Dugaan dalam ramadhan

5 Ramadan@5 Ogos 2011

Alhamdulillah, tiba pada 5 Ramadhan. Entah berjumpa lagi dengan ramadhan akan datang belum la lagi diketahui.

Tajuk semanis kurma mlm td pasangan menodai ramadhan, tapi aku tetap menunggu ketibaan generasi baru setiap ramadhan. Belum kunjung tiba. Dan belum kesampaian. Allah jua Maha Mengetahui.

Tapi bulan ramadhan juga yang menggoncang iman career saya. Dalam hati sudah senak dengan tekanan. Hingga  kadang-kadang kurang kusyu' tarawih teringatkan tekanan dilalui.

Banyak rasanya mahu mencoret tapi sms dari ptptn sudah memotong mood baikku untuk menyelesaikan beberapa perkara malam ni.

Kali ini sambut ramadhan dengan kurang sihat..bukan mengeluh tapi syukur sebab rasanya sudah lama saya tak demam biasa atau demam teruk. Kali ini pun bukanlah demam cuma sakit tekak, batuk2 manja dan tetiba sakit mata, mungkin terjangkit dari rakan sekerja. Sekejap sangat, hari ni dah baik. Saya harap sakit mata ni lama lagi sebab tak perlu lah saya masuk bekerja seminggu. Saya keguguran pun tak dapat cuti langsung. Apa gunanya gugur? Kan ke best tu namanya kalo dpt cuti 2 minggu. Sebab saya dah benci sangat dengan apa yang dilalui semenjak dua ni.

Kenapa mesti gembira bila Allah duga dengan sakit,
1. untuk kurangkan dosa
2.tak perlu masuk office

12.05 am.

Lps solat subuh hari saya sambung tidur. Boleh dibilang dengan jari berapa kali saya tidur semula lps subuh, saya tidak amalkan. Tapi lepas sahur td saya telan ubat batuk suami sebanyak 1 tudung botol. Lps tu setiap kali batuk saya muntah banyak kali. Saya teruskan puasa. Tapi saya terus tertidur sehingga jam 12.45 tghri. Hampir2 waktu suami pergi solat jumaat. Saya tak dapat nak bangun. Saya tahu saya akan jd mcm tu bila saya makan LEMANG.

Semalam, saya rasa macam tak nak puasa bila tekak terlalu sakit, tp bila fikir semula, saya malas nak ganti puasa di bulan tak puasa.

Ok. mlm dh lewat..hrp esok dpt bersahur seperti biasa.

No comments: