Kekeliruan dalam berpakaian

Assalamualaikum readers yang sudi membuat lawatan regular/mengejut atau tersesat ke sini. All of you are welcome, kalo x, tak kan ler blog ni open air kan? heeeee...

Tiba-tiba nak merepek tak tentu pasal. Tiba-tiba rasa nak buat persoalan.

Salah ker kalau saya rasa saya tak suka jika baju baru orang ala-ala baju saya yang dah tak baru? Ayat bersimpul di situ. Maksudnya saya yang pakai dulu corak tu.

Lagi sentap kalau tiba-tiba orang lain pula buat statement: "Eh! Baju awak sejibik macam baju si polan tu la..". Tobat saya segan nak pakai dah.

Lebih-lebih menyentapkan lagi dengan statement: "Eh Ida..ingatkan si polan tu.."

Tak suka copy-cat. Salin-kucing.

Okay then, saya akan pakai pakaian imej saya.

Tapi saya pernah terbaca, dalam Islam..Pemakaian seseorang wanita tak boleh terlalu berbeza dengan khalayak wanita lain. Kerana dengan itu, pandangan akan lebih tertumpu kepadanya. Makna kata, dia secara tak langsung menarik perhatian. Kasihan juga jika dia tak berniat untuk menarik perhatian sesiapa. Berdosa pula jika seseorang wanita itu memang berniat untuk menarik perhatian. Nauzubillah, semoga terhindar dari perasaan tu.

Entahlah, saya yang naif ni agak keliru tatacara pemakaian yang lebih afdhal dalam agama.

Contoh, jika semua wanita dalam kampeni tu pakai baju kurung, sorang saja pakai jubah..adakah yang berjubah itu bersalah? Sedangkan pakaian dia lebih baik.

Contoh lagi, majoriti wanita yang berkerja dalam co tu pakai tudung bawal, tapi sorang jer yang pakai shawl. Adakah yang pakai shawl tu bersalah?

Nampaknya kene gali lagi mengenai kekeliruan ni.

Frankly speaking, saya gemar memakai seluar ke office. Amatlah serabut pakai kain, nak melangkah anak40 tangga lagi.

Yang penting, apa yang saya pakai hanya untuk keselesaan diri sendiri, supaya nampak kemas, bersiap. Tidak ada langsung rasa untuk bersaing sepertimana yang selalu berlaku di mana-mana. Setiap pakaian terbaik bagi saya adalah yang boleh membuatkan saya yakin diri dan sesuai dengan potongan badan.

Tata.

No comments: