Ending kisah beranak sulung: Post-natal


End up with emLSCS. Allahuakhbar..


OK last, last.
Lepas ni focus nak vbac plk.



Part 3:

 The procedure

Gagahkan diri tengok procedure ni atas dasar terlalu ingin tahu keadaan Q masa tu. Video ni agak terperinci berserta dengan penerangan.

Kalau planned LSCS aku rasa tak la secemas kes-kes emLSCS disebabkan fetal distressed, segalanya perlu dilakukan dengan cepat dan berhati-hati.
Tepat jam 5.49ptg ahad 17 feb 2013, Qushayyi berjaya dikeluarkan dan disambut oleh seorang doktor wanita Islam. Dgn skor APGAR Cuma 3/ 6. Tulisan warna merah pulak tu! 5 minit kemudian baru skor apgar tu dpt catatan normal  iaitu 9/10.

Disebabkan Q lahir sekitar waktu melawat, hospital agak sesak dan suami melalui proses yang mencabar untuk menguruskan apa yang patut sebab baby kemudiannya dihantar ke wad bayi tingkat 6 untuk dipantau secara rapi dan dipasang oksigen selama 24 jam.

18 feb 2013, isnin .. lebih kurang jam 6pg aku dikejutkan oleh staff nurse dengan suara lembut dan sopannya..
"Norlida…Norlida..bangun..kjp lg kene mandi"..Selepas 14 jam aku sedar bila nurse kejutkan. Subhanallah..Alhamdulillah, hidup lagi aku..

Selama waktu hampir bersalin sehingga habis berpantang, aku selalu terfikir, andainya Allah menjemput nyawa kita waktu tu, ia adalah sebuah kematian syahid..MasyaAllah..

Nak kata rasa tidur yang panjang tak juger kot. Entah lah.. Aku diberi penerangan psl mesin ubat PCA. Kalau aku rasa sakit, nurse suruh picit je button kat tgn then ubat thn sakit akan mengalir masuk dlm bdn melalui jarum yg dipasang kat tgn. Nurse pun tunjuk contoh dgn tekan sekali. Tak rsa apa kot. Lepas nurse beredar, aku rehat kejap menenangkan diri hadapi reality..Alhamdulillah aku masih dapat bernafas, buka mata..aku tgk jer alat2 yang dipasang pada aku. Beg urine pun masih terpasang. Lepas tu aku try picit button tu sajer nak test sendiri plk walopon x rasa sakit. Lepas tu aku x tekan2 dah. Kemudian nurse tu dtg lg, eh tak luak pun ubat mesin ni, awak x tekan ke? Tak rsa sakit ke? Saya jawab dalam lemah..skali je tekan. Tak rsa sakit pun..nurse mcm pelik jer. Kemudian dia tanggalkan urine beg yg dipasang, dan tolong aku bangun, turun dr katil, naik wheelchair ditolak ke bilik air dipesan itu ini. OK, baiklah, aku ikut semua arahan.
Part mandi lepas pembedahan ni, aku cover2 jgk la x bg kene tempat operate, terbongkok-bongkok . Berapa cm? Jangan tanye sebab aku x pernah ukur hingga ke hari ini. Cuma rsa x pnjg mana, ajaib jer cmne baby boleh dikeluarkan. (tu pun aku rsa ajaib sedangkan org beranak cara VD lg ajaib dengan kuasa Allah kan..) Seram oiiiih! Dah la tengah lembik xde tenaga, lemah gemalai, slow motion semua dlm keadaan berhati-hati menikmati cuaca sejuk dini hari menjelang subuh sunyi. 

Aku ditukar ke katil posisi tengah sikit, lebih dekat dengan tempat nurse mayb untuk pemantauan. Siang tu, my sis #1 and abg ipar dating melawat. Kebetulan aku dahaga yang amat abang ipar turun balik carikan air mineral. Hari ke2 bff suami and wife dating melawat kat wad. Dlm msa 2 hari ni aku mmg rsa lemah yg teramat suara antra keluar ngan tak bila sembang dgn diorg. Kemudian ader rsa naluri sesuatu yg sangat berlainan, tak mampu nak explain kat sini. Antara diri sendiri dengan Tuhan..dalam lemah2 tu sembang, rupanya aku TERcakap yang…seriknya sakit beranak, tak nak beranak lg.. kwn abg n wife Cuma senyum2 n gelak2 je. Rupanya dalam hati dia cakap..alah..tgk la nnt x lama lg ader pulok! Rupanya masin mulut dia..dia cerita balik masa jumpa raya baru2 ni. Oh! Sangat memalukan aku rsa hahaha, tak sangka la aku blh ckp camtu pd diorg. Ye lah time teringat sakit mana nak ingat kan..
Disebabkan aku emergency LSCS(emLSCS), aku kene full bius memang x sedar pe lah, suami pun tak boleh temankan, aku masih sedar saat dia salam n cium dahi aku sebelum tinggalkan aku dalam operation theathe tingkat 3. Sejak lepas sedar dari operation tu, aku mengalami 1 perasaan yang amat bingung!  Banyak sangat rasanya soalan dalam kepala ni..
Mana anak aku?
Selamat ke anak aku?
Aku dah betul2 jadi ibu ke?
Bingung sangat.
Depan aku aku 1 file perubatan bersama dgn buku pink rekod pregnancy n kelahiran. Aku belek2 file tu, entah apa yang aku baca dlm tu cari info yang aku nak. Kemudian aku belek pulak buku pink dengan teliti muka-muka surat akhir.
·         
Berkali-kali aku tatap tulisan2 kat mukasurat tu. Bersungguh-sungguh. Tapi kebingungan tu masih terasa. Rasa kosong! Rasa tertanya-tanya lagi. Sampai la masa aku dapat jumpa suami. Dia asik cerita pasal anak kami. Sebelum dapat jenguk aku dia sempat 2x pergi jenguk anak kat tgkt 6. Dalam kepala aku … anak? Anak kita? Kita dah ada ank? à bingung lg! muka aku terpinga jer. Kuat betul ubat bius..hua3. lepas tu aku ditukar lg posisi katil. Kali ni makin dekat dgn kwsn nurse, and katil2 pun tak banyak, hujung arah selatan. Kemudian, jiran2 yang dah lepas operate tanya, x g menyusu anak ke? Dah pegi tgk anak? Aku bingung lg. menyusu? Suami sebenarnya tunggu aku dah ready and time2 tu jgk aku ajk jumpa anak.  Suami amik wheelchair and kami trs ke tgkt 6 wad bayi. Bz jgk sbb mmg waktu melawat time tuh.
Perasaan sepanjang perjalanan menuju ke tempat ank…..?
Ya Allah..berdebar-debar…aku teringat kata-kata kwn baik..dia kata..pertama kali tgk anak hati berbunga-bunga macam nak g jumpa kekasih! 

Eh , aku x rsa mcm tu pun. Aku rsa seram sejuk lain macam jer ni. Dengan soalan2 dlm kepala ni.
Mamcamana la ank aku tu yer..cerah ke gelap sangat ker..sihat ke..dari cerita suami, semuanya OK. Nak jumpa baby msg2 kene ikut giliran. Punya la ramai parent yg tujuannya sama mcm kami. Mana satu lah anak aku ni..lepas sorg2 baby aku perati dlm cube dia. Tertunggu-tunggu lg dlm debaran yg tak sudah! Bila dah dpt tu..aku tatap dia..cepat2 kami pergi bilik menyusu. Aku tak sabar untuk ajar dia menyusu dan kenal aku supaya dia tak canggung nanti. Ya Allah..suci murninya bayi ini hadiah dari syurga. Lapar ke dia..pertama kali aku kendong..agak kekok sebab tangan kanan aku masih ade jarum terpasang, begitu juga tangan si anak. Ape pun aku gigih usaha bagi susu badan. Tangan2 kami bersimbung, jarum kat tangan kami berlaga..baby menangis..aku pun hampir!  Itu kali pertama sesi ibu-anak jumpa. Dia belum kenal aku..aku sedih! Nak isap susu pun dia tak pandai lg n refused. Kemudian, kami nak hantar baby semula pd nurse..lepas dah letak blk baby dlm tmpt dia, aku mcm keberatan nak melangkah pergi. Suami aku tanye kenapa..aku kata..eh kang tertukar nanti mcmn.. ..(blh plk aku terbuat lawak mengong gitu dlm blur dlm betul bendul muka ni..) suami aku kata eh mustahil lah .. jgn la bimbang..anak kita ada tanda..(dia pun bls dgn lawak juga tp muka serius..) ya, Qushayyi ada tahi lalat besar tepi dahi kanan. 

Aku blk ke wad dgn hampa x dpt susukan anak. Ok la at least dh dpt jumpa. Its ok, diorg jaga aku pon risau mcmn la nak jaga sndri dgn keadaan diri still lemah lg. malam tu sekitar jam 10mlm..baby sampai kat aku..dlm hati x putus berdoa moga baby tenang n tak menangis..suara dia nangis kuat oih..malu nak..kesian org nk tdo mlm2 huhu..dlm msa yg sama aku slowly tp gigih nk ajar dia latch. So dr mlm tu lg kami berduet berlatih. Aku ikut semua yg ketua nurse ajar. Slowly q cuba. Untuk colostrum keluar akan mkn masa hanya jika baby betul2 sedut dengan kuat dan cara yg betul. aku pon terlupa dpt tdo ke x mlm tu..bila siang..my sis #2 dtg. Dr pg q bnyk kali nangis sebab laporrrr..x dpt susu dgn puas lg..susu pon x bnyk lg..mayb setitik dua kot..tempoh ni agak stress sebab aku mcm give up..minta nurse bg susu tepung..janji ank aku kenyang n senyap..nurse marah n paksa aku susukan ank dgn susu bdn…we yank aku lapar kot..aku sorok2 suh kakok bwk botol n susu fm jenama anmum yg aku dh stamby awl2..agak2 ank nangis kuat je..kami bancuh sorok2..bg baby minum..hahaha..x kira janji ank aku  xlaporrr…
-        
Ade sorang makcik muda yang temankan anak dia katil sebelah tegur aku. Dia kata makcik tgk awak ni gagah je uruskan anak lepas pembedahan. Makcik dulu 2 hari lps bedah tak leh bangun lagi.
Oh ye ker makcik..terkedu saya..aku senyum. (Dah memang 3rd day dah time tu.. )

OK la abis cerita di sini...

*taipnya dah lama, baru rajin nak post.

No comments: