Pengisian dan aktiviti anak-anak di TABIKA


Dah masuk minggu ke3 tahun baru nak prapersekolahan anak-anak. Macam-macam ragam. Tapi, mood abang Q belum di tahap yang terbaik, masih lagi menangis bila dihantar ke school dan bermacam alasan diberi untuk tidak ke school termasuklah letih. Cikgu kata kejap jer menangis tu. Lepas tu dia ok jer follow setiap aktiviti yang cikgu aturkan. Ditakdirkan minggu ke3 Abang kurang sihat. 3 hari MC, adik tumpang sekali cuti. Minggu tu lah cikgu baru create whatsapp group untuk share gambar2 aktiviti.

Macam2 ragam dari hari ke hari, tak mo pakai uniform school..nak pakai baju biasa..tapi sampai masa dia mintak cikgu tukor baju school plk..nasib baik bawak bekal baju uniform



Berjaya buat huruf A dengan cara tampal cebisan kertas...kenapakah pink? Nasib baik abg tak komplen pada cikgu..abg x minat pink..abang minat color boyish jer haha..kecik2 dh pandai classify


Hari Khamis punya aktiviti week 3. Buat huruf B dengan tepek2 ketulan plastesin pula. Abang Q kata plastesin tu buat sendiri, tapi x blh makan. Mommy syak cikgu adun sendiri guna tepung tambah pewarna makanan. Bukan plastesin ready made yang beli tu. Mommy siap tanye cikgu..betul ke Tsaqiif buat sendiri tu, ke cikgu yg tolong..cikgu kata semua buat sendiri belaka..macam2 rupa ada. Tak apalah nak, ia proses belajar. Buat lah dengan gembira.
Teruja untuk tengok pembelajaran anak-anak seterusnya. Bila dah masuk alam persekolahan, adalah perubahan dalam beberapa aspek ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah.

No comments: