Purnama mengambang… cuma berteman.
Bintang berkelipan dan juga awan. Siapa tahu…
Rindu yang mencengkam di hatiku.
Rindu dgn early movements. Sentiasa ternanti-nanti.
3 hari lg dah 5 purnama. Baru nak post. See..bzbee mommy..
Adik bilang mommy sayang abang jer. Asyik story pasal
kemajuan abang jerk an. Eh! Mommy sayang dua2 lah. Dua-dua kan anak mommy and
walid. Abang kan anak sulung yang mommy doa dan mommy bentukkan supaya dapat
galas tugas2 mommy & walid untuk jaga adik and adik2 jika Allah nak bagi
lagi nanti. Apa yang mommy and walid ajar pada Abang, mommy nak Abang akan ajar
Adik pula nanti jika mommy tak sempat. Abang ada mommy and walid untuk belajar
dar awal, tapi Adik lagi bertuah sebab Adik ada Abang juga, kan? Gap umur Adik
tak jauh dari Abang so that mommy nak Adik jadi best friend dan cermin juga
pada Abang. Apa yang mommy angankan sejak dulu lagi Allah Taala makbulkan iaitu
Adik hadir cepat untuk bersama-sama dengan Abang temani hidup mommy and walid.
Mommy nak Abang & Adik macam kembar dan sehati sejiwa, setidaknya
menguatkan antara satu sama lain Jadilah perisai yang utuh untuk keluarga kita.
(See..adik baru separuh jalan dalam rahim mommy, mommy dah pesan berjela. )
1st pregnancy, cukup 5 bln bru dpt rasa btl2 mcmn
baby beraktiviti kat dalam. Awal-awal tu mommy agak bz nak kene study database
juga untuk sistem baru. Tiap kali mommy bukak database, tiapkali tu la Abang
gerak2 kat dalam. Abang minat database macam mommy la tu…
As per my last year reading, next pregnancy kita akn dapat
rasa lbh awal..yep it’s true.
Masuk 16 weeks mommy dah start rasa macam angin bergerak
dalam perut. Kalau pegang dengan tangan belum rasa lagi time tu. Makin lama
semakin obvious dan now 18 weeks dan boleh rasa dengan tangan.
hB even ok then up then maintain then down but it still in
good state, over 11. Masa scan baru-baru ni, mommy agak terkejut sebab Adik
sangat aktif kat dalam sampai susah doctor nak buat ukuran. Doktor kata susah
nak ukur sebab baby duk tendang2. Mommy senyum sebab teringatkan Abang dulu
elok jer duk diam-diam masa doctor ukur. Dalam hati terdetik masa tu, ni adik
terpengaruh sebab asyik kne tendang dengan Abang.
Sian Adik tapi Adik kene kuat sebab Abang tengah aktif. Masa
Abang dulu boleh la mommy manjakan dia dalam perut sebab semua orang risau and
nak Abang selamat datang ke dunia, lagipun Abang kan Abang..xde rakan sebaya
nak tendang-tendang lagi. So, mommy tau Adik lagi kuat and may Allah bagi Adik
survive dengan sihat hendakNya..amiin..
Keletah abang Q dah macam2 sangat. Tak sempat la mommy nak tulih semua dalam report book dia. Jawab mana yang nurse tanya jer. Ok, mommy off to work!
No comments:
Post a Comment