#2 My Master Journey: 1st Semester

Throwback balik saya dapat tahu pregnant 4 bulan sebaik selepas terima tawaran dari Dr. Wan. Saya lahirkan Abdurrahman 11 Februari 2017. Sepatutnya bulan tu jugak saya kene register GRA. Tapi lebih kepada masalah kerenah birokrasi dan permohonan saya tertukar, jadi saya hanya dapat register pada 19 May 2017. Sepatutnya juga saya perlu collect data dari Akuatrop. Sebenanrya data tu perlu didapatkan dari Bukit Merah, Perak. Malangnya belum dapat. Data tu ialah ikan arowana yang mati. Selama dalam pantang saya masih perlu siapkan penulisan untuk artikel jurnal. Tapi hanya sempat siapkan 2 tajuk out of 7. Elok2 selesai berpantang selama 2 bulan, Baby Auf demam, nafas laju. Ting tong ting tong, terus masuk ICU.
Masa dalam ICU
Pediatric High Density Unit

DUk ICU 2 hari kemudian PHDC 2 hari. Dia punya rasa lama seolah  2 minggu tak tengok dunia luar. Akibat daripada tu, hB baby Auf drop. Selepas discharge, kene terus bagi 3jenis ubat selama 6 minggu. Dalam tempoh belum sihat sepenuhnya saya rasa perlu jaga sendiri and struggle apa jua cara terbaik untuk naikkan bacaan hB. Saya nekad saya yang kene makan multivitamin. Pendek cerita, masa umur dia 3 bulan dah register masuk taska semua. Dalam pada tu, baby Auf demam lagi. Hanya 2 minggu duduk di taska. Lepas tu sambung episod sakit demam selang seli dalam tempoh dekat.Ding ding ding dong, stop duk taska. Umur dah nak masuk 6 bulan. Dah start solid food. Cari pengasuh. Hanya bertahan selama 9 hari sebab episod sakit demam silih berganti antara baby Auf dan pengasuh. Akhirnya terpaksa cari pengasuh lain. Lepas tu baru dapat fokus pada tugasan. Gung gang gung gang buat keje-keje master yang macam2 tu, ternyata ia bukan mudah. Bila involve dengan pemprosesan imej, banyak keje terlibat hingga pada analisis pattern selain imej segmentation. Semester 1 berlalu dengan kisah di atas. Itu dia,ibu beranak 3 sambung belajaq.

Apa pun, jiwa kene kuat.
Teruskan hidup.

No comments: