Demam Urat, Demam Tonsil & Demam Virus

Ada yang dapat bezakan tak genre demam2 ni macamana..bila dah maai musim demam ni, mcm2 jenis lah pulak.

Aku tak tahu lah orang lain sebut demam apa..yang pasti..kalau aku guna kudrat lebih dari yang aku mampu..yang akan dpt, demam urat lah jawabnya. Last demam sebelum ni ialah masa pregnant 6 bulan baby Auf. Beberapa kali keje balik malam..nah..rasakan. Memang tak terbangun seharian, dengan suhu panasnya. Kalau refer spital konpem kene tahan punya. Tapi sebab tak terbangun kan, kita redho jer tahan ujian yang sedikit itu.

Kali ni, sakit tekak, sakit kepala dan paling haru sakit segala urat badan rasanya..kalau bangun sembahyang tu, rasa masa sekujur tengkorak yang tinggal tulang tu tengah berdiri tunaikan solat. 3 minggu yang sangat mencabar kudrat dan emosi segala. Mommy bertahan dengan minum vco. Dan ESP. Perlukan tenaga untuk cover balik. ALhamdulillah,walaupun tak sihat mcm biasa tapi boleh go on dengan rutin, bila Walid balik lambat sikit mcm nak pengsan. TAk larat nak dukung baby Auf.Nek Chek yang ambik alih bagi tidur.
010-4161161 to order

Hospital-klinik-hospital-klinik. Kali ke2 baby Auf seleseme and demam, tak sangka plak kene tahan wad. Duduk lah 3 hari plk dalam wad biasa. Masuk sabtu ptg isnin discharge. Demam tak tinggi sekita 38 darjah celcius masa daftar dah turun ke 36 tp sebab blocking nose. Asik kene neb nak cairkan segala kahak hingus. And tak diberi ubat pun selama kat hospital. Alhamdulillah. Cuma tak boleh pakaikan baju langsung. Kalau tak suhu tak turun walau dah jerlum. So, keluar Isnin,selasa terus hantar ke taska. Ye lah, mami kne g campus kan sayang,,,

Lepas tuTsaqiif demam 1 malam 1 hari. Tak sempat bagi ubat pun. Sempat bagi vco letak dalam susu. Syukur kejap jer.then few days tu ok jer, alih2 hari Khamis bermula drama ..Auf menangis sangat tak ank tidur tak nak susu. Berkejar tenghari mami g tengokand bawak balik. Lepas tu OK jer. Kemudian, masuk je hari Sabtu, badan Auf kembali suam2..Aiseh. mainan apekah main suam2 gini. Kali ni mami tak refer hospital pon sebab baru jer discharge kan. Sebabnya jangkit selesema dari Tsaqiif. Batuk plak dari Qushayyi. Tsaqiif kepala tak blh kene panas nanti hidung berair. Q jangkit dari ibu dia. Ayyo..pakej. Berhempas pulas rawat kat rumah jer lah. Macam2 ramuan mcm2 ubat dari moden, organik ..superfood semua ada okeh. BFkan Auf pon berkoyan koyan..ater bila nak sembuh elok..tengok2 makan masa 5 hari duk suam sejuk suam sejuk gitu. Bila dah suhu OK, dia buat menangis pulak tak tahu ke sebab. Macam tak biasa jer nangis gitu. Ia membawa kami pergi berubat kat Darusyifa. Lepas tu Alhamdulillah OK dengan izin Allah.

Selesai bab Auf. Tsaqiif pulok sekali lagi naik suhu. Pengsan mommy kalau mcm ni. Pagi tu aku bawak pergi kecemasan kat KK tp ada kes. Cari klinik 1M hampeh tutup.

Hari JUmaat.menggagau cari klinik dekat2 yg bukak. Last2 Klinik Rafa 24 jam setiap hari bukak..so beli ubat demam yg insert tu jer..dan termometer baru. Tengok2 suhu makin maju jer, tak boleh jd ni sebab dia tak nak makan minum. Sebelum ni kalau demam pon minum jgk susu..lps tu OK atau minum air cap badak.


Walid pon bawak pergi kecemasan kat Hospital bsr. Mommy kerisauan tak keruan kat rumah handle mana yang ada. Lepas solat zohor Walid wasap cakap suhu tinggi sampai 40. Dush! Mommy rasa mcm kne hempap batu ats kepala. Bacaan nadi tinggi. Kepala mommy rasa berpinar..Jantung pun tinggi. Allahuakhbar..dugaan pakah ini..tak ada masa nak meraung atau apa..Allah tempatku bergantung..tolonglah..mommy terus arahkan semua siap2 nak rempit gi hospital. Tsaqiif siap cakap mommy tak sayang dia. Sebab bila demam dia jd clingy dengan mommy tapi mommy bz handle baby..sedih...sedih sangat2 tak tertahan. Susah senang mommy, Abg Q n Adik Auf dan Nenek Chek kne jumpa Tsaqiif time tu sebab nak peluk nak coolkan dia..mesti lah dia takut nak hadapi situasi tu buat bacaan jantung tinggi..Sampai jer hospital terbaca wasap Walid kata boleh balik. Suhu dah turun 38.8. Wad kanak2 penuh. Kawal kat rumah jer. In case naik lg bawak semula ke hospital. Subhanallah..rasa 3 biji batu tadi tiba2 xde..syukur sangat. Kami terus terkam Tsaqiif kat bahagian tunggu ubat..nampak dia happy tengok abg n adik n mommy. Lepas tu kami fikir kene bawak dia ambil angin. Bagi mood happy..and the most important thing is....cari AISKRIM! sebab Tsaqiif demam tonsil. Maka kami lepak kat area A&W. pekena float. MasyaAllah mommy yang over sebab suka. Lepaskan anak2 main kat situ.Mula2 T mcm tak larat jer lari. Tengok abg berlari lari..dia gagahkah jugak.
 Penddekkan kisah...semoga semua anak-anakku sembuh cepat dan makin kuat antibodi...tak sabar nak beli MEALSHAKE sebab baby Auf dah boleh minum sekali.
reward lagi naik kereta kuda berhias

Ya Allah, peiharakanlah anak-anak kami di bawah lindunganMU. Jauhilah mereka dari segala bahaya. Membesarlah mereka dengan sihat untuk beribadat kepadaMu, dan berdakwah di jalanMu..

No comments: