakar baca thesis kita, dia boleh faham dan rasa ada jugak la sumbangan.
Pakar pertama ialah supervisor kita. Dia tu orang lama dan pakar dalam bidang dia. Kalau dia suggest something tu, ikut jelah. Unless dia suruh buat sesuatu yang menyalahi agama, akur jelah.
Resepi utama gagal master dan PhD ialah bergaduh dengan supervisor. Kalau taat dengan supervisor, 90% dah lulus.
Supervisor saya dulu, memang fit dan suka suruh saya bersukan. Dia pesan jangan obsess baca buku siang malam sebaliknya banyakkan bersukan dan buat aktiviti riadah yang lain sama. Padahal waktu tu saya memang fit dan berat sekitar 60 lebih saja. Kalau dia nampak saya yang dah berat 80 lebih sekarang, tentu dia flying kick, haha. Anyway, betul nasihat dia, amalkan cara hidup sihat dan banyakkan bersukan.
Resepi kedua untuk gagal ialah plagiat. Cut paste sana sini pastu tak quote. Nak cut paste takpe, itu benda biasa. Tapi quote dan acknowledge la elok-elok. Macam minat anak dara orang pastu nak bawa ke hotel. Takpelah kalau nak bawak ke hotel, tapi minang dan kawin la dulu elok-elok. Eh, ke situ pulak.
Resepi ketiga untuk gagal Master dan PhD ialah buat benda lekeh-lekeh dan tak teratur. Dari awal patutnya buat timetable dan plan masa untuk setiap chapter dan tajuk. Ikut plan tu. Jangan menulis ikut mood saja. Setiap hari menulis dan membaca sekalipun tak banyak.
Material semua susun elok-elok dalam folder, dalam file. Save backup banyak-banyak.
Saya dulu buat backup dalam email, dalam komputer malah saya turut hantar draft thesis saya kepada bapa saya as backup. Padahal thesis saya pasal undang-undang sedangkan ayah saya pensyarah matematik, haha. Pening dia nak membacanya.
Sebagai penutup, ingatlah markah hanyalah angka.
Mentor saya, bekas rektor Hong Kong Universiti selalu pesan, ‘Jangan nilai orang berdasarkan sijil pasal minat orang lain lain. Asalkan orang tu dah usaha sungguh sungguh, kita kena bangga dengan dia. ‘
Wassalam
 
-nicedora.com/persediaan-sambung-master-dan-phd/ 
Info pensyarah IPTA:
https://asyrani.com/2013/05/15/pensyarah-ipta/
https://asyrani.com/2014/10/06/perihal-pensyarah-bahagian-2/
Financial support:
http://ekmirabat.blogspot.my/2011/09/master-study-how-to-survive.html
Peluang Kerjaya Di Uni (yg aku x tau pun wujud sebelum ni):
- External Examiner

Assalaamualaikum Oktober!

Even dah nak habis first half bulan ini baru nak rasai keterujaan.
T is approaching 2 years old.
Masa buat aqiqah dan majlis harijadi Abg Q, T dah existed in my womb. Abg Q baru setahun jagung. Jadi agak belum mengerti apa-apa tentang meraikannya. Jika tidak ada aral dan Diizinkan Allah kami akan menyambut hari jadi T pulak hujung Oktober ini. Dengan adanya si adik baru pulak dalam womb mommy. Agak-agak besar ni, T dah faham sikit tentang happy birthdaynya. Siangnya akan diadakan majlis bacaan Surah Yasiin dan potong kek mungkin petang ataupun malam tu. Kek mungkin bentuk dinasour T-Rex ataupun berupa sebuah fire truck! 
Requested from Abg Q.
He is mini me. But more adorable.
Duck face
Macam dah besar sangat anak mommy ni
This is his adik. The newly member will be arrive in February 2017..the same birth-month of abg q n walid. InsyaAllah.
OK mommy tak banyak masa untuk menulis banyak-banyak. 
Till we meet again here.
TaTa


Be Positive

Bismillahirohmaanirrohiim...

After longgggg paused of writing.

Betul la Allah bagi apa yang kita perlukan. Bagi aku dari segi masa. Kerja baru ni nasib aku sangat baik  sebab supervisor aku tak strict dari segi masa..asalkan keje jalan..masa aku sangat elastic kot..sesuka hati nak masuk kul baper balik kul baper nak dtg ke idok..buat macam U ni serupa itu mcm atuk kita punya. Alhamdulillah sama2 status sebagai isteri dan ibu kepada anak2 yang deret so banyak nau2 cabarannya.

The 1st month here serius aku cakap bukan main-main dah ni hati aku tersangat goyang dalam 50-50. Almost to back off. Itu sebab belum sign surat confirmation lagi. Sebelum pergi mahkamah sain surat sumpah bagai kalau nak back off baik la cecepat.

Belum pun nak compare dengan month2 akan datang sebab selepas mendapat cucukan demi cucukan motivasi dari rakan2 sejawat mahupun bffs..akhirnya Allah bukakan hijab dan kekecutan hati terhadap jalan yang dipilih ini. Aku nekad. Tidak ada yang mudah dalam dunia ini untuk dicapai. Even nak masuk syurga pun..lagi lah susah banyak ujian dan dugaannya.

Hati selalu berfikir..kenapa nak kene hadam benda yang susah2, macam tak berbaloi, padahal tak semestinya kita akan pakai/apply benda tu tapi hakikatnya beyond than that kita tak tahu. Semua itu(ilmu) bukan dinilai dengan balasan wang ringgit/kesenangan dunia. Tapi kemuliaan dan darjat di sisi Allah. Umur bukan ukuran. Salah satu punca aku nak give up ialah umur. Sebab aku hanya fokus balasan dunia sebelum ni dan keterbatasan masa untuk mendapat pelbagai benefit.


Pengetahuan ialah bukan pertandingan. Ia sebuah perjalanan mengikut arahan Yang Maha Kuasa.
Bagi insan-insan dalam dunia pendidikan, mereka sangat positive. Sangat. Supportive. Thats why I've been here InsyaAllah until I got what I want to achieve. Jujur aku katakan sebelum ini aku melihat sudut aku banyak halangan. Sebab aku terlalu fikirkan the speed. Kalut sangat awat. Apa salahnya kita mati masa tengah belajar? Bukankah itu lebih baik? MasyaAllah.

Ya, aku bersetuju dengan semua ini semasa aku belum tahu...Bahawa rupanya Allah berikan satu lagi nyawa dalam rahim ini untuk kubawa belajar bersama. Allahu..Kenapa aku nak menidakkan rahmat Allah untuk melipatgandakan ganjaran yang dia mahu beri? Bukankah itu menjadi penambah semangat dan motivasi aku untuk terus move forward?

Jika kita memandang seuatu itu dengan negatif, ia akan membawa keburukan...dan sebaliknya.
Setiap ketentuan Yang Maha Kuasa itu InsyaAllah ada hikmah yang tersembunyi. Segala kesukaran, cabaran adalah jalan untuk ke syurga jika aku bersabar dan cekal.

Now tengah marking task database for students..macam banyak benda nak jot down tapi macam takut nak kene kejar ape tah. Marking ni bukan lah urgent sebab kene settlekan after lab ke 9. Now baru the 3rd lab untuk esok. Dalam kepala nak jelaskan bahawa perkara-perkara positif membawa aku ke sini. Face it! Just do it.

“Success is determined not by whether or not you face obstacles, but by your reaction to them. And if you look at these obstacles as a containing fence, they become your excuse for failure. If you look at them as a hurdle, each one strengthens you for the next.” 



Be POSITIVE!


Underwater world

Bismillah...

Penat kan hidup atas muka bumi ni dengan obstacles semua. Tak apa lah.apa2 pun redho..usaha dan tawakal pada Yang Maha Esa. Dia sentiasa mendengar hamba2Nya yang sentiasa mengadu padaNya.
Just go with the flow. Penat2 tu best juga sesekali kita menjenguk underwater world untuk melihat indahnya ciptaan Allah SWT. Kenangan snorkeling di Pulau Redang menerjah fikiran...Subhanallah...best!

Lama sgt tak bersiaran dari sini..
Malam ni berkesempatan menjeling-jeling sikit bahan research.
Baru bukak 1 menu nak berkenalan dgn corals..tgk2 dah rupa coding..nk fengsan mak!
Jahat ler buat view gini..mau lemau lutut kiter tgk..



Daa....

Q reaching 3!

Yeay! My big boy is already THREE years old.
Walid bought his favorite cake. Actually cakes. Haha.
Of course lah another one for T.

Bila Q dpt cake, dia akan focus makan dan diam seribu bahasa. Siap pusing ke lain.
Saaaabor jer lah mak yer. Nothing much(to jot down) actually too many things about them to remember in their journey of super-fast-growing up.
Growing up with not-monster-but-*isteri*-mommy.
Their mommy dare to sacrificed everything just to watch them growing up.
Dengan acuan sendiri...

New year with new template. ;)

7th

Assalamualaikum...
Saya seakan membayangkan dapat menyudahkan karangan entry ni dalam beberapa siri. Hopefully not! Maybe this is the shortest one. 

Dengan rasa tak bersalahnya saya masih nak wish happy new year. 2016. Bilamana tiba tahun baru Masehi bermakna usia perkahwinan mencecah ke angka 7. Bukan saja suami sendiri lupa malahan saya sendiri juga terlupa sehingga diingatkan oleh seseorang yg kebetulan bernikah pada tarikh sama. Bagi suami tarikh itu semua kurang penting sebab kalau nak bagi hadiah tak kira tarikh. Apa yang penting ialah perkara yang penting berada pada landasan yang disyukuri. Alhamdulillah. 
Okbai.