Showing posts with label Qushayyi Acheivements. Show all posts
Showing posts with label Qushayyi Acheivements. Show all posts

Qushayyi nak g 'school'

Sampai masa yang dijanjikan.
Pabila si manja dah boleh mengadu sakit..
Pabila si manja dah boleh cakap sikit-sikit..
Hero pertama kami akan dihantar ke taska..huwaaa..mommy nangis awal2 okay.

Bila sebut saja anak nak dihantar ke taska, ramai juga yang skeptikal. Aaah saya sendiri pun sama pd asalnya!
Dah lama dah bff hubby cadangkan hantar ke taska permata keluarga. Bayaran pun tidaklah mahal sangat walaupu ada kenaikan sikit iaitu RM30 untuk bayi setahun ke atas. Bawah setahun RM250.

Saya betul-betul tekad minggu lepas. Semakin kasihan tengok Q main sorang-sorang, lebih2 lagi bila walid tertidur. or walid penat melayan. MySis#2 yang jaga Q faham keputusan kami. Dia kasihankan kami hantar anak jauh-jauh. Dalam masa yang sama diorang dah bayangkan akan kesunyian. *DramaAirmata*
Bonda saya kurang bersetuju. Kasihan katanya anak kecik lagi. Hmm masih ada angan2 dan keinginan ibu saya untuk menjaga cucu yang sorang ini. Usia dan kelasakan Q tidak mengizinkan. Mana boleh, maunya aku kene bambu dengan adik beradik nanti. He he he. Apepun saya dan buat keputusan. Dah rangka apa yang sepatutnya untuk putera pertama kami. Pagi2 pergi kerja dan balik kerja mahupun masa rehat, saya mahu dia DENGAN saya. Saya bukan la terlalu tidak percayakan Q dengan orang lain, it is just that, saya NAK lihat dia.

Cerita bab taska pilihan. Saya tak tahu pun berapa banyak/buah taska(permata) yang berdekatan tempat kerja. Saya just tanya officemate. Dan terus tuju ke situ. Disebabkan jarak hanya 3-4 minit dari office, saya dah tak survey tempat lain lagi. Buat masa sekarang. Terus saya pergi ke taska tu untuk soalsiasat bertanya khabar aka mahu booking. Kebetulan waktu saya sampai sana tu waktu rehat/lunch hour. Babies sebaya Q semua tengah tidur atas katil masing2. Cuma seorang je yang duk terkebil-kebil. Saya duk tgk dia. Alahai comelnya. Saya masuk ke situ macam masuk ke tempat apa jer sebab perasaan saya teruja semacam plus jakun. Membayangkan ia akan jadi 'school' untuk zuriat kami nanti. Saya dipanggil oleh staf2 taska untuk briefing. What the heck, suara saya berubah. Sebak + Teruja, semua ada, mixed feeling sangat. OK tarik nafas. Staf lelaki pun ada jugak rupanya. Dah kawen dah ada anak. Sempat bergurau pasal buku rekod anak. Complete katanya .. perkembangan anak2 kita akan dicatat dalam buku rekod yang besar tu. Wah! I like. Satu bende yang saya n bff rancang dan sedang buat. Then, taska akan buatkan. Alhamdulillah. Jadual makan pun teratur and healthy. Since Q dah umur 1 tahun setengah (bulan depan), pemakanan semua akan diuruskan di taska permata keluarga.

Sebenarnya sebelum saya pergi booking dah ada 2 baby tengah que nak masuk. Entah macamana mungkin nak jadi rezeki anakku, Qushayyi dijangka berpeluang masuk lebih awal disebabkan dia dah boleh berjalan lama. Bulan 8 aka bulan depan waktu paling awal dijangka dapat daftarkan Q. Ya Allah, Alhamdulillah kerana memudahkan dan memberi laluan buat usahaku. Semoga menjadi kenyataan.  Sempat juga bertanyakan baby lepas berpantang ader kuota ke tidok. Saya pun booking la dulu. Yang lawaknya si staf lelaki tu buat muka heran siap jenguk perut saya sambil tanya eh bila due. Oktober ni jawab saya. Elok2 awal tahun depan boleh register masa umur adik 3 bulan.

Sekarang ni saya dah mula berpesan-pesan pada Qushayyi apa yang patut. 

Semoga Qushayyi tak mintak cerita bumba dengan cikgu. (now dah reti nak demand cerita lain2). Time nak ulit tidur buleh plak dia mintak pasangkan zikir "Yahanana Allah!"..kat rumah bolehla sayang...
Semoga Qushayyi tak joget2 sangat kat taska, haha.


Catatan Kemajuan Qushayyi: Hijrah

Saya dan my bff ader berpakat untuk buat catatan peribadi tentang perkembangan anak. Sesuatu yang saya dah lama plan. Dan biasa saya tulis dalam blog supaya tak mudah hilang. Ada juga tulis dalam buku kecik. Buku kecik - almaklumlah. Takut lesap. Buku note kulit tebal pula nanti memberatkan handbag. Alasan.

23 Jun 2014

Hijrah.
Biasa la budak2 baya Iyash bila dah puas makan akan sepah2kan pulak. Sampai tempat tu jadi kucar lanar. Mana-mana parents yang nak pretend rumah sentiasa dalam keadaan kemas tu terpulang lah kan. Seme bergantung pada ketahanan kita n kepantasan untuk atasi seme tu. Kita pegang mop dia nak juga. Pegang penyapu nak juga. Amik penyapu lain, dia nak dua2. OK. Sabtu baru2 ni, mommy suap nasi pada Iyash. Ade skali tu dia tertepis tangan mommy yang nak suap dia, then tumpah la sikit. Terus dia pegi dapur amikkan penyapu. Datang balik tempat tadi dan maka dia sapu sendiri. Hmmm macam tu lah anak mommy, ok..pandai makan pandai la kemas. Hehe..xpe, baby step. At least dia tau apa yang patut buat.

Pagi ni, macam biasa lepas Walid dah siap2kan dia, mommy bagi susu, kami siap2 untuk berangkat ke rumah ibu abah. Masuk jer dalam kereta, Qushayyi tadah tangan untuk berdoa. Sesuatu yang dia tak pernah buat sebelum ni. Lepas tu baru dia lambai - tata pada Nek Chek. Sejuk perut bonda saya tengok gelagat dia. Saya pun terkejut. OK, anak kecil ini ingatkan kami supaya berdoa - sama2. Biasa walid baca doa naik kereta sorg2. Subhanallah,

Ya Allah jadikan anak kecil ini mengingatkan kami pada agamaMu..amiin

Catatan kemajuan Qushayyi: Ya Hanana..

22 Jun 2014

Gambar Hiasan ;B

Berweekend 2 hari ni banyak gelagat baru si Iyash kami. *Iyash adalah panggilan dr k.mimi pada Qushayyi.
Walid prefer bukak channel Al-Hijrah better than tv9 untuk Iyash tonton.
Rupanya dia dah boleh ikut zikir Ya Hanana..
bunyinya.. "Nananana...Allah!" part jerit ALLAH tu jelas je bunyi, kurang dh pelatnya.

Selain tu kami alihkan video2 kegemaran dia kepada yang lebih Islamic.
Lagu Bismillah. Bila tiba part syaitan berkot keluar nak hasut anak cucu nabi Adam, Iyash akan lari jauh sket. Bila syaitan dah lenyap lepas lafaz Ta'awuz, Iyash akan datang dekat balik. 'berani' betul ank mommy neh. Mayb sebab suara syaitan tu mengerikan. Dengan tertontonnya video ni banyak kali, Iyash dah boleh sebut Bismillah...walaupun tidak la jelas tapi kita boleh faham.

Petang semalam makcikku yang bongsu ada datang dr Banting. Mula2 memang Iyash takot sebab bad mood bangun dr tdo dekat magbrib. Bila mood dia dah ok, tak berenti dia joget depan TokSu, De n Kak Long Nani. Adoi la, malu nak.

Pagi ni, saya berseorangan hantar Iyash ke rumah Abah Ibu di eport. Walid ada urusan. Macam biasa kami akan selitkan botol susu tepi peha kanan dia dlm carseat. Bila nak minum jer dia mintak sebab mcm susah nak ambik sendiri. Terkejutnya lepas dia xmo isap dah, dia letak balik tempat sama. TQ anak. Dia dh x baling ke bawah seat macam biasa. LOL.

*Ceri-beri Iyash dah reda selepas amik ubat homeopati. Dengan izin Allah jua.
-air kelapa pure x jalan.
-yakult x jalan.
-selit2 dengan teh o pekat semalam dlm 3-4 tegur, lepas tu dia buat muka kelat, haha.


Catatan Kemajuan Qushayyi: Sel-sel otak sedang berhubung

Bismillah..
Ada sesuatu yang penting untuk disematkan dalam catatan memori kat sini. Tak mahu ia berlalu begitu sahaja macam angin lalu.
Penting buat saya. Sahaja.


  • repair/tanggalkan tudung mommy
  • kene follow the daily routine
  • passkan surat pada Pak Anjang
  • tgk walid suap mommy, senyum n pndg mommy the tanya.."Dap?" (Sedap?)
  • suka tgk walid or mommy cooking
  • sengih2 bila kami semua duk cerita pasal keletah dia depan dia..
  • 4.10am turun dr katil, pergi cari botol yang dia campak mlm td..n minta mommy buatkan susu..oh Q dah semakin bersedia untuk naik pangkat.

You will always be my baby no matter what happen..
Mommy sayang Abg Q tanpa berbelah bagi jika esok2 Allah nak bagi Q berapa orang adik pun..

Walk baby walk

Sekarang Q dah 1 tahun 9 hari ...
Masa umur Q melewat 11 bln ke atas, mental dan emosi saya belum bersedia lagi untuk melihat si teruna kecil berjalan sendiri tetiba dia dah mula berjalan. Setiap perkembangan dia bukan atas paksaan kami atau penjaga tapi atas kehendak diri dia sendiri.

Qushayyi mula bertatih 2-3 tapak pada usia 11 bulan 9 hari. Saya kemain la duk bajet dia akan jalan bila masuk setahun. Ni bila masuk setahun dah sepak bola sibuk nak join orang dewasa.

Abah(Ayahde) Q pun terkejut tiba2 Q dah boleh tatih sendiri. Siap mulut dia akan sebut tateh tiapkali berjalan.

Masa ni dah nk masuk 1 tahun genap.

Lepas tu, dlm seminggu dua ni dia sibuk jalan mengundur pulak.Siap ader sound efek.
Adoi la anak...suka hati kamu lah..
Asal bahagia jer..

baby brain development

Ihsan dari google

mahal tidak semestinya bagus.
bagus tidak semestinya mahal.

Rujukan:
http://saatakukaupilih.blogspot.com/2014/01/aktiviti-kanak-kanak-yang-murah-bagus.html?m-1

http://saatakukaupilih.blogspot.com/2013/12/10-tips-berguna-dari-child-psychiatrist.html

http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com/2012/06/panduan-stimulasi-bayi-anda.html#.UtER9dIW1ug

fuh! sangat fun n teruja dengan entry ni. mcm dh xde kesabaran nak buat. haih Q belum cecah setahun kot. so kene sort dulu apa aktivit yang sesuai;


Anakku..sujud lah...sujudlah..sujudlah pada Pencipta kita..
this is the only way to be the better hamba infront of Almighty


apa yang kami ajar dia sekarang;
  • angguk - makanan sedap
  • geleng kepala tanda no/disagree -  status: success..dah pandai buat
  • isyarat best dengan ibu jari - status: success..dah pandai buat
  • sikat rambut - gunanya untuk sikat rambut (rambut yg berada atas kepala yer, bulu kucing - neyhi) - ok, lulus
  • sedang ajar gwiyomi! - haaa apakah? bcoz its fun! Q hanya pandai ikut step tepuk tgn. step rekaan semata-mata. hehe
  • word sleep - lulus untuk aksi rebahkan kepala atas bantal/toto. sebut belum pandai
  • word cak - lulus
  • word tateh - lulus
  • word abah - lulus
  • word ball - kadang2 
  • word ma-ma, pa-pa - ok
  • word "bak" means mommy's milk
Ihsan dr google

Alhamdulillah, Q jenis cepat belajar. Kalau ajar hari ni, esok lusa dah pandai buat. - eh! ayat buku kooot. Memang lah tak sabar tunggu Q pandai berjalan kaki sendiri. Tapi bila baca artikel atas pasal saranan dr Dr, terus rasa biarlahmerangkak lama sikit pun..janji lebih genius..cewah2..katanya lebih pandai maths. kalau pandai maths memang ikut Walid lah. Mommy ni pandai subjek ape yer..lukisan kejuruteraan kot .. yek..itu semua tak penting. yang penting usaha dan cara kita tngkatkan kemahiran penggunaaan otak anak kita.

saya amalkan;
omega guard shaklee
habatusauda
kurma
kacang badam
kismis - roti kismis



Nampaknya kami kne lebih gigih lagi gali method yang berkesan untuk lahirkan zuriat yang lebih fokus pada ummati, bukan diri sendiri dan keluarga sahaja.

Apa yang telah dilakukan pada Qushayyi;

tgk lampu color-color. dia excited.
1st time. masa ni umur Q blm sampai 3 bln. badan kecik lg

2nd time. eh bju tersama.
---------------------------------------------------------------------
Stimulate dengan pasir pantai, air laut. @ 6 months
   
See..budak tak tahu erti takut. !st time jumpa air laut dah excited. Time ni umur sekitar 6 bln. Lps adegan terkinja-kinja ni, terus bukak baju n mandi sekejap..tu pun enggak mahu naik.

...................................................................
terapi rumput:
sedang dibuat. dari semasa ke semasa
oh Q sangat geli dgn rumput.
dia gelak2 kegelian.
langsung xmo kaki tersentuh rumput.
tp kene paksa.
-----------------------------------------------------------
http://www.babycenter.com.my/a1011617/lets-play-10-month-old-third-week
* bubbles surprise (1 of 2 great games)

mmg suka la sgt kalu mandi sambil main.konpem xmo naik..haih..

-------------------------------------------------------------------------
main kereta ikut track - belum pandai. track baru siap kot
ini belum sesuai dengan umur Q, but since dia suka sgt main car..kene la buat highway awal2..
------------------------------------------------------
dan ini yg terbaru
in progress nak ajar *super-sorting (1 of 2 great games)


So far, Q membesar ikut step.
bak kata pakar kanak-kanak & cikgu tadika, step merangkak sangat penting, so we decided not to push him walking by himself cpt2.
selama ni pon xde paksa2.
semua kehendak diri dia sendiri.
we just guide n dorong.
time dia nak buat, dia akn buat sungguh2.

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss. 
- part ni saya dah try. mmg berkesan. 
bila 1st time bawa Q jumpa fmly angkat Walid. last time jumpa diorg masa Q dlm perut 6 bln.
after several approachment, baru lah Q nak pergi dgn Kak Cha n tok mommy. tu pon sbb dia ralit main tok mommy punya tali tgn jed..haha..
b4 blk, mommy whispered: "mari acap2 sikit, buat mcm mak sendiri.." aduh..masa oh masa(dkt je kottt)..InsyaAllah..

babai kat walid yaw?
8) Overly-attached to one person is not a good sign.
part ni Q lebih adil. n balance.



Q approaching month tenth

Assalamualaikum wbt!

Semakin malas nak update yo..Bukan malas tapi bz. Alasan yg mmg cliche. Bz dgn tugas hakiki. Bz dgn ngepam. Bz dgn part time biz. Dan lain2.

Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi memberiku nafas hingga saat ini..
Akan kupenuhi dengan kerja-kerja yang sebaiknya InsyaAllah sepertimana yang tertulis dalam amanah..
Walau otak penat tenaga diguna secara optimum ulang alik hantar-ambik anak jauh, namun rinduku dan semuanya terubat saat ini..



Masa berlalu terlalu pantas seakan singkat untuk kurakam kesemuanya...

Q juga blh pronounce dengan jelas "Allah..Akhbar"
Mula2 kami ajar dia angkat tangan untuk takbir..Time tu, qiam tangan kat tubuh belum pandai..
Kemudian dah pandai qiam tgn kat tubuh lepas takbir.
Kemudian hasil pemerhatian setiap hari, dah tiru perbuatan ruku' dan sujud.
Sambil-sambil tu kami dah ajar how to Du'a.
Just tadah tangan baca Bismilliah..kemudian amiin..raup tgn ke muka..
Dah ajor itu sajer, mmg dia buat laju2 la..haha..semua dalam 1 masa..
One more thing during mo observation, kalau buku bacaan biasa, dia hanya belek2 sambil mulut bebel2 action membaca..
Tapi bila dia ambil buku Yasin..dia bukak..konon membaca kemudian dia raup buku tu kat muka..
Allahurobbi, ada yang kami ajar, ada yang dia tiru berdasarkan pemerhatian.
Bila dia dengar Walid baca ayat-ayat suci Al-Quran dia mcm tau2 jer..then tadah tangan mcm doa..
Setiap kali lepas solat, time doa, Walid akan letak dia atas riba/pangkuan then tadah tangan doa sama2..


Kami berjanji sesama sendiri dan juga kepada Ilahi..akan membesarkan mendidik zuriat kami dengan cara Islam sebaik mungkin.. Memupuk kecintaan dia kepada buku2 dan ilmu.. Semoga memberi manfaat dalam hidupnya kelak..


Ada orang kenyit2 mata buatku terpikat

Malam tadi si anakanda main kenyit2 mata lah pullok. Dia tak mboh makan puri buoh yang mami susoh2(susoh ker??) buat.

Dia menyibuk dengan nasi yang Walid makan. Walid suap lah nasik penyet dan ikan. Tiap kali lepas Walid suap, dia kunya then dia pusing kat mami n jerit sambil kenyit mata kiri!

Hai anak... ada2 je bende baru dia buat...

Short update Q achievement

30 Ogos 2013. Merdeka! Eh..esok lah. Sabtu merdeka. Forward cuti ke ahad. Yeay!
Dah cerita pasal raya 2013 belum?
Yennadey..takde kesempatan langsung.
Makin banyak berhutang entry event2 penting. Cewah.
Ni duk plan satu lg event penting.

Apa2 hal pun..nak update pencapaian Qushayyi setakat ni..6 bln setengah.

  • Dah confident merangkak.
  • Dalam usaha nak bangun bila ada medium untuk bergantung.
  • Bila dah boleh bangun tu dengan pemantauan and bantuan kecemasan dr mommy or walid, sebelah lututnya dah nnnnaik atas meja kecik. 


Trademark senyum nganga okey..@chikenriceshopgiantkt

Cukup sampai sini ya. Nak transfer gambo pon mcm mls la. Cerita basi. Idea lari. Baca mag PaMa pon sampai kul 2am. Tu pun baca cpt2. Hmmm...
Biz Shaklee mommy? Alhamdulillah semakin mendapat sambutan. Bonus pertama pon dah dapat. Alhamdulillah.

Turning Point at 6 months

Hari ni maka genaplah usia si jantung hati kami 6 bulan. Bulan ke6 yg merupakan turning point penting bg kami. Q mula mkn solid food. Sebenarnya dah mengelat, dah coba2 mkn lebih awal. Stgh bulan lbh awl. Nama pun cuba2 so x kerap sgt la mkn tu. Kepada yg nak ckp eh naper tak tunggu 6 bulan?
Depends la kepada masing2 punya pendirian kan.

Since Q dah x sabar nak makan, demand pun tinggi tgk bdn perkembangan tubuh bdn dia yg ber kg kg tu.. Dia pon dah x sbr sgt nak mkn. Pantang tgk org mkn n minum dia mesti meronta nak. Mommy pon tak dpt nak maafkan diri sendiri jgk sebab x sempat nak prepare mind n fizikal utk mulakan solid food terbaik untuk Q. Terbaik tu boleh dikatakan yang homemade. Buat sendiri kat rumah. So belikan Q nestum instant je. Mula2 belikan perisan veges. Q suka. Tinggal kat rumah BS. Pastu untuk rumah punya kat kedai cuma ada beras+susu jer. Sekali je Q mkn. Lepas2 tu reject terus.

Pastu since cuti raya smggu, amik yang kat rumah bs, mkn kat rumah, Q suka la mkn. Biasa bg 2x je sehari wpon blh mkn 3 kali. Slow2 man. Pastu kami belikan perisa buahan pulak. Hari ni baru terai mkn. Mommy rasa sikit, sdp juger, mesti si anak suka. Yes dia mmg suka. Mommy buat mcm tekak sendiri kan, suka3 hati je nak tuko2 cpt2. Pastu lps ni nak combine yg perisa2 tu. huhu. Sabor je la kan. Hrp Q suka.

Turning point untuk mommy plk, 6 bulan ni..dah blh angkat brg2 berat. Yeay!
Means??? Dah boleh melasak kot. Blh angkat bakul kain. Boleh main lari-lari sambil dukung Q.
Boleh main bowling??? Ops...

Pencapaian baru sehingga 6 bulan;
  • Q dah belajar merangkak. Dah boleh selangkah dua.
  • Dah boleh duduk walopon senget lagi..;) 
  • Respon senyum tp nganga2 
  • Bila nyanyi lagu Alif Baa Taa..dia nganga2 nak2 bila start dgn Alif dan abis dgn Ya..mulut nganga mcm sebut "Yaaa"
  • [ Updated ] Malam tadi dah pandai lambai tgn tanda 'tata' bila Cekda & Ayahde nak blk
  • [ Updated ] Gelak kuat2 bila main kejar2 sama Walid
Senyum jenis nganga mulut bila happy buat kami semua makin jatuh cinta sama dia

Percubaan duduk yang masih senget
Terai baju baru hadiah dr bff mommy tp hubby bff mommy yg plh kan





Q @5mnths

Alhamdulillah...dah cecah 8kg!
Tapi saya tak nampak gemuk kan?
No kattan2 sangat pun..tapi heavy..
Huh..syian mommy saya n walid saya dokong saya..Takpe..
Q nak mommy n walid kurus dgn jayanya..


Pencapaian Q masuk bulan ke 5 ni..
Dah menjulur..bergerak ke depan dan kebelakang..angkat punggung sekali..K.Mimi kata mcm ulat gonggok lah Q ni..
Suka gigit2 jari mommy selang menyusu..ank bertuah ni nak tumbuh gigi dah ke?
Suka buat mcm2 intonasi lebih2 lagi time menangis
Suka bersuara
Malam tadi dah sebut .. "bbbba" Sblm ni "tatatatata"..
Tak sabar nak makan..pantang nampak sudu..
Dah pandai pegang botol sendiri..siap pusing2 lagi..
OK lah, mommy ade class today..
continue later..


Q mula meniarap pada usia tak sampai 3 bulan

Awal2 maybe tak boleh kata meniarap. Tapi terlingkup kot. Haha. Terlingkup plus tersembam muka. Terkapai-kapai. Nasib baik atas tilam katil. Nasib tak baik waktu sebelum Subuh. Nasib tak berapa baik, waktu mommy mengantuk Ya Rabbi. Plus penat susukan dia lama sangat. Lenguh badan. Pusingkan sekejap belah kanan. Dengan suara anak uh ah uh ah. Pusing tengok dah terlingkup. Terhenti sekejap jantung mommy.

Tu la detik2 cemas masa awal2 Q pandai meniarap. Percubaan tanpa kemahiran.

Perasaan tak terungkap.
Pabila melihat kemajuan perkembangan anak.
Mulanya ralat juga bila seharian tinggal bekerja.
Bimbang tak terlihat kemahiran2 baru dia.

Malam tadi, pada umur 3 bulan 2 minggu dan 6 hari, Qushayyi dah buktikan pada mommy n Nek Chek bahawa Q dah mahir meniarap dengan mood happy dia tu. Syabas anak! Lengan dia dah tak sangkut badan lagi untuk balikkan tubuh. Sayangnya walid tidur awal.

Selain meniarap dah mula menggigit dengan kuat juga. Terjerit-jerit mommy kesakitan kene gigit dengan kuat. Siap muka dia skali tunjuk geram. Nasib baik kecik lagi. Kalau tak, dah kene cepuk punggung tu haha.

Ya Allah..anak mommy dan walid dah pandai rupanya. Will full confidence.

Sebelum cecah umur 3 bulan dah nampak gaya2 Q suka mengiring. Mungkin sebab selalu sapu losyen kat blkg bdn dia pagi2 sebelum hantar ke rumah kakak. Bila golek dia ke kiri dan ke kanan.

Bila cukup umur dia 3 bulan, dah mula belajar pusing badan meniarap. Bila tak berjaya, dia tensen la, masa tu kne tolong dia sikit2.

Minggu2 selepas tu dia terus belajar dan belajar sendiri. Hari cuti tu, dia gigih belajar meniarap sebelah walid yang tengah tidur kepenatan. Saya pantau Q. Airmata saya jatuh. Teruja tengok perkembangan dia.

Mulanya Nek Chek x bagi Q niarap awal2. Takut lemas katanya kalo leher x kuat lagi.

Alhamdulillah..tulang leher Q kuat sebelum mahir meniarap lagi. Punggung dia tak berat untuk berpusing. Kaki dia kuat untuk sokongan.

Kalau rajin, mommy tepek gambar terbaru dia kat sini.

Qushayyi si Baby Shaklee.. ;)

Now saya realize, patutlah ada baby shaklee yg dah boleh meniarap umur 2 bulan.

* Ingin supplement Shaklee untuk kesihatan semasa mengandung?
Contact saya. sms: 0145206510