Check up pantau BP & Urine

Makanya hari ini Khamis, 20/9/2012 berakhirlah jadual saya ke klinik selang sehari kne check urine & BP disebabkan berat naik mendadak. Oleh kerana hari ni last day dlm jadual seminggu tu, kene la mengadap doktor. Doktor yg sangat baik je pun. Dr. Farhanaa la sapa lagi, yang lembut lagi solehah gitu.

Kat kaunter daftar dah cek BP. 100/70. Lepas check urine, masuk bilik doktor, check BP lg skali: dah jd 110/70. So far BP ok kata dr.farhanaa based on jadual seminggu tu. Doktor tanya dah rasa baby gerak ke? Dah rasa dah kan? .. Saya jawab rasa macam ada angin gerak2. Doktor kata rasa denyut2 gitu lar.. Dalam hati saya, ye lar tu kot baby gerak. Punya lar naif manusia ni kan. Doktor cek perut pula. Katanya saiz perut sesuai dengan usia kandungan, cuma berat bdn awk je lar naik cepat. Alhamdulillah walaupun perut saya xde la kelihatan besar sangat. Yang saya rasa saya kelihatan lebih 'TEMUK'! Its ok, lepas habis pantang berazam mahu jaga badan secara serius.

(Saya start rasa baby kicking dalam sehari dua ni baru. Rasa yang saya rasa agak pasti. Dan sejurus sebelum saya tulis entry ni, sambil-sambil blogwalking, baru rasa kicking tu makin jelas, dan perasaan saya macam..1 kegembiraan yang baru..i'm developing bonding feel with our own baby.. Subhanallah...Rasa dan perasaan yang saya tunggu-tunggu. Hubby banyak kali cuba untuk rasai baby, saya akan bagi dia rasa bila baby semakin kerap menendang..)

This coming Sunday, kene ke KD pulak untuk check up biasa. Entah berapa lar berat saya naik kali ni kan. Semoga tak terlajak la.

Next minum air gula, pada usia kandungan 28w.

No comments: