Pisang berbuah 2X

Kali pertama saya mendengar statement itu ialah dari seorang bekas teman lelaki. Sekitar 2005. Saya calon isteri dia. Sudah dibawa berjumpa ibu bapa dan keluarganya. Ibu saya pun memberi lampu hijau. (Amboi, mentang2 sama asal.) Kenapa dia buat statement tu? Kerana dia kerja Petronas, ada kereta, ada motor besar. Duit tidak tahu ke mana lagi mahu ditaburkan. Keluarga mempunyai biz catering. Kerana statement itu juga, kasih saya terpaksa putuskan. Jalan tersekat.

Kali kedua statement itu dari seorang sahabat. Yang kini hanya mungkin kawan. Dan mungkin tidak tahu status diri saya pada dia. Lagi kerana pisang berbuah 2X. Hubungan yang sudah tak bernama ini seolah terputus. Bukan saya yang putuskan. Saya tidak mahu memutuskan silaturrahim. Seboleh mungkin.

Wahai bekas kekasih, sahabat dan kawan2..saya tidak sanggup mendengar ayat pernyataan berbau megah. Kerana saya juga seorang penumpang sebesar zarah di bumi Allah.

Kita boleh berpendirian apa saja, dan itu mungkin mencipta jurang. Sesama kita. Yang sememangnya tidak sempurna. Hina lagi dina. Setiap harinya menelan dosa kecil atau besar akhir zaman. Yang perlu mengaku dalam taubat di malam hari.

Lumrah, kita akan pergi kepada sesiapa yang hanya mengiakan kata-kata kita, yang sentiasa sudi menyokong kita di waktu benar dan salah.

Maaf untuk semua. Saya juga terpaksa berundur daripada apa saja yang berkaitan dengan intipati utama entry ini.

No comments: