Makanan Fizikal Memberi Kesan Pada Rohani

Perkongsian yang menarik dari seorang Ustaz yang pernah datang berceramah kat co kami;
Hari ni lebat pula kisah halal haram makanan. Bukan orang berpantang je tau stressed fikir nak makan apa yang selamat, tapi mostly yang bergelar umat Islam makin geram susah nak pilih2 makanan, lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang baru kenal solid food.
Kalau orang2 yang wara' dia tak makan makanan sembarangan yang was-was. Tapi walaupun masak di rumah, bahan-bahannya beli juger.
Bagi pihak diri aku sendiri, memang gilerkan cheese. Kalau nak buat sendiri tu memang tak ar lagi buat masa ni. Tapi tak tahu lah sejauh mana pengusaha-pengusaha makanan nak titikberatkan dan buat pilihan yang betul bahan-bahannya bukan setakat nak pilih yang sedap saja.
Renung-renungkan apa yang dikongsi ini...
Hari ini,
kalau ke restoran..
pesan sepinggan mee
cubalah renungkan...
mee siapa buat?
kicap siapa buat?
tauhu siapa buat?
kek ikan?
telur siapa bekalkan?
sayur taugeh, sawi, kobis, cili, tomato
siapa yang tanam?
cili sos siapa kilangkan?
cili boh?
belacan siapa punya?
minyak masak cap apa?
Ingatlah pesanan ulama
Hati ditempa mengikut makan minum
Bila makan minum itu haram atau syubhat menghitamkan hati
Bila hati hitam, hati keras...
Bila hati keras...
Walau sudah nampak kebenaran berat nak tegakkan kebenaran
Berat nak bersembahyang
Malas nak berpuasa
Malas nak berjuang
Malas nak bersedekah
Malas nak berkorban
Malas nak mengajar kalau dia tahu
Malas nak belajar kalau dia tak tahu
Sebab hati dah hitam...
Kalau dengar maksiat...
teringin pula nak buat
dengar judi hati seronok
dengar disko hati seronok
dengar wayang hati seronok
Kenapa?
Hati di dalam dah kotor
Hati yang kotor kehendaknya kotor juga
Fikir-fikirkan...

No comments: