Bilamana aku..

 Tujuan:
  • Aku buka fb sbb nk tgk gambar engagement Linda Ibrahim pada masa kejadian.
  • Aku buka blog utk melepaskan idea dan pendapat dan tekanan dalam bentuk perkataan.
Lama2
  • Bila aku share benda2 baik, bimbang org kata..eleh, nak tunjuk baik lah tu..
  • Bila aku display gambar2 yang ku rasakan comel di fesbuk, aku rsa mcm perasan konon-konon comel, rasa x bek nya memperagakan diri sendiri sedangkan aku tahu, perempuan yang baik itu adalah yang paling kurang muncul di khalayak.
  • Bila aku letak gambar bahagia sama suami, nanti ada yang fikir alah, macam dia sorang la paling bahagia, yang sebenarnya aku pun malu nak display2 lelebey dan laki haku tidak galakkan. Bahagia yang sebenar bukannya di depan2 mata orang.
  • Bila aku tulis status-status yang berbau geram, nampak la macam aku pemarah, kureng sabar, suka mengeluh.
  • Bila aku tulis yang happy2 saja, nampak macam plastik dan sebab hidup macam roda; kadang2 pijak kaca, kadang2 pijak tahi, kadang2 terlanggar duri, kadang2 termasuk lobang...kaaaaan? 
  • Bila aku tulis benda2 yg aku sowang je paham(ha3), nampak sangat syok sendiri, tak ader org nk komen tabest jadinya..malu pulak.
  • Bila aku nk berkongsi hobi, terasa pula macam nak tunjuk pandai akan sesuatu. 
  • Bila dah ader fb, mcm sumer benda nk tulis nk tunjuk..harap diri aku pengguna teknologi dengan bijak. Apepun, blog adalah salah satu terapi peribadiku... 

    Pisang berbuah 2X

    Kali pertama saya mendengar statement itu ialah dari seorang bekas teman lelaki. Sekitar 2005. Saya calon isteri dia. Sudah dibawa berjumpa ibu bapa dan keluarganya. Ibu saya pun memberi lampu hijau. (Amboi, mentang2 sama asal.) Kenapa dia buat statement tu? Kerana dia kerja Petronas, ada kereta, ada motor besar. Duit tidak tahu ke mana lagi mahu ditaburkan. Keluarga mempunyai biz catering. Kerana statement itu juga, kasih saya terpaksa putuskan. Jalan tersekat.

    Kali kedua statement itu dari seorang sahabat. Yang kini hanya mungkin kawan. Dan mungkin tidak tahu status diri saya pada dia. Lagi kerana pisang berbuah 2X. Hubungan yang sudah tak bernama ini seolah terputus. Bukan saya yang putuskan. Saya tidak mahu memutuskan silaturrahim. Seboleh mungkin.

    Wahai bekas kekasih, sahabat dan kawan2..saya tidak sanggup mendengar ayat pernyataan berbau megah. Kerana saya juga seorang penumpang sebesar zarah di bumi Allah.

    Kita boleh berpendirian apa saja, dan itu mungkin mencipta jurang. Sesama kita. Yang sememangnya tidak sempurna. Hina lagi dina. Setiap harinya menelan dosa kecil atau besar akhir zaman. Yang perlu mengaku dalam taubat di malam hari.

    Lumrah, kita akan pergi kepada sesiapa yang hanya mengiakan kata-kata kita, yang sentiasa sudi menyokong kita di waktu benar dan salah.

    Maaf untuk semua. Saya juga terpaksa berundur daripada apa saja yang berkaitan dengan intipati utama entry ini.

    Aqura - Rafa Industries

    Hari jumaat bebaru ni kan, dua pupu aku promot guna ini;
    Tagline nya siapcakap boleh lawa macam artis korea. Vah gitu..mana tak sangkut ye dak..bak kata suami, sorong sajer dia ni dgn produk aper, gerenti dia sapu..aduh..sapu selagi mampu je kan..Encera BB Cream ni paka utk elak UV matahari..tak perlu pakai bedak pon takpe..agak halus..lebih kureng mcm krim simplysiti jgk.Hopefully, it works..
    Dan2 tu jgk aku pon pomot blk produk catalyst. Sbnrnya bkn niat nk promot pon tp nk diskas2 je penjagaan kesihatan. Tgk2 sedara mahu terai juga. Jd, ini suda bagus..mau masyuk jd ahli trs..wahla!

    Murtabak Mini

    Bila survey2, mostly guna kulit popia. Mudah dan senang. Tak perlu doh2 tebar macam mamak roti canai.
    Saya pula prefer guna apa yang ada di rumah saja. Untuk sarung, boleh buat roti canai. Resepi saya tiru web  myresepi. Dan inti mini popia pula saya rujuk di as-hajar. MACAM BIASA2 juga, mesti ada adjust sana sini. Dah namanya guna apa yang ada.

    Sarung(bahan roti canai);


     Buatkan doh
     Gentel macam buat keropok lekor
     Buat lingkaran mcm ni
    Pastu, penyek sikit dan tebar macam roti canai tu. letak inti,lipat. Goreng dalam pan yg x perlu guna minyak sangat.Renjis sikit2 sj.

    Inti
    Bawang putih-blend/tumbuk
    Halia-blend/tumbuk
    * (Saya guna bawang mesin bwg merah, halia, bwg putih)
    Serbuk kari (kita guna serbuk kari Baba's)
    Serbuk kari kurma (kita guna serbuk kurma Adabi)
    Garam masala  - saya guna garam biasa jer
    Serbuk jintan putih
    Serbuk jintan manis - suka2 sendiri je tambah, dah benda ada ;)
    Serbuk kari Madras (kita tak letakpun)  - xde
    Isi ayam cincang - saya guna daging ayam hancur siap RAMLY je.
    Sedikit air
    Garam
    Telur
    Bawang besar - potong bentuk gelang (kita potong separuh gelang)
    Hasil:


    Potong, siap untuk dingap. 

     
    Seni tangan terakhir. Paling tebal. Sambil2 bz layan tamu, tu yg gelap2 tu..siap ader 'mulut'. Ahaks..

    /** I think my bunda would be happy when I spend more time in kitchen. After making nasi lemak which 150% satisfaction, I continue managing clothes and then making this mini popia. Most of the recipes here is my 1st attemped. */

    Where can i boost the energy, spirit, hopes....Allah..help me

    Lately, time wiken semangat pelik. Semua benda mahu dibuatku. Kalau blh, semuanya urusan rumah. Kalau perasaan pelik ni dtg selalu, bgs juga yer. Tapi, bila weekdays jer..hampeh. Lembik loli. Macam keje constructio sajer kan. Rasa tak patut bila asyik mengeleluh..letih..mengantuk..adeh...adeh...whateva pon syukur sebab tak perlu sampai cuti terkejut bila tiba masa tak larat. Dah pandai berjimat cuti sekarang. Ehem.
    Oh! malam ni terselamat daripada jerat nafsu makan nasi mlm. Wpon suami dah provoke dan sediakan menu ikan yg enak, saya hanya meratah ikan. Selamat. Moga berterusan.
    Sangat risau dengan tumbesaran sekarang. Jika tumbesaran tulang, OK juga yer..

    Testimonial mandian lux

    Purple yang terbaru. Yang fazura beli berbotol-botol tu. Ghupenya keluaran the latest. Pathut yaaaa. Duta la katakan. Kalo x beli, kne gugur lak jd duta kan2.
     Sumber: google
    Pilih punya pilih, saya terpesona dengan title Silk & Caress. Yang coror oren2 kuning alahai coror2 yg manja2 tu. Seswai dgn taglinenya iaitu: Kissable. Rasa nak mencium-ciumdiri sendiri plak yer. Ups..

    Bilakah akan dapat semula laptop yang dicuri tu

    Pencuri dah DIPULANGKAN kepada emakbapak. Laptop aku masih TERPENJARA di balai polis MARANG. Kalau balai polis tu on de way je jln aku g kje hari, leh la singgap say hye2 babai kat inspektor yg aku x brpa nk suka nk menhadap tu. Tapi kalo nk sng g balai polis tu, kene la lalu jalan Bukit Kor. Yang mana jln tu of course tak bizi tp quite sunyi. Even berdua dengan suami pun takut juga nak2 malam. Kau berani?

    Lama juga buat kerja guna netbook. MJ punya netbook dah lunyai dibawah kuasa aku je kan. Yang bestnya ialah RINGAN. Boleh hangkut tanpa rasa beban. Yang tabestnya ialah time buat keje. Keje bab2 dev system, dealing with UI design and all..ooooh senak kepala mak nih! Kau suka? Bila dah banyak beban dalam netbook tu kan..beban kerja lg beban peribadi lagi beban dll lg..mula lah lembab tak blh blah.

    Akhirnya dengan tahap hilang malu dan terpaksa, kne la request laptop lain dengan operation manager. Bukan bos tak nak kasi pon padahal sendiri segan terlebih tak bley tahan. Bila dah dpt laptop baru tu, rsa melompat ke dunia baru lah! Wahla! Suka mak! Kau suka? Eh bukanlah laptop baru dapat dari kedai beskal pon, tapi baru format lah. Takpe. Best juga dan bersyukur.

    Sekarang beban dah terpisah. Laptop utk kerja dan peribadi atau kerja luar. Cewah!

    Baru2 ni dah call Inspektor tu, tp tak berjawab. Mesej tak berjawab. Aku marah ni. Kau ingat aku suka nak luangkan masa kontek kau banyak kali? Kau suka? Kalau profesional, informlah jika ader perkembangan. Dah memang aku lodge report tak perlu bayar, jadi lambat pulak aku dpt brgnya. Ye lah. Kau Tuan Inspektor. Aku cuma Tuan Norlida. Ketuanan aku cuma pada darah orang miskin. Bukan pangkat berlapis-lapis. Mana mahu dilayan. Nah, kau simpanlah laptop kampeni aku tuh, kami tak halal.  Dah susut nilai pun. Tapi, aku tak mahu kene ptg gaji, so aku nak jugak bende alah tuh. Walau brpa hengget pon harga dia.

    OK. Beralaha dulu na....emosi ke ni?

    Mi rebus johor@Mi Jawa


    Lagi. Kes masak-masak hujung minggu. Penutup kepada wiken dengan mi rebus johor. Mungkin ini jugamenjadi latihan untuk memillih menu bagi santapan hari raya nanti. Mula operasi dlm jam 8pm. Sejujurnya saya blm pernah makan mi rebus johor. Dan ini resepi cara saya. (Sebab macam biasa saya tidak mengikut 100% resepi yang dirujuk.)

    Bahan A - dikisar :
    3 ulas bawang besar
    4 ulas bawang Putih
    1 inci halia
    ¼ inci lengkuas
    2 batang serai
    25 tangkai lada kering

    Bahan B - Rebus dan kisar :
    3 biji ubi kentang
    200 gm daging ayam kisar
    200 gm udang
    3 sudu besar rempah kari Baba's
    4 sudu besar asam jawa
    Garam
    Nisan
    Gula
    Aji
    Mee Kuning Direbus
    *Taugeh Di rebus

    Tambahan untuk hidangan :
    Daun Sup
    Limau Kasturi
    Bawang Goreng
    *Lada Hijau Dihiris-hiris
    *Tauhu Goreng dipotong -potong kecil
    Telur Rebus
    Kicap untuk sesiapa yang suka....

    Cara-cara membuatnya :
    1. Tumiskan semua bahan -Bahan A yang telah digaul dengan rempah kari.
    2. Setelah Bahan A sudah garing masukan pula Bahan B.
    3. Masukan air asam jawa, garam, gula dan bahan perisa.


    *Kepekatan kuah mengikut sellera masing-masing.

    * Bahan-bahan yang saya tidak guna untuk percubaan kali pertama ni.
    Rujukan daripada: http://www.resepi4u.com

    Teknik shading hidung

    Tiba-tiba mahu terai. Senang saja. Pilih warna yang paling gelap. Sapu di tepi hidung dengan berhati-hati. Then, touch up semula atas batang hidung dengan compact powder dan tepi hidung untuk menyamarkan kesan gelap tadi. Supaya nampak lebih natural.
    Source: dianaskincare.com 

    Sumber: bravoing.rssing.com 
    Eloklah guna berus yang bersesuaian. Saya guna jari pon b ley.. ;) 

    Sebelum 

    Selepas 

    Tak susah ye kawan2..blh terai sendiri tanpa rasa takut. 

    DIY

    Segmen kitar semula.
    Item: Bekas penapis air.

    Jika telangkup ke bawah, hanya 1 ruang untuk letak pokok. 



    Else, boleh terbalikkan semula. Jadi, ade 2 ruang untuk meletak tumbuhan. 

     Boleh mula letak jelly. Saya ader kaler hitam. Kau ader?(Sorry, sajer guna ayt komersial yg tgh femes ni..). Sebenarnya color taik kambing ni sajer yg available kat nursery tu. 2nd pegi dah habis langsung. Frust!


    Boleh taruk tumbuhan jenis menjalar. Tp pokok ni akarnya agk pendek ye. Kene la tambah air lagi supaya akarnya boleh cecah air. 

    Ruang kecik tu tdk disia-siakan. Mari letak jelly colo transparent yg UT bg. 

    Close up sikit. Ader pelbagai size. 


    Tak tau nk ltk tumbuhan ape yg kecik2 cute. Jadi, Sambar je yg ini. Ambik dr rumah kakak no.3. 

    Jadi lah macam ni.  


    Biasa saja. Hargai tumbuhan. Baru berjinak dengan pokok. 

    Sayang sekali pokok bunga masih dalam proses penyesusaian di sini. Maksudnya ialah saya baru belajar menanam pokok bunga. Ada yang manja kerana saya tidak mahir menjaga. 
    Tambah lagi tidak ader ilmu tentang keserasian tanah untuk tumbuhan berbunga meskipun sudah membeli baja bersesuaian.
    Will see. Hanya pokok bunga lavender purple saje menunjukkan kesihatan yg membina.

    Roti Jala

    Assalamualaikum wbt..
    Asalnya nak mencari resepi Mi Kari. Sebab MJ bwk blk sepupu kepada lala.Malu nk sebut nama dia. Sbb ader kaitan dgn manusia.
    Tapi belek punya belek gugle, nak juga cuba resepi roti jala yg mn bks adunan dia dah berkurun beli. Ceh, hanya intro.

    Malam ni baru jadi kenyataan.

    Jupa sajer resepi pertama terus masuk dapur buat. Sebelum tu, salin dulu 3 resepi dalam buku kira2 kewangan peribadi. Sangat teruja nk bikin ni pasal tak berapa nak percaya ianya sangat senang. I mean, bahan2 biasa sajer. Mcm mahu bikin jemput2 alias cekodok bawang tuh.

    Dan seperti biasa lumrah saya, mesti rasa penulis resepi tu x ikhlas. Sebabnya rasa mcm x cukup. Jadi saya + la sedikit garam + 'tok haji' sebagai perasa. Mn tau blh la makan begitu sajer sblm nk menjelang esok bikin kari ayam. Dan betulla, selagi x mencuba mmg x reti. Baru test menjala, adunan x tubik2 dr lobang2 acuan. Yennadey. + lg air. Kasi boleh lalu. Gagal. Mula lah terasa org yg setup mesin nk buat adunan ni sbnrnya x tau buat roti jala. Jadi, pusing punya pusing dapur, cri objek berlubang yg seswai. Gagal.

    (Menaip sambil2 tunggu adunan masak)

    Jadi, terus tapis bahan acuan td. Ye! tapis. Tidak dinyatakan dalam resepi pertama. Balik ke pangkal jalan rujuk resepi2 lain. Lebih telus dan lengkap.
    Ye. Kene tapis sbb nnt biji2 gandum tak menghalang laluan adunan utk melalui lobang2 kecil td. Tambah air sehingga adunan blh melalui kesemua lubang acuan.
    Practise make perfect.

    (Menaip lagi sambil2 tunggu adunan masak.)

    Mula2 mmg huduh. Bila dah banyak, blh nmpk pelbagai saiz roti jala yg terjadi. ;)
    Rasanya sangat memuaskan hati sendiri. Ada rasa lemak2 manja gituh.
    Sila jangan terburu-buru melipat roti jala dalam kuali sebelum ia masak. Sebab jika masak ia akan terangkat dengan sendirinya merelakan dirinya untuk dilipat. Jika terlebih masa, ia jd terlalu kering dan menipis. Memang semakin mudah untuk melipat namun rasa nikmat lemak2 manja tadi dah kureng.
    Wah, telus tak saya cerita pasal resepi membuat roti jala?

    Next trial: Cuba + susu segar/susu cair/susu tepung 4 sudu. Tujuan nk bg lemak2 manja jgk ;)

    Moral of the story, sila jgn terlalu excited dan cari lah resepi yang lebih ikhlas.
    Cewah! (Padahal x expert membuat kueh..;B )

    Sambung. Kari Ayam.
    Lepas taip perkataan kari ayam, perut trs berbunyi.
    Cara-cara:
    A. Kene mmati air ayam dulu sebelum menggulai.
    -Potong ayam ikut saiz yang kita suka. Masukkan ke dalam periuk.
    -Masukkan sedikit air.
    -Masukkan bawang merah,bawang putih,halia yg tlh diblend.
    -Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang,cengkih.
    -Masukkan 2 sudu rempah kari, 1 sudu serbuk kunyit,cili boh.
    -Masukkan asam keping, belacan, kerisik, garam, gula melaka(org tranung sebut 'nisan').
    -Gaul semua bahan, masak atas api yang sesuai selama 15-20 minit.
    -Last sekali baru la masukkan santan,susu cair.
    -Last lg blh masukkan ubi kentang dan daun kari. OK selamat.

    Sedia untuk dijamah - rezeki untuk sarapan pagi jumaat. 
    2 keping roti jala sudah mengenyangkan. 


    Kalau belum kenyang, makan nasi minyak. Dengan lauk yang sama. 

    Jangan membazir. Boleh guna kangkung sebagai sayur tambahan. 

    Iklan percuma: Minyak Munajat

    Amalan

    DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH….
    Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :
    Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah – Ayat 102
    Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79
    Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa – Ayat 69 dan Surah Al Hasyr – Ayat 22-24
    Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5
    Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah
    Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
    Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah
    1 minit untuk mengingat Allah

    · Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
    · SUBHANA’LLAH
    · ALHAMDULI’LLAH
    · LAA I LAAHA ILLA’LLAH
    · ALLAHU AKBAR
    · ASTAGHFIRU’LLAH
    · LAA ILAAHA ILLA’LLAH, MUHAMMADUR RASULU’LLAH
    · ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ‘ ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI· WA SAHBIHI AJMA’EEN

    · Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan. Berkongsi lah dengan sahabat handai, saudara mara.
    Hasil 1:
    · Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
    Hasil 2:
    · Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

    Cantik menawan hati

    Sejak layan BOF, rasaJan Di pakai light silver ayeliner bwh mata. Bawah matanya seakan bercahaya. Dengan wajah mulus tanpa mekap. Kulit sudah superb. Bibir sudah merah asli. Mungkin bila kenakan sbrg mekap tmbhn, jd tidak perasan. Lihat!
    Korea 

    Nampak tak?

    Meninjau make up seantero dunia pula..

    Jepun

    India

    Mexico


    Malaysia
    FS make up: Malaysia kacuk India

    Barat 


    Cuba-cuba mekap pada budak perempuan ini yang selalu suruh ajar dia pakai shawl dan mahu mekapkan dia.Guna camera henpun cap ayam. Gambar ala2 soft. Oh, Ini gmbr sblm shading hidung.
     
    Now, saya dah reti buat shading hidung. I loike! 
    Hari ni Jumaat. Wiken yang sangat bersemangat nk buat segala-gala hal rumah. 
    Termasuklah make up.(untuk suami...cheh..hehe). 
    Oh cau..banyak kerja..