Copy Paste

When someone comes into your life... Allah sent them for a reason.
Either to learn from them, or to be with them until the end.
Tak kira lah sesiapa pun kan, tapi saya fokus pada someone yang menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk mencoraknya sejak dari alam rahim lagi. Guru yang pertama bagi anak2 adalah ibu bapa & keluarga.
Fasa sekarang ni memang sangat obvious Qushayyi selalu copy paste ape yang kami buat, apa yang dia nampak. That's the way he learned in early stage. 
Lawak sangat bila Walid duk tunjuk2 cara gerakan tangan yang pelbagai pada Qushayyi. Ada gerakan yang dia boleh tiru dan ada yang tidak. Yang lawak tu kalau pusing-pusing tangan macam tarian traditional, hah yang itu dia bulih buat. Hehehe..sampai saya x bg suami ajar gerakan tu haha..
Kalau dia tgk video dia yang saya/kami rakam dia tgh beraktiviti, dia akan lakonkan balik aksi tu contoh amik teddy bear letak atas kereta dia and tolak2, konon bawak teddy bear tu jalan2 tapi sebenarkan duk langgar2 almari sampai tecampak ler seekor beruang mainan ke lantai.
Lagi..baru pandai cakap dengan gabungkan 2 perkataan; "Nak kutt(biskut)" yang dia suka sambil tunjuk plastik biskut tu pada saya. Oh! tergamam sekejap and minta dia repeat balik. Bila masa saya banyak berduaan dengan Qushayyi, semakin banyak perkembangan dia yang berlaku depan mata. Subhanallah.
Sebelum makan nasi saya biasa akan tanya dia dulu, "nak nasik? adik nak nasik? Eat..eat nasik sambil buat gaya makan." Memang akan semestinya dia akan jawab "mboh sambil geleng2 kepala (walaupun lepas tu dia makan jer, suka la jawab xmboh..)" tapi semalam, saya tanya dengan skrip yang sama. Mula2 dia jawab "mboh..." lepas tu dia repeat: "Acik? mboh..Acik? mboh...(nasik? tak mboh) " Oooo sekarang dah sendiri tanya sendiri jawab yer? Saya gelak sorang2. 

Erm, xde feel sangat nak menulis. Rasa nak membaca jer bahan-bahan lain...ciau dulu...

No comments: