Duit raya: 2011

Tinggal 8 hari saja lagi bulan ibadat. Dan masa untuk melengkapkan puasa sebagai muslim muslimah. Semoga saya dapat memenuhinya walaupun tertinggal sehari akibat keadaan kesihatan yg mengganggu. Semalam saya rsa kian sihat walafiat. Namun hari ni kesihatan saya tiba-tiba sajer merosot. No big deal, sebab adalah alasan nanti saya tak perlu beraya ke sana sini. Tahun ni tahun ke3 beraya sebagai isteri. Maknanya dah berstatus pengantin lama lah. Jemputan berbuka pun sudah suam2 kuku. Tak seperti tahun2 sebelumnya. Jadi, tak perlu lah beraya sakan ke rumah sedara mara lebih2 lg belah mentua sebab rasanya dah kenal dan jumpa semuanya. Alasan tak?

Keperitan perasaan beraya tanpa cahayamata tahun lepas menjadi trauma semacam je tahun ini. Ikut kehendak hati saya mahu nayatakan hasrat pada suami bhwa saya enggan kemana-mana hari raya especially rumah sedara. Tapi tidak sampai hati pula. Saya cuba menjadi lebih positif. Sekurang-kurangnya skrip tahun ini sudah berlainan. Namun, impaknya tetap serupa. Malah lebih lagi.

2 hari lps saya melawat ibu saudara yang kurang sihat. Isteri bapa saudara saya lah tu. Salah sorg anaknya menunggu masa melahirkan anak pertama. Due 9/9/2011. Sebaik saja lps raya. Beliau kahwin pun selepas saya. Bila ditebak soalan psl saya & rezeki, saya biasa2 saja menjawab dengan baik. Boleh senyum2 lagi. Namun, pengakiran skrip dari mereka membuat hati saya sayu dan terharu dengan pujukan2 dan keyakinan mereka. Kata-kata mereka sangat menyedapkan hati & telinga. Terima kasih wahai saudara maraku. Saya bertuah ada relatives seperti kalian.

Mood raya? Belum sangat lagi rasa feelingnya. Mayb sebab, saya tak berapa nak layan lagu2 raya. Belum ditukar ape yg perlu ditukar. Belum dapat baju raya. Belum dapat angpau raya. One thing done dah tukau duit raya! Mcm biasa anak buah sentiasa bertambah. Dan yang dah bekerja pon makin bertambah. Thank God, seimbang lah tu. ;). Annually routine counting;

  1. Ashraf Solihin
  2. Anis Syuhada
  3. Faiq Mursyaidi
  4. Afif Muqri
  5. Yusuf Aqil
  6. Amna Izzah
  7. Iyyas Nasuha
  8. Iyyas Tasnim
  9. Iyyas Safiyah
  10. *Irfan Hadi(New born)
  11. Irdina
  12. Aqilah
  13. *Maryam(New born)
  14. Badrun Irsyad
  15. Najwa
  16. Faris Zikri
  17. Yani
  18. Ina
  19. Amir
  20. Mimi
  21. Lisa
  22. Izman
Total: 22. Budjet:. (InsyaAllah tambah bajet. Kasi up sket thn ni).

2 comments:

MommyAgharr said...

Bleh tahan gak rmai ank buah Pn Leda, ank buah sy plak sorang je..tp yg rmai tu ank2 sdara mara yg lain2 tu..kira nak bg jugak ke..heheh..Rsanya mcm kjap je puasa thn ni tup-tup dah nak raya..prsiapann raya sy dah laa x ready lg..huk alahai..

Leeda said...

mn taknya mummy aghar, saya ank bongsu..sy je blm ade rzki ank lg..tiap2 thn Alhamdulillah keluarga makin bsr..yg bru lahir dgn yg bru kerja..bg yg kecik2 dah la..hehe..bsr2 tu pandai2 cri duit sndiri..ade ank lbh la feel nk rayakan diorg kan? saya pon ikut sempat je, ni pon ade yg blm settle...hrp smpt..