Nota harian bila aku rasa mcm mangkuk tingkat:
Hui dah masuk bulan ke 9 kot tahun ni. Mood terkanjat!
Jom berlakon buat2 cool semula n cerita psl lain.
Blog ni wujud masa aku bujang trang-tang-tang. Jd, ayat jgn
nak feeling-feeling mak-mak sangatlah. Jadi budak-budak nak baca pun tak
mendatangkan bahaya.
2-3 hari ni kepala rasa pening. Kes durian tepi jln atau
durian kebun tak sure lah.
Janji dah pening sampai imej dan identity aku hampir
berpusing 180 darjah.
Tambah cuaca panas hingga mencecah 38 darjah C.
Anggap saja krisis identity aku sdg berlaku sebab lepas kne
inspection kat PUSPAKOM.
Dan kerana aku tertinggal bocong air hari ni. Jd krisi
semakin parah. Walaupun dah topup dengan aku susu perisa strawberi kat PUSPAKOM
td sampai ade mamat tegur kulit putih sebab minum air tu ke? Cis. Senyum pelik.
Terima kasih Nutriwhite! Terima kasih bedak arab.
Dan kerana masuk ofc smula dah jam 11.35pg kot. Konon2 nak
terus ke RHB. Naik ofc semula baru teringat kene pergi JPJ dulu. Kaaan dah jd
lg sindrom lupa lps beranak. Kalau tak naik ofc dulu td tkot dah tersadai dpn
RHB sambil ketuk kepala kat stereng.
Sekarang dah masuk kul 1. Kene pergi ngepam susu. Tp belum
mkn lunch. Otak berlapis-lapis tengah fikir nak buat mana satu dulu ni.
Hari ni jugak nak keje pergi setel. Esok lusa aku amik cuti
jaga anak bujang kecik yg makin berat tu. Otak berlapis lagi terkejut ingatkan
kene jaga exam kat Kolej td. Huh..nasib tak. Dan tetiba termasuk dalam meeting
pot luck raya dan kene masak lontong raya. Wah ajaib kalau aku boleh masakkan
lontong utk jamuan raya.
No comments:
Post a Comment