Rutin check up 20w

Alhamdulillah,
Allah bagi keizinan fetus mama Leeda dah cecah 5 bulan. Subhanallah. Saya follow jadual check up macam biasa. Kebetulan hubby on leave, so hubby hantar and tunggu. Kebetulan pulak hari Ahad ramai jugak. Tapi tempoh menunggu macam biasa, kurang lebih 1 jam.

Saat paling gementar. Timbang berat! 3X jugak nurse tu suh saya naik. Mayb tak percaya dengan penigkatan berat badan saya. Dan keputusannya ialah berat bdn saya naik 0.5kg! sahaja. Okeyh! Cun. Tak ngeri mcm bln lps kan2. ;B

Kesimpulannya, jadual pemakanan saya sudah berkesan. Terutamanya on weekdays. Pagi sebelum msk kerja beli kuey mueh kegemaran. Makan sedikit-sedikit setiap 1 jam sekali atau apabila lapar. Hingga la balik keje. Sampai rumah baru makan nasi berlauk secara sederhana. Malam makan simple2 dan buahan.

Lbh krg 3 hari sebelum cecah 20w, Subhanallah dah boleh rasa gerakan baby. Bila buat check up kali ni, kene cucuk vaksin elak kancing gigi. next and last cucuk vaksin ni lg skali bln dpn.

Next, check up bab dental pulak. Malangnya gigi kanan atas sangat sakit, tak boleh guna untuk makan. Adakah selamat cabut gigi masa mengandung?

No comments: