Boleh!!

Mood: Over confident terima tugasan baru. Be positive!

Boss: "Ida, you boleh buat quotation system?"
Me: "Erm, BOLEH!!"

Letak telefon, terus ketawa sama partner. Lepas tu, bos terus assign tugas tru emel dengan kata-kata semangat(nak suruh siap cepat lah tu..huhuhuh.) Mula-mula ada masa 2 minggu, bila tgk aggreement semula ada kekonfiusan date submission, so cuma ada masa semenggu jer, hokkey? adei!

Saya rasa tak nak makan makanan yang berat-berat. Tapi harini, tak dapat menolak ajakan makan free.  


Suffering with nak-itu-ini desease

Mood: Tak ada mood. Tapi bukan moody.

Saya rasa nak makan makanan yang sedap-sedap. Tapi tak tahu nak makan apa. Aci? 

Penyakit saya nampaknya on off. Penyakit N-A-K itu ini. Macam always on je.

Saya nak sangat;
  • handbag baru { tali 1 } - checked! 80% satisfied. Tobat takmo beli banyak2 dah. tunggu rosak baru ganti. Play safe with black in color.
  • lipstic baru { sweet nectar} - human heart nature xde stock.
  • mineral compact powder baru { sand island } -  human heart nature xde stock.
  • blusher baru { petal bloom } -  human heart nature xde stock.
  • jam tangan baru { dah jumpa design yang saya cari-cari selama ini } - penat nye menahan nafsu yg 9 ini..adoi
  • cincin baru - en.J kata mahu ganti tapi bukan bulan ini sebab kne tunggu lepas dia repair ekon kereta dulu. { maknanya kalo dia terlupa, boleh la ingatkan..hue3 }
  • sandal baru { kalau bab sandal, beli 5 takpe sebab sukerrrr. Kalau dah 5 psg maknanya 5 kadar ketinggian } 
  • kain cotton baru { yg beli hrtu blm jahit lagi }
  • handset baru { penyakit cepat bosan }
Ida, jangan lah berkira dengan barang yang kita pakai tetiap hari..begitu getus hati besarku. Tengok lah list tu, hampir semuanya dipakai hari2. Hari-hari mau...

Malangnya, semua itu akan boleh dilayan hanya selepas insurans & roadtax selesai. Sekian terima kasih. 

* Nasib baik dah kahwin. Kalau tak kene reject dengan bofren yang baca entry ni.

Angin akan sedikit beralih

Saya cukup pasti yg saya jenis cepat bosan. tak dpt dibayangkan jika setiap hari saya perlu melakukan kerja/perkara yang sama berulang-ulang. dengan rahmat dariNya,saya belum benar-benar bosan dengan tempat saya mencari rezeki skrg. sebabnya i do love my job so much! selama 5 tahun bukannya semua peristiwa manis yang berlaku.mungkin bnyk pahit dari manisnya.mungkin pahitnya 2/5, manis 1/5 the rest is plain memory. KenAPA KERJA-KERJA PEMBANGUNAN SISTEM TIDAK MEMBOSANKAN? PERATUSAN KAMI AKAN MEMBANGUNKAN SISTEM YANG SAMA BERTURUT-TURUT ADLH 0.0000000001%. FLOW DAN CABARAN KESUKARANNYA ADALAH BERLAINAN. ANTARA SISTEM YANG PERNAH SAYA 'KERJAKAN'N IALAH SISTEM HOTEL,SISTEM KOTANI,SISTEM MENTOR-MENTI RAKYAT MISKIN,SISTEM INVENTORI,SISTEM KEM FILEM PENDEK DAN YANG TERBARU IALAH SISTEM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA(PROFIL,CUTI,TUNTUTAN). SAYA MASIH TERUJA UNTUK MEMBANGUNKAN SISTEM-SISTEM LAIN YANG BELUM PERNAH DIBANGUNKAN. SEMOGA ALLAH MEMBERI REZEKI KEPADA KAMI UNTUK MENDAPAT PROJEK TERBARU IAITU SISTEM PENGURUSAN GAJI. SEBAB SAYA SANGAT BERAT HATI UNTUK TINGGALKAN RUTIN KERJA SAYA SEKARANG....SOBS...

Kenapa pembangunan sistem memakan masa lebih lama dari yang disangkakan.

Talk about work and task. Ramai juga yang tak faham kenapa kerja-kerja system development LAMBAT. Sedap mulut kadang mengata we are lack of skill. Hello, cuba hangpa buat sket nak nengok. Yang terbaru, 'bakal client' siap cakap, "Kalau boleh siap dalam masa sebulan, lagi bagus..". Kami sengih kelat. Tak perlu berjanji dengan perkara yang impossible. Apatah lagi system yang dimaksudkan ialah melibatkan payroll. Sendiri mau ingat betapa ktirikal the system was. It should be PERFECT.

Yang sebenarnya ialah;
Peringkat pembangunan sistem berada di beberapa port. Atau lebih teknikal kita katakan server.

  1. localhost
  2. development server
  3. live server
Antara no. pertama dengan no.yang terakhir boleh menjadi lebih banyak jika ia melibatkan sistem lebih besar dan kritikal.  

Pertama, developer akan buat code di komputer mereka sendiri a.k.a localhost. 

Kedua, bila dah succeed, file code itu akan dipindahkan dalam development server. File yang terlibat dalam pemindahan mungkin lebih dari satu. Harus diingat, setting di localhost dan development server tidak semestinya sama. Sebab itulah kadangkala pada localhost, sistem berjalan lancar namun dalam developemtn server, ia tidak seperti yang diharapkan. 

Ketiga, file code akan dipindahkan ke server peringkat seterusnya. 

Method atau cara pemindahan tidak semestinya sama bagi setiap server.

Current work progress;
Buat function untuk flush cuti yang dibatalkan.

Sedikit fakta tentang PCOS

Kesihatan saya belum pulih. Sebab tak jejak klinik pun. Jadi, tunggu je la baik sendiri. Dah selesai 1 urusan 2 kerja, kawan-baik-satu-kepala-sama-bongsu-sama-perangai-gilos ym saya tanye pasal kes pecah rumah. Cerita meleret pada bab nak jaga badan + ttc. RUpenye dia dah preggy 5w lbh, time saya g KL konon dia nk wat surprise tunjuk perut separa besar. Tetiba syst down n dia kne masuk ofc. Andaikata kami dapat jumpa hari tu, konpom saya akan lompat2 sorang(kalo x lompat berdua) sambil nangis2 depan khalayak. Konpem.

Kami memang sama PCOS. Usaha kami ponlebih kurang sama. Tapi dia berjaya after 2 yrs effort. Sebab? Dia BERJAYA tahan nafsu tak makan nasi selama 1 bulan. Allahuakbar..mati la, saya kene buat juger nampaknya. Bila berat turun mendadak, period akan stabil. Bila period stabil, akan menagndunglah secara semulajadi dengan izin Allah SWT.

Fakta-yang-saya-baru-tahu: Org PCOS susah nak kurus. Cis..kene buat sesuatu untuk turun lg 10kilo. Crash diet maybe?
Lagi pasal pcos.

Rumah keluarga kene pecah masuk

Januari 2012.
Banyak pula peristiwa berlaku dalam keluarga. Yang terbaru. Rumah keluarga kene pecah masuk. Kena la redha atas semua yang berlaku. Belum ada mood untuk ulaskan semuanya terperinci. Walaupun hari ni terpaksa ambil cuti kecemasan. Ini kali ke-3 budak/remaja jahat masuk rumah. Dari semasa ke semasa, kami akan tingkatkan faktor security untuk rumah.

Tingkat bawah. Salah satu keadaan. Banyak lagi criminal scene tp xde mood nak ltk semua.
Cuti CNY amat menggembirakan saya sejak dari awal lagi. Berderet-deret hal yang membuat hati saya ceria, termasuklah dapat berjumpa/berkunjung ke rumah keluarga BFF, siap lunch kat sana. Tapi cuti ni berakhir hal yang tak best. Sangat tak best.

Hari ini genaplah usia perkahwinan kami yang ke3. Mana sajak saya untuk suami..hoho..masih kepala.


TTC to TTD

Assalamualaikum,
Sbnrnya saya bz sangat --> ayat poyo sikit. Keje sedang melalui saat2 genting untuk diselesaikan. Maknanya sikit lagi. Tapi saya nak menulis juga. Tentang rasa teruja. Rasa ketinggalan. Rasa tak sabar dan macam-macam rasa. Sahabat pcos(ttc blogger) saya, Aisyah dah menemui sinar baru. Saya pun sudah plan untuk next cycle. Guna plan B. Plan A lambat sangat lah. Terpaksa guna highway. Tak mahu dah tergedik-gedik perasan muda, enjoy2 lagi buat-buat tak hirau.

* TTC - trying to conceive
* TTD - trying to deliver

Sempena azam baru ni, nak tuko design blog. Biar hati ceria.

Human Nature products

Yey! The human nature products is in my hand. That is very usual yey and the 1st of any tried skincare products. The 2nd yey is i got 2 different soap FOR FREE. I guess that is trial verson for me because i had asked about the soap before. (Kedekut nak beli semua, nah dah dpt free apelagi??) The soap is CAMARU - ACEROLA WHITE C PLUS & CYLEINA - KOJIC.



Really have no idea about the weird name, but it made in Philippines. This products is 100% NO HARMFULL CHEMICAL. That is the big reason I turn to this instead of Maxi-Peel.

For the 1st trial of HN, i bought;

  • Balancing facial wash
  • Balancing face toner
  • Deadorant
  • cum with free 2 soaps as above.


I put on highly hope there will be another and the BIGGEST yey afterward.

Acne - I'll fight till the end. I hate you all!

Bought from HERE

We are a TEAM! Bbasya!!

Assalamualaikum,

Baru saya sedar, rupanya tak banyak masa yang berkualiti untuk saya menulis di sini. Tetiba saja kerja menghempap-hempap. Sendiri punya panggil kerja tu, bukannya yang bos beri sangat. Ecewah..entah apa makna ayat di atas, tapi abaikan jer. Orang tak de kerja mesti cari kerja kan?

Banyak perkembangan semasa yang tak dapat saya pahatkan satu-persatu. Banyak perkara yang berlaku. Yang paling  diuji ialah salah seorang anak saudara saya yang terpaksa menjalani pembedahan usus kecil. Mungkin sempat saya ceritakan di lain masa. Dalam sela masa yang sama juga, khabar gembira dr PJ, saya dapat anak saudara baru lg.

11/01/12 girl
See, dagu dia belah. Coz she shared birthdate dengan datuk siti nurhaliza. Sebenarnya maksu dia belah ummi dia berdagu belah. Bibir nipis entah milik siapa haha(sila teka!) Mungkin maksu belah abah, haha..saya lah tu. Sebab abah dan umminya tak. Hati gembira namun terusik. Kerana saya pernah keguguran kandungan yang birthdate nya bulan depan. 14 Februari. Sebulan selepas kelahiran baby ini.

Banyak juga perkembangan semasa politik, sukan, semasa dll yang saya terasa mahu memperkatakan tentangnya. Tapi biarlah dulu. Yang baik didahului dengan ucapan syukur dan Alhamdulillah. Yang benar itu milik Allah jua dan yang salah itu adalah kesilapan percaturan diri sendiri kerana hasutan syaitan.

Last week plg hectic, sebab tiba2 pagi ahad bos panggil ajak meeting. Kebetulan hari tu tak check emel awal2, mula lah terkial-kial. Ingatkan meeting biasa. Tapi luarbiasa. Selasa team kami need to do proposal presentation to state goverment agency. Bab presentation ni adalah satu hal yang serius amat kerana ia membabitkan tender projek. Apaa yang lebih membuatkan hal ini seriusly hempap kepala aku(dan kami) ialah notice/surat muncul pada ahad. Kene bentang lusa! Gilo ko hapo. Entah la kami baru diberitahu ataupun memang surat tu dapat lambat tidaklah dapat dipastikan.

By hook, by crook kene all out. Discuss punya discuss, top of all we have no suitable spokesperson. Wahla! Serius gelabah okey. Trust me, siapa yang pandai buat kerja agak kurang dalam bab2 bercakap and vice versa. Kalau saya tersalah teori, sila betulkan. We(programmers) are sort of people yang hanya cenderung untuk buat kerja teknikal, bukan kerja jenis bercakap-cakap.

Malam itu, sambil menelaah the proposal which is i had never go through, saya siapkan slide yang di dalam lingkungan kerja dan pemahaman saya after we decide to separate task parts. Dengan rahmat Allah, ya habibi mengambil peduli tentang proposal berkenaan dan melihat kerja-kerja saya. Just like we r in office, we have some discussion. Suddently..

"Abang, andalah yang saya cari!" - ayat betul dah lupa.

"You are now our presenter", i added.

"Why me? Mesti ader doh orang lain".

"No, no! I want you." , ayat saya memang berbau paksaan and over confident dalam bab-bab ni. Really hard headed i am. Dengan tahap perasaan yang saya ada kuasa veto dalam menentukan sesiapa will speak on behalf me, haha.

Me: "You can understand well, that's why u are selected".

Dengan senyum-senyum, dia kata saya pandai-pandai je nak tarik dia. I know you can do it better than me and others.

Habibi: "OK, but make sure nobody will overshadow me".

Me: "OK, trust me, nobody will do that."

Kami takkan overshadow you dear, only 'black-shadow'. Haha..

And I know this is not easy to decide because saya kene meyakinkan my team. Syukur bos setuju with my suggestion. Like always! Thanks a lot boss!

Dan..apa yang berlaku berjalan sepertimana dalam perancangan dan harapan saya. Alhamdulillah. Dalam pada itu boss amat risau. Dan saya dalam tersirat menyatakan bhwa; kami tahu tugas kami di mana dan bila haru melancarkan misi. Everybody WILL execute their parts of tough jobs. And we have make it.

Kami dah berusaha bersungguh-sungguh. Yang selebihnya kami berserah pada Yang Maha Kuasa menentukan rezeki.

Bukan tugas mudah. Ia umpama seorang peguam membentangkan kertas kerja seorang doktor!
Suami saya seorang yang berkecimpung dalam bidang business & marketing tetapi diminta(oleh saya) untuk meyakinkan orang dalam bab system development.

Apa yang kelakarnya ialah;

  • Bos tak tahu pun pada mulanya our spokeperson tu ialah my husband. He though we are just friend.
  • Kami bekerja secara profesional mana boleh menampakkan yang we are married couple, is'n it? Kadang-kadang terlajak cuit bahu dia.
  • 4 lelaki dlm sebuah kenari. 2X bos suruh saya duduk di depan. Mahu gelak pun ada. Jika saya takde hubungan dengan sesiapa antara 4 itu, tahu lah saya meilih seat mana. Heh heh, but xkan lah saya yang hegeh2 mahu duduk belakang tepi suami saya walaupun bos suruh duduk depan. Makanya berhimpitlah lelaki ber3 tu kat blkg. Nasib baik tmpt dkt saja. So funny. OK. Consider yg dia memang tak perasan ada pasangan laki-bini dlm team project ini.
  • The rest story let my heart keep it. Thank you hubby. "You are my hero". K.Mira suruh saya cakap ayat ni. Heh Heh!
Banyak impak penting dan turning point positif jika Allah mengizinkan kami menang projek ini. Semoga ada sinar(harapan) di hari selepas ini. Amin..

Ingat raya cina, ingat ulangtahun kawen kami


Hampir mencecah 3 tahun. Tapi rasa macam baru je lagi. Adakah semua pasangan tanpa anak mempunyai perasaan serupa saya..entahlah.

Rasa macam baru setahun jagung. 

Mayb sebab belum Dikurniakan cahayamata. 


Dalam hati dah mengarang-ngarang sajak cinta buat si habibi.



Nanti lah tulis betul-betul. Tunggu feeling2 sikit. Hua3. 


Nanti akan saya mengada-ngada paksa dia tulis surat cinta buat saya pula. Macam orang dulu-dulu bercinta. Orang dulu-dulu tu termasuklah kami. How-old-stylo we r!


Harini melayan cerita Hindustan. Awal-awal cerita en.habibi yang tengok citer tu, saya bz masak gulai tempoyak  ikan tenggiri for lunch. Pastu kami layan sama-sama, pastu si habibi ni dah kroooh..krooooh. So saya layan lah citer best ni secara solo. Tak best ler tak berduet. Sampai abis layan, nampaknya saya kene ceita balik pada habibi. Best lah, sebab pelakonnya hebat2; SRK, Rani Mukerji, Pretty Zinta, Abishek Bachan, Arjun Rampal, Amitabh Bachan. SRK kawen dgn pretty zinta. Ade anak lelaki sorang. Rani pulak jadi wife Abishek Bachan. Belum ader anak. Malas nya nak cerita semuanya. Yang pasti, best, kelakar, gimik, sedih pun ader. Kami lunch pukul 5ptg. (Supaya dinner takkan mkn nasi dah). Time lunch saya cerita semula pada dia. And kami bincang pasal cerita tu. Segan juga sebab si bonda mendengar, Huhu...

Skincare: I did try

Pencarian yang belum berakhir. Entah sampai bila menemui nokhtahnya. I have acne prone skin. Or sensitive skin or whatever its called. Since today, I never meet the-myskin-needs.
  1. Martha Tilaar Sari Ayu Scrub
  2. Safi
  3. Ponds
  4. Nuriz
  5. Eversoft
  6. Olay
  7. Sendayu Tinggi
  8. Mary Kay(USA) - Acne Prone Skin Set (Failed)
  9. Oxy
  10. Sabun Kulit Kayu Manis
  11. Miss Lady(Spa Product), Rich with fruits vitamins.
  12. Garnier
  13. Organic Aid
  14. CVT Collagen
  15. A's First - Based asam jawa, madu
  16. Maxi-Peel (Philipine)  - Current (Baru 2 hari, dah aim Human Nature plk dah..huhuhu..)
Never Try;
  • Human Nature All Natural (Philipine)- Next target 
  • Seba Med
  • Hada Labo (Japan)
  • SKII

Awak sihat?

Saya semakin malas nak menulis di sini. I admitted. Rasa nak menulis dalam buku pula. Wahla. Back to zaman toriton. Tapi belum tulis-tulis lagi. Tulis hutang ada lar...hua3.

Tiba-tiba saya terfkir. Tentang soalan orang kepada saya. Yang telah diputarbelit oleh otak dan hati saya:

Awk sihat? 

Adakah kamu berharap saya akan menjawab; "erm, tak sihat sangat ler, tengah alahan..". Lagi-lagi lah kita ni dah ada depan mata dia. Jika dia dapat membaca taksiran hati saya, mesti dia akn kata, manalah tahu kot2 ada sakit yang tak terlihat di mata kasar. Ye, jika adapun, kamu tak perlu tahu.

Kekeliruan dalam berpakaian

Assalamualaikum readers yang sudi membuat lawatan regular/mengejut atau tersesat ke sini. All of you are welcome, kalo x, tak kan ler blog ni open air kan? heeeee...

Tiba-tiba nak merepek tak tentu pasal. Tiba-tiba rasa nak buat persoalan.

Salah ker kalau saya rasa saya tak suka jika baju baru orang ala-ala baju saya yang dah tak baru? Ayat bersimpul di situ. Maksudnya saya yang pakai dulu corak tu.

Lagi sentap kalau tiba-tiba orang lain pula buat statement: "Eh! Baju awak sejibik macam baju si polan tu la..". Tobat saya segan nak pakai dah.

Lebih-lebih menyentapkan lagi dengan statement: "Eh Ida..ingatkan si polan tu.."

Tak suka copy-cat. Salin-kucing.

Okay then, saya akan pakai pakaian imej saya.

Tapi saya pernah terbaca, dalam Islam..Pemakaian seseorang wanita tak boleh terlalu berbeza dengan khalayak wanita lain. Kerana dengan itu, pandangan akan lebih tertumpu kepadanya. Makna kata, dia secara tak langsung menarik perhatian. Kasihan juga jika dia tak berniat untuk menarik perhatian sesiapa. Berdosa pula jika seseorang wanita itu memang berniat untuk menarik perhatian. Nauzubillah, semoga terhindar dari perasaan tu.

Entahlah, saya yang naif ni agak keliru tatacara pemakaian yang lebih afdhal dalam agama.

Contoh, jika semua wanita dalam kampeni tu pakai baju kurung, sorang saja pakai jubah..adakah yang berjubah itu bersalah? Sedangkan pakaian dia lebih baik.

Contoh lagi, majoriti wanita yang berkerja dalam co tu pakai tudung bawal, tapi sorang jer yang pakai shawl. Adakah yang pakai shawl tu bersalah?

Nampaknya kene gali lagi mengenai kekeliruan ni.

Frankly speaking, saya gemar memakai seluar ke office. Amatlah serabut pakai kain, nak melangkah anak40 tangga lagi.

Yang penting, apa yang saya pakai hanya untuk keselesaan diri sendiri, supaya nampak kemas, bersiap. Tidak ada langsung rasa untuk bersaing sepertimana yang selalu berlaku di mana-mana. Setiap pakaian terbaik bagi saya adalah yang boleh membuatkan saya yakin diri dan sesuai dengan potongan badan.

Tata.

Testimonial NH Detoxlim Natural Clenx Tea

Assalamualaikum.
Hye 2012. Thanx for those who read my blog. Currently i have 2 complicated task to do/solve/settle. And as always, i need deep breath before start doing it. Thats why i'm here. Haha.



Last weekend, my sister #2 tell me about Clenx Tea. Actually the full name is NH Detoxlim Natural Clenx Tea. OK, saya pantang mendengar perkataan SLIM. Konpem saya akan beli JIKA MAMPU. So, kakak jual dalam 17 sachet. Konon2nya mahu minum 2X sehari * 1 sachet 1 kali. Tapi, saya minum 1 sachet untuk 2X sehari. Jimat.

Rasanya macam tea herba orang kampung. Oh, saya sangat tidak suka itu punya tea. Tapi yang ini, saya BELASAH je, sebab baca dia punya kebaikan;

  • detox
  • slim
  • atasi jerawat
Saper2 yang pernah cuba atau tahu pasal tu boleh kongsi..

Cara detox, bukan dengan memulas perut kita. Perut tak de lah sakit tiba2. And agak takes time to detox. Contoh kalau minum malam after dinner, bangun pagi nak mandi gi keje baru lah membuang. Lepas tu, tengahari lunch hour membuang lagi. Maknanya, tiada kes kesakitan perut yang luar biasa. Yang ada hanya dalam keadaan normal. Ayat tak kotor okay? ;)

Lendir-lendir pun keluar juga dari tekak. 

Adios.

Pain

Seeing the lady/mother with slim and beauty shape is - pain.
Seeing women with bump is - pain.
Seeing baby in front of me - pain.
Deep inside.

I'm waiting for my turn.